HER:01

Others Series 321

H's cafe menjadi lokasi untuk para pekerja F'H holding makan tengah hari pada waktu rehat.

"Order no 30"panggil hasya.

" Ini makanannya encik,selamat menikmati"ucap hasya seraya tersenyum ke arah pelanggannya.

Selepas memberikan makanan kepada pelanggannya hasya berjalan ke arah pekerjanya yang sedang menyiapkan air.Dia ingin menitipkan pesanan kepada pekerjanya kerana dia perlu ke tadika miliknya kerana ada pelajar baharu yang ingin masuk.Hari ni dia cuti dari mengajar kerana pekerjanya ada yang mengambil cuti dan kekurangan pekerja.

"Aisy saya nak keluar pergi tadika sekejap yaa,kalau ada barang apa ii letak je dalam bilik saya"kata hasya kepada pekerjanya itu.

" Ok,kak sya"balas aisy dan tersenyum kepada bosnya.

Hasya berjalan keluar dari cafe ke arah kereta BMW miliknya itu.Tidak disangka sudah 5 tahun dia membuka cafe nya ini sekarang dia sudah memiliki 4 cawangan H's cafe dan dapat membeli kereta idamannya.

Tinggg tinggg tinggg

Hasya mengambil telefonnya di dalam handbagnya.Dia melihat nama si pemanggil di telefon itu.

"Assalamualaikum,hello ibu" jawap hasya.

"Ok baik ibu,eri balik malam ni"kata hasya perlahan.

"Maafkan eri ibu kalau eri buat ibu marah" jawap hasya sambil menahan sebak didada.

"Yaa ibu,assalamualaikum"balas hasya dan menamatkan panggilan telefon itu.

" Huh hasya kau kuat jangan mudah menitiskan air mataa"kata hasya kepada dirinya.

Flashback

"Kau tengok abang kakak kau semua berjaya jadi doktor,pensyarah,engineer yang kau jadi apa setakat buka cafe jee entah ii tak laku langsung" kata puan raudhah.

"Penat ii je aku dengan baba kau hantar kau pergi belajar dekat universiti swasta ini yang kau balas dekat kitaorang dengan buka cafe tak laku kau ni"ucap puan raudhah terhadap anak bongsunya itu.

" kau ni memang menyusahkan jee,malu tahu tak dengan kawan ii aku diaorang asyik berkata tentang kau"kata puan raudhah lagi.

"Ibu maafkan eri bu,eri tak minat kerja syarikat bu eri minat memasak bu" kata erina dan menundukkan kepalanya melihat lantai kerana takut akan pandangan ibunya.

"Dasar anak tak guna,kau pergi naik atas jangan turun makan"Jerkah puan raudhah kepada anaknya.

Terhinjut bahu erina apabila ibunya menjerkahnya.sesungguhnya dia terasa hati dengan kata ii ibunya.

" Ibu sabar bu,jangan marah ii bu biarkan budak tu dasar tak sedar diri,dulu masa kecik ii okey jaa sekarang makin naik lemak"kata erysha kakak kedua erina.

End flashback

Menitis air mata hasya apabila mengingat kata ii ibunya ketika dia membangunkan cafe miliknya ketika dia berumur 18 tahun.

"Ya Allah kau berikanlah kekuatan kepada hambamu untuk melalui ujian mu ini Ya Allah.Sesungguhnya aku tidak kuat Ya Allah" doa hasya sambil menangis teresak ii didalam kereta.

"Rileks Hasyaa,sekarang kau kena focus kepada kerja kau,kau kuat hasya,kau tak boleh lemah"kata hasya dan bergerak ke tadika Al-arash miliknya.

Tok tok

"Masuk" Balas fatul dari dalam biliknya.

"Assalamualaikum broo,apa khabar"ucap asyraf seraya memasuki pejabat sahabatnya itu.

" Waalaikumussalam,ehh syaf bila kau balik sini"Kata fatul dan bangun berjalan ke arah sahabat baiknya itu.

"Dah 2 hari aku sampai hari ni baru ada masa nak jumpa kau"balas asyraf.

" Duduklah syaf,kau ada nak minum apa ii tak"tanya fatul kepada sahabatnya.

"Takpelah,aku datang ni nak ajak kau lepak dekat cafe depan syarikat kau ni aku tengok macam ramai orang mesti sedap" kata asyraf apabila teringat tujuan dia datang ke office sahabatnya.

"Ouh,H's cafe tu memang femes,makanan dia sedap,harga pun memang kena dengan poket laa,aku selalu juga makan dekat situ"ucap fatul kepada asyraf.

"Kalau macam tu jum aa ajak alif sekali" ajak asyraf sudah lama dia tak lepak dengan kawan ii dia.

"Jum,aku pun tak makan tengah hari lagi"balas fatul seraya mengambil dompet dan telefon iphone 15 plusnya.

Mereka keluar dari bilik fatul dan berjalan ke arah meja alif yang sedang bermain telefon di mejanya.

" Uii alif jum lepak sekali,lagi 5 minit nak pukul 5.30" ucap fatul kepada PA a.k.a sahabatnya.

"Jum aku pun lapar ni" balas alif kepada fatul.

Mereka bertiga berjalan ke arah lift sambil berborak tentang kehidupan seharian.Mereka sudah berkawan sejak sekolah rendah lagi sehingga sekarang.

Setibanya mereka di H's cafe,pelanggan H's cafe itu semakin berkurang.Mereka memasuki cafe itu dan berjalan ke arah meja yang kosong.

"Hai,selamat datang ke H's cafe ini menu dia"Ucap pekerja H's.

"Kau nak order apa syaf fatul" tanya alif sambil melihat buku menu.

"aku nak nasi goreng kampung dengan lemon tea" kata fatul kepada alif.

"Aku pun sama la macam fatul"kata asyraf kepada alif.

" Bagi kami nasi goreng kampung 3,lemon tea 2 dengan matcha latte 1"kata alif kepada pekerja itu.

"Okey baik,sila tunggu 10 minit yaa" balas pekerja itu.

"Bila pula flight kau syaf" tanya alif kepada rakannya.

"Belum dapat jadual lagi,syarikat bagi aku cuti 2 bulan" balas asyraf kepada alif.

Ting ting

Mereka melihat ke arah pintu apabila mendengar pintu terbuka dan seorang gadis berbaju kurung bunga ii kecil masuk dengan tergesa ii.

"Aisy,haris ada datang tak"tanya hasya kepada pekerjanya.

" Tak de pula bos"balas aisy.Kesian pula melihat wajah bosnya itu pucat dah.

"Ouh,takpelah" balas hasya dan memakai apron miliknya yang berada di sebelah kaunter bayaran.

"Ehh bos kenapa bos pakai apron pekerja semua cukup dah" kata khairul yang baru sahaja keluar dari dapur untuk menghantarkan makanan kepada pelanggan.

"Saya malas nak hadap kerja dalam office saya tu,ni makanan nak hantar dekat pelanggan kee meh saya pergi hantar"balas hasya seraya mengambil makanan yang ingin di hantar kepada pelanggan.

Hasya berjalan ke arah meja yang berada di hujung sudut dinding.

"Ini makanan encik pesan,selamat menikmati" Ucap hasya dan tersenyum ke arah pelanggannya.

"Cantik siot owner kedai ni" kata alif kerana terpegun dengan kecantikkan hasya.

"Dah ii kau ni makan cepat kang aku ambik nasi tu kang"kata asyraf.kawannya ini pantang nampak perempuan cantik semua dia nak ajak berkenalan haih laa.

Selepas mereka selesai makan.Fatul bergerak ke kaunter untuk membayar makanan yang mereka order tadi.Kebetulan hasya yang menjaha kaunter itu

"Ya encik meja number berapa" tanya hasya yang menjaga kaunter.

"14"balas fatul.

" Semuanya RM26.50"kata hasya kepada fatul.

Selesai membayar mereka bertiga bertukar arah untuk pulang ke rumah masing ii.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience