Sejak majlis ulang tahun itu, Serena sering teringatkan pertemuan singkat dengan Rafael. Meskipun sikap dingin Rafael mematahkan semangatnya seketika, dia tidak dapat menahan diri daripada terus tertarik. Setiap kali wajah serius itu muncul di ingatannya, rasa geram bercampur rasa ingin tahu menyelinap ke dalam hatinya.
Tiga hari selepas parti itu, Encik Shah mengundang Rafael ke rumah untuk makan malam. Serena tahu itu adalah peluang terbaiknya untuk cuba mendekati Rafael dengan lebih lagi.
"Papa, siapa yang nak datang malam ini?" tanya Serena, memasukkan secubit salad ke dalam mulut sambil mencuri pandang ke arah Encik Shah yang sedang duduk di meja makan.
"Rafael Zayn," jawab Encik Shah ringkas, mengangkat cawan teh. "Anak papa ni tak sabar nak jumpa dia, kan?"
Serena hanya tersenyum tipis, berusaha menutup perasaan yang mulai terdedah. "Eren tak tahu apa yang menarik sangat pasal dia. Tapi... Eren rasa dia seorang lelaki yang mampu menarik perhatian Eren walaupun dia sombong..."
"Dia memang macam tu orangnya, tapi dia buat semua tu bersebab. Dia ni jenis lelaki yang berhati-hati," kata Encik Shah dengan nada serius. "Jangan cuba terlalu mendesak dia, Eren. Biar hati dia terbuka sendiri."
Serena mengangguk perlahan, walaupun hatinya masih penuh dengan rasa ingin tahu. Aku takkan berputus asa begitu saja.
Puan Arisa, yang duduk di meja makan bersama, mengeluh sedikit mendengar perbualan itu. "Eren, jangan terlalu mengejar sesuatu yang sukar dijangka. Kadang-kadang, lelaki macam Rafael ni bukanlah jenis yang mudah terkesan dengan usaha memikat."
Puan Arisa tersenyum kepada Serena. Dia tahu, Serena mempunyai perasaan terhadap Rafael. Apa yang perlu dia buat? Dia tak mampu untuk menghalang kebahagiaan anaknya sendiri.
Serena menoleh ke arah mamanya, melihat senyuman lembut di wajah Puan Arisa. "Mama... Eren just nak cuba rapat dengan dia je. Dia nampak serious sangat and terlalu misteri."
Puan Arisa tergelak kecil dan tersenyum, dia menyentuh lembut tangan Serena. "Tak salah kalau nak mencuba. Tapi ingat, jangan lupa diri. Kalau dia tidak berminat, jangan paksa dan jangan teruskan."
Serena memandang mamanya, sedikit terkesan dengan kata-kata Puan Arisa. "Eren faham, mama."
Malam itu, Rafael tiba tepat pada waktunya. Serena mengamati lelaki itu dari jauh, memandang cara dia melangkah masuk ke ruang makan. Seperti biasa, penampilannya kemas, penuh kawalan. Wajahnya tidak menunjukkan emosi, hanya ketenangan yang menyelubungi setiap tindakannya.
"Selamat datang, Encik Rafael," sapa Serena, menghulurkan tangan dengan senyuman manis.
Rafael sekadar membalas dengan anggukan ringan, tangannya menyentuh sekejap tangan Serena sebelum menariknya kembali, hampir seolah-olah tanpa sengaja.
Serena cuba menahan diri daripada memandangnya terlalu lama. "How are you? Sejak awak balik dari parti tu, saya rasa seolah-olah kita semakin jauh..."
Rafael memandangnya dengan pandangan sejenak, kemudian mengalihkan pandangan kepada Encik Shah. "Saya sibuk dengan urusan business."
Serena menganggapnya sebagai tanda untuk tidak berputus asa. "Nah, It's okay, saya faham. Tapi, saya harap kita boleh borak lebih lama lah malam ni..."
Rafael akhirnya duduk di meja makan. "Sure, kalau waktu mengizinkan." Suaranya tenang dan agak serius, tanpa menunjukkan rasa teruja untuk berbual lebih lama.
Selama makan malam, Rafael hanya berbicara apabila ditanya, selebihnya dia hanya mendengar dengan penuh perhatian. Serena cuba memecahkan kebisuan itu, namun setiap kali dia bertanya sesuatu, Rafael menjawab dengan pendek, tidak lebih dari yang diperlukan.
Setelah makan malam, mereka semua bergerak ke ruang tamu. Serena melangkah mendekati Rafael, cuba mencipta peluang untuk berbual. "Awak suka music?" tanya Serena dengan penuh harapan.
Rafael menoleh kepadanya, matanya yang tajam itu menyelidik. "Music? Tergantung pada jenisnya..."
Serena tertawa kecil. "Saya suka music yang tenang. Kadang-kadang, saya suka main piano."
Rafael memandang Serena sebentar sebelum kembali meneguk minumannya. "Piano? Interesting."
Serena tidak mahu berhenti begitu saja. "Awak tak minat main alat music?"
"No. Saya lebih suka benda yang tenang and tak bising."
Serena mula rasa sedikit kecewa dengan sikap Rafael, namun dia tetap gigih. Aku akan buat dia rasa selesa. Aku akan buat dia tengok aku lebih dari sekadar gadis biasa.
Rafael meletakkan gelas di atas meja. "I think, I need to go right now. Thanks jemput dinner malam ni."
Serena hanya mampu tersenyum sambil mengangguk. "Thank you juga sebab sudi datang, Encik Rafael. See you!"
Setelah Rafael pergi, Serena melangkah ke balkoni, memandang ke luar. Fikirannya terus bermain dengan setiap perbualan, setiap gerak-geri Rafael yang telah dia perhatikan. Kenapa dia macam susah sangat untuk didekati?
Puan Arisa menghampiri Serena, duduk di sebelahnya. "Nak tahu something tak, sayang?" tanya Puan Arisa dengan nada lembut.
Serena menoleh ke arah mamanya. "Apa dia, mama?"
"Kita tak boleh paksa orang untuk suka dekat kita. Tapi kita boleh berusaha menjadi yang terbaik dalam versi diri kita sendiri," jawab Puan Arisa, senyumnya penuh makna. "Kadang-kadang, cara terbaik untuk menarik perhatian seseorang adalah dengan menjadi diri sendiri."
Serena termenung sebentar. "Eren akan cuba, mama."
Share this novel