Bab 4

Romance Completed 11386

HANA menilik dirinya di hadapan cermin. Dengan baju pramugari yang dipotong mengikut badan dan kain yang dibelah tengah. Boleh ka dia kerja dalam keadaan macam ni? Kan bagus kalau dia tak dak flight. Tapi nak buat macam mana...mengikut jadual yang diberikan oleh Encik Zakri kelmarin hari ni dia memang ada flight ke Viantiane. Nasib baik flight dia sama dengan Zizie.

Sedang dok menilik dirinya di hadapan cermin, pintu bilik Hana diketuk. Hajah masuk ke dalam bilik menempatkan anaknya tumpang tidur. Hajah Aisyah meniliti anaknya. Walaupun dia tahu kerja macam ni tak digalakkan untuk umat Islam, tapi apa yang merasuk fikirannya untuk menyetujui tawaran kerja yang diberikan kepada anaknya.

"Cantik anak ibu..." puji Hajah Aisyah.

"Tapi tak cantik dari segi aurat kan?" tanya Hana. Hana mengambil tempat di sebelah ibunya.

"Dahlah tu. Inikan rezeki Hana. Rezeki tak boleh ditolak," walaupun sebenarnya boleh ditolak.. sambung Hajah Aisyah dalam hati. Rasa berdosa pulak bila memaksa anaknya menerima jawatan tersebut.

Hana memeluk ibunya yang berada di sebelah. Rasa berdosa menyelubungi hatinya. Rasa berdosa sebab abah dan abang terpaksa menanggung dosanya kerana mendedahkan aurat.

Tak lama kemudian, loceng kondo abangnya berbunyi tanda ada orang datang. Ini mesti tak lain tak bukan Zizie lah yang datang. Yalah, kan Zizie yang simpan semua barang mekap dia.

Hafiz yang sedang menonton televisyen menuju ke arah pintu. Sapa mai awai pagi ni?

"Assalamualaikum!" ujar Zizie apabila abang Hana membuka pintu.

"Waalaikumussalam...ada apa datang pagi-pagi ni?" tanya Hafiz. Terkejut pun ada bila tiba-tiba Zizie dah terpacak depan kondo dia awal-awal pagi ni. Dan yang paling pelik, setahu dia Zizie tak tahu rumah dia.

"Mesti pelikkan macam mana Zizie boleh terpacak depan qumah abang ni pagi-pagi kan? Hana yang bagitau...by the way Zizie datang ni pun sebab ni... nak bagi barang mekap dekat Hana."

Ooo... patutlah awal pagi lagi dah boleh terpacak depan pintu rumah aku...nak mai hantaq barang mekap rupanya.

"Eh... takkan nak sembang dekat luar ja...mai lah masuk..." pelawa Hafiz. Lagipun tak sopan kalau sembang depan pintu.

"Terima kasih... emm...mana satu bilik Hana?" tanya Zizie confuse bila ada banyak bilik sampai tak tahu yang mana satu bilik Hana. Tapi dia memang tak tahu pun kan?

"Bilik dia yang nombor tiga tu..." jawab Hafiz.

Zizie segera menuju ke bilik yang ditunjukkan oleh Hafiz. Zizie mengetuk pintu bilik Hana. Zizie masuk ke dalam bilik Hana apabila diarahkan untuk masuk.

"Assalamualaikum..." walaupun dok dekat Kuala Lumpur ni dah bertahun tahun tapi, adat melayu tetap dia ikut. Jangan tak tahu.

"Waalaikumussalam..." jawab Hana dan Hajah Aisyah.

Zizie tersenyum dan segera menyalami Hajah Aisyah yang sedang duduk di atas katil bersebelahan dengan Hana.

"Amboii! Cantik aihh Zizie ni..." tadi dah puji anak sendiri. La ni kita pujilah Zizie pulak.

"Tak cantik manalah mak cik Aisyah," nafi Zizie. Dia pantang kena puji. Kang kembang, meletup pulak.

"Eleh... yalah tu. Cakap ja lah yang hang ni suka kena puji. Kalau ibu nak tau, si Zizie ni pantang kena puji... kalau dah kena puji.. kembang setalam. Kalau tak muka dia taklah seblushing macam tu," Hana menyakat Zizie.

"Blushing tu apa?" tanya Hajah Aisyah blur bila anak dia menyebut perkataan blushing.

"Blushing tu maksudnya pipi dia tu jadi merah macam udang kena inihaw," tiba-tiba pula Hana sebut perkataan panggang dalam bahasa Filipina.

Zizie dan Hajah Aisyah lagi bertambah pening apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut Hana. Bahasa apa pulok yang si Hana ni pakai?

"Apa inihaw tu?" tanya Zizie.

"Inihaw tu maksudnya panggang."

"Ooo...." panjang huruf 'o' keluar dari mulut Zizie dan Hajah Aisyah.

Mata Hajah Aisyah tertumpu pada beg yang dipegang oleh Zizie. "hang bawak apa tu Zizie?"

"Oh... ni barang mekap Hana. Dia kena pakai biaq nampak comel sikit," ada nada sindiran dalam ayat Zizie tu.

"Kalau tak pakai tak boleh ka?" Hana dah start dengan perangai dia yang tak suka mekap itu. Nampaknya muka aku hari ni jadi baba nyonya nampaknya. Mekap tebal.

"Kena pakailah nak oii! Kalau tak pakai bukan pramugari namanya tapi praselekeh," Hajah Aisyah dah start nak membebel.

Zizie ketawa mendengar kata-kata Hajah Aisyah. Zizie mengangkat ibu jari kepada Hana tanda padan muka.

Hana merenung tajam ke arah Zizie. Memberi amaran siaplah hang! Nanti aku sembelih hang!

"Tak apalah... ibu keluaq dulu. Kamu Zizie buatlah apa yang patut dekat si Hana ni..." sempat lagi Hajah Aisyah memberi pesanan.

"Baiklah mak cik!"

Setelah pintu bilik ditutup rapat, Zizie mula mengeluarkan barang mekap. Zizie menyerahkan bedak asas, bb cream, lip gloss dan eyeshadow kepada Hana. Hana mengambil barang mekap yang diserahkan oleh Zizie.

"Aku rimaslah..." Hana dah mula merengek.

"Hana... you have to wear all of them that I had gave to you. Ok, macam ni... hang pikiaq ja hang kena pakai semua ni semata-mata untuk kerja hang ja, ok?" Zizie cuba memujuk Hana.

Hana masih teragak-agak untuk memakai barang yang merimaskan mukanya. Tapi betul jugak cakap Zizie. Just pikiaq yang aku ni pakai semua ni semata-mata untuk kerja.

"Oklah..." akhirnya Hana bersetuju.

"Good girl..."

Hana mula menyolek wajahnya. Harap-harap tak jadi opera cina sudahlah. Selesai menyolek wajahnya... Hana menoleh ke arah Zizie.

Terpegun Zizie dibuatnya apabila melihat wajah Hana yang sudah disolek rapi. Serius kuasa lima wajah Hana nampak lain sangat.

"Hang nampak cantiklah Hana. Serius kuasa lima puluh aku tak bohong," Zizie memuji Hana.

"Yalah tu... dahlah jom kita bertolak sekarang. Flight kita dalam empat puluh lima minit ja lagi," sanggah Hana. Ya ka muka aku nampak lain? Aku tengok sama ja...

"Cantiknya anak ibu!" puji Hajah Aisyah apabila ternampak kelibat Hana dan Zizie keluar dari bilik.

"Ha arr lah... adik abang ni nampak lain sangat!" giliran Hafiz memuji adiknya.

"Tengoklah anak sapa... anak Haji Zainudin," kata Haji Zainudin bangga.

"Yalah tu... oklah ibu, abah dan abang... Hana pi dulu. Flight Hana dan Zizie dalam empat puluh lima minit lagi."

"Baiklah... elok-elok tau di tempat oqang..." Hana mengangguk mendengar kata-kata ibunya.

Hana menyalami ibu, abah dan abangnya diikuti Zizie. Tapi Zizie salam dengan ibu dan abah Hana jelah. Dengan abang Hana tak boleh sebab tak muhrim kot.

"Hana pergi dulu...assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam..." jawab Haji Zainudin, Hajah Aisyah dan Hafiz serentak.

Sampai sahaja di airport, Hana dan Zizie masuk ke dalam balai berlepas memandangkan para penumpang akan masuk ke dalam kapal dalam tiga puluh minit lagi. Mereka berdua masuk sekali dengan Kak Dibah yang kebetulan sama kapal dengan mereka.

Dalam kapal, Hana, Zizie serta Kak Dibah membuat kerja masing-masing. Hari ini mereka akan bertolak ke Viantiane.

Mengikut jadual tugasan hari ni, Hana kena menyediakan kelengkapan para penumpang. Zizie kena menghidangkan makanan kepada para penumpang manakala Kak Dibah kena sambut penumpang di pintu masuk kapal terbang. Ikutkan Kak Dibah kena sambut penumpang dengan seorang lami pramugari yang bernama Nasya tapi pramugari Nasya tak dapat datang sebab masalah kesihatan. Terpaksalah Kak Dibah sambut penumpang sorang-sorang.

Tepat sahaja pukul lapan tiga puluh minit pagi, para penumpang sudah masuk ke dalam balai berlepas. Kak Dibah dah sedia dengan senyuman semanis gula dia tu. Hampir tergelak Zizie dan Hana dibuatnya.

Apabila kapal terbang mula berlepas, Hana memulakan tugasnya. Menyediakan kelengkapan untuk para penumpang. Yang paling utama selimutlah kan? Kang sejuk pulak semua penumpang dalam kapal.

Zizie pula sibuk menyediakan makanan untuk penumpang. Penat tu penatlah jugak. Tapi nak buat macam mana...dah nama pun kerja. Kak Dibah juga tolong Zizie menyediakan makanan.

Selesai menyediakan selimut untuk semua penumpang, Hana kembali ke tempat yang khas untuk pramugari duduk. Di situ ada dua tandas yang disediakan untuk penumpang dan juga pramugari.

Tepat pukul dua belas tengahari mengikut waktu Malaysia, Zizie dan Kak Dibah menghidangkan makanan untuk semua penumpang dalam kapal tersebut menggunakan trli yang disediakan. Bukan troli pasaraya tapi troli yang dikhaskan untuk pramugari bagi memudahkan kerja pramugari ketika menghidang atau mengutip makanan penumpang.

Habis saja menghidangkan makanan untuk semua penumpang, Zizie dan Kak Dibah kembali ke tempat kerja mereka dengan troli yang sederhana besar itu.

Pelik Zizie apabila meja yang berselerak dengan sisa makanan sudah tiada. Baru aja nak kemas, meja tu dah bersih.

"Jangan risaulah. Aku dah kemaskan tadi..." ujar Hana.

"Thanks..."

Zizie dan Kak Dibah duduk di sebelah Hana. Nampak sangat Hana boring duduk atas kapal ni lama-lama.

Relakslah Hana. Macam nilah kerja atas kapal. Memang boring sebab kena duduk berjam-jam..." tutur Kak Dibah apabila nampak wajah Hana sperti bosan duduk di dalam kapal ni lama-lama.

Hana hanya tersenyum mendengar kata-kata Kak Dibah. Memang dia bosan pun! Dan lagi satu dia tak sanggup bila abah dan abangnya kena tanggung dosa dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience