BAB 3

Romance Series 9296

SESAMPAINYA di Kampung yang di beri nama Kampung Tembikai, terlihat An dan assistantnya sudah berada tepat di depan rumah Arin yang terlihat usang. Mana tidak, terdapat banyak daun kering di halaman rumah, rumput pula sudah separas lutut, keadaan rumah pula sudah tidak layak untuk di tinggal, seperti lama di tinggalkan.

"Assalamualaikum." Ucap Khairy sambil mengetuk-getuk pintu rumah tersebut. Namun tiada siapa yang menyahut salamnya.

"Betul ke ni rumah dia?. Dah macam kandang ayam aku tengok." Soal An kurang yakin, kerana dari kondisi rumah ini sepertinya. Sudah lama di tinggalkan.

"Betullah tuan, takkanlah pakcik tu bohong pulak. Pakcik tu orang kampung ni juga tau. Mesti dia lebih tahu dari kita."

"Kalau betul. Mana dia?. Dah dekat setengah jam tau, kita tercegat dekat sini. Batang hidung dia pun tak nampak." Soal An dengan nada kasar. "Siap kalau pakcik tu tipu, aku siat-siat daging dia. Untuk di jadikan sate."

"Assalamualaikum. Kamu berdua cari siapa ya?." Soal seorang makcik yang datang entah dari mana, mengejutkan An dan Khairy.

"Oh makcik. Waalaikumsalam." Balas Khairy.

"Makcik ni siapa?, kalau boleh saya tahu."

"Makcik Laila, jiran rumah ni. Kamu berdua ni mesti orang luarkan. Dari rupa makcik dah tahu. Korang berdua cari siapa?."

"Ya, kami orang luar. Kedatangan kami berdua kemari, hanya nak tahu. Pemilik rumah ni ke mana ya?.  Tengok dari keadaan rumah,  macam dah usang. Mana tuan rumah ni pergi ya makcik?."

"Siapa yang kamu cari?."

"Arin. Makcik kenal ke?."

"Oh, Arin. Mereka dah lama pindah."

"Kenapa makcik?." Soal An ingin tahu.

"Arin mengandung."

"Dia mengandung?." Ulang An.

"Yap, mengandung. Jadi orang kampung asyik bergosip tentang dia je. Sampaikan, orang tua Arin meninggal dunia oleh kerana serangan jantung, atau stres mungkin. Kesian tau tengok Arin waktu tu. Sedangkan dia kena rogol, bukannya menyundal. Makcik kenal dia. Tapi tulah, orang kampung asyik perli Arin je. But, dalam Arin terpuruk. Ada seorang pemuda yang datang, dan bantu Arin. I think, Arin ikut dia kot."

"Siapa dia makcik?. Makcik kenal ke?."

"Makcik tak kenal. Tapi, sepertinya dia orang kaya. Sangat kaya, sampaikan dia bagi makcik RM10,000 sebagai hadiah. But, ada bagusnya juga Arin ikut dia. Yelah, Arin dah takda siapa-siapa dah. Makcik percaya, dia mampu jaga Arin. Oh ya, kita cerita-cerita ni. Korang ni, siapanya Arin?."

"Saya, kawannya Arin. Yelah, lama tak jumpakan. Orang-orang cakap, dia tinggal dekat sini. Rupanya dah pindah. Apa-apapun, terima kasih makcik sebab dah bagitahu kami tentang Arin."

"Takda masalah. Jadi, kalau takda apalagi, makcik pergi dulu sebab nak jemput anak makcik lagi lepas ni."

"Terima kasih sekali lagi makcik. Oh ya, ni ada sedikit hadiah untuk makcik. Harap makcik terimalah." Lalu menyerahkan sampul berisi wang itu.

"Eh, takpayahlah. Makcik ikhlas bantu encik berdua." Tolaknya.

"Saya juga ikhlas. Ambillah."

"Baiklah, kamu yang paksa. Terima kasih." Ucapnya dengan menerima sampul pemberian pemuda itu.

"Boleh saya tanya sesuatu?."

"Ya, tanyalah."

"Jadi, diakan mengandung. Adakah dia melahirkan?. Anak dia jantina apa?. Perempuan ke lelaki?." Soal An dengan senyuman lebar terpancar di bibirnya. Begitu juga dengan Khairy. Turut bahagia, ketika pada akhirnya bossnya mempunyai pewaris yang di nantikan.

"Pasal ni, makcik nak bagitahu. Tapi janji, jangan bagitahu orang lain. Ini rahsia kita bertiga tau. Please jangan bagitahu siapa-siapa. Ok?."

"Ok, kami janji." Jawab mereka serentak.

"Cerita dia macam ni, selepas saja orang tua dia meninggal. Arin stress dan asyik menyalahkan baby dalam kandungan dia kerana menganggap bahwa baby tu penyebab, kehidupan dia hancur. Pada akhirnya, dia memutuskan untuk mengugurkan kandungannya."

Kata-kata Makcik Laila membuatkan senyuman An sedikit demi sedikit memudar.

"Gugur?. Betul ke apa yang saya dengar ni?."

"Ya, dia gugurkan bayi dalam kandungan dia. Makcik macam tak percaya yang Arin berani buat macam tu. Jadi macam tulah ceritanya, dan sampai sekarang makcik tak tahu kabar Arin macam mana. Mungkin, dah bahagia kot dengan pemuda misteri tu. Doa yang baik-baik jelah."

Kata-kata Makcik Laila membuatkan An panas hati, terbukti dari kedua-dua tangan pemuda itu terlihat di genggam kemas, menahan amarahnya.

'Berani kau gugurkan pewaris aku, Arin. Kau tak kenal lagi aku siapa. Akan aku pastikan yang kau bayar semuanya. Qayratu Arin.' Katanya dalam hati.

Dari tatapan An, cukup membuat Khairy faham. Betapa hampa bossnya ketika mendapat tahu bahwa gadis yang ia tunggu selama hampir 5 tahun lamanya, telah melakukan sesuatu yang telah membuat hatinya hancur-sehancurnya. Dia berharap, agar bossnya tidak melakukan sesuatu yang gila jika takdir kembali mempertemukannya dengan Arin.

DI renung lama test pack di atas meja yang menunjukkan positif di ketiga-tiga test pack yang di buat. Pelbagai rasa menyelubungi hatinya kini. Jika diikutkan hatinya, memang gugur jelah jalan yang terbaik, daripada menangung malukan. Namun kekasihnya tidak setuju dengan itu. Katanya, dia ingin bayi ini di lahirkan, lalu sama-sama menjaganya. Entahlah, dia sendiri binggung memikirkannya.

"Tulah, aku dah cakap. Kalau berhubungan tu, pandai-pandailah. Kan dah terlanjur. Kalau isteri Tuan Rayyan tu tahu, lalu dia mengadu dekat anak dia. Mati kau." Kata Mila, sambil melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan dengan sahabatnya.

"Kau ingat, aku nak ke bayi ni. Menyusahkan adalah. Tapi, bapa budak ni tak nak aku gugurkan. Kau rasa, oi stres aku."

"Salah kau juga, kenapa tak tegas. Tengok sekarang, tak pasal-pasal kau kena hadap 9 bulan 10 hari.  Walaupun si Tuan Rayyan tu boleh tanggung kau dan anak kau. Tapi selagi dia masih suami orang, selagi tu kau tak tenang. Percayalah."

"Ingat aku nak ke?. Lagipun, orang tua tu. Miang kau tahu, dekat mana-mana dia nak hentam aku, sampai tak sempat aku nak halang. Oi. Sekarang aku nak buat apa. Tak mungkin, aku biarkan perut aku kembungkan."

"Tuan Rayyan aku tak hairan. Kadang-kadang aku kesian dekat kau, sampai tak boleh jalan di buatnya. Tapi tulah, dia dah banyak berjasa dekat kau. Tak mungkinkan, kau kecewakan dia. Mahu tak mahu, kau kena jaga kandungan tu juga."

"Takda cara lain ke Mila?. Kau tolonglah aku. Aku tak nak beranak. Mesti sakitkan."

"Tuan Rayyan kaya, dia pasti pasang mata-mata untuk jaga kau. Kau tak tengok ke muka dia tadi, happy giler bila dapat tahu kau mengandung. Bersyukurlah, sebab dia nak bertanggungjawab. Tak semua lelaki, nak bertanggungjawab seperti mana Tuan Rayyan buat tau."

"Bersyukur tu, memanglah bersyukur. Masalahnya, dia dah beristeri. Seramlah. Macam manalah, aku boleh jumpa pakcik tu dan jatuh cinta pada dia. Sedangkan dia dah beristeri. Bodohnya aku."

"Tapi takpa, selagi Tuan Rayyan berpihak pada kau, selagi tu semuanya baik-baik saja. Percayalah."

"Thank sebab selalu ada, dengar luahan hati aku. Kaulah sahabat dunia akhirat. Sayang kau."

"Sayang kau juga. Dah, jangan di fikirkan. Nanti memundaratkan baby. Jom, kita keluar makan. Kau belum makankan."

"Belum. Jomlah, tapi sebelum tu. Aku kena minta izin Rayyan dulu. Nanti dia marah pulak."

"Manjalah orang tua tu. Kau call lah dia, aku nak bersiap kejap." Kata Mila lalu melangkah pergi.

"Pergilah." Jawab Arin.

Lantas di capainya test pack itu semula.

'Aku tak mungkin biarkan bayi ni merosakkan kecantikkan aku. Maafkan sayang abang.' Katanya, sambil mengukir senyuman lebar.

• •

HAIRAN An, ketika ayahnya tiba-tiba saja datang ke kondonya. Biasanya, jumpa di office jelah, itu pun tentang kerja. Jika tidak, hari raya jelah mereka bertemu dan menghabiskan masa bersama.

"Papa ada bawakan beer kesukaan kamu. Minumlah."

"Thanks pa."

"Macam mana dengan gadis yang kamu cari tu. Ada perkembangan ke?."

"Belum. Tapi An dah jumpa rumah dia."

"So?. Kamu dah jumpalah ni?."

"Malangnya, budak tu dah pindah. Tinggal rumah usung tu jelah. Tapi apa yang buat An kesal. Dia gugurkan anak An. Jika dia bagitahu An, tentang perkara penting ni. An pasti akan bertanggungjawab. An tak lari."

"What?. Beraninya dia buat macam tu."

"Kalau An jumpa dia. Nahas An kerjakan."

"Papa tahu, kamu marah. Tapi ingat sikit, budak tu anak orang. Jangan asal kerjakan dia sesuka hati kamu."

"An tak peduli. Budak tu dah gugurkan, pewaris An. Dia patut di beri pelajaran. Papa jangan risaulah. An takkan buat nama baik keluarga kita tercalar. Hanya saja, An nak bagi sedikit pelajaran pada perempuan yang takda hati perut macam budak tu."

"Suka hati kamulah. Asalkan, jangan memundaratkan diri sendiri. Sudah."

"Papa jangan risaulah. So, papa nak jumpa An ni ada hajat apa?. Tak pernah-pernah datang sini."

"Papa rasa nak datang sini. Tak boleh ke?."

"An hanya hairan, tak biasanya papa ada masa datang sinikan. Selalunya busy 24 jam."

"Papa ada sesuatu nak bagitahu. Papa harap, kamu dan Dian. Setuju dengan keputusan papa."

"Tenang simpanan papa tu ke?." An meneka.

"Nampaknya, mama dah bagitahu. Baguslah, kalau kamu dah tahu. Papa hanya nak bagitahu sekali lagi, yang papa akan ceraikan mama dalam masa terdekat, dan akan berkahwin dengan cinta hati papa sesegera mungkin sebelum dia bersalin."

"Bersalin?. Jadi, dia mengandung sekarang ni?."

"Benar.  Lagipun, papa dan mama kamu dah tak sefahaman lagi. Papa harap, korang faham."

"Faham. Tapi, mama sayang sangat dekat papa. Why, papa sanggup hancurkan hati mama?. Why papa?."

"Sebaiknya, kamu tanya soalan tu pada mama kamu. Apa yang dia buat, sampaikan papa berfikir nak duakan dia. Papa tak mungkin, hancurkan hati dia. Jika dia tak mulakan dulu"

"Apa yang mama dah buat?."

"Tanyalah mama kamu sendiri. Dia ada semua jawapan dari setiap soalan kamu. Ya, terpulang pada kamu, nak terima ke tak. Papa dah tak peduli. Keputusan papa muktamad. So, itu saja yang papa nak sampaikan. Papa minta diri dulu." Pamit Tuan Rayyan, lalu melangkah pergi.

'Sial !.' Teriak An, sambil membanting botol beernya ke dinding.

Dada An kembang kempis menahan amarah. Tidak pernah ia bayangkan. Keluarganya sehancur ini. Keluarga yang dulunya bahagia, kini hanya menunggu masa saja untuk benar-benar musnah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience