Bab 4 : Ex Sebumbung!

Romance Completed 14364

Apartment Elite Sky

Apartment golongan elite. Sekuriti yang ketat. Kemudahan mewah dari kolam renang,pusat dobi,pusat recreation,gim, asked, pool dan banyak lagi disediakan di dalam bangunan seluas dua buah menara dan mempunyai 50 tingkat. Satu tingkat mempunyai duah buah unit apartment sahaja.

Dengan megah nama yang diarca dengan batu berkilat seperti ais terletak di tengah-tengah laman kawasan apartment 50 tingkat dua menara itu. Lalu sebuah kereta hitam seperti minivan berkilat diparkir depan lobi utama bangunan lalu diikuti sebuah lagi kereta mewah ikut berhenti di belakangnya.

Dua orang valet bertugas yang berjaga dekat depan pintu masuk pun bergegas ke arah dua kenderaan tersebut tanpa berlengah-lengah lagi.

Mulanya pemandu minivan hitam yang keluar dari kereta, baru la pemandu kereta mewah di belakang tu.

Sewaktu Eva keluarkan kerusi roda dari belakang bonet yang dibantu oleh valet, waktu itu la suara seorang wanita kedengaran.

"Hai...baru balik ke?"lembut saja suara tu kedengaran.

Tapi ianya sedikit pun tidak membuatkan Eva yang dengar susah payah untuk palingkan kepala mencari tahu siapakah empunya suara. Sebab dia memang dah sedia tahu siapakah empunya suara ni.

Mana la Eva tak tahu kalau dah hari-hari menghadap!

Of course...orang itu lain tak bukan kenalan Harris sendiri, kenalkan bekas tunang a.k.a bekas bakal isteri Harris, Sadie Ruth. Yang mana menjadi musuh Eva sejak lima tahun ini. Bukan atas alasan cemburu. Tetapi atas alasan tindakan yang wanita ini telah lakukan kepada bosnya. Alasan yang telah menyebabkan Harris menjadi manusia tiada hati dan tiada perasaan. Punca kenapa Harris menjadi manusia dingin dan menyakitkan hati seperti ini.

Dengan alasan, Harris tidak lagi dapat berjalan dan tidak berupaya, Sadie telah memutuskan pertunangannya dan melarikan diri sewaktu di hari perkahwinan pada masa yang sama begitu sahaja. Kejam kan?So that's why la Harris menjadi kasar dan kejam. Bukan setakat larikan diri pada hari perkahwinan aje, malah Sadie juga telah meretakkan perasaan Harris. Yang mana tindakan Sadie juga telah menyebabkan ibu kepada Harris diserang heart attack pada hari itu juga lalu meninggal dunia akibat shock.

Semenjak itu la Harris berubah menjadi manusia menyakitkan hati seperti ini!

Kerana itu Eva membencikan Sadie. Sebab Sadie pa, dia berada di dalam situasi ni!

"Hai Cik Sadie..."balas Eva acuh tak acuh sewaktu tunduk membetulkan kerusi roda Harris.

Sadie mendekati Eva sehingga la Eva membuka pintu tempat duduk belakang bersama kerusi roda berada hampir pada pintu itu. Tergerak hendak melakukan hal yang sama, Sadie cepat-epat mendekati Eva lalu menolak Eva jauh. "Biar saya buat."katanya.

Tidak menjangka hal itu, Eva terundur ke belakang dengan muka kebingungan.

Terkejut Harris selepas nampak Sadie berdiri dekat depan pintu tu. Keningnya terus mencerlung tajam. Jelas terpancar renungan tidak sukanya ke wajah cerita Sadie.

"Mari saya bantu awak keluar Harris."aju Sadie sambil menghulur tangan mahu menyentuh Harris.

Sepantas kilat, Harris menampar tangan Sadie sebelum menempik. "EVA!"bentak dia dengan berang.

Melompat Eva dan Sadie di situ dibuat suara lantang Harris itu. Valet yang berdiri dekat situ pula sekadar membuat muka kayu tiada perasaan langsungtidak terkutik. Sebab sudah terbiasa dengan kepala angin tuan punya bangunan apartment mewah ni.

"Halau perempuan ni!"arah Harris yang cuba mahu keluar sendiri dari situ.

"Harris...please. Jangan macam ni. Saya cuba mintak maaf pada awak bukan.."Sadie cuba pegang lengan bekas tunangnya namun tangannya di tampar dengan kuat sekali lagi.

SLAP!

Eva pandang silih ganti ke Harris dan Sadie. Tidak tahu hendak buat apa. Salah langkah, dia pulak yang kena penampar nanti. Sadie ni bukannya boleh agak orangnya. Nampak aje baik dekat luar, lemah lembut je suaranya, tapi sebenarnya perempuan ni boleh tahan jugak sadisnya. Pernah sekali tu dia kena tampar dengan Sadie sebab Saide ingat Eva teman wanita Harris pada minggu kedua dia bekerja sebagai setiausaha Harris.

"EVA!"panggil Harris lagi sambil pandang bengang ke Eva.

"Ya tuan!"sambut Eva sambil buat muka cuak dan gelabahnya, mendapatkan Harris. Dia memeluk badan tu dan bantu Harris turun dari kereta lalu di dudukan ke kerusi roda dengan selamat. Kenapa la dia tersepit di antara konflik mereka ni?Tak boleh ke dia bekerja dengan suasana yang normal dan biasa-biasa saja?Tanpa drama?Tanpa pertelingkahan?

Sadie perhatikan tangan Harris yang memeluk badan Eva dengan erat bersama kepalan penumbuk di kedua-dua tangan. Sakit di tangan bekas tamparan Harris menambahkan rasa sakit di dadanya saat ini!

"Harris...please..bagi saya satu peluang lagi..."rayu Sadie semasa ikut kerusi roda tu sewaktu Harris mula bergerak hendak masuk ke dalam bangunan.

Eva yang ditinggalkan dekat belakang hanya melepaskan keluhan panjang lalu gerak hendak mengeluarkan barang dari dalam kereta pula.

Harris tidak mempedulikan panggilan Sadie. Dia malah melajukan luncuran kerusi rodanya. Dia tak mahu berada dekat dengan Sadie. Kalau dia boleh berjalan dan berdiri, lama dah dia tampar muka Sadie dan tolak perempuan ni jauh dari dia!

"Harris...awak tak nampak ke effort saya ni?Hah?Saya sanggup berhenti dari jadi model dan berpindah ke sini untuk temui awak. Berpindah jauh untuk duduk di dalam satu apartment ini demi memujuk awak semula...tak boleh ke awak pertimbangkan saya semula Harris."kata Sadie berjalan laju dengan high heels dia mahu mengejar Harris.

Namun tidak jauh mana, Harris terpaksa berhenti selepas tiba depan pintu lif. Dia tekan dengan lekas butang lif tu kerana enggan menemui Sadie. Sumpah dia nak jauh dari Sadie sekarang ni!

"Harris."panggil Sadie semasa melutut di sebelah kerusi roda tu. "Dengar dahulu penjelasan saya."mintanya.

Harris tidak membalas, dia diam mengetap gigi sambil cengkam alat controller di lengan kerusi rodanya.

"Saya tahu saya salah..saya tahu saya tak patut pergi macam tu je dari wedding kita.Saya menyesal okay."ucap Sadie dengan lemah lembut sambil pegang lengan Harris.

Perkataan 'menyesal' Sadie telah membuatkan Harris palingkan kepala. Dia pandang kosong ke Sadie. Apa dia tadi!? "Menyesal?Kau rasa perasaan menyesal kau tu boleh hidupkan ibu aku semula?Boleh kembalikan hidup normal macam dulu?"tanya dia dengan nada mendatar. "Sejak kau hilangkan diri dari wedding tu, sejak tu hati aku dah tertutup Sadie. Tak kira la apa sekalipun yang kau buat. Sampai akhir nafas, aku takkan maafkan kau apalagi terima kau semula dalam hidup aku. Lelaki gila aje yang sanggup buat keputusan tak masuk akal tu."

Sadie pandang tergamam ke Harris sebaik mendengarnya.

Pada masa itu baru la Eva muncul semua bersama brief case dan barangnya sendiri dekat tangan. Dia atur langkahnya selangkah demi selangkah mendekati dua orang tersebut. Nak kesian, tapi tak layak. Nak marah, siapa pulak dirinya dekat sini kan. Jadi baiknya dia diamkan diri.

Harris ternampak kelibat Eva pada masa yang sama. Dia pandang akan langkah Eva lalu bersuara. "Cepat sikit jalan tu tak boleh ke?"sentapnya.

Tidak peduli untuk lekas, Eva jalan sehingga tiba di belakang Harris. Dan pada masa itu la pintu lif terbuka sebaik saja dia berdiri dekat situ. Tanpa membuang masa. Harris bawa dirinya masuk. Sementara Eva masih berdiri dekat situ termenung memandang Sadie yang berlutut dekat lantai tu. Niatnya nak bangunkan Sadie, sekali bila Eva baru nak tunduk, Harris menempik.

"Eva!"

Cepat-cepat Eva berdiri tegak semula.Tak jadi terus nak tolong Sadie
dan memandang ke dalam lif dengan mata terbutang luas.

"Masuk sekarang."arah Harris dengan kening mencerlung ke Eva.

Tak ada lembutnya langsung. Lemah semangat dia kalau hari-hari dibentak dengan Harris begini.

Eva pandang ke Sadie semasa atur langkah masuk ke dalam lif. Rasa simpati. Tapi nak buat macam mana kan, dah salah Sadie sendiri jugak sebab buat Harris macam ni. Dia nak tolong pun tak dibenarkan.

"Baik." sambutnya sambil tu.

Pintu lif pun tertutup rapat. Meninggalkan Sadie sendirian di hadapan lif tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience