BAB 3

Fantasy Completed 4018

Tok Janggut dan anak anak buahnya yang sedang enak meragut rumput rumput segar di padang itu tiba tiba dihampiri oleh kawanan kerbau dan kawanan lembu yang baru sampai tadi.

“Aku dengar kau ketua di sini.” Kata seekor lembu yang paling tua di dalam kawanan lembu itu kepada Tok Janggut.

“Ya, aku ketua di sini.” Balas Tok Janggut.

“Aku harap kita boleh menjadi kawan sementelahan kami pun tinggal di sini juga.” Kata ketua lembu itu.

“Aku pun harap begitu juga. Janganlah kita bergaduh. Kita kan sudah berjiran sekarang.” Kata seekor kerbau yang paling tua dalam kawanan kerbau itu.

“Baguslah kalau kau cakap macam tu. Lagipun bermusuh musuhan ini bukanlah perkara yang baik. Marilah kita bersahabat dan tinggal berjiran dengan penuh keharmonian.” Ujar Tok Janggut.

“Nama aku Tok Perkasa. Aku ketua kawanan lembu ini.” Ujar lembu tua itu.

“Nama aku Tok Hitam. Aku juga ketua bagi kawanan kerbau di sini.” Kata kerbau tua itu.

“Nama aku Tok Janggut. Seperti yang kamu ketahui, aku adalah ketua kawanan kambing di padang ragut ini.” Balas Tok Janggut. Mereka berdua bersalaman dan termeterai satu perjanjian tidak rasmi bahawa mereka akan saling menghormati antara satu sama lain dan tidak akan bermusuhan sepanjang mereka tinggal di situ.

Hari hari yang mereka lalui di padang ragut itu sangat harmoni sekali. Masing masing saling menghormati antara satu sama lain. Sifat tolak ansur begitu tebal di dalam diri binatang binatang yang tinggal di padang ragut itu. Mereka bebas makan, minum dan bermain di kawasan padang ragut tersebut. Jika ada rakan rakan mereka yang perlu disembelih, kesedihan itu pasti akan dikongsi bersama. Pokok pangkalnya, mereka hidup dengan aman dan harmoni di kawasan itu.

Sebagai ketua, Tok Janggut sering mengingatkan anak anak buahnya agar menghormati jiran mereka yang baru itu. Tok Janggut tidak sesekali membenarkan anak anak buahnya menyakiti hati jiran mereka dari jenis lembu dan kerbau itu. Jika ada yang degil, Tok Janggut sendiri yang akan menghukum mereka. Tok Janggut tidak mahu sebarang persengketaan berlaku di kawasan padang ragut itu sementelahan mereka semua adalah jiran tertangga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience