-06-

Others Series 321

Segarnya udara hari ini.Jogging aktiviti paling penting dalam kehidupan fatul.

Setelah 4 round dia berjogging fatul mengambil keputusan untuk berehat di kerusi batu yang berada di taman permainan tasik itu.

"Huh,penatnya"kata fatul seraya menduduki kerusi itu dan meneguk air mineral.

Sedang dia bersantai berehat di kerusi itu.Dia merasa gentaran telefon miliknya didalam poket seluar sukannya.

" assalamualaikum,asal kau telefon aku ni"

"Waalaikumussalam,jum pergi lepak dekat cafe depan syarikat kau,aku laparlah masakan kedai tu boleh usya pekerja dia juga"

"Amboi kau,mengorat perempuan kau cepat jee ehh"

"Kau on ke tak sekarang"

"Yea lah pukul berapa kau nak pergi"

"Pukul 12.30 aku tunggu kau dekat cafe tu"

"Okey,apa ii kau roger aku"

"Baik,assalamualaikum jumpa dekat cafe nanti"

"Waalaikumussalam,yaa ii"

Setelah menamatkan panggilan dari asyraf fatul berjalan untuk pulang ke rumahnya.

..........

Selesai fatul bersiap untuk keluar berjumpa dengan rakannya itu.Dia hanya memakai baju t-shirt putih dan seluar berwarna khaki.Dia berjalan turun ke bawah untuk memberitahu mamanya.

"Mama fatul keluar pergi jumpa asyraf,kalau ada apa ii mama call je fatul tau"Kata fatul seraya berjalan ke arah mamanya yang baru sahaja keluar dari dapur itu.

"Ya lah hati ii bawak kereta jangan bawak laju sangat.Nanti sebelum balik singgah pasar raya beli bihun dengan fishball mama nak buat bihun goreng"Pesan Puan sri imani kepada anaknya.

" Okey apa ii mama terus hantar whatsapp tau,byee assalamualaikum mama"Balas fatul seraya menyalami tangan mamanya dan berjalan ke arah meja kecil untuk mengambil kunci kereta honda citynya.

"Waalaikumussalam" balas puan sri imani yang melihat anaknya keluar.

.......

Setelah 20 minit perjalanan kerana di jalan tadi ada kejadian langgar lari yang membuatkan kesesakan jalan raya.

Fatul keluar dari kereta miliknya dan berjalan masuk ke dalam cafe itu.Dia memasuki cafe itu dan melihat kelibat asyraf yang duduk bermain telefonnya.

"Assalamualaikum" Ucap fatul seraya duduk di hadapan asyraf itu.

"Waalaikumussalam broo,lambat sampai" Kata asyraf dan bersalam cara lelaki.

"Maaflah jalan sesak tadi ada kemalangan,ini mana lagi 2 orang takkan kita 2 orang saja" balas fatul.

"Dorang busy katanya,jadi kita 2 sajalah" balas asyraf.

"Jemputlah makan dulu,aku lapar dah ni tunggu kau sampai"Kata asyraf dan mengambil nasi lemak ayam berempah miliknya itu.

" Kau tak de flight ke sekarang"tanya fatul ke arah rakannya.

"Aku cadang nak berhenti,aku nak tolong ayah aku uruskan syarikat.Ayah aku pun dah tua" balas asyraf kepada fatul.

Selesai mereka berdua menjamu selera mereka berborak panjang sehingga tidak sedar masa berlalu dengan cepatnya.

"Aku balik dulu lah,mama aku suruh pergi pasar raya beli barang" Ucap fatul seraya bangun dan bersalam dengan asyraf.

"Ya lah hati ii bawak kereta,apa ii roger "

.........

Sesampainya dia di lotus.Fatul berjaya pergi ke arah troli.

"Ramainya juga orang hari ini" kata fatul apabila melihat ramai manusia yang membeli belah di lotus ini.

Dia membuka telefonnya untuk melihat pesanan whatsapp dari mamanya.

•Ayam
•Fish ball
•Bihun
•Lobak merah
•Perencah bihun goreng
•Bawang putih
•Sosej
•Nugget

Tadi dia dengar bihun dengan fish ball je ini kenapa banyak ni.

"Nak ambik berapa ehh,mama tak dak pulak cakap berapa" Fikir fatul ketika dia berada di bahagian sayur sayuran.

"Ambik je lah" kata fatul sendiri.

Dia bersiar ii di bahagian makanan ringan.Sekali sekala apa salahnya dia beli nanti mesti habis punya sebab anak buahnya ambil.

Mamee,nachos,poteto segalanya dia ambil.Balik sekejap lagi mesti mamanya bebel kerana membeli terlalu banyak.

"Cukup dah kot,hehehe"Dia berjalan ke arah rak bahagian mi segera.

" Lama aku tak makan ramen ni,nak beli perisa apa ehh"Sedang dia melihat ramen itu dia melihat sosok wanita yang dia kenali di hujung rak.

'Oh no my crushh'kata fatul dalam hati.Dia berjalan ke arah hujung rak untuk menyapa wanita itu.

"Hai ini cikgu adyan kan" tanya fatul apabila di tiba dihadapan wanita itu.

"Hah,yaa saya cikgu adyan" Balas wanita itu.

"Saya paksu dia,awak nama apa" Tanya fatul kepada wanita itu.

Fatul gatalll....

"Saya hasya erina rania,panggil erina jaa" Balas erina sambil tersenyum ke arah fatul.Aishh hensemnya.

Dorang dua gatal.....

"Ouh,sedap nama salam kenal saya fatul hulaif irsyad panggil fatul jee" Balas fatul dengan senyuman yang manis itu.

"Awak datang dengan makcik imani kee"Tanya erina kepada lelaki dihadapannya ini.Tinggi betul lelaki ini jenuh dia sakit tengkuk nak melihat lelaki iu.

" Saya datang sorang jee,awak pulak"Balas fatul.

"Saya pun datang sorang je"Balas erina.

"Ouh kalau macam tu saya pergi dululah,nanti mama saya menunggu pulak" Balas fatul kepada erina.Bukan main senyum lagi fatul ni.

"Kirim salam dekat makcik imani sama tau" kata erina dan berlalu pergi melintasi fatul.Aishh tak boleh lah adakah ini jodoh dia.

'Mama,fatul jumpa menantu mama'kata fatul dalam hati.Dia berjalan ke kaunter untuk membayar segala barang yang telah dia beli tadi.

.............

Malam menjelma.Hasya duduk termenung di biliknya.Tersenyum ii dia apabila teringat perjumpaan dia dengan paksu kepada pelajarnya itu.

"Eiii hensemnya.Masya Allah indahnya cipta-Mu"Kata hasya.

" Aduhh laju betul jantung ni ehh"kata sendirian.Dia mengambil telefonnya lalu membuka instagram dia mengscroll instagram.

Ketika dia sedang mengscroll dia melihat 1 account instagram yang familiar baginya.

"Ini bukan instagram lelaki tadi ke" Dia menekan account itu.

"Betullah,kita follow lah" kata erina lalu menekan follow.

"Semoga dia follow back" kata erinaa.

Erina menutup kembali telefonnya lalu membaringkan diri untuk tidur.
.......

Ting ting

Fatul mengambil telefonnya apabila mendengar bunyi notifications.Dia melihat notification itu dari instagram.

"Siapa nie itsyaaer niee" dia menekan account yang telah request untuk follow dia.

"Jap ii ini bukan kee cikgu adyan" kata fatul seraya bangun dari baringanyaa.Novel yang dibacanya itu diletak di tepi.

"WOHOOO CRUSH AKU FOLLOW"Jerit fatul.

Gatal betul dua orang ini.....

Dia memfollow erina kembali.

"Aishh blushing aaa gini" balas fatul sambil menepuk ii bantalnya.

Tidur lenaaa lah malam ni.Dia berasa sangat gembira sekarang rasa macam nak lompat.

Dia membaringkan diri namun telefon masih ditangan.Dia berasa hari ini dan malam ini dia yang punya.

Done untuk bab kali ini.Sorry klau bosan,jangan lupa voted and commet.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience