BAB 2

Short Story Completed 233

“Pening! Pening!”

Dari tempat duduk di meja belajarnya, Mastura dapat mendengar keluhan teman sebiliknya yang berada di compartment sebelah itu. Dia tersenyum dan bangun meninggalkan buku Islam Knowledge and Civilisation yang sedang dibacanya. Diya menjenguk ke compartment sebelah. Gadis yang mengambil jurusan Sains Bioteknologi itu kelihatannya sedang memegang kedua-dua belah kepalanya yang ditongkat dengan siku di atas meja.

Malam-malam begini, rasanya itulah aktiviti setiap insan yang bergelar pelajar. Aktiviti membaca dan mengulangkaji pelajaran. Okey… mungkin ada yang bersukan malam-malam tapi tidak ramai.

“Assalamualaikum, Mela ,” perlahan dia memberi salam sebelum masuk ke ruangan itu. Dia menghadiahkan senyuman buat temannya itu. Di sentuh bahu Sharmela , sebelum dia melabuhkan diri di atas katil. Risau pula gadis itu terlalu tertekan. Sebagai rakan sebilik, tentulah dia tidak mahu keadaan itu berterusan.

“Kenapa?” soalnya pendek. Sharmela tersengih kepadanya.

“Tak adalah. Macam biasa. Tiba-tiba rasa macam banyak benda kena baca. Exam pun seminggu lagi.”

Mastura senyum. Yalah, memang dia sudah biasa mendengar Hanis mengeluh kecil apabila sesuatu yang dibacanya tidak langsung masuk ke dalam otak fikiran.

“Baca apa?”

“Biochem. Kau dah abis baca?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience