Get the app for full experience
SETELAH baju yang dibakarnya sudah menjadi abu, dia masuk semula ke dalam rumah dan menuju ke ruang tamu mencari Nizam. "Ijam, akak nak balik hospital dah ni. Kalau Ijam lapar, pergi je beli makanan kat warung pak cik Wahid. Warung tu kan buka 24 jam," ujarnya kepada Nizam lalu menghulurkan sekeping note seratus kepadanya. "Banyak ni kak," kata Nizam terkejut. "Tak apa, baki nanti simpan buat belanja sekolah," kata Natasha lalu meletakkan wang kertas itu di tapak tangannya. "Terima kasih kak. Hati-hati memandu," pesan Nizam lalu membuntuti kakaknya menuju ke pintu. Baru sahaja dia hendak keluar dari rumah, dia terpandang ayah ...