BAB 11

Fantasy Completed 4018

“Baik tok.” Jawab Koku lalu pergi berjumpa dengan semua kambing kambing jantan yang gagah perkasa untuk berjuang demi maruah kawanan dan hak mereka sebagai penghuni padang ragut itu.

“Tok… macam mana kita nak lawan kawanan lembu tu tok? Mereka semua besar dan gagah gagah pula.” Soal Hahi.

“Mereka semua besar tetapi mereka tidak kuat sekarang. Mereka semua sedang kepenatan sebab berpesta tadi. Inilah masa yang paling sesuai untuk kita serang dan ajar mereka.” Balas Tok Janggut. Hahi tersenyum mendengar kata kata Tok Janggut. Dia tahu ketua mereka itu sangat bijak dan cerdik.

Koku telah berjaya mengumpul semua kambing kambing jantan dalam kawanan itu. Wajah mereka langsung tidak menunjukkan riak riak takut sebaliknya terpancar cahaya dendam dan penuh bersemangat.

“Dengar sini wahai anak anak buahku! Sudah sampai masanya kita berjuang untuk mempertahankan maruah dan hak kita yang telah dipijak pijak selama ini. Selama ini kita telah bersabar sejak sekian lama. Berjuanglah wahai anak anak buahku. Pertahankanlah maruah dan hak kawananmu. Kita jangan beri muka kepada mereka lagi. Allahuakbar!” Tempik Tok Janggut dengan penuh semangat.

“Allahuakbar!!!” Sahut semua kambing jantan itu dengan penuh semangat. Kemudian mereka semua bergerak ke pintu kandang kambing. Mereka melihat semua kawanan lembu sedang tidur dengan nyenyak akibat terlalu lama berpesta. Tok Perkasa pun sudah terbongkang kepenatan. Ini adalah peluang baik bagi mereka.

“Serang!!!!” Tok Janggut menjerit dengan penuh semangat sambil meluru ke arah kawanan lembu yang sedang nyenyak tidur itu. Dia menghalakan tanduknya yang tajam itu ke arah mereka.

“Serang!!!” Kambing kambing jantan itu pun turut sama menjerit dan bertempik dengan penuh semangat sambil meluru ke arah kawanan lembu itu. Mereka mencucuk kawanan lembu yang sedang nyenyak tidur itu dengan tanduk mereka yang tajam. Banyak lembu lembu yang mati bergemlimpangan dalam tidur mereka. Oleh kerana terlalu geram dan dendam, lembu lembu betina dan lembu lembu kecil turut menjadi mangsa.

Tok Janggut yang marah sejak sekian lama dengan Tok Perkasa terus meluru ke arah ketua kawanan lembu itu dan mencucuknya dengan menggunakan tanduk. Tok Perkasa yang berada dalam kesakitan terus tersedar dari tidurnya. Perutnya sudah terburai. Darah menyeruak di mana mana.

“Apa yang kau buat ni Tok Janggut?” Soal Tok Perkasa yang masih lagi dalam keadaan terkejut. Dia terkejut kerana kesakitan dan terkejut kerana anak anak buahnya mati bergemlimpangan.

“Inilah balasan kepada haiwan yang tak tahu bersyukur dan menghormati haiwan lain seperti kamu ini.” Kata Tok Janggut dan terus menanduk muka Tok Perkasa dengan tanduknya. Maka, Tok Perkasa pun mati serta merta di situ juga.

Dengan kematian Tok Perkasa itu, Tok Janggut mengisytiharkan bahawa kawanan kambing telah memenangi pertempuran itu. Semua kambing kambing jantan bersorak kegembiraan kerana mereka telah berjaya dalam perjuangan mempertahankan hak dan maruah mereka. Banyak sungguh kawanan lembu yang mati. Yang tinggal hanya beberapa ekor lembu betina dan anak anak lembu sahaja. Mereka merayu rayu kepada kambing kambing jantan itutidak membunuh mereka.

Saat mentari sudah terbit naik meninggi di angkasa, Pak Hambali datang untuk melawat binatang binatang ternakannya di kawasan padang ragut itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat hampir semua lembunya mati dengan darah yang begitu banyak menyeruak keluar. Dia menjadi panik seketika. Apa yang telah berlaku? Siapa yang buat semua ini? Semua persoalan itu berlumba lumba masuk ke dalam kotak fikirannya. Dia benar benar kalut pada waktu itu dan akhirnya dia menangis kesedihan kerana dia sudah rugi beribu ribu ringgit.Benarlah apa yang dimiliki takkan kekal, bila sudah sampai masanya semua nikmat yang diraih akan ditarik balik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience