BAB 4. PIKATLINE.

Romantic Comedy Series 1051

POV : Am

WEH! Sumpah aku cakap, perut aku sekarang tengah audition untuk jadi dram utama kumpulan buskers. Rentak dia bukan main rancak. Kejap dangdut.

“Dia tidak cantik, mak. Dia tidak jelik, mak. Yang sedang-sedang saja. Yang penting, dia setia. Aku sayang dia, mak…”

Kejap lagu rock kapak.

“Andai diberikan emas permata…ku pilih senyumanmu…andai ku punya mahligai indah kan ku hadiahkan…”

Kejap dah macam DJ remix dekat Zouk Club pulak!

Tapikan sebenarnya, hati aku lagi rancak weh, sebab awek ego tu kan… muka dia sebiji heroin drama pukul 7 tu!

Aku bersandar dekat dinding toilet sesaja nak tunjuk macho, maklumlah dalam hati dah nervous macam nak ambik lesen kereta kali kedua.

Tadi sikit 'baek punya pickupline'!

Pintu syurga konon!

Tapi, tak layan dowh!

Aku sendiri pun tak sangka boleh keluar smooth macam tu. Kalau aku record tadi, confirm boleh viral dekat TikTok dengan caption 'Pickupline paling tak menjadi tapi paling win abad ini.'

Aku tarik nafas panjang.
Sebenarnya aku ni jenis tak heran awek. Bukan nak riak tapi geng buskers aku sendiri pun tahu, aku ni, macam mana.

Kalau awek lalu depan stage kami, aku steady je. Kalau cun pun, aku nyanyi macam biasa. Paling 'koman' pun takat senyum gitu-gitu je lah. Ala macam pelakon iklan Safi!

Tapi tadi… entah kenapa, lain weh aura dia. Aku dapat rasa. Aura langit ke tujuh Dragon Ball Z pun kalah!

Mata dia, pergh!

Kalau pandang lagi lama, mau cair jugak ego kejantananku. Cara dia jeling, suara dia balas ayat aku…

Fuh! Kompom weh, terus masuk peti simpanan hati.

Aku sengih sorang-sorang sambil garu tengkuk. Kalau orang lalu tengok, mesti ingat aku ni guard tandas awam yang terlalu enjoy dengan kerja sendiri.

“Eh Am, kau senyum sorang-sorang macam baru menang nombor ekor. Apa hal?” tiba-tiba suara salah-sorang geng buskers aku muncul.

Aku buat muka cover macho. Kejap tu jugak, aku tegakkan semula badan tersandar ala-ala Vijay tu.

“Eh, takde apa lah. Tadi… aku terlanggar bidadari.”

Aqil yang baru sampai terus kerut kening.

“Bidadari? Bro, ini Bukit Bintang bukan Jannah. Kau jangan berhalusinasi lebih sangat. Kalau kau terlanggar tokei handbag LV fake tu, lain cerita.”

Aku buat-buat gelak walau panas weh dengar!

Tangan kanan aku sempat tunjuk ke arah pintu toilet.

“Bukan fake. Real, bro. Aku bertembung sat-sat ni tadi. Cun gila bak hang. Ego dia pun bukan kaleng-kaleng, level-level T20. Tadi aku try mengayat tapi hampeh, dia punya balasan dah serupa kena tikam pedang samurai berkali-kali,” jawab aku bermuka seposen lima duit.

“Ingat pickupline aku sampai. Rupanya hampa bak lagu To'ki. Ceh, siot je!“

Kena berguru dengan Jep lag ni, nampak gayanya!

Boy dah ketawa terbahak-bahak sama jugaklah dengan si Aqil. Aku je tetap bermuka seposen sebabnya, aku je yang nampak keayuan kakak cun itu.

“Kau ni kan Am… kalau betul kau betul-betul boleh dapat awek macam tu, aku sanggup main dram pakai selipar Jepun seumur hidup,” cabar Boy.

“Ada bran ke?“

Aku tenung dia dengan semangat ngorat membara-bara.

Tak lama manapun. Aku pun tersengih balik tapi dalam hati aku sempat monolog macam hero Tamil.

'Kalau jodoh, tak lari ke mana. Kan? Kan?'

'Kalau bukan jodoh… aku lari ke tandas sekarang sebab perut aku dah level kecemasan!'

Tamat je monolog. Aku pun apa lagi, dengan badan terhuyung-hayang kejap menahan tapi bila aku pandang balik pintu toilet tu, aku tak jadi nak melangkah.

Tahan lagi. Kentut pun aku tahan.

Takkan nak masuk pulak! Kang dibuatnya awek tu keluar, aku tengah ‘berjemaah’ kat dalam?

Hilang terus kemachoan Kai Deva, aku.

So aku decide, tunggu. Biar perut aku buat drum solo. Janji aku dapat jumpa dia sekali lagi. Orang cakap janji mesti di capati bosskur!

Nak cakap apa pun aku tak tau lagi tapi aku yakin aku kena cuba. Tak gitu u oll?

Sebab dalam kepala aku cuma ada satu je…

Kalau aku biar dia pergi, confirm aku menyesal sampai tua, main gitar pun bunyi sumbang.

Tak beberapa minit…

See…kan aku dah cakap!

Krekkk!

Pintu toilet perempuan terbuka.

Dan ya… dia keluar. Dia. Awek ego muka heroin drama pukul 7 tu. Aku pandang dua orang rakanku dengan riak sekali.

Aqil dan Boy dah bersenggol-senggolan cubit-cubitan sambil pandang muka awek cun berpakaian ala-ala staf korporat itu bukan keparat, ya!

Aku cepat-cepat tegakkan badan. Senyum sikit. Tak boleh senyum lebar sangat, kang nampak macam badut funfair.

Dia jalan sambil betulkan clutch. Nampak aku, terus dia berhenti. Kening dia ternaik-naik gaya Ziana Zain pun ada. Gaya lady boss tengah nak terminate aku on the spot pun ado.

“Encik… masih tunggu depan toilet? Tak ada kerja lain ke?”

Pergh! Encik dia panggil aku, der!

Kenapalah tak panggil abang ke…baby ke…papi ke…eh, tu dah macam binatang mughalazah pulak. Kan ke lagi manis…

Aku tersengih, sambil letak tangan dekat dada. Sekali pandang, macam bell boy Hotel Concorde pulak dah.

“Kerja ada. Tapi hati saya tertinggal tadi masa terlanggar awak. So… sekarang tengah tunggu untuk claim balik,” kataku. Muka tak bersalah.

Dia geleng perlahan, senyum nipis tapi sinis.

“Hmm… hati encik tu mungkin patut masuk lost & found. Sebab setakat ni… saya tak bercadang nak pulangkan.”

Pergh! Kena tikam lagi weh!

Aku pura-pura pegang dada.

“Sakit woo… tapi takpe. Kalau hati saya hilang dekat awak, saya rela. Daripada hilang dalam jamban, lagi pedih.”

Weh, aku nampak dia cuba tahan ketawa. Aku nampak hujung bibir dia gerak sikit, tapi cepat-cepat dia maintain muka keras.

Apakah ni pertanda pikatline aku menjadi?

“Encik ni memang full-time pelawak jalanan ke?”

Hmm…encik lagi. Panggillah baby ke…

Aku selamba angkat bahu.

“Pelawak tak. Busker je. Bezanya, kalau busker bagi lagu, saya bagi ayat. Cuma beza besar sikit…”

Dia angkat kening.

“Apa dia?”

Aku senyum lagi.

“Lagu orang boleh lupakan… tapi ayat saya kat awak, confirm awak teringat walaupun nak tidur nanti.”

Cia! Cia! Cia!

Dia tunduk, pura-pura betulkan strap clutch. Aku tahu dia cuba sembunyi senyum. Tapi ego dia tinggi melangit. Aku betul-betul respect tu. Tabik spring lah!

Akhirnya dia pandang aku balik. Suara dia tegas bernada matang.

“Encik… kalau semua perempuan awak ‘ngorat’ macam ni, penatlah hidup.”

Aku cepat-cepat balas balik.

“Tak. Sebab semua perempuan bukan awak.”

Dia diam dua saat. Pandang aku. Kali ni lama sikit. Macam tengah timbang sama ada, nak hempuk aku dengan clutch tu atau nak senyum betul-betul.

Perut aku masih buat remix DJ Zouk tapi sumpah aku rasa, macam menang battle game PubG round satu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience