Completed
6079
5 tahun kemudian,
"Rafa Daniel mari dekat umi"ujarku kepada anakku yang kedua berusia 9 bulan.
"Tah...tah...tah"dia mula berceloteh sambil merangkak ke arahku perlahan-lahan.
"Cepat....cepat"
Dia akhirnya sampai dan terus berdiri dengan bantuan kaki ku.
Belum sempat aku mengangkatnya,
"Assalamualaikum"ujar Naqib sambil melangkah masuk ke dalam rumah.
"Waalaikumussalam"balasku.
"Abang dah balik"ujarnya dalam nada yang gembira lalu berlari ke arahku dan Rafa.
Dia terus memeluk kaki ku,tetapi mukanya memandang ke arah Rafa yang berada di kaki kiri ku.
"Adik rindu dekat abang tak?"soalnya kepada Rafa.Aku hanya tersenyum melihat gelagat anak-anak ku.
"Sayang"panggil Hakim.Mataku terus terarah kepadanya.
"Abi"ujarku.Bila dengan anak-anak aku akan panggil Hakim Abi...tetapi kalau tinggal kami berdua aku panggil Hakim macam biasa.Takut pening kalau panggil abang.Sekejap lagi dua ii orang menyahut.
"Kenapa anak ii abi dekat umi ni?Korang tak sayang abi ja?"Hakim cuba membuat riak wajah yang sedih.
"Abi janganlah sedih.Nanti buruk"ujar Naqib.
"Allahuakbar anak siapa ni?"
"Anak abi dengan umi la"ujar Naqib lagi.
"Abi surrender dengan anak abi yang ni.Rafa mari dekat abi,sayang"
Rafa terus melepaskan pelukannya di kakiku dan merangkak ke arah Hakim.
"Terharunya abi dengan Rafa.Bukan macam abang....hurmm"Hakim menjeling Naqib.
"Dengan anak pun abi nak merajuk ka?"
"Tak la...dah la abi ni jarang balik rumah.Tapi diorang tetap nak umi dia sedangkan dah setiap hari tengok"
Dia terus mengangkat Rafa.
"Jom lah.Tak payah bawak abang"ujar Hakim kepada Rafa.
"Abang,pergilah pujuk abi tu.Kesian abi"ujarku kepada Naqib.
"Ermmm"Naqib terus melihat wajahku dan Hakim berselang seli.
"Ok lah"ujarnya.Dia terus melepaskan pelukannya dan bergerak ke arah Hakim.
"Abi... abang minta maaf yer"
"Hurmm"Hakim terus memalingkan mukanya ke arah luar.
"Umi"Naqib melihat ku.
"Pergilah,pujuk abi"
"Ala abi.Ok macam ni...abang janji kalau abi balik dari kerja ja,abang akan tidur dengan abi,mandi dengan abi...semua lah"
"Heh"Hakim terus memandang anak sulungnya itu.
"Ok,janji harus ditepati.Jom,kita keluar"dia terus menarik tangan Naqib dan melangkah keluar.
"Abi"panggilku.
"Yer sayang.Kenapa?"
"Anak abi tu pakai pampers sahaja.Kalau tak pun bagilah pakai seluar"
"Ouh ya la.Eee tak alu"ujar Hakim kepada Rafa.
Rafa hanya melihat Hakim dengan riak pelik.
"Abi jomlah"ujar Naqib.
"Sabar...kita bagi Rafa pakai baju kejap"
"Urmm,yalah"
Share this novel