BAB 4

Romance Series 9296

LIAR anak mata Arin memandang sekeliling, kalau-kalau ada pengikut Rayyan ada di sekitar sini. Mana tidak, sepanjang dia bersama pemuda itu. Hidupnya bagaikan di penjara. 24 jam, asyik di pantau ke mana saja dia berada. Lebih-lebih lagi, sekarang dia berbadan dua. Memang di jaga ketatlah.

'Nasib baiklah, aku keluar awal harini.' Lega Arin sambil berjalan pantas menuju keretanya.

"Sayang." Panggil seseorang, membuatkan langkahnya terhenti. Pantas menoleh kearah suara garau tersebut.

"Abang !."

Benar saja, suara garau itu milik Rayyan. Terlihat bersama Inn di sebelahnya, yakini assistantnya.

'Matilah aku.' Katanya dalam hati, lantas di sembunyinya beg plastik di dalam beg tangannya.

"Sayang buat apa dekat sini?."

"Yang abang ni, buat apa dekat sini?."

"Inn cakap, sayang keluar awal pagi lagi. Sayang nak ke mana?. Sayang jumpa jantan lain ke?." Soal Tuan Rayyan dingin.

Sekilas Arin memandang Inn, yang hanya menaikkan keningnya. Membuatkan Arin bertambah kesal.

"Sayang jumpa kawan lama. Maaf tak bagitahu abang."

"Betul ni, hanya jumpa kawan?." Ulangnya kurang yakin.

"Betul abang."

Tangan Tuan Rayyan di hanyunkan dua kali, menandakan satu arahan. Membuatkan Inn mengangguk faham, lantas menghampiri Arin, lalu menahan kedua-duanya.

"Apa ni abang?. Lepaslah. Abang tak percaya sayang ke?."

"Abang tak percaya. Yelah, sayang tak pernah tak bagitahu abang ke mana saja sayang pergi. Lagi satu, apa yang sayang sembunyikan dalam beg sayang tadi."

"Sayang tak sembunyi apa-apa dari abanglah. Trust me abang."

"Abang percaya sayang, tapi sayang buat abang curiga. So..," kata-katanya terhenti, lalu merampas beg tangan Arin.

"Abang."

Lantas Rayyan membongkar isi beg gadis itu.

"Bagi balik."

"Apa ni sayang?." Soalnya sambil menunjukkan pil yang mencurigakan dari dalam beg gadis itu.

"Hurm.., tu..," gagapnya.

"Sayang nak gugurkan anak kita ke?." Soalnya sedikit tinggi mengejutkan Arin.

Arin terus menerus mendiamkan diri, oleh kerana takut akan tatapan pemuda itu.

"Jawab Arin?."

"Betul. Saya nak gugurkan kandungan ni. Saya tak nak mengandung. Dah berpuluh kali saya cakap, yang saya tak nak mengandung. Tapi abang degil. Kalau macam nilah gayanya, sebaiknya kita putus. Saya dah tak nak, di kongkong."

"Putus?." Ulangnya.

"Ya, putus. Bermula dari sekarang kita putus." Bentak Arin.

"Tak semudah tu sayang. Kita dah bersama hampir 4 tahun. Dan kita dah berhubungan dah banyak kali. Tolonglah jangan buat hal sayang. Abang cinta mati pada sayang. Abang sanggup tinggalkan keluarga abang demi sayang. Masih tak cukup lagi ke sayang?."

Inn melepaskan Arin, oleh kerana bossnya mengisyaratkannya untuk melepaskan gadisnya.

"Macam mana nak cakap ya."

"Sayang. Abang dah janjikan, untuk jaga sayang. Abang tak pernah rasa secinta ni dengan mana-mana perempuan.  Bahkan itu, isteri abang sendiri. Abang cinta sayang sorang. Trust abang sayang." Pujuk Tuan Rayyan, lantas di peluknya tubuh mungil bakal isterinya. "Sayang jangan risau tentang anak kita. Kalau sayang tak nak jaga, biar abang yang jaga." Lalu menatap semula wajah yang ia sayangi.  "Ok?. Kalau bab kongkong. Abang hanya nak jaga sayang. Jaga sayang dari orang yang ingin sakiti sayang."

"Eleh, jaga sayang dari orang nak sakiti sayang ke, atau takut sayang dekat dengan jantan lain."

"Dua-dua. Abang sayang sangat dekat sayang. Abang minta tolong sangat-sangat. Jangan cakap macam tu lagi. Abang sakit, sayang."

"Maafkan sayang. Sayang hanya terbawa emosi. Tapi kalau satu hari nanti, sayang minta putus betul-betul. Abang nak buat apa?."

"Abang takkan pernah biarkan itu terjadi. Sebab tu abang nak cepat-cepat kita di halalkan. Biar sayang dah boleh minta putus lagi. Kuasa cerai ada pada abang, dan asal sayang tahu. Abang takkan pernah ceraikan sayang." Katanya, sambil mencolek hidung mancung gadis itu, lantas melabuhkan ciuman hangat pada dahi kekasihnya, di akhir dengan bibir gadis.

"Abang ni nakallah. Tak malu di tengok orang."

"Arin !."  Seorang pemuda mencelah, membuatkan Arin menoleh kearah suara yang memanggilnya.

"An."

Terbeliak mata Arin ketika mengetahui siapa yang menyapanya. Lantas Arin bersembunyi di belakang Tuan Rayyan. Oleh kerana takut akan pemuda itu.

"Korang kenal ke?."

Arin menggeleng pantas.

"Ni ke si penyondol tu?."

"Jaga sikit mulut tu An. Dia bukan penyondol, melainkan papa yang nakkan dia."

Jawapan papanya, membuatkan hati An bak tertusuk sembilu. Sakit yang tidak terkata, hanya Allah yang tahu. Mana tidak, gadis yang ia puja selama 4 tahun, kini hadir sebagai pemusnah rumahtangga orang tuanya. Sumpah. Hatinya benar-benar hancur. Dia berharap, agar ini hanya mimpi semata-mata. Namun hampanya, ia nyata terjadi di depan mata.

"Dahlah An. Kitakan dah bincang tentang perkara nikan. Kalau An sayang papa. An harus terima pilihan papa. Ingat tu." Marah Tuan Rayyan, lantas melangkah pergi, membawa Arin bersamanya. Sempat juga Arin menoleh ke arah An yang hanya terdiam seribu bahasa.

"Tuan." Khawatir Khairy ketika melihat bossnya terduduk.

"Aku tak pernah rasa sesakit ni. Apa salah aku?. Huh !. Apa salah aku?. Aku dah tunggu dia 4 tahun. Selama 4 tahun aku tunggu dia. Tidak sedikit pun, dia pandang aku."

"Salah tuan, kerana terlalu memuja seseorang yang belum pasti, akan jadi milik tuan. Rasa sakit tuan datangnya dari kecewaan atas penantian tuan. Jika orang lain. Tuan boleh rampas, dengan segala kekuasaan tuan. Namun ini tuan besar, ayah tuan. Walaupun hanya ayah angkat. Dia dah besarkan tuan sampai tuan jadi yang sekarang. Lagipun, Cik Arin mengandung. Mahu tak mahu, tuan kena relakan Cik Arin bersama Tuan besar. Kerana dia, ayah kenapa bayi Cik Arin."

"Jadi aku nak buat apa sekarang?. Patut ke aku mengalah?. Tak mungkinkan."

"Well, terpulang pada tuan. Nak teruskan tekad tuan, atau biarkan ayah tuan bahagia. Setiap pilihan ada resikonya. Saya sebagai assistant tuan, hanya ikut saja apa keputusan tuan."

"Thanks. But untuk sekarang. Aku nak kau cari, rumah dia. Aku nak tahu, harini juga." Arah An, sambil bangun dari duduknya.

"Baiklah tuan." Khairy mendengar arahan, lantas melangkah pergi.

ARIN hanya memandang keluar jendela. Kepalanya runsing ketika mengetahui, siapa pemuda itu di dalam hidup bakal suaminya. Namun, tidakkah ini kesempatannya untuk membalas dendam setelah apa yang pemuda itu lakukan padanya 4 tahun yang lalu. Kejadiaan itu masih berbekas di ingatannya. Yang akan selamnya menjadi kisah hitam di sepanjang hidupnya.

"Kenapa ni sayang?. Asyik termenung je dari tadi?."

"Sayang hanya rasa bersalah, sebab dah hancurkan keluarga abang." Jawab Arin berpura-pura, sedangkan hatinya gembira dengan keruntuhan ini.

Lantas di capainya, kedua tangan Arin, lalu di ciumnya berkali-kali.

"Kan abang dah cakap, yang abang dah fikir perkara ni sedalam mungkin. Dan, hasilnya. Abang pilih sayang."

"Tapi sayang takut. Anak abang tulah. Dia boleh buat apa saja, asalkan sayang menderita. Sayang tak nak menyakiti diri sendiri."

"Sayang jangan takut. Selagi ada abang, selagi tu An takkan berani apakan-apakan sayang. Abang janji, akan lindungi sayang semampu abang. Abang janji."

"Baiklah. Sayang percaya abang."

"Macam tulah, Arin yang abang sayang." Puji Tuan Rayyan, sambil mengusap-usap ubun-ubun Arin. "Tapi ingat ya sayang, jangan buat benda tak senonoh lagi. Abang sayang sangat dekat sayang, juga bayi kita. Lepas ni, abang terpaksa ketatkan pengawasan pada sayang, agar kejadiaan tadi tak terulang lagi. Nasib baik ada Inn yang bagitahu abang. Kalau tak, sayang pasti dah gugurkan bayi kita. Nakal lah sayang ni."

"Sayang takut, tu je."

"Apa yang nak di takutkan. Kan ada abang. Lainlah, kalau abang tak nak bertanggungjawab. Barulah sayang stress, fikirkan masalah tu."

"Sorry. Sayang janji tak buat lagi. Tapi, janganlah sampai ketatkan pengawasan. Sayang nak juga masa untuk diri sendiri. Please." Pujuk Arin.

"Keputusan abang muktamad. Sayang tu, kalau di biarkan sendiri. Mesti buat benda yang tak elok. Macam tadilah."

"Please, please. please." Rayu Arin.

"Kalini abang takkan termakan dengan rayuan sayang lagi. Abang trauma sayang tahu. Abang hampir saja kehilangan sayang, juga baby kita. Tolong faham abang."

"Tak sukalah kalau macam ni." Rajuk Arin, lalu menjauh dari Rayyan.

"Tengok. Merajuk lagi. Nasib sayang. Kalau tak, dah lama abang buang sayang dekat lautan dalam. Biar putera duyung yang pujuk sayang."

"Putera duyung lebih baik dari abanglah."

"Tapi abang lebih hebat soal...," kata-katanya terhenti, lantas menarik Arin di dekatnya. Lalu mengunci gadis itu dengan pelukkan erat. Tangan nakalnya mula memasuki baju Arin. Perutnya di usap penuh cinta. "Tapi soal benih, abanglah pakarnya. Langsung menjadi. Lepas bayi ni lahir, abang nak lagi. Sampai cukup 10. Dah cukup 10, baru berhenti ya sayang."

"Amboi. Abang ingat, sayang ni mesin buat anak ke?. Tak naklah. Nanti, sayang dah gemuk. Sayang dah tak cantik lagi. Abang cari lain. Siapa yang susah nanti. Sayang juga."

"Abang gurau jelah. Terpulang pada sayang, abang tak paksa. Abang juga tak nak sayang kenapa-kenapa, hanya kerana melahirkan anak abang. Tapi, asal sayang tahu. Walaupun sayang gemuk, dah tak seperti sekarang. Abang tetap sayanglah."

"Mulalah kata buaya dia tu."

"Dengan perempuan lain mungkin kata-kata abang hanya sekadar kata-kata kosong untuk menenangkan hati mereka. Tapi untuk sayang, semuanya ikhlas dari hati. Love you."

"Love you too."

"So, harini sayang menginap rumah abang ya. Rindulah."

"Jujur sayang katakan, semenjak sayang tahu yang sayang dah berbadan dua ni. Sayang takut tinggal dengan abang."

"Takut kenapa sayang?."

"Pura-pura tanya pulak. Yelah, abang mana boleh percaya. Sayang takut, akan terjadi sesuatu pada kandungan sayang ni. Puasa dulu ya. Tunggu sayang bersalin, baru kita bercinta lagi."

"Oh, faham. Sayang jangan risaulah. Abang tahu yang mana bahaya untuk kandungan. Tak semestinya, tunggu sayang bersalin. Boleh gilalah abang."

"Kalau sayang tak nak. Abang nak buat apa?."

"Abang mungkin...," lalu berbisik ke telinga Arin.

Terbeliak mata Arin mendengarnya.

"Apa macam?. Ada berani tolak permintaan abang."

"Dia nikan. Psycholah, sama macam anak abang. Ok. Ok. Sayang percaya abang. So, lupakan. Sekarang ni sayang lapar. Teringin nak makan dekat restaurant tepi laut."

"Restaurant tepi laut?. Dekat mana tu sayang?."

"Manalah sayang tahu. Abang carilah. Asalkan restaurant tepi laut. Tak kisah menu apa. Janji tepi laut."

"Baiklah sayang. Inn."

"Ya tuan."

"Kau tahu restaurant yang ada dekat tepi laut?."

"Tahu tuan. Tapi, tempat tu selalu banyak orang. Kalau nak makan dekat sana. Perlu booking di jauh hari."

"Nanti aku uruskan. Kau bawa kami ke sana sekarang."

"Baiklah tuan."

"Terima kasih abang. Sayang abang."

"Untuk sayang. Apa yang abang tak boleh buat. Tapi, malam ni..Boleh?."

"Kan. Dah agak dah. Mesti ada maksud."

"Boleh ke tak?."

"Boleh. Tapi ingat, jangan tambah macam selalu. Sekali cukup."

"Terima kasih sayang." Girangnya, lalu melabuhkan ciuman hangat di bibir Arin berkali-kali. "Tapi, tentang tambah tu. Abang tak janji."

"Dia nikan."

Wajah kesal Arin, membuatkan Rayyan ketawa memandangnya. Inilah resikonya, kalau bercinta dengan orang muda. Semuanya harus di pujuk. Jika tidak, melepaslah jawabnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience