Completed
6079
Namaku Maya Adilla.Aku berumur 25 tahun.Di dalam ini,aku ingin bercerita tentang kisah hidupku di alam perkahwinan.
Perasaan bahagia yang aku rasa hanya seketika kerana dia ialah pinjaman sementara bagiku dari Allah.
Lelaki yang berada di dalam hatiku...Hakim Wazir.
Dia bekerja sebagai seorang askar dan seperti yang anda semua sudah sedia maklum tanggungjawabnya iaitu menjaga keamanan negara.
Pertama kali aku berjumpa dengannya adalah ketika di majlis perkahwinan rakanku dan rakannya.
Dari sejak itulah kami mula berkenalan dan kemudiannya memutuskan untuk menjalinkan hubungan dengan lebih serius.
Kebanyakan rakan-rakan ku berkata bahawa berkahwin dengan seorang anggota askar mempunyai banyak risiko.Antaranya adalah aku berkemungkinan kehilangannya.
Ya,aku tahu dan itu tidak menjadi penghalang daripada aku terus bersama dengan dirinya.
Jikalau dia bukan askar sekalipun,ajal maut itu sudah ditetapkan oleh yang maha esa.
Dan aku tahu bahawa hidup tak selalunya indah.Akan ada naik turunnya.
Sudah ditakdirkan jodohku dan dia di Luh Mahfuz maka aku sebagai manusia tidak dapat berbuat apa-apa.
Jadi aku perlu teruskan hidup walau apa ii pun terjadi.Melainkan aku tidak redha dengan apa yang berlaku.
Keluargaku pada pertama kalinya membantah dengan keputusanku.Mereka risau jika aku membuat keputusan terburu-buru.Dan akan menyesal di kemudian hari.
Tetapi apabila melihat diriku begitu bersungguh meyakinkan bahawa aku betul ii memilih dia menjadi pasanganku,akhirnya mereka mengalah dan bersetuju untuk menyatukan aku dan dia.
Dan ini ceritaku dan dia menjalani kehidupan yang amat-amat bahagia.Setiap hari yang aku rasakan bersamanya bagaikan rama-rama yang berterbangan.Sangat indah.
Sebelum sesuatu terjadi,mengubah keseluruhan hidupku.Dia di dunianya dan aku di duniaku sendiri.
Jadi aku ingin ucapkan selamat membaca kisahku yang penuh dengan suka dan duka.
Setiap orang mempunyai kisah duka mereka masing-masing.Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan seorang manusia ada pahit dan manisnya.
Dan ini apa yang aku lalui dalam hidup dan aku jadikan sebagai pembakar semangat untuk menjalani hari-hari yang mendatang.
Share this novel