4.30 pagi
Dikala semua manusia masih lagi di alam mimpi ada seorang gadis yang sedang termenung di tasik yang diterangi lampu jalan sahaja.
Flashback 8 jam lalu.....
Setibanya hasya di hadapan rumah banglo milik keluarganya.Dia berjalan ke arah pintu pagar rumah ibu bapanya dan menekan loceng.Pintu dibuka oleh seorang pembantu rumah iaitu mak nah.
"Assalamualaikum maknah,apa khabar" tanya hasya seraya menyalami tangan tua maknah.
"Waalaikumussalam eri,alhamdulillah maknah sihat,jum lh masuk tuan dan puan dah tunggu eri di dalam"balas maknah.Dia berasa sedih apabila melihat keadaan anak bongsu majikannya ini.
Hasya berjalan ke arah pintu masuk rumahnya.Dia membuka kasut dan masuk ke dalam rumah dan memberi salam kepada ahli rumah itu.
" Assalamualaikum ibu baba"kata hasya seraya menyalami tangan ibu bapanya.
"Waalaikumussalam,duduk lah" ucap encik hud kepada anak bongsunya.
"Eri sihat nak" tanya encik hud.
"Alhamdulillah sihat baba" balas hasya.
"Baba suruh hasya balik ni sebab nak beritahu yang sabtu ni tok nak datang sini dan kalau boleh minggu tu hasya tak payah balik sini lah ehh,sebab takut tok tak selesa" kata encik hud tak bertapis.
"Ehh kenapa pula adik tak boleh datang baba"kata abang kelima hasya.
" Ehh kau kena tahu dia tak dak lagi bagus lah,kalau ada menyusahkan orang pula"kata kakak keduanya.
"Baik baba,kebetulan sabtu ni eri ada kerja dekat tadika eri"balas hasya dan tersenyum ke arah babanya.Tipu lah kala tak terasa tapi sapa lah dia nak melawan.
"Kalau tak da apa ii eri balik dulu" ucap eri dan bangun dari sofa rumah ibu bapanya.
"Haa,bagus lah kau berambus"kata puan raudhah tegas.
Hasya hanya mendengar sambil tersenyum apabila mendengar kata ii yang ibunya lontarkan.Sungguh tega seorang ibu membuat begitu kepada anak kandungnya sendiri.
"Maaf kalau kedatangan eri buat semua tak selesa,assalamualaikum"Ucap eri kepada ahli keluarganya dan berjalan keluar dari rumah sambil menahan tangisan.
End
Air mata yang mengalir laju itu menunjukkan bertapa lelah dan luka di hatinya.
Keesokkan harinya......
Tuk...tukk
"Masukk" Ucap fatul dari dalam bilik kerjanya.
"Boss,puan sri datang nak jumpa boss" kata Aisyah selaku PA kepada fatul.
"Suruhlah mama saya masuk"Balas fatul kepada PA nya itu.
"Assalamualaikum anak mama" Ucap Puan sri Imani seraya berjalan ke arah sofa pejabat anaknya.
"Waalaikumussalam,kenapa mama datang tak cakap dekat fatul" Balas fatuk seraya menyalami tangan syurganya dan mencium dahi ibunya sekilas.
"Mama bosan dekat rumah,papa keluar pergi main golf dengan kawan dia" Kata Puan sri imani.
Fatul melihat ke arah satu bag yang berada di atas meja itu.Dia mengambil beg itu dan melihat apa yang ada di dalam beg itu.
"Wah,mama bawakan bekal,mesti sedap ni" Kata Fatul kepada Puan Sri Imani.
"Mama tahu anak mama ini laparkan,itu yang mama bawakkan makanan datang sini" Balas Puan Sri Imani.
"Jum lah makan mama masak kambing masak merah dengan ayam berempah tauu,makanan kegemaran anak mama ni"Kata Puan Sri Imani seraya membuka penutup bekas lauk yang telah dia bawa dari rumah.
" Sayang mama"ucap Fatul dan mengucup pipi syurganya ini.
30 minit kemudian.......
"Erkkk" Sendawa fatul,kenyang betul dia hari ini.
"Terima kasih mama masakkan lauk kegemaran fatul"Ucap fatul.
" Sama sama anak mama"balas Puan Sri Imani seraya membelai rambut lembut anaknya itu.
"Sekarang dah pukul 3.30 petang mama ada nak pergi mana ii ke,fatul boleh bawakkan lagipun kerja fatul dah siap dah"Ucap fatul yang sedang mengemas mangkuk lauk dan menyimpan kembali ke dalam beg yang sudah mamanya bawa itu.
"Ermm teman mama pergi beli barang dapur boleh tak,rasanya barang basah dalam peti dah berkurang"Balas Puan Sri Imani.
" Boleh,sekejap fatul kemas meja dulu"Balas fatul dan bangun ke arah mejanya untuk menyusun kembali fail yang telah dia semak ke tempatnya kembali dan mengambil telefon dan walletnya.
Selesai mengemas mejanya dia berjalan ke arah sofa yang mamanya sedang duduk itu dan mengambil beg bekas makanan itu.
"Jum mama" Ucap fatul.
Share this novel