Bab 3

Short Story Completed 6079

Empat bulan kemudian,

"Hakim Wazir bin Rahman"ujar ayahku.

"Saya"sahut Hakim.

"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku,Maya Adilla binti Tarmizi dengan mas kahwinnya RM10 000 tunai"

"Aku terima nikahnya,Maya Adilla binti Tarmizi dengan mas kahwin RM10 000 tunai"

"Sah?"soal tok kadi.

"Sah!"sahut yang lain.

"Alhamdulillah"mereka semua mengangkatnya tangan mengaminkan bacaan doa.

"Pengantin lelaki,boleh pergi sarungkan cincin dekat pengantin perempuan"ujar tok kadi.

"Baik"Hakim terus bangun dari tempatnya ke tempat ku dan terus melutut di hadapanku.

Aku terus menyuakan tanganku kepadanya untuk disarungkan cincin.Selesai dia menyarungkan cincin di tanganku aku terus menyalamnya.Manakala dia mencium dahi ku.

"Cantik sangat awak harini"pujinya.Aku terus menundukkan muka ku.Dia terus tergelak kecil melihatku.

"Terima kasih"ujarku perlahan.

"Sama-sama"seluruh ahli keluargaku dan keluarganya mula mengambil gambar bersama-sama aku dan Hakim.

"Kita kena pergi dewan sekarang.Nak tukar baju"ujarnya.

"Baik"aku dan dia terus keluar dari masjid diikuti yang lain dan bergerak ke dewan.Di situ aku dan Hakim akan  menukar baju untuk acara seterusnya.Iaitu acara resepsi.

Aku memakai dress berwarna krim manakala dia memakai baju nikah badan uniform.

Setelah aku di make up dan dia juga sudah selesai memakai baju,kami terus keluar beriringan dengan rakanku.

Sewaktu melangkah masuk,aku dapat melihat ramai orang yang tiba dan terdapat sekumpulan tentera berbaris di bahagian tepi karpet merah dan menjulang pedang mereka ke atas.

Aku dan Hakim melalui bawah pedang itu dan berjalan ke pelamin yang sudah dihiasi dengan bunga-bunga ros putih dan daun-daun yang hijau.

Majlis berjalan dengan lancar.Waktu berjalan dengan pantas dan aku sudah sah menjadi miliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience