BAB 3

Romance Series 1339

Seminggu selepas makan malam itu, Serena masih tidak dapat melupakan sikap dingin Rafael. Setiap kali dia cuba mendekatinya, lelaki itu tetap sama, tidak memberi sebarang perhatian lebih daripada yang diperlukan. Serena rasa seperti dia sedang mengejar bayangan yang tak akan pernah dapat dicapai.

Namun, hari itu, Encik Shah mengundang Serena dan Rafael untuk bekerja bersama dalam satu projek kecil. Rafael perlu memberi pandangannya mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan business keluarga, dan Serena diundang untuk membantu dengan beberapa idea kreatif.

"Eren, papa nak kamu ada dalam mesyuarat dengan papa dan Rafael nanti. Ada beberapa perkara yang kita perlu bincangkan," kata Encik Shah pada Serena di ruang tamu.

Serena mengangguk. Ini peluang yang terbaik untuk aku lebih dekat dengan dia.

Apabila tiba di pejabat, Serena melihat Rafael sudah berada di bilik mesyuarat. Pakaian hitam yang kemas dan wajah seriusnya semakin mencuri perhatian. Serena berdebar sedikit, cuba menenangkan perasaannya.

"Good morning, Encik Rafael," sapa Serena apabila melangkah masuk.

Rafael mengangkat muka, dan kali ini, dia memberikan senyuman tipis. "Morning, Serena." Pandangan mata mereka bertemu sebentar sebelum Rafael kembali memfokuskan pandangannya kepada kertas di hadapannya.

Serena menarik nafas dalam-dalam. Ini cabaran yang sebenar.

"Alright, mari kita mulakan," kata Encik Shah, memecahkan ketegangan yang semakin memuncak.

Serena mula memberikan beberapa idea untuk projek tersebut, berusaha menunjukkan kreativiti dan pemikirannya. Setiap kali dia berbicara, dia merasakan mata Rafael yang tajam memerhatikannya, namun sikap dingin lelaki itu tetap tidak berubah.

"Tapi, saya rasa idea ini agak... terburu-buru," kata Rafael akhirnya, memandang Serena dengan pandangan yang agak serius.

Serena terkejut, tetapi dia cuba untuk tidak menunjukkan kekesalannya. "Boleh saya explain dengan lebih detail, Encik Rafael?" tanyanya dengan tenang.

Rafael mengangguk, memberi ruang untuk penjelasan lebih lanjut. "Go on."

Serena kemudian meneruskan penjelasannya dengan lebih terperinci. Kali ini, dia berusaha lebih berhati-hati, cuba untuk menarik perhatian lelaki itu. Ketika dia selesai berbicara, Rafael memandangnya dalam diam, seolah-olah menilai setiap perkataan yang telah diucapkan.

"Baik, saya boleh terima idea awak tu. Tapi saya lebih suka kalau ia dipertimbangkan dengan lebih mature," jawab Rafael akhirnya.

Serena tersenyum kecil, cuba mengawal perasaannya. "Terima kasih atas pendapat tu, Encik Rafael."

Mesyuarat itu berterusan, dan walaupun Rafael tidak banyak berbicara selepas itu, Serena dapat merasakan sedikit perubahan dalam cara dia melihatnya. Ada sesuatu yang lebih dari sekadar sikap dingin itu, sesuatu yang Serena tidak dapat pastikan.

Namun, apabila mesyuarat itu selesai, Rafael tetap cepat untuk mengucapkan selamat tinggal tanpa menghiraukan lagi Serena. "Terima kasih untuk semuanya. Saya minta diri dulu," katanya kepada Encik Shah, dan dia terus melangkah keluar dari bilik mesyuarat tanpa mengucapkan kata-kata lebih lanjut kepada Serena.

Serena hanya mampu melihat dia pergi. Kenapa dia terlalu sukar untuk didekati? Ish, tak boleh jadi ni!

Selepas mesyuarat, Serena melangkah keluar dan melihat Rafael di luar bangunan, berdiri tidak jauh dari kereta miliknya yang diparkir di tempat kereta. Tanpa berfikir panjang, dia memutuskan untuk menghampiri.

"Encik Rafael," panggil Serena perlahan.

Rafael menoleh, namun kali ini ada sedikit perubahan pada wajahnya. "Ada apa, Serena?"

Serena berdehem, cuba untuk bersikap tenang. "Saya just nak ucap terima kasih atas pendapat yang awak bagi tadi. Saya rasa, maybe kita boleh bekerjasama lebih baik untuk projek seterusnya jika ada rezeki."

Rafael memandangnya lama, matanya yang tajam seolah-olah cuba membaca niat di sebalik kata-kata itu. "Saya tak suka kerja yang terburu-buru. If awak nak bekerjasama dengan saya, awak perlu make sure ia berbaloi," jawabnya, suara sedikit lebih lembut dari sebelumnya.

Serena terdiam sebentar. Ada sedikit kepercayaan yang dia beri padaku. Mungkin aku boleh cuba lebih lagi.

"Alright, Encik Rafael. Terima kasih sekali lagi," balas Serena, walaupun hatinya masih berdebar.

Selepas Rafael berlalu pergi, Serena hanya berdiri di tempat yang sama, memandangnya dari jauh. Ini adalah permulaan. Aku akan terus berusaha.

Share this novel

DHIA AMIRA.
2025-02-07 17:01:52 

best keep it up


NovelPlus Premium

The best ads free experience