pov ; Raisya.
Nama aku Raisya Isketambola. Er… cup! Bukan. Raisya saja tak perlulah kut aku beritahu nama penuh ku pada u oll…
Isketambola? Mana aku dapat panggilan tu? Tunggu dan baca…
Aku ni… eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta besar di tengah bandaraya Kl. Hidup aku setiap hari penuh dengan meeting, laporan bertimbun dan kopi yang tak cukup manis.
Hakikatnya aku jugak yang bancuh, huh!
Tapi benda paling buat pejabat ni hidup bukanlah kerja bertapuk-tapuk tu tau!
Tetapi mengenai satu sosok ini. Sosok bernama, Sally Sally Kepochi.
Nama sebenar dia Salman Khan. Aha, sebab dia mix blood hindustan. Ada iras Remy Ishak plus Saif Ali Khan. Tapikan masalahnya nama je sado tapi kunyit…you!
Kadang aku rasakan, dia ni memang tak sesuai bekerja di syarikat macam ini. Nak tau tak sebab apa?
Tu… dia dah mai dah!
Melompat ke meja aku. Eh, taklah sampai begitu tapi datang dekatlah dengan tangan melambai-lambai ala-ala Usup Wilcha.
“Guys! Ada berita hangat wei. Baru keluar oven ni. Panas! Panas!”
Itulah Sally. Setiap kali ada hot news. Suam news sekalipun. Pasti dialah insan yang akan dapat tahu dahulu.
Actually aku okay je dengan mamat sotong separuh masak ni. Kalau dia takde memang sepi bilik pejabat kami ni. Dah macam kena langgar garuda pulakkan!
“Pasal pulak kali ni?“ tanya Kak Siti Payung.
Kenapa kami semua panggil dia Kak Siti Payung? Kejap…
“Ala payunglah payung ketipang payung.Payung sutera nak raja muda.Ala tolonglah tolong cik abang tolong…
Janganlah marah pada adinda…daun mengkudu bercabanglah cabang.
Tempat temasya semut serangga.Tidakkah rindu kepadalah abang…”
Dengar tak? Hah, tu lah lagu peberet kakak paling senior department kami. Siap buat lagu untuk panggilan lagi, gitu…
“Weh, you all nak dengar tak ni?“ Suara kepit Sally menghentikan waktu itu. Semua mata tertumpu padanya kini.
“You guys nak tau tak, nanti akan COO baru masuk. Habislah kita nanti. Masak mak, nyah!“ bebel Sally dengan tangan tak pernahlah lepas buat tarian asli si Ucop Wilcha itu.
“Masak kenapa pulak you? Ok what ada COO baru,” aku beri pendapat. Semua mata beralih ke muka aku pula.
Sally dan-dan itu cekak pinggang. Melenggang kangkung ke tepi kubikelku.
“Ok kau kata, nok? Kau dah lupa COO lama kita macamana?You all semua tak takut ke kalau-kalau yang baru ni pun sama je?“ tanya Sally lepas bertenggek tepi meja aku.
Hmm…port dia kalau nak bergosip. Panas jugak aku. Mahunya tak panas, dia bangun saja. Habis panas semua kertas-kertas kerja aku.
“Bagi peluang dulu. Akak tak rasa pun COO baru tu sama,”ujar Kak Siti Payung mencelah. Sally naikkan kedua-dua bola mata hitammnya ke atas. Muka toya!
“Betul tu.“ Hah…baru terkeluar suara Siti Sarah kita ni. Jika tidak, dialah staff paling berat mulut dan asyik terbetul-betul spek mata nerd nya.
“Kita tunggu dan lihat sajalah, nok. Takde COO department pun payah jugak,” ujarku pula.
“Hmm…okay. Okay tapi nanti kalau apa-apa hal berlaku, jangan cakap mak tak pesan tau,” ujar Sally terpaksa mengalah.
“Eh, Rai baru mak ingat. Semalam kan time mak me time dengan kawan-kawan mak di Kl Tower punya restoran. Mak ternampak Riz. Eh, siapa gugurl tu nok? Seksi you…”
Bukan mata bereyeshadow aku saja tertala tepat ke muka bermuka tipis Sally tapi yang lain juga.
“Entah.“ Titik. Malas sungguh aku nak bukak topik mamat poyo yang satu ini. Perasan bagus. Perasan hebat. Peras
an hensem. Er…tapi memang dia hensem pun. Tapi hensem-hensem dia pun semuanya poyo!
“Ouh…kutla kau tau, nok. Cepat sungguh dia cari pengganti eh? Baru sebulan korang putus tunang,” ujar Sally tanpa tahu betapa sakitnya hati aku kala mendengar!
“Tapikan muka dia cun lah, nok. Sejibik pelakon Reen Rahim tu…”
Hai lah, Sally. Kau sedar tak yang mata aku ni, kecik besar-kecik besar je pandang kau. Kang ada yang kena siku tujuh aku!
“Sally!“ Kak Siti Payung pekik sambil bibir dia juih-juih arah aku. Aku nampaklah dari ekor mata.
Barulah Sally terpekup mulut.
“Opslah sangat!“
***
“RAISYA?“
Freeze kejap. Itulah Riz. Tengku Fariz Tengku Aris. Tunang er… bekas tunangku.
Ya. We all baru sebulan putus. Cara baik tak baiklah tapi dah tu keputusan dia kan. So?
“Raisya?“ Panggilan itu menjalankan semula detik-detik waktu. Aku pula tersenyum saja. Blur. Siapa sangka jumpa balik pulak.
Terkebil-kebil juga mataku memandang anak Tengku itu menapak menuju ke arahku.
'Dia masih hensem. Sekali pandang macam Aaron Aziz time berlakon Suamiku Encik Perfect 10…'
Wake up! Wake up!
Spoil sungguh tatkala terdengar seruan kesedaran yang mengingatkan kembali status kami berdua. Ex - fiancee!
“Sihat?“ soal Riz yang hadir bersama senyuman yang…yang… serius aku masih lagi terpesona. Terpeleot pada senyuman itu.
Senyuman Tengku Fariz.
Klap! Klap!
“Raisya, are you ok?“ Dah petik jari lepas itu bertanya pula.
“Hah? Ok. Ok saja. Nothing problem pun,” jawabku menegaskan semula riak muka.
“Oh, baru balik kerja? Ada client ke kat sini?“ Riz tetap tersenyum bila ungkapkan soalan.
Weh…manalah aku tak cair.
“Aha, ada client. Well biasalah kan company berjaya,” jawab aku. Sengaja sebenarnya bina ayat macam itu. Kasi gempaq sikit kata orang-orang sekarang!
“Lama kan kita tak berjumpa after…”
“Hah… okay lah you. Actually I nak cepat ni.“ Aku cepat-cepat minta diri. Tak tahu kenapa. Mungkin aku tak sanggup mendengar lagi. Atau…entahlah!
“You!!!“
Panggilan bernada jeritan manja itu memalingkan muka kami. Aku nampak perempuan itu.
Ya, dia seksi sama seperti Sally Kepochi katakan itu. Riz pun kejap pandang dia, kejap pandang muka aku. Aku maintain tenang, beb!
“Sorry honey bunny. Lama eh, tunggu I,” ujar perempuan berpakaian seksi itu setibanya dia di situ terus rangkul lengan, Riz depan mata aku.
Depan mata aku!!!
Pergh, berbulunya aku. Panas weh dada ni. Nak air! Nak air!!!
“Siapa ni, taknak perkenalkan ke?“ Aku berpura-pura ingin mengenali si jelita yang aku memang tahu seorang model.
“Tasya, let me introduce to you my old friend…”
Cup! Weh! What? Old friend? Old friend hangguk engkau. Dah kenapa taknak perkenalkan sebagai tu…eh, bekas tunang?
Percubaan ptma romantik komedi ( rom.com) alang2 yg the wife lagi dua bab nk hbis
Share this novel