Andika POV
"Kching"
"Kching"
Bunyi rantai besi terserit pada lantai jelas kedengaran dibalik culing telingaku. Penglihatan aku gelap tidak dapat mengambar apa pun yang berada dihadapan aku sekarang ini apa yang aku dapat rasa sekarang tubuh aku sedang di heret dua orang pengawal menuju ke suatu tempat.
"Kreng..."
Dan itu sudah semestinya bunyi pintu yang sedang terbuka luas. Kini tubuh aku seolah di campak kehadapan hampir sahaja aku sujud ke lantai.
"Tap,tap, tap"
Hmmm... Sudah ku jangka pasti ada seseorang sedang menghampiri tubuh ku sekarang ini namun siapakah gerangan orang tersebut?
Kain hitam yang menutup kedua mata aku kini dilepaskan mata aku pelahan-lahan dibuka anak mata aku cuba menyesuaikan diri mengawal jumlah cahaya yang cuba menyelinap kedalam kanta mata.
Dari pandanganku kabur kini jelas telihat dihadapanku sosok manusia yang sedang duduk di atas singahsana milik ayahndaku.
"Kau... Siapa kau ? Dan apa yang kau mahukan dari Kami?
Tubuh aku cuba menyerang namun langkahku terhenti dek dua orang pengawal yang berada di sampingku. Kini bahu aku ditolak sehinga aku betul-betul melutut ke lantai.
"Tsk.." Lelaki di singahsana itu mencerbik kepada ku.
"Kau tanya siapa aku?"
"Kau mahu tahu apa aku mahu?"
"Mengapa kau tidak tanyakan sahaja pada kedua orang tua mu? Hahahahaha" dia ketawa kuat.
Kini dia bangun dari singahsana itu lalu kembali bersuara.
"Aku Jentayu Rajakan penguasa dari Wakaraya tujuanku kemari mahu menuntun semula hak milikku."
"Apa maksud kau hak milik kau?" Aku menyoal.
"Aku mahukan apa yang tertanam di bawah Perkasa." Dia mula tersenyum.
"Dan...." Dia kembali bersuara.
"Dan?" Aku menyoal. Dia membongkok merapat pada cuping telinga aku lalu bersuara.
"Keturunan ku."
"Kerurun kau? Apa yang kau cakap kan ni dan lagi kenapa aku kau bawa kemari apa kaitan aku dengan Segala benda mengarut yang kau cuba capai ni?"
"Hmmm... Soalan yang menarik jawapan untuk soalan itu ada pada kau .hahaha" dia ketawa kecil.
Aku agak keliru dengan jawapan dari Jentayu apa yang dia maksudkan jawapan ada pada aku?
Aku merasakan bahu kanan ku seolah-oleh di tepuk-tepuk pelahan aku memandang pada pengawal di sisi kananku aku agak sedikit terkejut.
"Petir?" Mulut aku bersuara perlahan.
Kini jari-jemarinya yang berada di bahuku seolah menunjukkan beberapa nombor.
"Tiga"
"Dua"
"Satu"
"Sekarang" Petir yang menyamar sebagai pengawal itu bersuara lantang memberi arahan.
Kini mulutku di tekupnya dengan kain dan kini kepulan asap putih yang keluar dari beberada tin besi mula memenuhi ruangan itu.
Petir dengan pantas menyelinap tubuhku keluar dari ruang itu kini aku terselamat berkat bantuan Petir.
Petir merupakan Marshal bagi keluarga Arjuna kalau boleh dipilih orang yang aku percaya dalam istana ini Petir adalah salah seorang darinya.
"Petir terima kasih kerna kau sudah meneyelamatkan aku. Nasib ada kau kalau tidak entah berapa lama lagi aku harus menjadi tahanan mereka."
"Tidak usah membuang masa lagi ayuh kita pergi dari sini " ajak Petir sambil tanganya pantas melepaskan gari besi yang memerangkap tangan dan kakiku.
Aku menganguk lalu dengan cepat berlari menjauhi ruang itu.
***
Jentayu POV
"Hahaha..." Aku hanya tertawa walau pun aku sedar aku sedang di serang bagi aku dengan terlepasnya Arjuna tidak merugikan aku sama sekali malahan membawa keuntungan pada diriku kelak.
Aku hanya tersenyum sambil mataku memandang pada loket compas yang sedang bersinar terang tergantung pada leher ku ini.
"Sudah tiba masanya untuk aku bertindak."
"Tojo Arjuna...."
Aku menghampiri tirai merah yang seseolah menutupi sebahagian ruang kini aku meyelak tirai tersebut kini terlihat sebuah sangkar gergasi yang mana di dalamnya terlihat seseorang sedang duduk tergari lemah.
"Wahai sahabat lamaku... Adakah kau ingat Perjanjan kita dulu?"
Tojo Arjuna tidak membalas pertanyaan ku dia hanya mendiamkan diri tidak mampu berkata apa-apa.
"Huh... Kau tidak mampu menjawab." Aku tersenyum sinis.
"Mana janji kau padaku dulu?"
"Mana dia kebebasan?"
"Mana Hak sama rata yang kau kata dulu?"
"Mana dia janji kau mahu mengubah nasib bersama?"
"Kau lihat apa yang kau bagi padaku dulu akan ku bagi semula pada kau."
"Sekarang beri tahu aku mana dia Teja Embun?"
"Aku tahu kau tahu dia ada sesuatu yang aku mahukan bukan?"
"Tsk...kau mahukan Teja tapi persaolanya mahukah Teja pada kau?" Tojo Arjuna membalas dengan angkuhnya.
"Huh... Untuk itu kita tengok sahaja nanti mana satu dia akan pilih." Aku kembali membalas.
Aku kembali menutup tirai lalu bergerak beredar sabil mendengar suara Tojo Arjuna menjerit berkata sesuatu.
"Selagi kau bukan sedarah dengan Perkasa kau tidak akan mampu mencapai apa yang kau mahukan hahahahahaha...." Pesan Tojo Arjuna dari dalam sangkarnya.
***
Kasturi POV
"Apa dah jadi dengan tempat ini sunyi sepi seolah tidak berpenghuni, mana perginya semua orang?" Persoalan itu keluar dari mulut Lela.
"Entah dari perlabuhan sampailah kita di tengah bandar ini seorang menghuni pun tidak kelihatan batang hidungnya." Aku membalas.
Bandar tempat aku dan Lela berada sekarang ini betul-betul sunyi sudah kelihatan separti telah ditingalkan.
"Lihat seluruh rumah-rumah di sini tertutup rapat pintu dan jendalanya. Jelas tiada sesiapa tinggal di sini ayuh kita pergi saja dari sini" kata Lela.
"Tidak kita berada di tempat yang betul." Aku meletakkan loket compasku pada telapak tanganku kini ia bersinar dan jarumnya seolah menunjukkan arah.
"Sekali lagi aku mahu bertanya pada kau apa sebenarnya tujuanya kita datang kemari?" Lela menyoal.
"Kita kemari untuk mencari sesuatu yang mampu mengubah segalanya."
"Benda apa yang kau mahu cari itu apa ia bergitu penting?"
"Benda yang kita cari ini mempertaruhlakan nasib Perkasa."
"Kalau itu jawapan kau aku ikut sahaja. Mana kita ahur pergi?"
"Sana." Aku menunjukkan kearah bangunan besar jauh di atas bukit selayaknya sebuah istana.
"Baiklah ayuh kita berangkat kesana."
Kita kami berdua mengambil langkah meningalkan bandar itu menijubke istana aku sempat menoleh kebelakanh selyaknya aku seolah melihtat seaeorang sednag memerhatikan kami berdua di balik bangunan.
Abaikan sahaja mungkin aku hanya berhalusinasi ...
Share this novel