Bab 2 : Anak Mak!

Romance Completed 14979

KLIK!

Pintu pejabat di tutup sebelum Eva berdiri menghadap muka pintu. Ibaratkan pintu itu adalah Harris sendiri. Dengan kepalan penumbuk di dalam kedua-dua belah tangan! Eva mengutuk di dalam hati. Betapa tak puas hatinya dia ketika ini. Dasar boss menjengkelkan lagikan menyakitkan hati. Kenapa ramai-ramai manusia dalam bumi ni Harris jugak menjadi bos dia?

Rasanya tak ada la bos garang macam Harris dekat luar tu.

"Seriously!Menyakitkan hati betul!"rengek dia dengan perlahan sebelum berpaling dan ambil tempat di mejanya.

"Eva."panggilan kedengaran dari arah kanan meja semasa Eva baru saja hendak duduk.

Eva yang tiada mood lagikan geram menggerutu pun palingkan kepala. Memandang tiga orang staf yang kena marah tadi dekati mejanya.

Aik?Masih ada di sini?Ingatkan dah pergi tadi?

"Macam mana?Kamu tak apa-apa ke?"tanya Aishah kepadanya.

"Bos cakap apa?Kamu di pecat ke?"soal Mason pula.

Keluhan pendek lepas dari mulut setelah telinga mendengar perkataan 'pecat' tu. "I wish. Tapi tak. Dia tak pecat saya."jawab Eva dengan nada mengalahnya. Mimpi la dia kalau di pecat.

"Bagus la."lafaz Kayla sambil pegang dada. "Risau saya lepas dengar apa kamu cakapkan tadi pada Tuan Harris."

"Yalah...kenapa kau berani-berani cakap begitu dengan Tuan Harris?Kau tahukan dia macam mana orangnya?"bisik Mason pula. "Boleh pula kau cabar tuan."

Aishah hanya mengangguk setuju dengan kata-kata rakannya. Sebab dia pun nak cakap perkara yang sama.

"Habis dah dia tu tunjuk perangai bossy tak guna dia dekat awak semua, mana la saya tak marah. Lagipun saya memang nak berhenti pun. Kalau dia berhentikan saya sendiri lagi bagus."luah Eva dengan sejujurnya. Dia lebih sanggup duduk dekat kampung, perah susu lembu dan kambing dari bergelumang dengan bos macam Harris tu. Buat sakit mental aje.

"Jangan la macam tu, kalau kamu berhenti siapa yang akan jadi pembantu Tuan Harris nanti?Siapa yang akan lakukan perkara seperti yang Tuan Harris mahukan dengan betul. Ramai-ramai setiausaha dan staf yang pernah kerja di sini, hanya kamu saja yang boleh buat ikut apa yang Tuan Harris mahukan."ujar Aishah dengan nada perlahan. Takut kalau perbualan mereka di dengar oleh bos mereka.

Eva tenung wajah mereka bertiga seorang demi seorang dengan kening berkerut. Nak menangis pun ada. Bukan sedih. Tapi nak menangis kerana terlalu marah sangat! "Saya dah tak tahan untuk bekerja dengan dia. Penat. Selama lima tahun ni saya diamkan diri dan makan hati kerana dia. Sekarang tak lagi. Saya dah hadap cukup!"katanya dari balik ketapan gigi kerana terlalu geram.

"Sabar la...jangan berhenti. Macam mana dengan kami semua nanti kalau kamu berhenti?"soal Kayla. "Makin teruk la kami bertiga dikerja kan dengan Tuan Harris nanti."

"Ya...betul kata Kak Kayla. Sabar dulu.Tunggu aku dapat kerja dulu. Baru kau boleh berhenti."aju Mason pula.

Senang aje cakap kan!

Eva sandarkan badannya ke kerusi lalu tarik muncung tak puas hatinya. Dia tak tahu berapa lama lagi dia boleh bertahan. Takut nanti karang terputus pulak fius kewarasannya kalau dia lama-lama lagi dekat sini!

Brit!

Brit!

Telefon bimbit dekat sebelah keyboard komputer bergetar dan mengeluarkan bunyi. Tanda adanya panggilan masuk.

Dengan serentak semua di situ pandang ke skrin telefon Eva.

Brit!

Brit!

"Kamu tak jawab ke panggilan tu?"soal Kayla sewaktu perhatikan Eva sikit pun tak bergerak untuk capai telefon tu.

"Malas."jawab Eva dengan tiada mood masa pandang skrin yang memaparkan nama pemanggilnya iaitu 'Ibu'. Dia tahu apa sebabnya ibu dia call dia.

"Kenapa?Itu bukan ke ibu kau?"Mason capai telefon tu untuk Eva.

Terkejut dengan tindakan tersebut, Eva berdiri hendak menghalang Mason, namun tidak sempat. Mason terus capai lantas menyentuh butang hijau di skrin sebelum di bawa ke telinga.

Damn it!

"Ja-"Eva termangu di situ sebaik saja Mason letak telefonnya rapat ke telinga. Dan ketika itu la-

"EVA NAOMI BENJAMIN!!!!!!!"dengan kuat nama itu mengaum dalam panggilan tersebut.

Sampaikan Mason yang dengar cepat-cepat jauhkan telefon tu dari telinga. Dia dengan penuh kengerian meletakkan telefon Eva ke atas kaunter meja tersebut sebelum buat muka 'WTF' pada Eva.

Eva menepuk dahi berserah. Well...ada sebabnya kenapa dia enggan menjawab panggilan tu dari awal lagi.

Ugh!Ini lagi satu penyumbang kedua punca migrain dia. Ibunya. Selain Harris,inu Eva juga seorang yang bossy. Ya, dia sayang ibunya sangat-sangat. Tapi ada sampai satu tahap tu kan, dia nak sangat tinggikan suara pada orang tuanya ini.

Kayla dan Aishah yang dengar akan suara lantang tersebut, cepat-cepat buat muka kekok lalu pamit meminta diri kepada Eva. Termasuk la Mason sendiri, malah lelaki itu adalah orang pertama yang pergi dari situ. Baru la Kayla dan Aishah!

Dah bagi dia masalah bolehnya tinggalkam dia macam tu. Bertuah betul!

Eva lirik akan langkah terburu-buru mereka bertiga sebelum pandang kesal ke telefonnya semula. Here we go again! Bersama muka penat dan bahu jatuh tiada semangat, telefon skrin sentuhnya di capai lalu dia duduk menghenyak punggung di kerusinya.

"Hello?"sapanya.

"Jangan kamu nak berhello dengan Ibu! Apa kamu fikirkan?Hah?Kamu tak tahu betapa susahnya ibu aturkan janji temu tu?Dan kamu apa?Kamu tak hadirkan diri!Bukan setakat itu kamu biarkan dia tunggu selama tiga jam di situ sendiri!"

Mula dah!

"Ibu...kan Eva dah beritahu Eva tak sempat sebab meeting Eva lambat habis semalam.."jelasnya. Yalah, hari blind date dia jatuh pada hari dan waktu yang sama dengan meeting Tuan Harris bersama klien terbesar mereka. Kalau diberi pilihan,obviously Eva memilih Harris bukan blind date yang diatur oleh ibu.Nak tak nak, tak sedar sampai jam 11 malam baru selesai meeting bersama Harris.

"Ibu dah pesan pada kamu!Berhenti kerja dari situ!Berapa lama kamu nak jadi hamba lelaki lumpuh seperti bos kamu tu!"marah ibunya dengan berang dalam panggilan lagi.

Kalau dia boleh buat keputusan,dah lama dah dia buat! Tak perlu tunggu di suruh pun."Bagi Eva masa lagi Ibu."minta dia dengan lemah lembut.

"Masa apa lagi?Hah?Lima tahun!Ibu telah berikan masa kepada kamu selama lima tahun!Nak beri masa banyak mana lagiUmur kamu tu dah masuk 29 tahun Eva. Bukan 9 bukan 19 tahun. Tapi 29 tahun!Kamu nak ibu tunggu sampai bila?Tunggu sampai ibu mati?Macam tu?"

You see...Eva mula kerja dekat syarikat ni masa dia habis belajar untuk sijil degreenya. Dan terus dapat kerja di syarikat lepas job hunting sewaktu di universiti ni sehingga la sekarang. Awalnya ibu dia tak mahu dia bekerja di sini. Lagi-lagi lepas tahu yang dia jadi pembantu untuk bos yang kurang upaya kemampuannya. Sehingga la sekarang, ibunya tak habis-habis desak dia untuk berhenti kerja.

Eva pegang dahi dengan tangan kanannya yang di siku atas meja lalu pejam mata. Cuba nak hilangkan rasa pening kepala yang sedang melanda kepalanya sekarang ini. Penat bebelan Harris belum hilang dah ditambahkan lagi dengan bebelan ibu dia pulak.

"Ibu...Eva tahu. Masalahnya sekarang Eva tak boleh berhenti macam tu je. Eva ada procedure yang Eva kena ikut. Please. Jangan marah lagi okay?Eva akan cuba usahakan perletakan jawatan ni secepat mungkin ya."pujuk dia dengan selemah lembutnya. Tidak sampai hati nak tinggikan suara pada orang tuanya yang sudah berusia separuh abad ni.

"Fine. Ibu tunggu. Sekiranya kamu masih jugak gagal untuk uruskannya. Ibu sendiri yang akan lakukan peletakkan jawatan kamu tu. Kalau perlu ibu sendiri akan berjumpa dengan bos kamu tu."

Matanya dibuka dengan perlahan bersama keluhan mengalah."Baik Bu." jawab Eva dengan nada berserah.

Haih...letih sungguh la!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience