Series
2932
Genab berlalu sebulan. Raffhan masih teringat akan ahli keluarga Pak Majid, terutama sekali Hanim, anak lelaki itu yang dilihatnya sebagai seorang yang matang dan sopan dalam melayani kedua orang tuanya.
Meskipun wajah itu tidak dapat dilihat dengan mata, hatinya yakin bahawa Hanim adalah seorang wanita yang cantik, seindah sikap yang ditonjolkannya.
Raffhan akui, dia jatuh hati pada gadis itu gara-gara tutur kata Hanim yang sopan dan lemah lembut adalah sesuai dengan citarasanya dalam memilih pasangan.
"Raff dah fikir habis ke nak melamar anak Pak Majid tu?" tanya ibu sekali lagi, mencari kepastian atas niat aku.
"Sudah, ibu. Kalau ibu tengok anak gadisnya tu, tentu ibu akan suka. Orangnya lemah lembut, sopan, sesuai dengan citarasa Raff." puji Raffhan, cuba menjelaskan perasaannya.
"Tapi Raff baru kenal dia sebulan. Macam mana pula Raff boleh suka dengan anak dia?" tanya ibu lagi, masih ragu-ragu.
Aku hampir saja nak ketawa mendengarnya, tapi aku faham ibu tak mahu aku membuat keputusan terburu-buru.
"Itulah namanya jodoh, ibu. Hati Raff kuat mengatakan dia adalah jodoh Raff. Tak semua hubungan perlu kenal lama sehingga bertahun-tahun kemudian kahwin. Dan Pak Majid adalah orang yang baik. Kita dah kenal keluarganya. Jadi, ibu tidak perlu risau tentang latar belakangnya." sekali lagi aku cuba menyakinkan ibu.
"Bukan itu yang ibu risaukan, Raff. Tapi boleh ke anak dia terima kekurangan Raff? Tak semua orang mamou terima kekurangan orang lain. Dan Raff perlu ingat, Raff tak boleh hanya menilai seseorang itu daripada luaran saja. Ibu tidak nak Raff kecewa nanti ketika orang yang Raff sayang tak tahu.menghargai Raff. Bukan mudah nak pupuk hati menjadi ikhlas. Hanya orang yang benar-benar faham saja akan akan tahu." ujar ibu dengan penuh perhatian.
Sejujurnya aku sendiri tidak tahu bagaimana peneriamaan Hanim terhadap aku. Aku buta, dia celik. Tapi, itu bukanlah penghalang untuk kami membina rumahtangga bahagia. Dan aku yakin bahawa hubungan kami akan berkembang lebih jauh jika Hanim menerima diri aku seadanya.
"Ibu janganlah risau. Raff yakin Hanim akan terima Raff. Kalau tidak, dia tak akan menolak cincin yang Raff berikan kelmarin."
Ya, cincin. Aku berikan sebentuk cincin pada Hanim sebagai tanda. Bersaksikan Pak Majid dan juga isterinya, mereka tahu niatku.
Merasakan respons positif dari gadis itu, aku semakin yakin Hanim akan menerima lamaran aku.
"Assalammualaikum…”
Mendengar suara itu memberi salam, segera aku bangkit dan mencapai tongkat.
“Waalikumsalam. Masuk Pak Majid.”
Pelawaku cukup kenal akan suara lelaki itu.Terasa ada tangan menyentuh, cepat-cepat aku berjabat dengan penuh hormat.
"Pak Majid seorang aje ke?”
“Ya datin, saya seorang aje. Maaflah Pak Majid menganggu puan dengan Encik Raff petang-petang ni.” kata lelaki itu.
“Apalah nak berencik-encik Pak Majid ni. Panggil Raff aje cukuplah. Macam tak biasa pula. Kan kita dah nak jadi satu keluarga tak lama lagi.” Kali ini aku hias senyum paling lebar.
Rasa berdebar apabila bakal pak mentua datang ke rumah. Langkah ku bawa duduk pada sofa diruang tamu.
“Duduk ya, ibu buatkan air sekejap.”
Mendengar langkah ibu sudah menjauh, Pak Majid tiba-tiba menarik tanganku. Sebuah objek turut sama diletakkan pada telapak tangan.
“Apa ni Pak Majid?” aku terkejut sekejap.
“Pak Majid minta maaf Raff. Mungkin bukan jodoh kamu dengan Hanim. Hati tak boleh dipaksa walaupun kita dah lama kenal.” kata Pak Majid.
Aku terdiam sejenak mendengarkan kata-kata itu.
"Bukan kuasa Pak Majid untuk memaksa Hanim menerima Encik Raff. Dia dah besar dan tahu buat pilihannya sendiri. Pak Majid tidak mahu dikatakan menurut kehendak orang, tetapi soal hati anak sendiri diabaikan."
"Hanim dah ada orang lain, Pak Majid?"
Suasana sepi seketika. Pertanyaan aku seperi berat untuk dijawab oleh Pak Majid. Aku tunduk. Tangan masih memegang kotak cincin yang diberikan tadi.
#raffhan #authorciciaida #buta #kasihsayang #pengajaran #cinta
Share this novel