BAB 3.PERTEMUAN FIRST TIME.

Romantic Comedy Series 1051

POV : Raisya

KAUorang tahu tak rasa bila kaki dah rupa kaki robot. Kepala kosong tapi perut berlagu Keroncong Untuk Ana, itu lah aku sekarang.

Dahlah baru lepas shooting drama hindustan versi KLCC bila 'terpaksa-rela' bertembung dengan ex fiancee aku tu. Ala…siapa lagi!

Si Riz lah. Boleh pula siap jumpa dengan model wannabe tu, Tasya Shrek. Dan dalam tak sedar berjalan menahan rindu, aku dah pun berada dekat Bukit Bintang.

Tiba-tiba kan, telinga aku macam kena tarik dengan magnet lah!

Suara tu…

Serak basah. Tak pekat, tak cair. Cukup buat bulu roma aku tegak macam antenna Astro time ribut.

“Weh, siapa yang tengah nyanyi ni? Sedap gila suara dia,” aku bebel sendiri sambil kepala ligat cari punca suara.

Dan ya, aku nampak. Satu group budak-budak buskers. Ramai crowd berdiri keliling. Ada yang rekod TikTok. Ada yang pura-pura nyanyi padahal lirik ke laut. Tabung dia orang pun dah penuh siap ada duit merah. Fuh! Power betul.

Aku berdiri tepi-tepi. Tak nak obvious. Tapi mata aku terlekat pada sorang je. Vokalis dia. Baju kemeja hitam, rambut serabai sikit, muka macam Kai Deva versi 'tak cukup tidur tiga malam' tapi tetap on.

Dia tengah tarik suara, mata separuh terpejam. Feeling habis macam tengah buat konsert gitu…

“Tiga malam tanpa bintang. Dan diriku dihimpit penyesalan.
Arah tuju kian fana
Kerna hilangnya manira. Bagaikan siang di selubung gerhana. Kembalikan senda tawa.
Pulangkanlah manis di senyum manja. Ku pahatkan keinsafan.Dan patrikan kesetiaan
Sehingga nadi menafikan nyawa…”

“Ya Allah… kenapa aku rasa macam suara ni kena direct kat jantung aku?” Aku bisik perlahan.

Belum sempat aku nak alih pandang, Sally datang dari entah ceruk mana. Menjengil mata macam burung hantu baru bangun sahur.

“Eh! Nok. Kau buat apa berdiri macam patung monumen Bukit Bintang ni? Kan banyak port duduk. Duduklah!“ suara Sally tiba-tiba menyentap gegendang telinga aku.

Sikit lagi je nak terkeluar taik telinga.
Aku hampir tercekik air liur. Nasib chewing gum aku dah luah tadi.

“Sally! Kau ni suka sangat kan muncul macam hantu Kak Limah. Seram tau tak!”marah aku lalu buat-buat muncung itik serati belaan opahku.

Sally sengih sambil pusing rambut palsu yang warna perang blonde-kuning-hitam tu.

“Ala please lah nok, aku kan ada radar. Aku nampak kau termenung depan busker tu… oh my Gucci! Jangan cakap kau jatuh hati dengan mamat serabai tu?!” tegur Sally dengan liang-liuk macam penyanyi cover viral Sayang-Shae youtube tu.

Aku jeling Sally sambil lipat tangan ke dada.

“Hoi! Takde lah… aku just… you know, suara dia sedap. That’s all,” jawabku maintain cover.

Sally terus buat muka annoying dia. Kelopak mata dia sepetkan. Ingat lawa sangat lah tu! Huh…sekali pandang dah rupa Sin Chan.

Tangan kanan tadinya kepit dompet panjangnya di celah ketiak kini bercekak pinggang pula.

“Sedap suara konon… nok, aku tengok tadi kau punya mata tu macam laser pointer, fokus dekat dia sorang je. Jangan nak tipu mak lah. Aku boleh buat live reading kalau kau nak!”

“Apa benda live reading pulak?” aku sengih plastik.

Sally tarik nafas panjang. Suara dia makin kepit.

“Hello! Aku baca gerak geri badan kau tau. Bibir kau. Mata kau. Tangan kau tu pulak genggam clutch macam nak tercabut zip. Nok! Itu semua tanda-tanda jatuh hati luar kawalan!”

Yakinnya kamu!

Aku dah gelak terbahak.

“Hoi, Sally! Kau ni memang tak pernah serious lah. Mana ada aku jatuh hati. Baru je lepas nampak Riz dengan tunang barbie doll dia, takkan aku terus nak jatuh kat orang lain? Gila ke apa?” bidasku. Betul apa. Aku kan tengok. Just teruja pada nada suara dia je… je…

Kerna di hatiku masih lagi terukir nama Tengku Fariz aka Aaron Aziz ku… ecewah. skip!

Sally ketap bibir, lepas tu buat muka dramatik siap lap dahi pakai tisu.

“Eh, apa salahnya nok? Move on cepat-cepat kan trend zaman sekarang. Ex tunang kau dah tukar awek dalam sebulan je. Kau pulak nak tunggu berkurun?”

Aku terdiam. Move on apanya tadi terjumpa pun aku rasa macam nak terjun lombong!

Tapi…

Hmm, ada betul jugak apa Sally kata tu, kan?

Entah!

Hmm…kau tu memang cik penulis, jeles ler tu! Tak dapat retis kpop kau tu…

Cik Raisya Isketambola, boleh tak I tukar heroin cerita ni?

Ingat ok! I pemegang plot kisah ni.

Ok! Ok! Skip ke scene tadi…

Kalau mamat perasan Aaron Aziz tu dah ada pengganti. Apsal aku tak boleh?

Hati aku bercakap. Mata aku boleh pulak pandang semula vokalis busker muka ala-ala Kai Deva…

Tiba-tiba si vokalis tu. Yes, mamat Kai Deva serabai tu pandang aku. Lama. Aku apalagi weh!

Terkejut. Teruja. Tersuka. Tersendawa. Terkentut. Ah, semua ter…lah!

“Eh, Sally, dia pandang aku ke tu?” Aku sesaja bertanya tapi…

Eh! Eh, si Sally ni pula yang yoyo- o gelabah biawak sambil terpekup-pekup mulut. Mata nakal pandang tengah seluar. Sama je dengan mamat busker tu, lagi nak menggedik?

“Ahahlah nyah! Dia pandang kau lah, nok! Omg, hensem juga. Tetiber aku rasa, dia dedicate lagu tu bukan untuk you all lah tapi untuk aku!”

Aku buat muka menyampah. Tadi mamat sotong terlebih air ni kata lain, ni dah lagi lain…

“Encik Salman!“

“Hei! Apani! Apa Salman-Salman. Nama I Sal…ly ok!“ marah Sally. Makin terkepit nada suara padahal buah halkum ada tuh!

“Marah pulak? Aduh, kejap weh. Dah kenapa tiba-tiba memulas pula perut ni!“ Aku berkata dan-dan pegang perut. Sally juih-juih. Nasib takde pin baby kalau tak!

“Ha…tu lah dosa. Kata lagi I. I kan berdaulat,” sindir Sally. Aku terus naikkan anak mata hitam ku, dua-duanya ke atas. Tangan ke bahu. Menyampah mak!

“Kau tunggu kejap!“ arah aku tanpa mahu menunggu apa yang tak sepatutnya berterabur, terabur aku buka maraton ku.

Aku tahan sabar dengar mamat suara kepit tu gelakkan aku. Apa-apa pun tandas awam tunggu aku!!!

***

POV : Am

Perut aku makin rancak buat rock concert ni.

Dah tiba tapi…

Baru je nak capai tombol pintu toilet awam, sekali…

Gedebuk!

“Aduh!“

Weh, awek!

Er, aku terlanggar awek. Clutch pink dia hampir terlepas kalau dia tak pegang kuat tadi.

“Eh, maaf kak. Maaf saya tak sengaja terlanggar kakak…” Aku apa lagi. Cepat-cepatlah minta maaf sebab ni lah awek aku dok usyar tadi.

Hihihi…

“What?“ Perempuan yang aku tak sengaja langgar tu soal balik. Aku juga nampak gerakkan bibir …

Er, terpesona jap dekat bibir.

Bibir seksi dia sebut perkataan kakak tapi versi annoying kut…

Dia terus jeling aku. Tenang tapi atas-bawah.

“Encik, jalan tu lainkali pakai mata. Bukan pakai lutut. By the way, bila ya I jadi kakak, you?“

Aduh…suara dia. Suara buat jantung aku nak terkeluar lepas tu bagi ke dia buat trofi. Sedap weh!

Sedap ke? Biasa je…

Aku lah dengan penulis cerita ni. Sabar jela. Nak marah, kang aku tak dapat jadi hero.

“Sorry… saya ingat pintu toilet dah terbuka. Rupa-rupanya pintu syurga depan mata.”

Ececeh, apa lagi pickupline lah!

Cia…cia…cia…

See, siap ada background musik.

Dan-dan itulah, aku nampak kening separa tebal dia terus terangkat.

“Syurga? Encik, ini tandas awam. Jangan keliru.” Dia pula hambur kata-kata.

Aku terbatuk-batuk kecil dan tersengih lagi.

“Yalah… maksud saya, syurga sebab ada akak cantik berdiri depan pintu. Terus saya lupa nak masuk.”

Dia silang tangan ke dada, senyuman nipis penuh sinis.

“Kalau semua perempuan awak langgar depan toilet you panggil ‘syurga’, I rasa you dah boleh join Hot Daddy,kut.”

Eh! apa kaitan dowh? Hot daddy? Daddy? Cik kak oi, saya ni teruna trang tang-tang tau!

“Eh tak, akak special. Kalau orang lain yang saya langgar, saya kata ‘maaf’. Akak cun ni je dapat promosi ‘pintu syurga’.”

Mata dia kejap naik, kejap turun. Macam tengah timbang nak baling clutch bag dia itu atau tak. Kutlah…

“Promosi ke apa ke, I tak berminat. Boleh bagi I laluan tak? Atau encik nak I tolong isikan borang aduan DBKL?”

Aku hampir tergelak tapi cover dengan wajah blur.

“Tak payah borang. Kalau akak nak isi borang, apakata isi je borang nikah kita berdua? I boleh tolong copkan dengan hati.”

Kali ni, aku nampak jelas bibir dia terangkat sikit tapi cepat-cepat dia alih muka.

Jelas dowh. Ego awek depan aku ni tinggi-melangit. Harap muka je cun tapi memang cun, kut.

Dia tarik nafas, nada masih steady.

“Lawak encik ni… kalau masuk Maharaja Lawak, confirm tersingkir pusing pertama.”

Aku sengih selamba, terus balas.

“Tak apa. Janji malam ni saya lepas audition depan awak.”

Dia dah kalah sikit, jeling sambil muncung kecil sebelum langkah laju masuk toilet.

“Stupid.”

Aku sandar pada dinding sambil tersenyum. Sebelah kaki terangkat ke dinding. Dari jauh, aku yakin aku ni macam hero Vijay.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience