Bab 1-Lahirnya Kesatria Kasturi

Fantasy Series 388

Teja Embun POV

Dari kaca cermin di bilikku aku bersiap menghias diriku saling memadan-madankan pakaian yang akan aku pamerkan pada khalayak istana nanti .Aku tidak sabar ingin meyambut kedatangan rombongan bakal isteri saudaraku Andika.

Beberapa kain purdah aku capai cuba aku padan-padankan mana yang sesuai untuk aku pakai dan ya warna merah sangat padan dengan pakaianku yang berwarna oren kekuningan ini. Purdah adalah simbol kewanitaanku tidak akan aku lepaskanya pada sesiapa walaupun dia tunang aku sekalipun.

***

Dengan angun aku berjalan memasuki ruangan istana kelihatan ruang ini sedang sibuk bersiap sedia bagi meyambut kedatang rombongan dari negara diseberang .

"Dayang" aku memnagil salah seorang dayang yang sedang bekerja di ruangan itu.

"Ya tuan puteri" jawabnya.

"Adakah kamu melihat gerangan ayahdaku di istana ini?" Aku menyoal. Belum sempat datang itu menjawab satu suara menjawab persoalanku.

"Tidak ayahdamu berada di pusat bandar Jong ada sedikit masaalah harus di urus di sana katanya." Jawab jejaka kacak bebaju melayu hitam bersama tanjak terhias di atas kepalanya kelihatan segak dari cara pemakaianya.

"Andika saudaraku tahniah atas majlis yang bakal berlangsung tiga hari mendatang." Kataku kepada Andika yang berada di anak tanga yang berada di ruang itu jejaka tampan itu hanya tersenyum padaku.

"Bercakap mengenai majlis perkahwinanku kau kelihat tiada masaalah dengan hal itu?" Andika mula menuruni anak tangga menghampiriku.

"Apa maksud kau Andika?"

"Kau tahu maksudku tentang hubungan kau dengan Lela?"

"Aku sudah lama tidak mendengar khabar darinya maka aku sudah lupakan tentang kisah silam itu."

"Kau yakin dengan perasaan kau itu lepas apa yang dia lakukan pada kau beberapa tahun lalu?" Matanya merenung tepat kedalam anak mataku aku tidak boleh lari dengan menipu diriku sendiri.

"Baiklah aku mengalah. Jujur aku katakan aku agak tidak percaya kau akan berkahwin dengan adik perempuanya dan hari ini aku akan sekali lagi berjumpa dengan dirinya dan aku tidak yakin aku cukup kuat untuk berhadapan denganya dan berlagak seolah-olah tiada apa yang terjadi antara kami berdua."

"Hahaha..." Andika ketawa kecil.

"Mengapa kau ketawa Andika ini bukan satu jenaka buat kau."

"Tidak apa-apa aku cuba terbayang bagaimana riaksi kau apa bila berjumpa denganya nanti."

"Iss, kau ini Andika ." Kata aku dengan nada merajuk.

Suara tiupan dari tanduk gergasi kuat kedengaran disegenap ruang istana itu menadakan rombongan dari kerajaan Kesuma sudah menghampiri istana.

Andika menarik lenganku berlari ke arah beranda istana.

"Lihat di sana bakal pengantinku sudah pun tiba apa kau sudah besedia menemuinya?" Kata Andika menunjuk kearah bahtera gergasi yang sedang meluncur di atas langit Perkasa.

***

Seluruh rombongan keluarga Saputra dari Kerajaan Kesuma mula memasuki pintu istana termasuk bekas tunangku Tengku Lela Saputra putra ke lima dari tujuh beradik Saputra. Kedatangan mereka di sambut meriah sekali.

Dari kejauhan kelihatan Lela memandang kearahku namun aku berpaling meyembunyikan diri mengelak dari berpandangan dengan dirinya. Aku tidak boleh biarkan perasaan aku ini kembali menerima dirinya selepas dia hancurkan perasaanku padanya.

"Bang"

"Bang"

"Bang"

Dalam kemeriahan itu tiba-tiba bunyi tembakan kedengaran peluru mula melayang dari pelbagai arah suasa mula menjadi huru-hara orang ramai mula berlari bertempiaran menyelamatkan diri.

Pada ketika itu juga beberpa askar bersenjata muncul entah dari mana membunuh beberapa orang tetamu yang berada di disitu. Darah mula berpecikan jeritan demi jeritan kedengaran dan aku kelu keliru dengan apa yang jadi.

Oleh itu aku tidak menyedari peluru sedang meluncur kearah ku namun saat itu Lela berlari kearahku menyelamatkan aku dari tembakan itu kini aku berada di dalam dakapanya. Tiba-tiba...

"Bam!!!"

Cahaya Ledakan besar datangnya dari tengah-tengah pusat bandar Jong menjadi perhatian ku satu-satunya yang terlintas dalam kotak fikiranku.

"Ayahnda." Aku melepaskan diriku dari dakapan Lela terus berlari keluar dari pintu istana.

"Teja nanti dulu..." Jeritan Lela yang memangilku tidak ku hiraukan apa yang ada dalam fikranku hanya satu Ayahndaku dia satu-satunya ahli keluargaku yang tinggal selepas kematian ibuku ayanku sahaja tinggal untukku aku tidak boleh kehilanganya juga.

Aku pantas mendapatkan peluncur udaraku pantas meluncur dibatas udara menuju pusat bandar Jong .

Aku mendarat di hadapan bangunan tempat ayahndaku bekerja bangunanya sudah roboh sama juga bangunan sekelilinya kelihatan ramainya sudah terkorban hasil dari ledakan itu.

Aku berlari menuju runtuhan itu aku mencari-cari kelibat ayahndaku namun usahaku seolah sia-sia jasadnya tidak dapat aku temui aku melutut kekecewaan tangisan airmataku mula mengalir esakan demi esakan jelas kedengaran.

Pada saat itu loket compas pemberian ayahndaku mula menyala aku kehairanan melihat jarum kompas itu mula berputar-putar seolah menyuruh aku menuju ke suatu arah.

Aku megikuti jejak kompas itu sehingalah sampai aku pada ruang seolah ruang kebal aku memasuki ruang itu kelihatan beberapa orang telah tewas akibat kesan tembakan aku masih masih mengikuti jejak kompas tu dan akhirnya...

"Ayahnda..." Aku berlari mendapatkan tubuhnya memeluknya sambil berduka. Kelihatan beberapa kesan tembakan pada dadanya darah mengalir deras. Loked kompas pada leher kami saling menyala cuba menjejak satu sama lain.

Dalam pelukan penuh duka itu tiba-tiba suara pelahan keluar pelahan mula kedengaran.

"Te...ja... Lindungi kunci ini dari mereka...." satu surat misteri diserahkan pada ku dan Itu amanat terakhir dari ayahndaku sebelum nyawanya ditarik sepenuhnya.

Dari saat itu terlahirlah diriku yang baru Teja Embun sudah tiada lagi sekarang aku Kesatria Kasturi akan ku lindungi kunci ini dari mereka yang cuba mengancam kerajaan ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience