HMD 4 - PAK CIK

Romance Completed 547875

AKU leka makan aiskrim bersama dengan Syahril. Aiskrim perisa coklat memang kesukaan aku sejak dari dulu lagi.Aku dan Syahril mula berjalan keluar dari shopping mall berkenaan, setelah selesai membeli aiskrim tadi.

Semasa aku sedang berlalu keluar dari shopping mall tersebut, tiba-tiba aku terlanggar seorang lelaki di hadapan aku. Aiskrim yang aku pegang tadi sudah terkena pada baju lelaki itu. Aku tergamam dengan mata aku yang membulat.

“Are you blind? Look at me! What have you done!” marah lelaki di hadapan aku sambil lelaki itu membelek-belek baju kemejanya yang sudah terkena dengan aiskrim yang aku pegang tadi.

Kelam kabut aku mengeluarkan tisu dari beg sandang aku. Dengan spontan tangan aku laju mengelap kotoran aiskrim pada baju kemeja yang dipakai lelaki itu.

“Maafkan saya pak cik. Maafkan saya,” ucap aku bersungguh-sungguh dengan tangan aku masih mengelap pada baju lelaki itu.

Syahril pula masih tergamam dengan apa yang berlaku.

Dato’ Haezril sedikit terkejut dengan panggilan pak cik untuk dirinya. Dia mula berdengus kasar. Kotoran pada baju kemejanya betul-betul nampak kotor.

“You panggil I pak cik? Dato’ la, not pak cik. Dah la, tepi lah.” Dato’ Haezril menolak tubuh Nadia dari menghalang jalannya.

Dato’ Haezril betul-betul sakit hati dengan apa yang berlaku pada bajunya yang sudah pun kotor. Sudahlah dia sememangnya bergegas mahu menghadiri makan malam di Royal Perak Golf Club. Boleh-boleh pula bajunya kotor pada waktu itu. Dato’ Haezril laju sahaja melangkah meninggal wanita tadi.

Aku pula masih terkebil-kebil melihat lelaki tadi yang sudah pun menjauh meninggalkan aku.

“Awak okay tak ni? Ee sombong betul. Mentang-mentang Dato’. Macam la boleh bawa ke kubur pangkat Dato’ tu. Mati pun sebut nama je. Awak tengok la muka dia tadi. Gila nerd. Dengan spek mata besar dia tu.” Syahril seperti menahan ketawa.

“Awak dah la. Tak elok la cakap macam tu. Hmm aiskrim pun dah tak da.” Aku melihat tangan aku yang sudah kosong tanpa memegang aiskrim.

“Nak saya beli aiskrim yang baru ke?”

“Tak payah la. Jomlah balik,” ajak aku.

“Hmm okay la, kalau awak dah cakap macam tu. Jom kita balik.”

Aku dan Syahril berjalan menuju ke motosikal milik Syahril untuk pulang ke rumah. Dalam masa yang sama aku masih mengingati wajah lelaki yang aku langgar tadi.

AIRCOND kereta dibuka. Dato’ Haezril masih merenung kemejanya yang kotor.

“Haisshhh..habis baju aku la. Nak beli baru pun tak sempat ni. Nak balik hotel pun lagi la tak sempat.” Ditenung lama baju kemejanya. Dalam masa yang sama dia merenung wajahnya di cermin pandang belakang.

“Pak cik? Aku tua sangat ke sampai nak panggil aku pak cik? Tak guna betul. Dah buat baju aku kotor, lepas tu panggil aku pak cik?” Dato’ Haezril membebel seorang.

“AWAK betul ke tak nak saya hantar sampai ke rumah?”

“Tak pa awak. Saya boleh je dekat sini. Lagipun tak jauh nak jalan ke rumah.”

“Okay la, kalau awak dah cakap macam tu. Malam ni saya call awak ye?”

“Okay,” jawab aku pendek.

Tidak lama itu Syahril berlalu dari situ. Aku memandang kiri dan kanan untuk menyeberang jalan, entah bagaimana tubuh aku tiba-tiba dilanggar secara tiba-tiba oleh sebiji motosikal dan aku jatuh terduduk di atas jalan. Sakitnya tidak dapat digambarkan. Kedua tapak tangan aku luka. Pinggang aku pula terasa sakit.

“Bodoh! Buta ke apa! Nasib baik tak rosak motor aku tahu tak!” marah Zaqwan.

Aku melihat bapa tiri aku yang sedang sibuk melihat keadaan motosikalnya. Semasa aku menyeberang tadi, aku sudah pastikan tiada motor yang lalu, tetapi tidak sangka pula muncul motosikal bapa tiriku di situ. Aku betul-betul berasa geram dengan bapa tiri aku, langsung tidak menunjukkan riak wajah bersalah.

“Kau dah seronok keluar dengan jantan, lepas tu kau buat muka pulak dengan aku ye?” marah Zaqwan.

Bapa tiri aku menghidupkan enjin motosikalnya lalu berlalu dari situ meninggalkan aku yang masih terduduk di atas jalan. Aku termangu sendiri sambil masih menahan sakit.

“Sakitnya, macam mana aku nak bangun ni,” desis hati kecil aku. Aku melihat motosikal bapa tiri aku yang sudah jauh menghilang. Aku cuba bangun perlahan-lahan, tetapi tidak berdaya sehinggalah ada sebuah lori ikan berhenti di hadapan aku.

“Amoi, you okay ke?” soal Uncle Lim. Di sebelahnya ada isterinya yang menunjukkan riak wajah risau. Auntie Lim keluar lalu membantu aku untuk bangun.

“Saya kena langgar motor tadi,” jawab aku.

“Langgar motor? Mana motor yang langgar you tu? Tinggal macam tu saja ke?”soal Auntie Lim pula.

“Ha..ah dia sudah tinggalkan saya.” Aku cuba bangun dan mahu menuju ke lori ikan milik Uncle Lim sambil dibantu isterinya.

“Uncle bawa you pergi klinik la ye,” kata Uncle Lim pada aku.

“Tak payah la uncle. Saya okay ni. Saya cuma nak minta tolong uncle hantar saya balik rumah je.”

Bukan aku tak mahu ke klinik. Tapi aku mana ada wang untuk membayar bil nanti. Hanya ada RM20 sahaja di dalam dompet. Mana aku nak cekau duit? Buatnya harga ubat mencecah sehingga RM100? Tak ke naya aku nanti nak membayar?

“You jangan risau. Uncle bayar okay?” kata Uncle Lim seakan memahami apa yang sedang aku fikirkan ketika itu.

Aku tersenyum kelat lalu menganggukkan kepala aku. Nak tak nak terpaksa juga aku mengikut mereka untuk membawa aku ke klinik. Aku pun risau juga. Mana taknya, pinggang aku masih sakit lagi. Nak berjalan pun aku terasa payah.

“Sini auntie tolong you, naik lori,” kata Auntie Lim.
Dengan bantuan Auntie Lim dan Uncle Lim aku masuk ke dalam lori ikan milik mereka dan menuju ke klinik.

“THANK YOU so much Dato’, kerana sudi bekerjasama dengan Royal Perak GolfClub,” ucap Encik Ferhad.

“Eh, I yang patut berterima kasih dengan you, sebab sudi bekerjasama dengan Haezel Golfing Solution.”

“Banyak ke golf club yang you bekerjasama?”

“Banyak juga la. Boleh dikatakan seluruh Malaysia. Dekat Indonesia, Thailand pun I ada bekerjasama juga.”

“You ada golf club sendiri?”

“Ada. Dalam dua,” jawab Dato’ Haezril.

“Fuh.. you memang minat betul ya dengan business yang melibatkan dengan sukan kan?”

“Sebab I tengok banyak golfer nak main golf. Why not I cuba buat business yang melibatkan sukan. Operation and marketing. So, selain dari operation, I pun buat business jual membership card juga. And golfer pun boleh dapat half price kalau nak main dekat mana-mana golf club. That’s why la I datang sini sebab nak deal dengan golf club you ni. Dekat Perak ni I baru deal dengan dua tiga golf club juga la,” terang Dato’ Haezril.

Encik Ferhad ketawa. “Pandai you Dato’ buat business. Jom Dato’.” Encik Ferhad mengajak Dato’ Haezril menuju ke meja makan.

Sempat Encik Ferhad mengerling ke arah baju kemeja yang dipakai Dato’ Haezril. “Baju you memang kotor ke?” tegur Encik Ferhad.

“Oh yang ini? Tadi ada perempuan mana entah, langgar I. I pun dah tak sempat nak tukar baju. Sorry kalau you tengok I macam selekeh sikit.” Dato’ Haezril ketawa.

“Tak pa Dato’. Biasa la kadang-kadang bukan diaorang sengaja nak langgar. I pun tak kisah. You dah ke mana je dekat Ipoh ni?”

“Tadi petang ke Ipoh Parade kejap. Carikan souvenir untuk anak I sebelum balik ke KL esok.”

“Oh, you ada anak?”

“Ada sorang. Perempuan,” jawab Dato’ Haezril.
Encik Ferhad mengangguk-anggukkan kepalanya.

Dato’ Haezril teringatkan wanita yang melanggarnya tadi.”Careless betul,” bisik Dato’ Haezril.

“Ha? Dato’ cakap siapa careless? I ke?”

“Eh tak-tak. Bukan you. Perempuan yang langgar I petang tadi,” jawab Dato’ Haezril.

“Oh, I ingatkan I tadi.”

“Not you la.” Dato’ Haezril ketawa.

AKU melihat mak aku yang sedang bercekak pinggang menunggu kepulangan aku. Entah kenapa rasa takut mula muncul dalam diri aku. Mana tidaknya aku melihat dia yang kini sedang memegang wayar elektrik periuk nasi. Sempat aku mengerling jam tangan di tangan aku, yang sudah menunjukkan pukul 8.30 malam.

“Lain macam mak you ya, tunggu dekat depan tu, sambil pegang wayar elektrik,” kata Uncle Lim.

“Oh, dia repair wayar rasanya tu. Uncle you berhenti dekat sini saja lah. Saya boleh jalan sendiri.”

“Tapi you sakit tu. Uncle hantar betul-betul depan pintu rumah je la ya.”

“Tak pa uncle. Saya boleh jalan. Saya okay."

“Betul ni?”soal Auntie Lim pula.

“Betul. Saya okay.”

Aku sebenarnya sudah takut. Aku takut mak mengamuk di hadapan suami isteri ini nanti. Aku tak nak nanti, diaorang fikir buruk pasal mak aku. Lebih baik aku turun dulu, dari mereka berdua hantar aku ke depan pintu.

Setelah turun dari lori ikan tersebut, aku mengucapkan terima kasih pada pasangan suami isteri itu. Lori Uncle Lim terus jauh meninggalkan kawasan rumah aku.

Aku berjalan terhincut-hincut disebabkan bengkak di kaki dan pinggang aku terasa sengal dan sakit akibat dilanggar petang tadi. Aku mengambil masa 5 minit untuk menuju ke arah mak. Wajah mak sudah berubah. Nampak dia betul-betul marahkan aku.

“Mak...” panggil aku pendek.

“Wah..wah..wah...bukan main seronok kau berjalan. Sampai dah nak pukul 9 baru balik. Sini kau. Aku cakap sini!” jerit Puan Nani.

“Mak, tadi memang Nad dah balik. Tapi Nad kena langgar motor.” Aku cuba menerangkan pada mak, supaya mak faham apa yang berlaku.

“Oo langgar motor? Pakcik kau cakap kau naik motor dengan anak ketua kampung tadi. Bukan main lagi kau ye. Peluk pinggang jantan tu. Kau ni memang nak malukan aku ke apa ha! Kau dengan ayah kau sama je. Sini kau!”

Tangan aku ditarik kasar oleh mak. Aku jatuh tersembam ke atas tanah. Mak mula menghayunkan wayar elektrik ke badan aku.

“Nad tak da peluk dia mak. Betul mak!”
Mak tidak peduli rayuan aku. Malah badan aku dipukul oleh mak.

“Mak sakit mak...tolonglah mak..sakit.. Sakit sangat mak..”

Aku meraung menahan sakit, apabila mak tidak henti-henti memukul aku di luar rumah. Rumah aku sememangnya di hujung kampung, memang tidak akan siapa tahu pun apa yang berlaku. Sebab itu mak berani memukul aku di luar rumah.

Aku sudah lemah terbaring di atas tanah. Mak terus masuk ke dalam rumah meninggalkan aku di situ. Aku terpandangkan Zarina yang menuju ke arah aku. Kepala aku ditunjal olehnya.

“Padan muka kau. Balasan keluar dengan boyfriend aku.” Sempat Zarina memijak tangan aku sebelum dia masuk ke dalam rumah.

“Ya Allah, kenapa kau tak tarik sahaja nyawa aku Ya Allah,” gumamku.

Hai. Novel ini sudah dibukukan. Kalau tak nak baca dari apps atas sebab susah nak beli top up ke apa ke, bolehlah beli buku ini di Shopee, Lazada dan juga dari apps NovelPlus.

Share this novel

Alin Alia
2020-09-16 12:17:23 

kesian sgt :'(

Qai
2020-09-16 12:16:55 

kesian nad : (


NovelPlus Premium

The best ads free experience