BAB 2

Romance Series 9296

4 TAHUN KEMUDIAN.

Sekejap saja masa berlalu, sudah hampir 5 tahun aku mencari keberadaan gadis itu, malangnya hanya sia-sia. Gadis itu benar-benar menghilang tanpa khabar berita, bahkan sudah berjuta duitnya lesap hanya kerana mencari gadis itu. Gagal bukan berarti aku mengalah.

Aku akan terus dengan tekadku, memburu sang penyihir yang telah menjampiku, untuk mendapatkan penawar dari kutukkan ini. Kutukkan yang membuatku tidak bernafsu pada perempuan lain selain dirinya. Itu benar-benar membuatku sengsara. Aku tidak dapat menanggungnya lagi. Aku harus segera mencarinya, agar penderitaan ini segera berakhir.

Jam menunjukkan pukul 7:05 pagi, terlihat Puan Salma sibuk menyiram bunganya. Bunga-bunga yang ia jaga dengan penuh kasih sayang dan cinta.

"Good morning mama." Sapa anaknya sambil bersalaman dengan ibunya, lalu melabuhkan punggungnya di kerusi yang ada di situ.
. "Good morning An sayang. Ai, tak kerja ke harini?. Kenapa tiba-tiba balik sini?."

Ya, dia adalah Adniel Ayzan, biasa di panggil Tuan An, yang merupakan anak angkat Tan sri Aidan Ukasyah Rayyan, iaitu pemilik 'The Melon group' yang kini An yang mengambil alih. Company itu sendiri, memiliki banyak cabang di merata tempat membuatkan 'The Melon Group' antara company terpopular dan terbaik masa kini.

Baru-baru ini saja, 'The Melon group' memenangkan beberapa perhargaan utama melawan company terbaik di dunia. Patut di banggakan bukan?. Walaupun companynya di pastikan memiliki masa depan yang cerah. Dia juga harus berhati-hati, oleh kerana banyak orang yang ingin menjatuhkannya. Jika tersilap langkah, padahlah jawabnya.

Bukan hanya itu, An juga memiliki casino yang di dirikan atas usahanya sendiri, tanpa bantuan dari ayahnya sesen pun. Dengan kecerdasan An dalam bidang berbisnes, dia mampu membuatkan casino miliknya menjadi tumpuan orang ramai. Sehingga banyak yang mendesak untuk membuka cabang di tempat mereka.

Namun, prosesnya tidak mudah. Untuk mendirikan sebuah casino, perlu mengambil masa 5 bulan atau lebih. Tergantung pada tempatnya. Well, untuk masa sekarang. Hanya fokus pada casino yang sudah beroperasi. Kerana ia lebih menghasilkan cuan dari pada memikirkan yang tak pastikan.

"Mama tak suka ke An balik ni."

"Mak mana yang tak suka anak dia balik. Hanya hairan. Tak biasanya kamu balik hari biasa ni, paling-paling pun setahun sekali. Itu pun kalau ingat jalan pulang. Kalau tak ingat, tahun depanlah baru balik."

"An busylah mama. Takda masa nak balik. Ni pun, sempat-sempatkan diri balik sini jumpa mama, sebab rindu mamalah. Oh ya, mana Dian?. Masih tidur lagi ke?."

"Diakan dah berkeluarga. Ikut suami dialah. Tak macam kamu, tahun berganti tahun. Tetap single. Ke kamu ni suka lelaki."

"Apalah mama ni. Tak ke situlah fikiran An."

"Mama gurau jelah. Lagipun, kamu tak kahwin-kahwin. Keluar dengan perempuan pun jarang. Asyik berkepit 24 jam je dengan Hans. Tak ke curiga tu."

"Hanslah kawan An yang masih belum kahwin. Pergi mana-mana pun bebas, tak perlu fikir anak bini."

"Tak perlu kamu jelaskan, mama fahamlah. Asalkan kamu bahagia, dah cukup buat mama happy.  Kalau kahwin pun, tak buat kamu happy. Tak guna juga. Tapikan An, takkan takda satu pun kamu berkenan. Mustahilkan."

"Ada. Kan An pernah cerita dekat mamakan. Takkan dah lupa kot."

"Kamu masih cari dia, sampai sekarang?."

An mengangguk.

"Why?. Buang masa lah An. Entah jangan-jangan dia dah kahwin. Kecewa kamu nanti. Mama tak nak tengok kamu kecewa."

"Mama tahu sendiri, An seperti apa orangnya. Pantang menyerah kalah. Kalau dia dah bersuami sekalipun, An akan pastikan. Mereka bercerai."

"Jahatnya kamu sayang. Rumahtangga orang, kamu musnahkan. Tak baik tau. Sebaiknya, kamu carilah perempuan lain, bukan hanya dia saja perempuan dalam dunia ni. Ada banyak lagi kot. Kamu tinggal cakap dekat mama, kamu nak perempuan seperti apa. Mama tolong carikan untuk kamu. Kebetulan, anak kawan mama, cantik-cantik semua. Berpelajaran lagi sesuai dengan kamu.'

"Tak nak. An nak Arin juga.  Lagipula, An dah tunggu dia hampir 5 tahun. Takkan An sia-siakan penantian ni."

"Mama harap sangat, kamu jangan buat hal. Jaga nama baik keluarga kita. Ingat pesan mama." Tegas Puan Salma.

"An tak sebodoh tulah, rosakkan nama baik kita. Mama jangan risau."

"Baguslah."

"Oh mama, mana papa?. Dari tadi An tak nampak, dah pergi kerja ke?."

Soalan An membuatkan Puan Salma berhenti dari terus menata bunganya.

"Kenapa mama?. Ada yang tak kena ke?. Sepanjang An takda dekat sini."

Lantas Puan Salma memandang anak kesayangannya. Membuatkan An merasa tidak sedap hati dengan perubahan, wajah ibunya. Dari ceria bertukar sedih. Apa yang terjadi pada keluarganya?.

"Papa kamu, tak bagitahu kamu lagi ke?."

"Tak. Kami dah lama tak jumpa. Why mama?."

"Berat hati mama nak bagitahu kamu dan Dian, tapi mama harus bagitahu korang berdua kerana, jika di pendam sendiri. Mama yang terluka."

"Kenapa ni ma?. Cuba cerita dekat An. Mana tahu, An boleh tolong."

"Papa nak ceraikan mama, oleh kerana mama tak nak di madukan."

"Cerai?." Ulang An bernadakan tinggi.

Puan Salma mengangguk, "Mama tak tahu, mana letaknya salah mama. Jujur mama katakan, mama sayang sangat dekat papa. Tapi tulah, kalau hanya mama yang masih ada rasa sayang. Tak guna juga. Papa tetap dengan pendirian dia. Mama bisa apa?." Luah Puan Salma. Tanpa sedar air matanya jatuh membasahi kedua pipinya.

"Mama. An tak sukalah, tengok mama nangis." Lantas menyeka air mata ibunya dengan sapu tangan di poketnya. "Macam ni jelah, mama bagitahu An. Siapa dia?.  Pandailah An, siat-siat daging dia nanti."

"Mama juga tak kenal dia. Sebab, papa jaga sangat budak tu. Kemana saja budak tu pergi, pasti pengikut papa ada. Mama rasa, sebaiknya kami cerai jelah. Jika itu yang terbaik buat papa kamu. Mama redha dengan apa yang terjadi. Seperti itu juga dengan kamu dan Dian."

"Ni tak boleh jadi mama. An kena hajar budak tu, biar tak jadi penyondol. So, mana papa sekarang?."

"Papa dah lama tak balik sini, balik sini pun kalau ada keperluan. Kalau tak, mana dia nak balik."

"Why mama baru bagitahu An sekarang?. Dah di hujung tanduk baru bagitahu An. Mama nikan dah ke biasaan. Ni, perkara serius mama.  Jangan di buat sambil lewa."

"Bukan sambil Lewa An. Tapi lebih tepatnya, mama dah lelah pertahankan perkahwinan ni. Di mana, mama dah pasrah dengan apa yang terjadi. Tapi kalau mama tahu siapa perempuan tu, siap dia mama jambak rambut dia."

"Mama jangan risau. An pasti, dapatkan dia untuk mama."

"Thanks An."

"Takda masalah mama. Jangan di fikirkanlah."

"Baiklah sayang. So, mama nak ke dalam dulu. Nak siap-siap."

"Nak ke mana ma?."

"Nak jalan-jalan dengan kawan-kawan mama. Boleh?."

"Sure mama. Pergilah. Hati-hati."

"Baiklah sayang. Kamu juga." Balas Puan Salma, lalu melangkah pergi.

Mendengar masalah orang tuanya, membuat An panas hati. Jika ia tahu siapa gadis itu. Silap-silap, matilah jawabnya.

"Tuan." Khairy mencelah, lantas menunduk hormat pada bossnya.

"Why?."

"Saya ada berita mengenai Cik Arin."

"Korang dah jumpa dia ke?."

"Belum. Tapi, ada yang bagitahu yang Cik Arin tinggal di sebuah kampung. Kalau tak silap saya, Kampung Tembikai."

"Kampung Tembikai?. Apa punya kampung tu?. Pelik benar bunyi."

"Sebab tu saya nak ke sana. Nak memastikan betul ke tak. Tuan nak ikut?."

"Boleh juga. Aku dah lama tunggu dia. Jomlah sebelum dia lari pulak." Jawab An, lantas melangkah pergi. Diikuti Khairy di belakangnya

• •

DI usap penuh kasih sayang, ubun-ubun kekasihnya yang terlihat tidur pulas di sampingnya. Betapa dia sayang dan cinta akan gadis itu. Sehingga dia sanggup menceraikan isterinya demi, simpanannya. Namun bagaimanapun, dia harus berhadapan dengan anak-anaknya terlebih dahulu terutama anak sulungnya. Itu akan jadi sulit.

Well, entah kenapa, dia merasa tidak perduli lagi dengan pendapat keluarganya. Apa yang penting, adalah Arin miliknya. Dia akan pastikan, Arin akan jadi isterinya. Walau apapun yang terjadi. Itu tekadnya.

*

Cahaya terang menembusi kelopak matanya. Membuatkan Arin terjaga dari nyenyaknya. Di gosok-gosok mata beberapa kali, oleh kerana kabur.

"Good morning sayang." Ucapnya, lalu melabuhkan ciuman hangat di bibir gadis itu.

"Apa ni abang?. Sayang belum berus gigi lagilah." Marah Arin sambil menolak pemuda itu jauh darinya. Dengan pantas juga pemuda itu, menariknya semula agar didekatnya.

"Walaupun sayang tak mandi setahun sekalipun, abang tetap sayanglah."

"Eleh, kata-kata buaya. Mesti banyak yang termakan dengan rayuan abangkan." Rajuknya.

"Sayang juga, termasuk perangkap abangkan."

"Memang pun. Tapi tulah, sayang rasa dah bosan pulak. Sayang nak cari lelaki baru, yang lebih muda dari abang." Usik Arin.

Kata-kata Arin, membuatkan Tuan Rayyan memandangnya dengan penuh terkejuan.

"Why sayang?. Abang kurang apa?. Tak cukup ke dengan duit yang abang bagi?. Atau, abang dah tak menarik lagi?." Soal Tuan Rayyan bertubi-tubi. "Cakap sayang."

"Perlu ke sayang jawab?. Abangkan orang kaya, abang carilah orang lain yang lebih sexy dari sayang."

"Sayang. Janganlah macam ni. Sebaiknya, abang mati. Kalau sayang tinggalkan abang. Please sayang, jangan tinggalkan abang."

"Kalau sayang tak nak. Abang nak buat apa?."

"Sayang nak apa?. Abang belikan sekarang juga. Please sayang, jangan tinggalkan abang. Abang sanggup ceraikan, isteri abang demi sayang tau." Rayunya.

Rayuan pemuda itu membuatkan Arin ketawa terbahak-bahak.

"Why sayang?. Tak luculah."

"Sayang gurau jelah. Tak mungkinkan, sayang tinggalkan abang. Abang dah baik, dan perhatian pada sayang. Abang terima sayang apa adanya. Thank abang." Kata Arin, lalu mencium bibir pemuda itu berkali-kali.

"Fuh, lega abang dengar. Sayang nikan, suka buat abang sakit jantunglah. Lain kali, jangan buat lagi."

"Janji tak buat lagi. Tapikan bang, sayang ada sesuatu nak cakap. Seriusly, masalah ni buat sayang stres."

"Kenapa sayang?. Apa yang buat sayang stres?. Bagitahu abang."

Soalan Tuan Rayyan membuatkan Arin menatapnya, lalu di genggam erat tangannya.

"Sayang dah 2 bulan tak period. Macam mana ni bang kalau sayang mengandung."

"2 bulan tak period?." Ulang Tuan Rayyan girang.

"Abang dah kenapa happy semacam ni. Abang tahu tak, ni masalah. Kita belum kahwin, tiba-tiba ada anak. Tak ke jadi bualan mulut orang nanti. Kalau abang, taklah nampak buncit tu. Sayang ni. Malu bang."

"Happylah sayang. Rezeki tu. Buat apa malu. Ada abang. Kalau betul sayang mengandung. Sayang jangan takut. Abang yang tanggungjawab semuanya. Dah jom, kita buat pemeriksaan. Betul ke tak sayang tu mengandung."

"Tulah abang, sayang suruh guna perlindungan degil lagi. Kan dah jadi."

"Sayang. Anak tu rezeki. Jangan mengeluhlah."

"Ok."

"Macam tulah, sayang abang. Meh, abang dukung. Kita mandi sama-sama. Habistu sarapan, baru pergi buat pemeriksaan."

"Eh, sayang boleh mandi sendiri. Abang tu, mana boleh percaya. Pakcik miang." Tolak Arin, faham akan perangai pemuda itu.

"Sayang nikan, macam baru harini kenal abang. Jomlah, sayang kita manja-manja."

"Tak nak."

"Kalau sayang degil, abang akan pastikan sayang overtime malam ni. Nak?."

Arin mengeleng pasrah.

"Dah tu dengar cakap abang. Meh, abang dukung." Katanya, lantas mendukung Arin, lalu membawanya ke bilik air.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience