UBAT aku ambil, lalu aku sapu di tangan dan kaki aku.
Aku menangis teresak-esak di birai katil. Sampai bila aku nak macam ni? Sampai bila lagi? Aku dah tak sanggup. Badan aku ni dah jadi punching bag mak, dan adik-beradik tiri aku. Kenapa aku tak melawan? Sebab aku sayangkan mak aku. Dulu mak aku tak macam tu.
Mak aku seorang yang lemah lembut. Selalu ada untuk aku jika aku bersedih. Kalau aku nak makan apa-apa, mak akan sediakan makanan untuk aku. Kalau aku demam, mak akan jaga aku sampai aku sihat. Tapi mak berubah lepas mak cerai dengan ayah.
Ayah pula sudah berkahwin lain dengan janda kaya selepas dia pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja. Mak begitu pelik dengan sikap ayah yang tiba-tiba senyap tanpa khabar berita. Ayah juga langsung tidak pulak ke kampung menjenguk kami, sehinggalah ayah tiba-tiba pulang.
Mak pada waktu itu pula, memang sungguh gembira bila ayah pulang. Rupa-rupanya ayah pulang semata-mata ingin melafazkan cerai talak satu kepada mak. Katanya, hatinya kepada mak sudah tiada. Dan lebih mengejutkan lagi, apabila ayah mengatakan dia sudah sebulan lebih berkahwin lain.
Mak yang tak dapat terima hakikat, terus-terusan menangis. Boleh dikatakan setiap hari mak menangis. Mak yang dulu selalu ada untuk aku, kini sudah tiada. Kadangkadang bila dia nampak muka aku, dia cepat mengamuk dan melenting. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Pantang nampak aku, habis badan aku dipukulnya. Sampai aku dah lali dengan pukulannya.
Ada sekali cikgu tanya, kenapa dengan muka aku ada nampak seperti lebam. Aku terpaksa menipu cikgu bahawa aku terlanggar bucu kabinet dapur. Ada kalanya itu aku pernah tipu cikgu yang aku tergelincir di dalam bilik air. Selepas dari itu, cikgu sudah tidak bertanya lagi.
Ingat lagi lepas aku pulang dari sekolah, aku nampak mak sedang menunggu aku di luar rumah. Dalam masa yang sama, ada lelaki yang sedang berdiri di sebelahnya bersama dengan dua orang gadis di situ. Dalam fikiran aku, siapakah mereka?
“Sini!” panggil Puan Nani kasar.
Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke arah mereka. “Ada apa mak?”soalku. Dalam masa yang sama aku memandang lelaki di sebelah ibuku. Dari raut wajahya, boleh di anggarkan umur lelaki itu sama umur dengan mak aku.
“Mak nak kahwin lain. Ni Pak Cik Zaqwan. Bakal bapa tiri kamu. Yang dua orang ni anak perempuan dia.
Yang ini Zuraina, dan yang ini Zarina,” terang Puan Nani.
“Apa? Apa… mak nak kahwin lain?”
Aku seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut mak aku. Aku bermimpi ke atau benar-benar kejadian yang tengah berlaku sekarang ni?
“Ya, mak nak kahwin. Kenapa terkejut?”
“Tapi mak...” Aku tidak dapat menghabiskan katakataku.
“Dah, tak payah nak tapi-tapi lagi. Bapak kau dah sedap dengan betina lain. Aku pulak nak menangis-nangis ingat dengan bapak kau. Buang air mata aku je. Kau suka ke tak suka ke aku tetap nak kahwin lain.”
“Tak apalah mak. Mana yang baik untuk mak, Nad ikut je.”
“Bagus. Senang kerja aku,” jawab Puan Nani.
Aku melihat mak, Pak Cik Zaqwan dan anak-anaknya tiba-tiba menuju ke kereta. “Mak nak pergi mana?” soalku pelik.
“Kami nak pergi makan.”
“Tapi Nad baru balik sekolah ni. Mak tunggu sekejap boleh tak? Nad tukar baju dulu.”
“Eh, siapa nak ajak kau pergi makan. Pandai-pandai kaulah nak makan apa.”
Mak terus masuk ke dalam perut kereta tanpa mempedulikan aku. Kereta meluncur laju meninggalkan kawasan rumah. Mataku sudah berkaca-kaca menahan sebak.
“Tak apalah mak. Kalau kahwin lain, boleh buat mak gembira semula lepas ni. Nad okey je. Mungkin dengan cara itu, boleh buat mak sayangkan Nad balik,” bisikku.
“BANGUN! bangunlah!” jerit Puan Nani.
Aku terpisat-pisat bangun dari katil. Mata, aku gosok perlahan. Aku memandang wajah mak yang kelihat menahan marah.
“Ada apa mak?”
“Ada apa kau cakap? Aku balik dari hotel, aku tengok dapur bersepah tak berkemas. Habis satu dapur bau sardin basi kau tahu tak! Pinggan tak berbasuh dalam singki. Kau dah makan semalam, tak reti nak basuh ke ha! Pemalas betul kau ni sekarang kan!”
Mak sudah mengamuk. Kepalaku ditunjal berulang
kali oleh mak. “Mak, Nad tak makan pun semalam mak. Semalam yong dengan Zarina yang makan. Bukan Nad mak.”
“Jadi, kalau dorang yang makan. Kau tak boleh nak kemas ke? Sekarang kau bangun, kau pergi kemas sekarang! Dah pukul berapa kau tak bangun-bangun lagi. Lepas tu kau keluar pergi siram pokok bunga, sayur semua dekat luar! Itu kutip tahi kambing buat baja! Kau faham tak?” jerkah Puan Nani.
Aku menganggukkan kepala mendengar arahan mak aku. Begitulah rutin harian aku setiap hari, sejak aku tamatkan sekolah di tingkatan 6. Aku sekarang ini hanya menunggu panggilan sambung belajar dari universiti sahaja. Kerja? Mak tak benarkan aku pergi mencari kerja.
Katanya siapa yang mahu membuat kerja rumah nanti, kalau aku pergi bekerja. Aku juga sudah tidak sabar ingin pergi dari sini. Jika tidak dapat pergi ke rumah opah sekali pun, mungkin dengan menyambung pelajaran, aku tidak perlu lagi menghadap mereka semua.
Telefon bimbit Samsung Grand 2, diambil dari bawah bantal. Baru aku teringat, aku langsung tidak melihat telefon bimbit aku sejak semalam. Butang on, dibuka. Tidak lama itu terdapat beberapa mesej dan panggilan tidak berjawab. Ya, mesej tersebut adalah daripada Syahril.
Syahril : Mana awak? saya call tak dapat-dapat.
Syahril : Awak, kenapa off handphone. Awak okay tak ni?
Syahril : Awak jangan buat saya risau. Tolong on handphone awak ni.
Syahril : Nanti kita jumpa kan?
Aku menghelakan nafasku perlahan. “Zarina pun suka dekat kau. Dia tak nak aku rapat dengan kau. Macam mana sekarang ni?” gumamku.
“Bertuah punya budak! Aku suruh kemas dapur. Bukan main handphone.” Mak tiba-tiba menjerit. Telefon bimbitku dirampas, lalu dihempasnya telefon bimbit aku ke lantai. Telefon bimbit aku sudah berderai. Bateri turut terkeluar dari badan telefon bimbit.
“Mak... kenapa mak baling handphone Nad mak.” Aku betul-betul terkedu dengan perbuatan mak.
“Sekarang ni aku nak kau bangun. Pergi kemas dapur sekarang, sebelum aku pukul kau lagi.” Nada suara mak sudah berubah. Aku menganggukkan kepala. Aku betulbetul takut. Takut jika mak memukul aku lagi.
AKU berjalan mengambil bekas dan pencedok untuk mencedok tahi kambing. Entah bagaimana tiba-tiba mak menjerit memanggil aku.
“Kau nak buat apa?” soal Puan Nani.
“Nad nak cedok tahi kambing ni mak. Buat baja.”
“Siapa suruh kau bawa bekas dengan pencedok?” soal Puan Nani lagi.
“Habis tu? Nad nak buat macam mana mak? Kalau tak ada bekas dengan pencedok?”
“Kau guna tangan kau. Kau bawa dari sana hingga ke bekas dekat hujung tu. Aku tak nak kau guna bekas dengan pencedok tu.”
“Tapi mak. Tahi kambing ni kotor mak. Takkan Nad nak pakai tangan?”
Aku tidak faham kenapa mak nak menyeksa aku begini. Dalam masa yang sama aku ternampak Pak Cik Zaqwan sudah tersengih-sengih melihat aku. Fahamlah aku kenapa mak menyuruh aku menggunakan tangan. Aku tahu Pak Cik Zaqwan memang suka sangat mengapiapikan mak. Dia suka sangat melihat aku terseksa.
“Cepatlah! Kau tercegat apa lagi dekat situ?”
Aku meletak kembali bekas dan pencedok di hujung yang disuruh mak tadi. Dengan menarik nafas sedalamdalamnya, aku berjalan perlahan menuju ke tahi kambing yang berkumpul di atas tanah. Tekak mula terasa loya melihat tahi kambing yang dipenuhi dengan lalat-lalat yang berterbangan. Lagi membuatkan aku loya adalah, apabila aku hanya dibenarkan menggunakan tangan sahaja.
“Cepatlah! Kau tengok apa lagi!” jerit Puan Nani, yang tidak berpuas hati melihat anaknya Nadia, yang masih termenung merenung tahi kambing tersebut.
“Ya, mak,” jawabku lemah.
Dengan keberanian yang aku ada, aku mula mencedok tahi kambing itu menggunakan kedua-dua tanganku. Dari belakang aku terdengar suara bapa tiriku yang sedang ketawa dengan sekuat hatinya. Air mata mula bertakung. Aku bangun dan berjalan menuju ke bekas yang hendak diletakkan tahi kambing tersebut. Aku berulang kali berjalan mengutip tahi kambing, sambil diperhatikan oleh mak dan ayah tiriku.
“Cepatlah dapat tawaran belajar. Aku tak sabar nak pergi dari sini,” gumamku.
“KENAPA saya call awak tak dapat? Mesej pun tak berbalas. Awak pergi mana? Dua hari ni awak senyap je?” soal Syahril bertalu-talu.
“Handphone saya rosak sebenarnya,” tipu aku.
Sehingga kini Syahril langsung tidak tahu aku sebenarnya didera oleh mak aku sendiri. Ini kerana, aku pandai menyorokkan lebam di lengan dan muka aku menggunakan mekap. Lagipun aku jarang juga berjumpa dengannya.
“Handphone rosak? Macam mana boleh rosak?”
“Terlepas dari tangan saya handphone tu. Terus berderai. Awak faham-faham jelah. Handphone lama.”
“Jadi sekarang ni tak ada phone?” soal Syahril lagi.
Aku hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum.
“Jom,” ajak Syahril.
“Jom ke mana?” soalku pula.
“Beli phone barulah. Dah alang-alang kita dekat Ipoh Parade ni. Balik nanti saya hantar awak balik ya? Tak payahlah naik bas.”
“Eh, tak payahlah awak. Saya tak nak handphone baru. Lepas tu saya tak nak balik dengan awak. Biar jelah saya naik bas je.”
“Kenapa? Dahlah. Jom. Kita pergi cari phone baru. Dah jom, jom.”
Syahril memaksa aku. Nak tak nak terpaksa juga aku mengekorinya. Kami berdua berdiri di hadapan kedai telefon bimbit berjenama Oppo. Aku mula tidak selesa. Mana tidaknya Syahril dari tadi memaksa aku untuk memilih telefon bimbit.
“Awak tak payahlah. Mahallah handphone dekat sini.”
“Tak ada mahallah. Saya pun baru dapat gaji. Tolong ayah saya dekat kedai runcit. Apa salahnya kalau saya belanja awak handphone. Awak kan girlfriend saya.” Syahril sudah tersenyum.
“Girlfriend? Tapi bila masa pula saya jadi girlfriend awak?” soalku pelik.
“Alah, nanti kita declare juga kan? Dah. Cepatlah pilih phone mana awak nak. Saya bajet 1000 ke bawah je tau.” Syahril tersengih memandangku.
“Tapi saya tak nak,” kataku lagi.
“Habis tu, kalau awak tak nak, macam mana saya nak contact awak lepas ni?”
“Tak payah contactlah.
“Sampai hati awak cakap macam tu. Kalau awak tak nak pilih, biar saya yang pilih.” Syahril mengambil telefon bimbit Oppo yang berharga RM800 lebih. Setelah membuat pembayaran telefon bimbit diberikan kepadaku.
“Awak, kan saya dah cakap tadi saya tak nak.”
“Ambil jelah okey.”
Beg kertas tertulis jenama Oppo dihulurkan kepadaku.
Nak tak nak terpaksa jugalah aku mengambilnya.
“Terima kasih,” ucapku.
“Sama-sama. Jom. Kita makan aiskrim pula nak tak?” ajak Syahril.
“Okey. Lepas tu kita balik ya. Dah pukul berapa dah ni.”
“Okey, lepas makan aiskrim kita balik. Saya hantar awak balik ya.”
“Tak naklah awak. Saya nak naik bas je. Lagipun tak manis kalau saya naik motor dengan awak.”
“Kalau tak nak orang nampak, saya hantar awak dekat tepi simpang masuk ke kampung kita. Boleh tak? Lagipun dah pukul 6.00 petang dah ni. Takut bas tak ada.” Wajah Syahril kelihatan agak risau.
Ya tak ya juga. Pukul 6.00 petang mana ada bas beroperasi dah kalau di kampung. Nak tak nak terpaksa jugalah aku menumpang motor Syahril untuk pulang ke rumah.
Ketika itu, Dato’ Haezril sedang membelek-belek anak patung Barbie yang sedang dipegangnya.
“This is nice. Mesti El suka.” Dato’ Haezril tersenyum. Sempat dia mengerling jam berjenama Rolex di tangannya yang sudah menunjukkan pukul 6.00 petang.
“Dah pukul berapa dah ni. Aku dah lambat. Kejap lagi ada dinner pula,” gumam Dato’ Haezril.
Dato’ Haezril menuju ke kaunter pembayaran untuk membayar harga anak patung yang dipegangnya tadi. Dato’ Haezril tersenyum. Sejak isterinya bercerai dengannya, Dato’ Haezrillah yang menjadi ibu dan ayah kepada Elina.
Setelah selesai membuat pembayaran, Dato’ Haezril bergegas berjalan untuk keluar dari Ipoh Parade tersebut. Di tangannya menggenggam erat beg kertas yang berisi hadiah untuk Elina. Pagi-pagi lagi tadi dia sudah tiba di Ipoh. Itulah kerjanya. Boleh dikatakan setiap minggu dia akan ke outstation untuk berjumpa dengan pengurus Kelab Golf.
Share this novel
await bodo sgt.. lari la.. 17 taon ... bukn 7 taon . stresss kite!!
kejamnya mk dia. awt la mk dia jhat sngt ank sendiri tu oiii bukn ank tiri : |