Dania melangkah perlahan masuk ke perkarangan Zenix Holding. Bangunan tujuh tingkat dengan logo biru gelap berkilat itu nampak lebih gah. Tiba-tiba dia rasa kecil. Takut-takut kalau tempat ini terlalu ‘corporate’ untuk dia yang biasa dengan kerja lapangan dan tugasan teknikal.
Receptionist menyambut Dania dengan senyuman profesional. Selepas mengesahkan nama, kad akses diserahkan.
“Cik Dania boleh naik ke tingkat enam. Nanti Puan Suraya akan assist Cik Dania kat sana,”
Dania mengangguk dan terus melangkah ke arah lif.
"Dania?"
Dia berpaling apabila mendengar namanya dipanggil. Seorang lelaki tinggi lampai dengan senyuman selamba berdiri tak jauh dari ruang menunggu. Mata Dania membulat.
“Reza?”
"Lama gila tak jumpa. Kau kerja sini ke?” Reza menghampiri Dania sambil hulur tangan untuk ‘fist bump’ seperti dulu. Dania sambut, dan tersengih.“
"Baru hari ni mula. Kau kerja sini ke?"
Reza mengangguk.
“Dah masuk tahun ketiga. Aku kat bahagian penyelaras projek. Tapi selalu naik-turun antara HQ dengan site,"
“Aku pembantu peribadi kepada Pengarah Urusan. Harap bos baru aku tu ok lah,"
Mata Reza sedikit membulat, agak terkejut dan merasa sedikit pelik.
"Ooo.. jadi masa interview hari tu kau belum jumpa bos kau lah,"
"Tak. Yang interview aku hari tu,aku lupa dah nama apa. Encik Fahmi rasanya.."
Dania dan Reza terus melangkah masuk ke dalam lif sebaik sahaja pintu lif terbuka.
"Kau tahu Eidan dah balik?" soal Reza sambil sandarkan badannya ke dinding lif. Pelik apabila Dania seolah tidak tahu siapa bakal bos dia nanti.
"Tahu. Dua hari lepas dia lunch kat rumah aku,"
"Kau ada beritahu dia tak kau start keje sini hari ni?"
"Aku ada beritahu dia yang aku interview kat company ni. Tu jelah. Dapat kerja ni pun, aku tak beritahu dia lagi. Kenapa kau tanya," Dania agak pelik mendengar soalan Reza itu.
"Eidan cakap apa kat kau?"
"Tak ada cakap apa pun. Kenapa?" soal Dania lagi.
"Tak ada apa. Saja.. oklah, aku nak sambung kerja aku. Ada masa nanti kita lunch sekali. And.. don't worry, bos kau nanti baik je," Reza tersenyum sambil berlalu ke ruang kerjanya. Agak pelik apabila Eidan merahsiakan perkara itu daripada Dania.Tetapi, dia memilih untuk mendiamkan diri. Tidak mahu masuk campur hal mereka.
Dania cuma tersenyum, pandangannya menyapu sekeliling ruang pejabat moden itu. Dinding kaca memantulkan cahaya matahari pagi. Pejabat terbuka, tapi kelihatan tersusun dan kemas. Beberapa pekerja sudah mula sibuk di meja masing-masing. Ada yang menunduk menghadap skrin, ada yang berbual pendek sambil meneguk kopi.
“Tak setegang yang aku bayangkan,” gumam Dania perlahan.
Dania tiba di hadapan sebuah bilik kaca kecil dengan pintu separuh terbuka. Di dalamnya, kelihatan seorang wanita yang sedang menyusun beberapa dokumen.
Dania mengetuk pintu. Wanita itu menoleh. Senyuman nipis terukir di wajahnya yang tegas.
“Silakan masuk.”
Dania melangkah masuk perlahan. Puan Suraya bangun dan menghulurkan tangan.
“Selamat datang ke Zenix Holding, Cik Dania.”
“Terima kasih, Puan. Saya harap dapat beri yang terbaik,"
“Bagus. Duduk dulu,"
Dania duduk berhadapan meja kayu kemas itu. Dinding bilik dihias ringkas dengan carta projek dan satu lukisan arkitek bangunan. Di sisi meja, sebuah rak fail hitam tersusun rapi.
“Cik Dania, saya pasti awak dah tahu tugas awak di sini kan. Tugas utama awak adalah membantu Pengarah Urusan dalam urusan harian dan projek khas. Buat masa sekarang, dia masih belum masuk pejabat,"
Dania mengangguk faham. “Baik, Puan,"
"Awak akan dapat ruang kerja sendiri bersebelahan dengan bilik Pengarah nanti. Jom, saya tunjukkan tempat awak dulu.” Puan Suraya bangun dari tempat duduknya.
Mereka keluar dari bilik dan melintasi beberapa kubikel. Suasana pejabat mula terasa lebih hidup, dengan bunyi papan kekunci dan deringan telefon yang berselang-seli. Beberapa orang menoleh, tersenyum kepada Dania.
“Meja awak di sini,” kata Puan Suraya sambil menunjukkan satu meja kosong yang bersih.
“Laptop akan dihantar kejap lagi. Awak boleh guna sistem dalaman kami untuk semak kalendar, projek dan info klien.”
Dania menyentuh meja itu perlahan, sedikit berdebar dengan tugas barunya.
“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu,"
“Baik, Puan. Terima kasih.”
Puan Suraya tersenyum. “Hari ni hari pertama, sesuaikan diri dulu,"
Dania ketawa kecil. “Insyaallah Puan,"
Selesai sesi pengenalan, Dania kembali ke meja dan mula menyusun fail yang dibawanya. Dia membuka buku nota kecil dan mula mencatat nama-nama penting yang perlu diingati. Jari jemarinya menggenggam pen, minda masih ligat memproses informasi yang diterima.
Tiba-tiba, Reza muncul semula di sisi meja.
“Pembantu peribadi kena banyak urus benda sulit dan sensitif. Ada ruang kerja sendiri akan menyenangkan kau nanti. Lagipun, kau bakal rapat dengan bos," ujar Reza.
Dania senyum, walaupun hatinya gugup. Dia masih belum tahu siapa bos sebenar yang bakal dia bantu. Nama rasmi yang diberikan dalam emel cuma Pengarah Urusan Zenix Holding.
Belum sempat dia membalas, seorang wanita muncul di pintu. Berpakaian kemas, lengkap dengan kad pekerja tergantung di leher.
“Saya Sherry, setiausaha kepada MD. Hari ni bos tak masuk lagi, jadi saya akan bantu awak untuk tahu SOP asas pejabat. Nanti bila dia masuk, awak akan diperkenalkan secara rasmi,"
“Ok, baik. Terima kasih, Puan Sherry,"
“Panggil Sherry saja. Kita semua santai je di sini. Awak boleh akses semua fail pejabat guna sistem yang IT dah setup. Tugas harian awak mostly akan melibatkan jadual MD, urusan mesyuarat, dan beberapa fail sulit,” terang Sherry sambil menghulurkan folder penerangan kerja.
Dania meneliti senarai tugasan.
"Tapi jangan risau. Saya dan admin team lain akan bantu. Asalkan awak tahu prioriti MD, kerja akan berjalan dengan lancar,"
Dania senyum. “Baik, saya akan cuba buat sehabis baik.”
"Good. Saya keluar dulu lah," Sherry terus melangkah keluar, meninggalkan Dania.
Dania menyandar sedikit. Matanya meleret ke arah bilik berkaca besar yang masih kosong di hujung pejabat. Bunyi mesej yang masuk, mematikan lamunannya.
[Macam mana first day kerja?]
Dania mengerutkan kening.
[Macam mana kau tahu?]
Eidan mengetuk jarinya pada meja. Menyedari kesilapannya. Otaknya ligat memikirkan apa yang harus dibalas.
[Aku call mak kau tadi, dia yang beritahu.]
[Kenapa kau call mak aku?]
Sekali lagi. Eidan menepuk dahinya. Dia memang gagal bab menipu ni.
[Aku call kau, tak dapat. Jadi aku terus call mak kau.]
Agak yakin dengan alasan yang diberikan itu.
Dania periksa panggilan masuk. Tiada panggilan dari Eidan.
[Tak ada pun.]
[Mana lah aku tahu. Aku call tak masuk. Dah, abaikan je. So macam mana first day?]
[Setakat ni ok je. Tunggu jumpa bos, baru tahu betul-betul ok ke tak.]
[Wish you good luck lah dengan kerja baru tu.]
Dania tersenyum melihat mesej yang dihantar Eidan. Terasa sedikit bahagia dengan perhatian yang diberikan kepadanya.
"Wake up Dania!" bisik Dania perlahan sambil menampar perlahan pipinya. Tidak mahu terus larut dalam perasaannya itu.
Share this novel