Hari ini aku sepatutnya ada bersama anak perempuanku di istana bagi menyambut kedatangan rombangan dari Kesuma. Namun pagiku dihadirkan berita tidak gembira.
Aku menerima pesan dari Baginda Sultan Tojo Arjuna untuk pergi ke pusat Kota bagi mengawal keadaan yang sedang kecoh di disana.
Awalnya aku tidak pasti apa punca permasaalahan ini seluruh system kawal di gudang utama mula menunjukkan bacaan tidak stabil sumber tenaga mula menjejaskan seluruh mesin yang berhubung pada jantung utama bandar-bandar di seluruh Perkasa.
Aku dan pasukan ku cuba sedaya upaya mengawal semula sumber tenaga itu namun bacaan tenaga sudah tidak terkawal lagi atom-atom mula berlangaran antara satu sama lain dan itu petanda Perkasa dalam bahaya.
Kini aku baru sedar sistem tenaga ini telah di sabotaj seseorang dan pastinya ada musuh dalam selimut. Nampaknya terdapat mata-mata dari Kerajaan Petala yang menyelinap di dalam Perkasa.
Tidak lama lagi seluruh Bandar Jong akan meledak dan seluruh bandar-bandar Perkasa akan kehilangan sumber agungnya dan pastinya kerajaan Perkasa akan mula ditakluk.
Teja jika kau membaca surat ini kita masih memiki harapan. Ledakan yang akan terhasil akan mengakibatkan keris-keris Naga kehilangan talian penyatuanya maka ke Tujuh Keris ini akan mula terpisah dari Altar dan mula menyembunyikan dirinya.
Dengan locet kompas pemberianku itu kau mampu menjejek keberadaan mereka. Ingat lindungilah mereka dan kunci itu jangan sampai jatuh ketangan Jentayu.
***
Kasturi POV
Aku meletakkan surat di tangan ku itu di atas meja lalu kunci yang berada di sisi meja aku capai lalu aku belek-belek tubuh runcingnya itu cuba memikirkan apa kegunaan kunci itu .
"Argh..." Lela mula terjaga dari pensanya.
Aku menoleh pada suara itu .
"ouch ..., Aku dekat mana ni?" Lela menyentuh bahunya yang sedang terbalut itu.
"Kau dekat tempat aku markas persembunyian aku."
"Tempat persembunyian kau?" Tanya dia masih dalam keadaan sedar tidak sedar.
"Iyalah habis takkan tempat persembunyian kau?"
"Kau ni siapa sebenarnya??"
" Aku Kasturi."
"Hmm... Kasturi sedap nama tu. Apa-apa pun terima kasih selamatkan aku . Nama aku..."
" Tengku Lela Saputra putera kelima dari tujuh berdaik kan?" Aku mula memotong kata-katanya.
"Macam mana kau... "
"Siapa tak kenal kau keluarga dari Kesuma yang cuba nak menjalinkan persahabatan dengan Perkasa tapi sayangnya semuanya berakhir dengan tragis." Aku sekali lagi memotong kata-katanya tapi kini dengan nada memerli.
"Sunguh berani kau memerli keturunan diraja ."
"Aku tidak memerli kau mengapa kau terasa seperti aku memerli kau jika kau terasa kata-kataku ini memerli keluarga mu maka maafkan patik sang tuan putera."
"Boleh aku tahu mengapa kau bersikap bergini padaku?"
"Tidak mengapa-apa perwatakan aku sudah sebegini sejak azali lagi kau tidak boleh berbuat apa-apa. Sudah aku mau keluar mencari makanan kau baring sahaja di katil itu jagan kemana-mana." Aku keluar dari ruangan itu meningalkan Lela keseorangan.
Sesunguhnya aku sengaja cuba melarikan diri dari duduk bersama-sama Lela aku tidak sangup untuk mengahadap dia. Tiap kali aku memandang dia buat aku terbayang tentang apa yang belaku tiga tahun lalu.
....
Pada hari itu aku sudah bersiap-siap untuk majlis pernikahan kami aku menungu rombongan dari pihak keluarganya namun seharian suntuk rombongan mereka tidak kunjung tiba. Sehari selepas itu aku cuba mendapatkan jawapan darinya namun persoalanku tidak di balasnya.
Tidak lama selepas itu aku mendapat pesanan dari pihak keluarganya persaan yang meruapakan sekaki payung perak dan itu bagi kami simbolik bagi memutuskan pertalian petunangan antara kami berdua .
Saat itu perasaan aku mula hancur aku cuba mendapatkan jawapan namun tetap tiada jawapanya. Dia meningalkan aku dengan persoalan tanpa jawapan apakah silap aku padanya?
Share this novel