BAB 3

Short Story Completed 233

Mastura mengangguk. Dia dan Sharmela berlainan jurusan. Sharmela mengambil jurusan Sains Bioteknologi. Dia mengambil jurusan Sains Bioperubatan. Walaupun begitu, subjek-subjek yang mereka belajar untuk tahun-tahun awal di universiti sebenarnya masih hampir sama. Sebab itulah kalau dia ingin belajar bersama-sama dengan Hanis pun, tiada masalah sebenarnya.

“Tapi bukan kau pun dah habis baca ke?”

“Dah. Cuma nak mengulang. Bila nak mengulang, ada pula yang tak ingat. Tu yang geram tu.”

Mastura senyum. Macam-macam. Sebagai manusia, memang begitu sebenarnya sifat semula jadinya.

“Ala… relaks la. Kita ni manusia, bukan robot. Manusia perlu mengambil masa yang lama untuk menyimpan sesuatu perkara ke dalam memori dan juga mengambil masa untuk mengeluarkan memori itu, tahu tak?”

Ada caranya untuk membuatkan fikiran dan otak manusia itu cepat menghafal. Salah satu caranya ialah menghafal al-Quran. Kebanyakan hafiz atau hafizah sebenarnya mengambil masa yang sekejap untuk menghafal sesuatu fakta. Okey… dia mungkin bukan hafizah tetapi dia ada kawan yang menghafal al-Quran. Jadi dia tahu tentang perkara itu.

Secara saintifiknya, perbuatan menghafal al-Quran dapat membantu penghafalan perkara-perkara lain adalah kerana neuron-neuron di dalam otak pada bahagian penyimpanan memori itu telah dibiasakan dengan aktiviti sinap dari memori jangka pendek ke memori jangka panjang. Lalu, setiap aktiviti penyimpanan itu sebenarnya membantu aktiviti yang seterusnya.

“Tahu. Kau pernah bagitahu hal-hal neuron tu.”

Mastura mengangguk.

“Tahu tak apa. Jangan risaulah. Selagi kita ikhlas menimba ilmu dan Allah redha dengan kita, ilmu tu akan lekat di dada kita sampai bila-bila.”

Sharmela senyum.

“Semoga Allah melindungi kita dari ilmu yang tidak bermanfaat bagi kita. Tadi ada lecturer aku cakap, salah satu tanda akhir zaman ialah semua ilmu yang kita belajar adalah tidak bermanfaat bagi kita.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience