HMD 2 - DERA

Romance Completed 547875

TUBUH badan aku tidak henti-henti dipukul oleh mak aku sendiri, akibat kesilapan oleh bapa tiriku yang telah menumpahkan air di atas lantai tadi. Ya, ibu bapa aku sudah bercerai ketika umur aku masuk ke-17 tahun. Habis sahaja idah, mak aku terus berkahwin lain dengan duda anak dua. Bapaku pula? Entah ke mana dia pergi pun, aku langsung tidak tahu. Mana tidaknya ayah aku terus putus hubungan dengan kami.

“Berapa kali ha mak nak cakap? Lap kan? Tengok pinggang aku sakit ni! Kau tahu tak, sebab tergelincir!” marah Puan Nani.

“Mak, kenapa nak marah Nad? Apa salah Nad? Bukan Nad yang buat tumpah ni. Lagipun pak cik yang tumpahkan, bukan Nad.”

Aku cuba melawan. Lagipun bukan aku yang tumpahkan air itu. Aku sudah penat. Kalau boleh mahu sahaja aku melarikan diri dari sini. Aku sudah tidak larat lagi, apabila tubuhku menjadi tempat melepaskan kemarahan oleh mak kandung aku sendiri.

“Kau melawan eh cakap aku? Sini kau!”

Mak sudah mula naik hantu, apabila dia mula memukul badan aku dengan sepenuh perasaannya. Aku menyeringai menahan sakit.

“Ha, pukul dia Nani. Dah pandai melawan dah sekarang ni anak awak tu.” Zaqwan cuba mengapi-apikan isterinya.

“Saya tengah pukullah ni.” Puan Nani terus mengambil penyapu lalu dia menuju ke arah anak perempuannya semula.

“Mak, jangan pukul Nad mak. Sakit mak. Sakit…”

Aku cuba merayu dan berharap mak aku tidak meneruskan lagi. Tapi apakan daya, mak aku tetap terus terusan memukul aku. Sehinggalah aku tidak berdaya lagi untuk bangun. Akhirnya, aku pengsan di situ.

DALAM pukul 10.00 malam aku terjaga daripada tidur. Terasa badan aku dipijak oleh seseorang.

“Hoi, bangunlah. Kau tidur dekat dapur ni dah kenapa ha?”

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Badanku terasa sakit-sakit. Aku merenung wanita di hadapanku, yang sedang tersenyum sinis memandang aku. Siapa lagi kalau bukan Zarina, adik beradik tiri aku.

“Bangun pun kau. Ingatkan nak tidur sampai pagi esok.” Zarina memeluk tubuh.Tidak lama itu muncul kakak tiriku pula iaitu Zuraina.

“Ewah-ewah kau ni. Bangunlah! Kitaorang ni nak makan. Siapkan makanan untuk kitaorang!” jerkah Zuraina.

“Nad sakit badan sangat ni. Nad tak larat nak bangun.”

Badan aku kelihatan merah-merah dan bengkak akibat dipukul petang tadi. Rambutku pula tiba-tiba direntap kasar oleh Zuraina.

“Aduh sakit. Sakit yong.” Aku menahan sakit akibat rambutku direntap oleh kakak tiriku. Dahiku pula ditunjal oleh Zarina sambil dia ketawa melihat aku yang menahan sakit.

“Kau ni kan, kesian betullah hidup kau. Memang tak ada siapa-siapa pun sayangkan kaulah. Mak kandung kau sendiri pun tak sayangkan kau. Tu ayah kandung kau mana pergi? Hilang macam tu je? Betul tak yong? Hidup dia ni memang sedih sangat.” Zarina seakan-akan mengejek.

Air mataku sudah bergenang. Memang betul, sejak ibu bapaku bercerai, mak aku sudah tidak menyayangiku lagi. Katanya wajahku mengikut wajah ayahku. Dan dia betul-betul bencikan aku. Aku tidak mempunyai adikberadik kerana aku merupakan anak tunggal. Aku cuba bangun dari kedudukan aku di lantai tadi, tetapi rambutku semakin kuat dicengkam oleh kakak tiriku.

“Sakit yong. Lepaslah yong,” rayuku.

“Siapa kakak kau? Kau bukan adik aku.” Zuraina meludah ke muka Nadia.

Zarina pula, mula ketawa melihatku diludah oleh kakaknya sendiri. Air liur yang diludah tadi mula mengalir di muka aku. Bau hanyir air liur membuatkan tekakku terasa loya. Air mata yang ditahan-tahan tadi terus tertumpah dengan derasnya.

“Ha lupa yong nak beritahu kau Rina. Dengar cerita, Nadia kawan dengan anak ketua kampung,” ujar Zuraina pada adiknya.

“Apa yong cakap? Nad kawan anak ketua kampung? Si Syahril tu?”

“Yalah. Yong nampak dia keluar semalam dengan Syahril.”

Pipi aku tiba-tiba ditampar oleh Zarina. Aku menyeringai menahan pedih oleh tamparan Zarina tadi.

“Tak gunalah kau ni! Syahril tu aku punya kau tahu tak! Mentang-mentanglah kau tu cantik, macam-macam jantan kan, kau boleh dapat. Aku bagi amaran dekat kau eh, kau jangan jumpa Syahril lagi. Aku tahu kau jumpa Syahril lagi, kau siap kau!” Zarina menolak tubuhku, lalu aku terdorong ke belakang.

“Pergi siap makan! Aku nak makan! Mak cik dengan abah sedap-sedap pergi tidur hotel, kita ni tak makan pula dik. Aku geram betullah!” marah Zuraina.

“Ha kau dengar tak tu! Pergilah siap makan. Kitaorang nak makan ni. Penat-penat balik kerja, tapi tak ada makanan. Cepatlah siapkan!” arah Zarina sambil menendang tubuhku mengguna kakinya.

Aku menggetap bibir menahan sakit akibat ditendang Zarina tadi. Aku sudah tidak sanggup lagi tinggal di situ. Mahu sahaja aku meninggalkan rumah ini, dan lari ke kampung opahku dan tinggal bersamanya. Dengan kudrat yang aku ada, aku cuba bangun untuk menyiapkan makan malam, walaupun pada ketika itu badanku begitu lemah menahan sakit.

Almari kabinet aku buka perlahan, nasib terjumpa satu tin sardin. Aku memotong bahan-bahan untuk menumis. Ada kalanya itu aku berdecit menahan sakit yang aku alami pada waktu itu. Setelah hampir 45 minit di dapur, siaplah menu sardin dan telur dadar.

“Yong, Rina, makanan dah siap. Bolehlah makan,” panggilku.

Mereka berdua keluar dari bilik menuju ke dapur. Sempat aku mengerling jam di dinding yang sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Aku berdiri di hadapan singki untuk membasuh peralatan memasak tadi.

“Bodoh betul kau ni. Masak pun lama sangat ke?!” Zuraina menunjal kepala aku. Aku hampir tersungkur ke depan, nasib aku sempat menahan tangan aku dari kepalaku terhentak pada kabinet dapur.

“Dah! Berambuslah! Kau buat apa lagi dekat dapur ni! Berambus!” jerkah Zuraina. Zarina dari tadi menahan ketawa.

“Tapi Nad, nak makan juga. Nad lapar sangat ni. Bagilah Nad makan juga.” Aku cuba merayu. Berharap mereka memberiku makan sekali bersama mereka berdua.

“Kau nak makan kan? Kejap.”

Pinggan kosong diambil, lalu Zuraina berpura-pura meletakkan nasi dan lauk ke dalam pinggan. Setelah itu, pinggan tersebut dihulurkan kepada aku.

Aku terkebil-kebil melihat pinggan yang kosong tanpa berisi dengan nasi mahupun lauk.

“Ha ambillah! Kau tengok apa lagi?”

“Tapi yong, tak ada nasi dengan lauk pun dalam ni.” Air mata aku tahan supaya tidak tertumpah.

“Aih.. kau ni buta ke apa? Tak nampak ke nasi dengan lauk dalam tu?” soal Zuraina. Zuraina seakan menahan ketawa.

Zarina yang dari tadi melihat, sudah ketawa terbahakbahak melihat aku. Aku tidak tahu apa yang lawaknya di mata mereka berdua.

“Dah! Berambus dari sini. Jangan nak duduk depan kita orang lagi. Aku nak makan nasi!” arah Zuraina.

Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke bilik. Aku betul-betul sedih dengan keadaan aku sekarang ini. Mak aku pula langsung sudah tidak pedulikan aku. Pernah adikberadik tiriku memukul aku di hadapannya.

Tetapi mak aku? Langsung tidak peduli. Lagi diarahkan lagi memukul aku adalah. Tolonglah. Aku nak keluar dari sini. Aku dah tak sanggup lagi menadah badan aku untuk dipukul oleh mereka lagi. Bapa tiri aku? Dia belum pernah memukul aku. Tetapi dia suka melihat aku dipukul. Sampai bila aku harus bertahan? Adakah sampai aku mati baru aku dapat keluar dari sini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience