Pintu rumah ditolak perlahan. Dania melangkah masuk, menanggalkan kasut dan meletakkannya di tepi. Kaki terasa lenguh, kepala sedikit berat.
“Balik dah?” tegur satu suara dari dapur.
Dania menoleh dan tersenyum letih.
"Ha’ah, Mak," jawabnya, berjalan ke arah dapur.
Puan Suri, ibunya, sedang mengacau sup dalam periuk. Dia menghampiri anak bongsunya.
"Macam mana interview?" soal Puan Suri sambil menghulurkan segelas air suam.
Dania menyambut gelas itu dengan kedua tangan.
"Okeylah, Mak. Harap-harap berjaya lah. Diorang kata nak bagi jawapan dalam seminggu."
"Kalau ada rezeki dapat kerja kat tempat baru tu, jaga sikit baran tu," nasihat Puan Suri.
"Ya mak.... Adik janji tak baran lagi. Dan harap-harap sangat bos baru adik ni penyabar orangnya, kan mak?"
"Kita ni orang bawahan, yang kena banyak bersabar dik. Dah tu kalau bos baru adik ni jenis tak penyabar. Nak cari gaduh lagi ke? Lepas tu berhenti kerja lagi?"
"Tak lah mak," jawab Dania perlahan.
"Berhenti kerja sekali lagi, mak kahwinkan adik terus. Tak payah kerja dah,"
"Malas lah cakap dengan mak," Dania meneguk air perlahan. Baru saja dia meletakkan gelas di atas meja, telefon bimbitnya berbunyi. Skrin menyala memaparkan nama Eidan. Dania membuka mesej.
[Lapar?Jom keluar. Aku nak belanja makan]
Dahi Dania berkerut. Belum sempat dia membalas, satu lagi mesej masuk.
[Aku tunggu depan rumah lima belas minit lagi]
“Mak, Eidan ajak keluar makan,"
"Mak dah masak ni. Ajak dia makan sekali,"
"Tak tahu lah dia nak ke tak mak,"
"Cakap mak yang ajak,"
Dania melarik skrin telefon, mencari nama Eidan.
[Mak aku dah masak. Dia suruh kau makan sini je]
Tidak lama kemudian, bunyi mesej masuk.
[Segan lah aku Dania]
[Segan apa benda kau ni. Macam lah tak biasa makan kat rumah aku]
[Yelah..kejap ag aku sampai]
Dania memasukkan telefonnya ke dalam poket.
"Mak, adik masuk mandi dulu. Kalau Eidan sampai nanti, mak suruhlah dia masuk,"
"Ya.. pergi mandi,"
Cepat-cepat dia naik ke bilik,bersihkan badan, menukar pakaian kasual yang lebih selesa. Seluar jeans longgar, blaus ringkas. Rambutnya disisir ringkas dan disemat ke belakang.
____________________
"Assalamualaikum,"
Puan Suri menjenguk dari dapur. Kelihatan Eidan di depan pintu.
"Masuk lah Eidan. Mak kat dapur ni,"
Eidan menanggalkan kasutnya dan terus melangkah ke arah Puan Suri.
"Mak sihat?" Sapa Eidan sambil menghulur tangan untuk bersalam dengan Puan Suri.
"Sihat macam ni lah.. sihat orang tua,"
Eidan tersenyum mendengar.
"Dania mana mak?"
"Kat bilik. Nak mandi katanya. Dia baru balik dari interview,"
"Dia ada interview ke hari ni?" Soal Eidan.
"Lama dah kau sampai?" Soal Dania yang tiba-tiba muncul.
"Tak lah. Baru lagi. Mak cakap kau ada interview hari ni. So macam mana?"
"Ok lah.. ada rezeki dapatlah. Kalau tak ada, nak buat macam mana kan.. Lagi pun tadi je 4 orang calon dah sekali dengan aku. Peluang tu macam 50-50 lah,"
"Ambik air ni, letak kat depan,"celah Puan Suri.
"Jom kita borak kat depan. Ganggu mak aku nak masak kat sini,"
Eidan dan Dania menuju ke ruang tamu dan melabuhkan punggung di sofa.
"Tadi kau cakap baru habis interview. Kat mana?"
"Ada satu syarikat konsultan... nama dia Zenix holding,"
Eidan mengangkat kening sedikit, namun dia cepat mengawal reaksinya.
"Zenix?" soalnya.
"Ha'ah. Tak sangka dapat panggilan. Aku hantar resume secara rawak di beberapa laman web kerja,"
"Macam mana interview dia? Ok?" Eidan bertanya, masih dengan nada bersahaja.
"Boleh tahanlah," jawab Dania sambil mengangkat bahu.
"Banyak tanya pasal multi-tasking, kerja bawah tekanan, semua tu. Tapi kalau aku dapat kerja ni, harap sangat lah bos baru aku tu baik dan penyabar. Kalau tak,habislah aku,"
"Kenapa pulak," Eidan hairan
"Mak aku cakap, nak kahwinkan aku kalau aku berhenti kerja lagi lepas ni,"
"Ok lah tu. Kahwin, tak payah susah-susah fikir pasal kerja. Elok sangatlah untuk orang baran macam kau tu. Biar suami kau pulak nanti betulkan kau," Eidan ketawa kuat.
"Kau nak mandi dengan air oren ni ke Eidan?"
"Ok ok... Sorry," Eidan masih cuba tahan ketawanya.
Dalam diam, Eidan berusaha menyembunyikan kejutan kecil dalam dirinya. Dia tahu benar syarikat itu. Syarikat keluarganya. Malah, dalam masa beberapa hari lagi, dia akan rasmi bekerja di sana juga.Tapi dia memilih untuk diamkan hal itu buat masa ini.
"Aku doakan kau dapat kerja tu," kata Eidan, tersenyum.
"InsyaAllah," balas Dania sambil mengangkat gelas, seolah-olah bersulang kecil.
"Kalau dapat, belanja aku makan,"
Eidan ketawa perlahan. "Deal."
"Jom. Aku rasa makanan dah siap tu," Dania terus bangun menuju ke meja makan.
"Duduk makan Eidan. Tak payah nak malu-malu. Macamlah tak biasa," pelawa Puan Suri.
Puan Suri mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Dania, berhadapan dengan Eidan.
"Dah lama Eidan balik? Dania tak beritahu pun kat mak Eidan dah balik,"
"Seminggu lebih dah mak,"
"Dulu, Dania selalu lah cerita Eidan itu, Eidan ini.. dalam 5 tahun ni jarang dah dengar Dania cerita pasal Eidan. Banyak habiskan masa menyendiri je," ujar Puan Suri.
"Mak..." sampuk Dania.
"Ni baru mak tengok happy semula. Kalau tak, susah nak tengok dia senyum,"
"Mak, makan." sampuk Dania lagi. Dia terus menyuapkan nasi tanpa berpaling ke arah Eidan.
Eidan hanya memandang Dania lama. Itu perkara baru yang dia tahu tentang Dania. Dia tidak tahu, ketiadaan dia memberi kesan besar kepada Dania.
____________
"Terima kasih mak. Jemput makan hari ni,"
"Tak ada apa pun. Lain kali nak makan beritahu je. Mak masak,"
"Elok jugak tu. Nanti sebelum datang, request dulu apa yang nak makan. Kan mak?" gurau Eidan. Sambil matanya melirik ke arah Dania yang sibuk dengan telefonnya.
"Boleh je. Mak tak kisah,"
"Mak, nak minta izin boleh?"
"Apa?"
"Nak bawa Dania keluar sekejap,"
Dania mengangkat kepala apabila namanya disebut. Pelik dengan permintaan tiba-tiba itu.
"Boleh tak mak?"
"Pergilah. Mak masuk dalam dulu," Puan Suri meninggalkan Eidan dan Dania.
"Kita keluar jap," serius nada suara Eidan.
"Nak pergi mana?"
"Tak pergi mana pun, cuma aku nak bercakap dengan kau sekejap," mata tak berganjak dari wajah Dania.
Dania mula rasa tak sedap hati. Ikut Eidan saat ini, bukanlah keputusan yang tepat. Lagi-lagi dengan pandangan Eidan yang sedikit menyeramkan itu.
"Aku penat. Lain kali lah. Aku nak rehat," dalih Dania.
"Bukan lama pun. Sekejap je," tegas Eidan.
"Lain kali. Ok lah. Hati-hati bawa kereta,"kata Dania sambil tangannya laju menutup pintu.
Eidan terkebil-kebil dengan tindakan Dania.
Share this novel