BAB 4

Short Story Completed 233

“Amin. Sebab itu dalam belajar pun, kita kena amalkan cara Islam. Sebelum belajar baca doa, masa belajar kaitkan semua tu dengan Kuasa Allah, selepas belajar baca doa. Sebenarnya, apa yang kita belajar selama ni semuanya adalah bukti kekuasaan Allah SWT.”

“Betul. Betul. Betul. Penemuan-penemuan yang dibuat oleh saintis-saintis dunia sebenarnya memang sudah dinyatakan dalam Al-Quran sebenarnya. Contohnya aku ada baca, tentang teknik pembinaa Piramid tau. Ada seorang professor ni kata asas binaan piramid tu terdiri daripada tanah, air dan kapur. Tanah diambil dari sungai Nil dan dicampurkan dengan bahan-bahan yang lain. Lepas tu dipanaskan pada suhu yang tinggi sehingga membentuk batu-bata yang kuat dan kukuh. Islam tu sudah terang-terang merupakan satu-satunya agama yang benar. Kalau tidak, takkanlah perkara-perkara itu boleh disebut di dalam Al-quran yang datangnya lebih kurang seribu empat ratus tahun yang lepas, kan?”

“Dan Firaun pula berkata: “Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta”. (Surah al-Qasas 28 :38)

Mastura tersengih. Makin bersemangat temannya itu apabila bercakap tentag perkara tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience