Bab 11

Short Story Completed 6079

Seminggu berlalu.

Sekarang,aku sedang bersiap menyiapkan lauk untuk makan tengah hari.Sebelum mengambil Naqib dari taska.

"Drett...drett"telefon ku berbunyi.

"Nombor siapa pulak ni?"aku terus mengangkat panggilan itu.

"Assalamualaikum,ni siapa?"soalku.

"Waalaikumussalam.Ni puan Maya ka?"

"Ya saya.Ni siapa?"

"Saya dari pihak tentera ingin memaklumkan bahawa suami puan,Kapten Hakim meninggal dunia sewaktu menjalankan tugas"

"Allah"aku terus terduduk di lantai.

"Takziah kami ucapkan.Dan kami juga mengucapkan maaf atas kelalaian kami"

"Kami berharap puan sabar"

"Dan saya minta diri dulu"lelaki yang menelefon sebentar tadi terus meletakkan panggilan.

"Tah...tah...tah"Rafa berceloteh sambil merangkak ke arahku perlahan-lahan.

Dia kemudiannya duduk di atas ribaku.

"Anak umi"aku terus memeluknya.

"Abi dah tak ada sayang...."aku terus menangis teresak-esak.

Rafa hanya kaku di dalam pelukan ku.

"Abi dah tinggalkan kita"ujarku lagi.

Aku menangis buat sementara waktu.Melepaskan rasa sedih yang berada di dalam hati.

"Allahuakbar.Dah lambat"aku terus mengangkat Rafa ke dalam kereta dan meletakkannya di tempat letak bayi dan kemudian mengambil Naqib di sekolah.

Petang itu,aku dan keseluruhan ahli keluargaku dan Hakim ke kem tempat Hakim bertugas.

Buat seketika,aku hanya memandang ke arah luar.

"Umi,kita nak pergi mana?"soal Naqib.

"Kita nak pergi tempat kerja abi"ujarku.Air mataku di tahan supaya tidak keluar.

"Wah..betul ka?Tak sabarnya"ujar Naqib teruja.

"Kita nak pergi tengok abi yang dah ada"ujarku di dalam hati.

Tidak sanggup berterus terang kepada Naqib.Biar dirinya sendiri menilai apa yang akan dilihatnya sebentar lagi.

Malam itu,kami sekeluarga dapat melihat wajah Hakim.

Aku berjalan ke arahnya dengan langkah yang lemah.Suami yang aku cintai sudah tiada.

"Terima kasih untuk 7 tahun abang"aku berbisik lembut di telinganya.

"Saya Maya Adilla sangat-sangat sayangkan awak"

Aku mencium keseluruhan mukanya...buat kali terakhir.Akhirnya,gugurlah air mataku.

Keesokan harinya,jenazah Hakim selesai di kebumikan.

Petang itu,aku terus bertolak pulang.Naqib sudah tahu bahawa tiada lagi abinya yang akan pulang ke rumah.Dia menangis teresak-esak apabila melihat wajah Hakim yang pucat.

Aku akhirnya menerima ketentuan takdir yang ditetapkan oleh Allah untukku.Tiada yang kekal di dunia ini.Semuanya hanya sementara.

Dan akan ku jaga dengan sepenuh hati kedua-dua anakku....Naqib dan Rafa.

Sentiasa aku tanamkan di dalam hati bahawa jika dia tiada di depan mata bukan bererti dia akan hilang dari hati.

Terima kasih yang membaca ceritaku.Aku ingin beritahu sesuatu perkara yang kita sebagai hamba perlulah ingat akan Allah ketika dalam kesusahan.Insyaallah walau apapun yang terjadi dia akan sentiasa ada dengan kita.

Aku ingin mengundurkan diri.Dan jikalau ada kesempatan boleh kita berjumpa lagi.Assalamualaikum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience