Lela POV
"Ouch..." Aku mengarang perlahan pabila Kasturi cuba menyapu cecair aneh pada lukaku.
Aku merenung wajahnya yang tetlihat mulus tiada sebarang kumis nampak begitu keanak-anakan. Aku merenung kedua matanya entah kenapa pandangan matanya itu seolah pernah aku lihat sebelum ini.
kasturi yang sedar akan itu mula menunduk-nundukkan wajahnya bagi menghalang aku merenung tepat kedalam matanya.
"Arghhh..." Kasturi menekan kuat pada kesan lukaku.
"Tahu pun sakit lain kali perhatilah lagi orang macam tu nasib aku tak terajang je kau."
"Aku bukan mengapa aku cukup hairan dengan kau."
"Apa yang menyebabkan kau berasa hairan?"
"Iyalah tidak pernah aku jumpa lelaki dengan wajah seperti kau terlihat mulus dan tiada sebarang kumis pada wajah kau."
"Itu yang kau hairankan? Tsk..." Kasturi mencerbik.
Dalam tanganya sebuk membalut luka di dadaku aku dengan pantas menangkap pergelangan tanyanya lalu aku mula memgerakkan jari-jemari ku membelai kulit mulusnya itu.
"Hairan bagaimana seorang kesatria mampu memiliki kulit sehalus ini? Sunguh tidak masuk akal bagi seorang kesatria yang selalu ke medan tempur."
Dengan kuat tanganku di tepis Kasturi lalu pergelanganku di perangkap Kasturi kemudian di pulasnya kuat.
"Ouh,ouch,ouh..." Aku kesakitan.
"Sekarang kau dah percaya aku ni Kesatria?"
"Baik-baik aku percaya sudah lepaskan tanganku." Kasturi melepaskan gengamannya itu.
"Aku sudah merawat luka kau tu nampaknya dalam beberapa hari luka kau itu akan sembuh." Kata Kasturi lalu tubuhnya itu bnagkin bersedia keluar dari ruang itu.
"Teja " itu yang keluar dari mulut ku tidak sengaja mungkin aku memikirkan apalah nasib gadis itu sekarang.
Mendengar nama itu keluar dari mulut ku Kasturi pantas memberhentikan langkahnya.
"Teja apa maksud kau dengan Teja?" Kasturi bertanya hairan.
"Kau mengenali Teja?" Aku mebalas dengan soalan."
"Errr...Kenal..." Kedengaran agak jangal dari nada suaranya.
"Apa hubungan kau dengan Teja?" Aku menyoal.
"Teja kawan masa kecilku dari situ kami mula rapat" jawab Kasturi.
Entah mengapa dalam hatiku merasakan bukan sekadar itu sahaja hubunganya dengan Teja jangan-jangan dia adalah penyebab Teja berubah hati. Tidak boleh aku tidak boleh membiarkan fikiranku ini berfikir bukan-bukan .
"Jikalau serapat itu hubungan kau dengan Teja kau pastu tahu mengapa Teja menolak pernikahan kami?"
"Apa yang kau maksudkan dengan Teja menolak pernikahan kau.?" Riak wajah Kasturi keliru.
"Abaikan jelas sekali kau tidak tahu apa-apa tentang apa yang terjadi antara kami."
Saat itu sinar merah mula berkelip di seluruh ruangan itu sinar kehijauan mula bersinar dari loket yang di pakai Katuri.
“Kita dah dekat bersedia untuk mendarat.” Kasturi berlari keluar dari ruangan itu.
“Sudah dekat? mendarat?” aku sudah terpinga-pinga cuba memahami situasi.
Aku yang cuba memahi situasi mula bangkit dari katil tempat aku berbaring lalu menuju kearah jendela kaca yang berada di dalam ruang bilik ini.
“Wow, ini yang dia katakan tempat persembunyian?” Kata ku selepas pandangan ku tertumpu pada permandangan belatarkan awan gebu yang berapungan di langit tepat di luar jendela.
“Kasturi kau tak cakap yang kita berada di dalam kapal udara sekarang ni.” Kata ku sambil belari keluar dari ruangan bilik itu.
Kelihatan Kasturi sedang sibuk mengemudi kapal uadara bersedia untuk mendarat.
“Kasturi kita berada dimana?”
“Aku tidak tahu lagi.”
“Jika kau tidak tahu mengapa kita perlu mendarat?”
“Aku tiada masa untuk jelaskan pada kau berpaut rapat kita mau mendarat di permukaan.”
Kapal yang tadi terapung di udara kini mendarat di atas permukaan air kini kami belayar pelahan menuju ke Pelabuhan.
***
“Nah Pakaian kau.” Kasturi mencampakkan beberapa kelai pakaian pada ku.
“Sekarang aku nak kau jelaskan pada aku apa sebenarnya yang terjadi dan mengapa kita mendarat di sini?”
“Kau nak jawapan? Nah pakai ni dan ikut sahaja kemana aku pergi dan kau akan dapat jawapan yang kau mahukan.”
Kasturi memakaikan alatan mesin yang bersambung pada dada kirku terus ke bahagian lengan kiri ku kini sebelah tanganku kelihatan seakan tangan bionik.
“Benda apa yang kau pakaikan pada lenganku ini?”
“Alat ni aku pangil ‘Arm enhancer’ untuk pengetahuan kau aku yang design alat ni.”
“Apa benda ni boleh buat?”
“untuk itu kau perlu tungu dan lihat.” Kata Katuri lalu senyuman kecil terukir pada wajahnya.
Share this novel