Bab 20: Mengakhiri Dengan Senyuman

Romance Completed 751

Majlis perkahwinan Adam dan Hana selesai dengan penuh kemeriahan. Di sebalik keceriaan yang melingkari dewan itu, Aira masih merasakan ketenangan yang luar biasa di dalam hatinya. Walaupun masa lalu mereka berdua mempunyai kenangan yang manis dan pahit, dia kini berasa seperti hidupnya telah mencapai titik perubahan. Perpisahan yang tidak pernah dijelaskan, tetapi diterima, dan kini, Adam yang dulu begitu rapat dengannya sudah melangkah ke alam baru.

Selepas majlis selesai, Aira kembali ke meja, duduk bersama Farhan yang senyap. Farhan memandangnya dengan penuh perhatian, memahami kesedihan yang tidak dapat disembunyikan oleh Aira.

"Adakah kau okay?" Farhan bertanya lembut, sambil memegang tangannya.

Aira mengangguk perlahan, menyembunyikan perasaan yang masih menguasai. "Aku rasa... semua yang terjadi sebelum ini, semuanya datang kembali. Tapi aku cuba untuk teruskan."

Farhan tersenyum, menenangkan Aira. "Aku faham, Aira. Kita tak boleh lari dari kenangan, tetapi kita boleh pilih untuk terus melangkah ke hadapan. Aku ada di sini untuk kau."

Aira merasakan kasih sayang dan keikhlasan Farhan. Dia tahu, Farhan bukanlah pengganti Adam, tetapi seseorang yang ada untuk mendampingi dan memberi sokongan. Dia sedar bahawa Farhan adalah pilihannya sekarang, dan dia bertekad untuk memberi sepenuh hatinya dalam hubungan ini.

Sementara itu, di luar dewan, Adam berdiri bersama Hana. Mereka berdua tersenyum, berpelukan mesra, menikmati malam perkahwinan mereka. Hana memandang Adam dengan penuh cinta.

"Terima kasih kerana memilih saya, Adam," kata Hana, suaranya lembut dan penuh emosi. "Says tahu kita berdua melalui banyak perkara sebelum sampai ke sini."

Adam mengangguk, matanya penuh dengan ketenangan. "Saya tak pernah menyesal memilih awak, Hana. Awak adalah kebahagiaan saya sekarang."

Hana tersenyum, memegang tangan Adam erat. Saya janji akan selalu ada untuk awak. Kita akan bina kehidupan baru bersama."

Di dalam hati, Adam merasakan betapa pentingnya momen ini. Walaupun kenangan dengan Aira takkan pernah hilang, dia tahu dia telah memilih jalan yang benar. Dia sudah bersedia untuk memulakan kehidupan baru dengan Hana. Namun, dia tidak dapat mengelakkan perasaan terima kasih kepada Aira yang telah memberi pengalaman yang berharga dalam hidupnya.

Ketika majlis berakhir, para tetamu mulai meninggalkan dewan, meninggalkan hanya keluarga terdekat dan sahabat yang paling rapat. Aira dan Farhan berjalan keluar bersama, menuju ke tempat letak kereta. Aira memandang langit malam yang penuh bintang, merasakan rasa syukur yang mendalam dalam hatinya.

"Farhan, terima kasih kerana sentiasa berada di sisi aku," kata Aira dengan suara yang lembut. "Aku tahu kita tidak sempurna, tapi aku rasa kita saling melengkapi."

Farhan tersenyum, memberi isyarat untuk membukakan pintu kereta. "Tak ada apa yang perlu dibimbangkan, Aira. Setiap hubungan pasti ada pasang surutnya, tapi aku percaya kita boleh melalui semuanya bersama-sama."

Aira tersenyum, berasa ringan di hatinya. "Aku juga percaya. Kita boleh hadapi apa sahaja asalkan kita bersama."

Malam itu, Aira dan Farhan pulang dengan penuh harapan. Mereka tahu bahawa perjalanan hidup mereka masih panjang, tetapi mereka juga tahu bahawa mereka akan melalui segala cabaran yang mendatang dengan penuh keyakinan. Begitu juga dengan Adam dan Hana, mereka memulakan bab baru dalam hidup mereka, melalui masa depan dengan penuh kebahagiaan dan cinta.

Dalam hati Aira, dia tahu bahawa hidup tidak pernah menanti untuk memberi jalan yang mudah. Namun, yang paling penting adalah untuk terus berjalan, berusaha menjadi lebih baik setiap hari, dan tidak melupakan siapa diri kita sebenarnya. Cinta tidak harus terhenti apabila sesuatu berakhir, kerana setiap langkah baru membawa peluang baru.

Dan begitu juga dengan perjalanan hidup Aira dan Adam. Walaupun mereka kini berjalan di jalan yang berbeza, kenangan itu tetap menjadi sebahagian daripada mereka. Tapi, kehidupan terus berjalan, dan mereka berdua sudah bersedia untuk menyambut apa sahaja yang akan datang.

Waktu berlalu begitu cepat. Aira kini berdiri di hadapan cermin, mengenakan gaun pengantin putih yang anggun, dihiasi dengan sulaman halus di pinggirnya. Hatinya penuh dengan rasa teruja, tetapi dalam masa yang sama, ada juga rasa tenang yang mendalam. Ini adalah hari yang telah lama dinantikan, bukan hanya oleh dirinya tetapi juga oleh keluarga dan sahabat terdekat.Aira tersenyum kecil, melihat dirinya di hadapan cermin. Gaun putih yang dia pakai bukan sekadar pakaian pengantin. Ia adalah simbol perjalanan hidupnya yang penuh liku dan pengajaran.

Namun, jika dia berpaling ke belakang, memandang perjalanan hidupnya, Aira tersenyum sendiri. Dia teringat bagaimana dulu dia begitu percaya bahawa cinta zaman sekolah, cinta dengan Adam, adalah cinta yang akan kekal selamanya. Tetapi kini, dia tahu betapa berbezanya kehidupan yang sedang dia lalui. Dia telah melalui pelbagai fasa hidup yang memberi pengajaran berharga – tentang kesabaran, ketabahan, dan juga tentang menerima kenyataan bahawa cinta bukanlah sesuatu yang statik. Cinta itu berkembang, berubah, dan kadang-kadang, ia perlu berakhir untuk memberi ruang kepada cinta yang baru.

Cinta zaman sekolah yang dulu menjadi impian dan harapan, akhirnya memberi jalan kepada cinta yang lebih matang dan penuh dengan keikhlasan. Dia telah melalui perpisahan yang menyakitkan, kehilangan seseorang yang pernah dianggap cinta sejati, tetapi akhirnya dia menemukan ketenangan di hati, Farhan.

Dia menghela nafas panjang, memandang ke arah ibu dan ayahnya yang sedang sibuk mempersiapkan majlis. Aira tahu, ini adalah hari yang sangat penting untuk keluarga mereka. Namun, ia juga adalah hari yang penuh makna untuk dirinya. Ini adalah langkah besar dalam hidupnya, dan Aira berasa yakin bahawa dia telah membuat pilihan yang tepat.

“Bismillah, Ya Allah, semoga kau permudahkan segalanya,” bisik Aira dalam hati, sebelum membuka pintu bilik pengantin. Dia melangkah keluar, dan di hadapan sana, Farhan menunggu dengan senyuman yang lebar. Dia kelihatan tampan dalam pakaian pengantin yang serba putih. Dengan senyumannya yang penuh ketenangan.

Sungguh, dia bersyukur kerana dipertemukan dengan Farhan, lelaki yang sentiasa mendampinginya, memberikan kekuatan, dan kini akan menjadi teman hidupnya.

Majlis akad nikah dimulakan dengan penuh khusyuk. Di hadapan keluarga dan sahabat, Aira dan Farhan duduk bersama di pelamin, menunggu giliran untuk mengikat janji suci. Tok kadi yang diundang membaca doa dan petikan daripada ayat-ayat Al-Qur’an, menyentuh hati setiap yang hadir. Tiba masanya untuk mereka mengucapkan ijab dan kabul.

Farhan memandang Aira dengan penuh ketulusan. “Saya terima nikahnya Aira binti Azman dengan mas kahwin sebanyak RM500 tunai.”Aira menundukkan wajahnya, cuba menahan rasa haru yang membanjiri dadanya.

Dengan itu, Aira dan Farhan sah menjadi suami isteri. Aira merasakan satu kedamaian yang belum pernah dirasakannya sebelum ini. Pada saat itu, dia yakin bahawa setiap langkah yang diambilnya membawa mereka berdua ke arah yang lebih baik.

Setelah majlis selesai, mereka bergambar bersama, mempamerkan senyuman yang gembira. Aira tidak pernah menyangka bahawa kehidupan yang dia impikan sejak dahulu kini telah menjadi kenyataan. Namun, dia juga tahu bahawa hidup ini penuh dengan ujian dan cabaran, tetapi dengan Farhan di sisi, dia merasa cukup kuat untuk menghadapi segala-galanya.

Di tengah-tengah majlis, Aira melihat ibu dan ayahnya yang tersenyum bangga, melihat anak perempuan mereka akhirnya menemui kebahagiaan yang sejati. Aira terharu melihat betapa mereka berdua telah memberi sokongan yang tidak ternilai sepanjang hidupnya. Ada sedikit rasa cemas, tetapi dia tahu, ini adalah kebahagiaan yang benar. Dia berdoa agar setiap langkah mereka dalam perkahwinan ini diberkati dan diberi petunjuk oleh Allah.

Hari itu menjadi permulaan kehidupan baru Aira dan Farhan. Walaupun perjalanan hidup mereka berlainan, mereka kini telah disatukan dalam ikatan yang sah, dan mereka berdua berjanji untuk menjaga dan setia antara satu sama lain, untuk menjadi pasangan yang saling memberi kekuatan.

Aira berdoa dalam hati. “Ya Allah, semoga kehidupan baru ini diberkati. Semoga aku dan Farhan dapat melayari hidup ini dengan penuh kesabaran dan cinta yang sejati.”

Dalam perjalanan hidup yang baru ini, Aira mengingatkan dirinya bahawa cinta zaman sekolah bukanlah cinta yang sebenar. Ia adalah satu pengalaman yang mengajar dia tentang kehidupan, tentang menerima kenyataan, dan tentang mencari cinta yang lebih matang dan penuh dengan pengertian. Kini, dengan Farhan di sisi, dia yakin bahawa dia telah menemui cinta yang sejati, cinta yang akan membimbingnya menuju kebahagiaan yang abadi.

Tamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience