3

Romance Series 42157

"Belva..."

     Sekali lagi namaku dipanggil lembut oleh suara itu.

     Tubuhku ditepuk perlahan menyuruh agar bangun dari tidur.

       "Belva... bangun meh" pipi ku pula ditepuk nya lembut.

      Aku menggeliat kecil.

        "Angle, bangun, solat subuh, kita jemaah sama-sama" bisiknya.

       Aku menggeleng.

       "Eryl cuti" aku balas dalam keadaan mamai.

       "Cuti?"

     Aku yang menutup mata hanya mengangguk.

       "Cuti apa? Kalau cuti sekolah, baki cuti esok last"

Aku terus buka mata dan melihatnya dengan mata mengecil.

     Mamat ni cuba buat loyar buruk dengan aku pagi-pagi buta ke?

      "Pakcik...saya perempuan, jadi saya cuti solat"

     Daleel terus ketawa kecil dan mengangguk faham.

       "Sorry, my bad, sorry kacau Bell tidur" rambutku dielusnya.

        Tangan runcing nya bermain-main dengan rambut ku.

        Senyuman manisnya buat hati ku terusik.

      "Kalau macam tu...Abang solat dulu ya" bibirnya mengucup sekilas dahiku.

      Kemudian dia terus menuju ke bilik air dan meninggalkan aku yang terpinga-pinga mendengar suaranya yang lembut.

     Aku sentuh dahiku yang baru dia cium.

     Aku mengemam bibir dan senyum.

        "Abang?"

      Aku pegang dada ku yang kini mula bergendang sakan!

      Mataku berkelip.

      Aku senyum lebar, inikah namanya cinta?

     Aku jatuh cinta pandang pertama ke ni?

      Pandang pertama pada suami sendiri?

      Aku menekup wajah pada bantal dan menjerit 'angin'.

      Sukanya!

...

       Aku yang terlelap selepas dikejut oleh Daleel tadi kembali tersedar semula selepas mendengar suara merdu yang mengalunkan ayat suci Al-Quran.

      Merdu...sayup...indah.

      Aku melihat.

     Daleel sedang duduk di atas sejadah bersama senaskah Al-Quran dihadapannya.

       Wajah lembut Daleel aku tatap.

      Aku senyum sendiri.

       Dia kerja sebagai ustaz or penceramah ke? Alim semacam.

        Kalau ya, adakah aku terlebih beruntung?

     Aku bukanlah perempuan yang baik, tudung pun kadangkala saja pakai.

       Aku mengeluh kecil.

      "Angle mengeluh apa tu?" Suara Daleel menegurku.

      Aku sedar dan melihatnya sudah siap mengaji.

    Dia meletakkan kopiah di atas rak dan berjalan menghampiri ku.

     Aku segera bangun dari baring dan bersandar di palang katil.

      Daleel duduk di birai katil , dia senyum lembut padaku.

       Murah senyum, 4 point!

      "Selamat pagi Angle..." Rambut ku dia rapikan.

      "Selamat pagi..." Aku balas kekok.

       "Seronok tenung suami sendiri?" Dia bertanya.

      Aku terus menjadi malu dan melihat ke arah lain.

     Daleel ketawa.

     Dia memegang bawah daguku dan menolehkan wajahku memandang wajahnya.

         "Why Angle nak malu? Abang suami Angle, Angle boleh tenung Abang sesuka hati Angle...Angle tahu melihat wajah suami sendiri pun boleh jadi pahala?" Pipiku dia belai penuh kasih.

      Aku geleng dan senyum malu.

      "Kalau Angle bagi morning kiss setiap hari lagi bertambah-tambah pahalanya" Daleel senyum nakal, mengusik.

     Pipiku terus memerah.

        Aku pandang mata berwarna hijaunya.

      "Kenapa pandang Abang macam tu? Abang tak handsome eh?" Daleel herotkan bibirnya dengan wajah sedih.

      "Eh bukan!" Aku segera menyangkal.

      "Habistu?" Pipiku ditekup olehnya.

     "Angle?" Aku bertanya.

     Daleel senyum manis sebelum membalas dengan penuh nada lembut dan romantis.

      "Ya Angle, my Belva, little Angle untuk Abang" ujarnya sambil mengucup tanganku.

      Aku menjadi malu, eh bukan malu!

     Lebih tepat pada...

     Blushing!!

       Kenapa manis sangat ni? Suami aku ada makan gula ka?

...

       Aku menuruni anak tangga dan melangkah ke dapur dengan ceria.

      "Hello guys!!" Kepala Akashah aku tuju dan peluk kasar.

      Akashah menggelupur sambil memukul tangan ku yang sedikit mencekik lehernya.

       "Oi! Nak bunuh aku ke! Lek lah! Aku pun nak kawin!" Akashah menolak tangan ku.

     Aku mengekek ketawa.

      Aku melabuhkan punggung di sebelahnya.

       "Lek la Ash, awek keliling pinggang kot, buat ja announcement yang kau nak cari calon isteri, komfem ramai beratur gini!" Aku membuat gaya.

     Akashah berdecit dan menolak ku dengan cara gurauan.

     Aku ketawa, suka dapat mengusik dia.

        "Blah la kau, tu pegi duduk sebelah suami kau, sibuk nak duduk sebelah aku pahal" Akashah menghalau ku.

     Aku melihat Daleel yang duduk berhadapan ku dan memanggil ku menggunakan isyarat agar duduk di kerusi kosong sebelahnya.

     Aku senyum dan segera ke arahnya.

        "Kenapa Bell duduk sana? Kan Abang ada dekat sini?" Daleel berbisik perlahan.

     Aku sengih dan berbisik perlahan di tepi telinganya.

         "Tadi pakcik takde, sekarang dah ada" Aku kenyit mata secara sembunyi.

     Daleel senyum.

      "Amboi pengantin baru ni, bisik-bisik pulak depan kita yang single" Abang Emir yang baru tiba terus memerli ku dengan menyenggol bahu Akashah.

      "Entahnya, menyampah" Akashah menjelingku.

     Aku ketawa suka.

        "Mana papa?" Aku bertanya.

      Abang Emir mengangkat bahu sambil bersandar menunggu kedatangan Tuan rumah.

        "Angle..." Daleel mencuit bahuku.

     Aku memandangnya.

      "Memang selalu tunggu semua ada baru makan eh?" Dia berbisik betul-betul tepi telinga aku.

      "Haa, Adat family" aku membalas dalam nada perlahan juga.

     Daleel mengangguk faham dan duduk tegak semula.

      Aku meneliti makanan atas meja dan membuat pilihan sebelum papa tiba.

     Nak makan apa eh...

       "Maaf, papa lambat, morning semua..." Papa dengan pakaian pejabat lengkap duduk di kerusi utama.

        Semua hanya senyum dan tidak mengambil hal.

        Doa makan dibaca , dan Daleel diminta untuk mengetuai doa makan.

      "Aaminn..."

     "Makanlah" Papa bersuara sambil tersenyum memandang ku.

      "Papa nak makan apa? Eryl ambilkan" Aku yang duduk dekat papa mencapai pinggannya.

      "Erm, bagi papa bihun goreng je" balas papa.

     Aku angguk dan menceduk bihun goreng ke dalam pinggan papa dan diletakkan di depan papa.

       "Happy breakfast" aku berkata sambil senyum manis.

    Papa menepuk kepalaku manja.

      Aku baru nak tolong Si suami ambil makanannya, tapi pinggan dia sudah terisi makanan.
  
       "Bell nak makan apa? Dal ambilkan" Soalnya sambil memegang senduk.

      Aku geleng, senduk ditangannya aku pegang.

       "Bell ambik sendiri" aku cuba sesuaikan cara percakapan ku bersama dia.

     Daleel sorang saja panggil aku Bell disini.

       "Takpe, Dal ambilkan..." Senduk itu dia pegang erat.

      "Bell ambil sendiri...." Aku menarik senduk itu ke arahku.

       "Abang ambilkan" senduk itu bertukar arah pada Daleel.

      Aku menarik senduk itu ke arahku semula.

       "Bell ambik"

      "Abang ambilkan"

      "Takpe, Bell ada tangan sendiri" aku tetap degil.

      "No, Abang yang nak ambilkan untuk awak Bell"

     Kami berdua saling berebut senduk itu tanpa seorang pun ingin beralah.

      Ahli keluarga yang turut berada di meja makan itu tersengih-sengih melihat cara kami berdua 'bermanja'.

      Papa sudah tertawa kecil dan geleng kepala perlahan, dahi papa picit perlahan. Ingat anak dia yang degil, rupanya menantu pun sama degil.

        "Abang ambilkan untuk Angle, please?" Daleel cuba membuat mimik muka.

     Aku geleng kepala.

       "Bell ambil sendiri"

     Papa berdehem.

        "Eryl Belva" Papa menyebut namaku.

      Pegangan ku pada senduk itu kian melonggar.

         "hm papa" aku cuba meminta simpati.

       "Biar Daleel tolong Eryl ambilkan makanan, Eryl isteri, dengar cakap suami" Papa menegur lembut.

      Aku hanya mampu mengangguk perlahan dan menunjukkan ke arah bihun goreng pada Daleel.

     Daleel apa lagi, senyum menang lah!

     Tolak satu point!

Eryl nak merajuk! Jangan cakap dengan kita!

elelele

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience