Note : Novel Hak Milik Dia sudah dibukukan. Nak lagi mudah, boleh dibeli di Shopee @ Lazada. Harga RM28 tidak termasuk pos. Search tajuk novel, dan dijual di bawah pihak novelplus_book.
MUZIK di dalam kelab malam bergema dengan sungguh rancak. Dato’ Haezril sedang duduk di bar sambil meneguk air Coca Cola. Sejak dia bercerai dengan isterinya, sikapnya semakin menjadi-jadi. Selalu sahaja dia keluar masuk ke dalam kelab malam.
“Dato’, you buat apa? Can we drink together?” Seorang wanita yang tinggi lampai dan berpakaian seksi cuba menggoda Dato’ Haezril. Lengan Dato’ Haezril dipaut.
“Can you go away bitch!” jerkah Dato’ Haezril.
Terkedu wanita itu. “Eee, sombongnya. Ingat aku heran ke nak minum dengan kau?”
“So, go away. You tu yang terhegeh-hegeh datang sini. Berambus!” tengking Dato’ Haezril lagi.
“Patutlah ex-wife you minta cerai. Dengan sikap you ni. Tengoklah pakaian yang you pakai ni. Nampak pakaian orang tua, langsung tak bergaya, dengan cermin mata besar lagi. Oh by the way Dato’, your ex-wife sekarang ni happy dengan Dato’ lain tau. Kata dia lagi, lelaki tu banyak luangkan masa untuk dia. Dengar cerita nak kahwin dah, lepas habis idah nanti. Daripada you buang masa habis dekat kelab malam ni, baik you pun cari perempuan lain juga. Tak perlu nak setia sangat dekat ex-wife you tu. Dia pun tak pedulikan you,” perli wanita itu.
Dato’ Haezril tidak dapat menahan rasa marahnya, lalu tangan wanita itu dipulas kasar. Menyeringai wajah wanita itu menahan sakit.
“I tak tahu apa motif you datang sini sebab nak beritahu tentang ex-wife I. Sebab you nak I jealous or what? So, you get lost from here!” Tubuh wanita itu ditolak oleh Dato’ Haezril. Wanita itu jatuh terduduk. Sakit pinggangnya ditolak lelaki itu.
Ketakutan wanita itu apabila melihat wajah Dato’ itu yang merah padam menahan marah. Terus dia bangun dan berlalu dari situ meninggalkan Dato’ Haezril.
“Damn it!” jerit hati kecil Dato’ Haezril.
Dato’ Haezril terus bangun dari kerusi. RM100 dicampakkan di atas meja, lalu dia berlalu keluar dari kelab malam tersebut dan menuju ke kereta Lamborghini miliknya.
Sejak bercerai, jiwanya semakin kosong. Dia masih mencintai isterinya Emylia. Mana mungkin dia melupakan wanita itu, walaupun sudah dua bulan mereka bercerai.
Imbas kembali…
“I nak cerai! I tak nak teruskan perkahwinan kita ni!” jerit Emylia.
“Kenapa? You tak kesian ke dekat anak kita Elina? Sampai hati you.” Dato’ Haezril cuba memujuk isterinya.
“I don’t care. You tu tak habis-habis dengan kerja. Ada you peduli tentang I dengan anak? You tengoklah pukul berapa you balik kerja? Dah malam baru you nak balik. I fedup hidup macam ni tau tak? I tak peduli, I nak cerai.”
“Tak, I tak nak ceraikan you. I masih sayangkan you. Please jangan minta cerai. Tak apa, I ikut je apa yang you nak. I akan berubah demi you. I akan balik awal lepas ni. I akan luangkan masa untuk you. I promise.” Tangan Emylia dikucup berulang kali, berharap isterinya itu tidak lagi meminta cerai.
“Tak! You tak faham bahasa ke? I nak cerai, I nak cerailah. Kenapa tak faham-faham apa yang orang cakap?” Emylia merenung wajah suaminya. Memang betul-betul nampak nerd. Dengan kaca matanya yang besar. Tengok pakaian sahaja sudah seperti berpakaian orang yang berumur. Padahal umur suaminya itu baru sahaja mencecah 35 tahun. Dia begitu malu, apabila ada suara-suara yang memerlinya kerana bersuamikan lelaki yang tidak pandai bergaya.
“Emy, listen here. Okey I akan berubah. I akan balik awal. Tolong jangan minta cerai lagi. I merayu pada you.” Dato’ Haezril cuba memeluk tubuh isterinya, tetapi dengan pantas Emylia mengelak.
“I dah tak ada perasaan pada you lagi. I tak cintakan you dah. So, lepaskan I.”
Hati Dato’ Haezril betul-betul terluka apabila mendengar kata-kata isterinya tadi. “Sampai hati you. Dah tak ada ruang ke hati you untuk I?”
“Yes, you are nothing to me. We see in court.” Emylia menarik beg bagasinya.
Anak perempuan mereka yang berumur 6 tahun, dari tadi memerhatikan ibu bapanya mula berlari mengejar ibunya.
“Mama. Jangan pergi. El nak ikut mama juga,” rayu Elina.
“Tepilah! Pergilah dekat papa tu. Buat apa dengan mama lagi?”
“Emylia kenapa buat Elina macam tu? Dia kecik lagi.” Dato’ Haezril menarik tangan anak perempuannya lalu dibawa ke dalam pelukannya.
“Papa, tahan mama papa. El nak mama. Nak mama.” Elina sudah meraung.
“Eh kau ni tak paham bahasa ke? Aku tak nak hidup dengan papa kau lagilah. Pergilah dekat papa kau tu!” jerkah Emylia.
“Emylia! Cukuplah! Jangan dengan anak sendiri bahasa aku kau. Okey, you nak I ceraikan you kan, okey! I ceraikan you dengan talak satu! Puas hati you sekarang?!” jerit Dato’ Haezril.
“Bagus. Senang sikit kerja aku. Aku pun tak perlu nak bersusah payah naik mahkamah nanti. Oh by the way, thanks a lot. Jaga anak you ni. Malas I nak bawa sekali.”
“Mama, mama jangan tinggalkan El mama. El nak mama.” Elina memaut kaki ibunya.
Emylia cuba melepaskan rangkulan Elina pada kakinya, tak semena-mena dia tersepak badan anak perempuannya itu. Elina tersungkur ke belakang.
“Emylia!” jerit Dato’ Haezril.
Panggg!!!
Wajah isterinya ditampar. Emylia memegang pipinya. Terasa perit akibat ditampar oleh suaminya tadi.
Dato’ Haezril seakan terkedu dengan tindakan drastiknya tadi. “I’m sorry, I tak sengaja,” ucap Dato’ Haezril.
“Move!” jerit Emylia.
“Mama, jangan tinggal El mama. Jangan tinggalkan El,” rayu Elina dalam keadaan sedang meraung.
“Sudah El biar mama pergi. Mama dah tak sayang kita lagi,” pujuk Dato’ Haezril.
“Nak mama… nak mama.” Teresak-esak tangisan Elina pada waktu itu.
“MAMA dah tak tahu lagi nak cakap apa dengan kamu Haez.”
“Sudahlah ma. Haez tak nak cakap lagi pasal ni.”
“Dah, biar mama cari mak baru untuk Elina.”
“Can you stop it? Always said nak cari mak baru je. Haez bosanlah macam ni.”
“Eh Haez, kamu jangan lupa ya, masa kamu nak Emylia. Mama tak bantah tau? Kamu tu je yang terhegeh-hegeh nak kan dia. Masa mama tengok dia pun, mama dah tahu, dia bukan calon yang sesuai buat isteri. Dia nak duit kamu je. Tapi kamu nak juga. Kali ni biar mama cari calon isteri kamu yang baru. Lily pun tengah tunggu kamu je ni.”
“Here we go again. Boring! Tak habis-habis dengan Lily!” Dato’ Haezril bangun dari sofa.
“Hey kamu nak ke mana tu?” soal Puan Sri Humairah.
“Kelablah, mana lagi?”
“Kamu tak habis-habis dengan kelab malam! Berubahlah! Emylia pun dah bahagia dengan orang lain.”
“Stop mentioning her name ma.” Dato’ Haezril berlalu keluar dari rumah menuju ke kereta miliknya.
Dia sudah jelek mendengar nama Emylia disebut berulang kali. Wanita itu juga sudah bergembira dengan lelaki yang lain. Dato’ Haezril pula sehingga kini masih tidak dapat menerima hakikat bahawa Emylia sudah pun dimiliki walaupun mereka baru sahaja bercerai dua bulan. Yang menyakitkan hati Dato’ Haezril adalah apabila dia mendapat tahu, bahawa bekas isterinya itu telah curang dengannya semasa Emylia masih isterinya lagi.
Share this novel
test_account
ceritanya menarik...ncoins dah top up tapi amauntnya invalid...sedih...bayar dah
best nye