Bab 3 : Personal Assistant

Romance Completed 14979

6 petang tepat.

Waktu punch out para pekerja.

Kalau tak ada overtime la. Biasanya kalau overtime baru punch out lambat.

Seperti biasa. Eva Naomi menjalankan tugas sebagai personal assistant buat encik bos yang bossy seorang ni. Bukan tidak ikhlas, cuma itu la...

Blazer yang tergantung di tempat gantung kot di capai sebelum dipakaikan ke badan Harris. Bersiap untuk pulang ke rumah memandangkan waktu bekerja sudahpun tamat. Eva melakukan rutin biasa setiap kali hendak pulang.

"Bawakan saya fail dua projek yang saya kena nilaikan sekali nanti sebelum keluar."pesan Harris.

Eva dengar namun tidak membalas. Dia hanya diam sewaktu membetulkan kot di badan Harris. Setelah selesai baru la dia gerak ke meja untuk mengambil dimana fail yang dimaksudkan oleh Harris tadi. Dua fail biru di ambil sebelum disimpan masuk ke dalam briefcase lelaki tu. Seusai itu Eva gerak mencapai barangannya untuk dipegang sebelum gerak ke pintu. Bukakan ia untuk Harris gerak keluar dari situ.

Dan sepanjang masa itu, Harris tidak lepas dari perhatikan setiap tingkah Eva. Matanya melirik curiga ke Eva sewaktu kerusi rodanya bergerak keluar dari pintu. Lalu dia berhenti sekejap untuk tunggu Eva tutup pintu pejabatnya.

Seusai tutup pintu, Eva pun berpaling. Ingatkan Harris telahpun gerak ke pintu lif sendiri. Sekali tu sebaik saja dia berpaling, dia berdiri tegak dekat situ. Menghadap bosnya sedang palingkan kepala memandang dia sambil berkerut kening. Nak apa lagi ni?

"Ada apa tuan pandang saya macam tu?"

Harris tak cakap apa-apa. Dia hanya menjeling menyampah lalu gerakkan controllernya ke depan. Bergerak merentasi koridor tersebut untuk ke pintu lif.

Tsk!"Pelik."getus Eva dengan jengkel setelah Harris menjauh dari dia.

Setibanya mereka berdua di hadapan pintu lif peribadi Harris, Eva tekan butang turun ke tempat parkir. Tidak sampai dua saat, pintu lif pun terbuka. Eva pegang pintu itu lalu beri laluan untuk Harris masuk dulu. Dan sebaik saja Harris masuk, baru la Eva ikut. Dia tekan butang 'G' lalu butang tutup sebelum berdiri di sisi kerusi roda tu tanpa berkata apa-apa.

Dan kebisuan Eva itu membuatkan Harris jengkel sendiri.

"Kamu masih marah tentang apa yang berlaku pada tengah hari tadi ke?"soal Harris tiba-tiba. Mata terarah pada pintu lif yang tertutup rapat.

Eva tetap mendiamkan diri. Soalan Harris dianggap seperti angin lalu olehnya.

Haih. Harris pun melepaskan keluhan panjang taktala dirinya tidak dihiraukan oleh Eva. "You won't talk at all now?"

Eva pandang penat ke pintu lif depannya. Berharap yang lif ini tiba di tingkat bawah secepat mungkin!Sesak dia lama-lama dalam lif ni dengan bosnya ini. Serius beritahu sekarang ni dia tidak mahu bercakap dengan Harris.

Harris dongak ke kirinya, dia pandang tepi muka Eva dengan kening berkerut. "Hello...saya cakap dengan orang ke dengan dinding sekarang ni?Dah tak ada mulut nak menjawab?Siang tadi bukan main lagi berani menjawab. Ni kenapa pulak diam?"

Dan masa ini la pintu lif terbuka sebaik ia tiba di ground floor.

Hela nafas panjang lepas dari hidung Eva kerana lega kerana penantian akhirnya berakhir.Tanpa hiraukan pertanyaan tadi, Eva keluar dulu dari pintu lif lalu pegang pintu tersebut untuk bagi Harris keluar dengan selamat dari situ.

Memandangkan Eva tidak mahu menghiraukan dia, Harris diam dekat dalam lif itu sambil pandang Eva. Selagi Eva enggan menghiraukan dirinya, selagi tu dia takkan berganjak.

Perasan yang Harris tidak bergerak keluar dari situ, baru la Eva tunduk memandang Harris. Berasa hairan dengan tingkah Harris yang tiba-tiba itu. Keluar la!Tunggu apa lagi? Tenung Eva memberitahu Harris.

Berketik terus rahang Harris sebaik dia mengerti makna tatapan Eva itu. Ingat Eva tak cakap apa-apa dia takkan faham ke?! Berani betul ya setiausahanya memberontak pada dia?Sedar tak siapa dirinya ni?Dia ni bos. Eva ni pembantu dia!Patutnya wanita ini tahu hendak hormati dirinya! Bukan buat-buat tuli akan soalannya tadi.

"Tuan dah kenapa?"soal Eva bila perasan Harris tidak mahu keluar dari lif.

"Patutnya saya yang tanya. Kamu tu yang kenapa?"balas Harris dengan nada tak puas hati. "Saya tanya kamu tadi kan?Yang kamu buat tak dengar tu kenapa?"

Kalau dah tahu orang taknak bercakap di ajak bertanya lagi buat apa?Kan cari sakit namanya tu. Eva melepaskan keluhan letih. Apa sebenarnya bos dia nakkan ni?Hah?Sekejap macam tu?Sekejap macam ni?Penat tahu tak!

"Kenapa dengan saya?"

"Kamu tahu apa yang saya maksudkan Eva. Jangan buat saya ulangkannya."

"Serius. Saya tak faham."

"You ignore me."dream Harris.

"Bila masa saya buat macam tu?"

Makin mendidih kesabaran Harris dibuat sikap Eva ketika ini. Memang dia dah biasa dengan sikap melawan dan menjawab Eva. Tapi dia tak boleh bila Eva bersikap tenang dan mendiamkan diri seperti ini. Kalau boleh dia lebih suka jika Eva melawan dan membalas kata-kata dia. Dalam diam dia mencengkam controller stick di arm rest kerusi rodanya.

"Seperti yang Tuan Harris mahukan. Saya cuba menjadi pembantu yang baik. Patuh dan dengar segala permintaan tuan. Tidak melawan atau menjawab. Masih salah ke?"

"Pembantu yang baik?Apa yang saya lihat sekarang, kamu lebih kepada memberontak ada la."soal Harris sambil menggerakkan kerusi roda keluar dari lif sambil pandang mencerlung ke Eva.
Itupun nak marah ke?balas Eva semasa membalas renungan mencerlung Harris.
Dia tak kuasa nak balas kata-kata Harris. Otak dan badan dia tengah penat sekarang ni.

Keluar saja Harris, Eva melepaskan pintu lif tersebut lalu pandang kanan dan kiri laluan parkir. Mahu memastikan tiada kenderaan yang lalu sewaktu mereka melintas.

Setiba di kereta. Eva tekan butang buka pintu kereta lalu buka pintu tempat duduk belakang.

Ya. Kalau dah namanya menjadi setiausaha Harris, Eva juga adalah designated driver untuk Harris. Yang menjemput dan menghantar ke mana saja lelaki ini mahu pergi. Bukan taknak mengupah pemandu lain, boleh aje. Dan Harris sendiri mampu untuk membayar sesiapa untuk menjadi pemandunya. Namun, sejak kemalangan yang menimpa Harris, sejak itu Harris develop sindrom trust issues pada ramai orang. Kerana isu jugak la Harris tidak membenarkan sesiapa memandu kereta untuknya selain staf yang telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dirinya. Iaitu Eva Naomi sendiri.

"Kamu tak nak jawab?"soal Harris sewaktu berhenti di depan Eva.

Aik? Tak habis-habis lagi ke?"Tuan nak saya jawab apa lagi?"kata Eva sambil meletakkan barang-barang ke tempat duduk depan sebelah pemandu melalui tempat duduk belakang tu.

"Apa yang saya tanya awal tadi?Adakah awak buat perangai dingin mendiamkan diri awak ni kerana hal tengah hari tadi?"soal Harris. "Kerana saya naik angin?"

Baru la Eva berpaling. Dia menghulur tangan ke Harris sebelum bawa tangan ke bawah lengan Harris. "Saya penat. Itu jawapannya kenapa saya senyap." beritahunya semasa sandarkan badan Harris padanya supaya lelaki ni boleh masuk ke dalam kereta.

Sambil memeluk badan Eva, Harris tolak dirinya bangun dari kerusi roda. Walaupun kakinya tidak boleh berjalan, anggota badan atasnya masih kuat. Jadi dia boleh imbangkan diri dengan bantuan.

"Penat?"

"Ya. Penat."

"Cakap la awal-awal. Tak payah la tunggu sampai saya tinggikan suara. Suka sangat ke dengar saya marah-marah?"bebelnya.

Disebabkan sudah terbiasa, Eva dengan mudah berjaya mendudukkan Harris pada seat. Dulu masa kali pertama kerja, struggled la jugak sampai rasa macam nak patah pinggang dibuatnya. Sampai menangis pun ada sebab penat sangat. Lepas tu,bila dah lama-lama sikit baru la terbiasa.

"Lagipun, kalau saya bercakap pun, tuan still akan marah saya jugak. Jadi apa gunanya saya beritahu."kata Eva sewaktu membantu Harris mengenakan seatbelt ke badan itu. Mujurla Harris cuma lumpuh bahagian kaki saja. Bukan seluruh badan. Kalau seluruh badan,mahunya dia kena sediakn seatbelt istimewa!

Harris terdiam selepas mendengar kata-kata Eva. Dia perhatikan Eva sehingga la Eva gerak menutup pintu dan mula memindahkan kerusi roda eletrik ke seat belakang kereta. Tidak lama kemudian, Eva dah duduk dekat tempat pemandu dan pandu kereta itu keluar dari bangunan tersebut.

Dan sepanjang perjalanan itu Harris tidak bersuara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience