"Papa nak Eryl kawin"
Sebaris ayat yang sungguh tiba-tiba itu membuat air yang baru nak masuk dalam rongga mulut tersembul keluar.
Aku mengelap mulut dan memandang wajah selamba papa.
"Can you repeat back papa?" Aku berkerut dahi memandang papa, aku inginkan kepastian!
Mungkin papa cakap.
'papa nak Kawin'
Papa menjuling mata ke atas dan duduk dihadapan ku.
"Papa nak Eryl kawin, kahwin, K, A, H, W, I, N. kahwin." Padat dan jelas.
Mulutku terbuka luas.
Aku lepaskan tawa hingga papa membuat muka aneh padaku.
"Papa kidding right?" Aku geleng kepala dengan sisa tawa.
Papa dengan riak wajah seriusnya memandang ku.
Aku berkelip mata dan menghembus nafas tenang.
"You really really just kidding right papa?"
Papa geleng.
"Papa serius, papa nak Eryl kawin, hujung minggu sebelum sesi persekolahan bermula"
Sungguh...
Ini sungguh...
"Mengarut! Papa mengarut! Papa! I'm 16 years old! And next year I'm only 17 years old! Don't make this nonsense joke!" Aku sedikit menjerit dengan muka tidak percaya.
Berkahwin?
Pada usia begini?
Bukankah ini satu illegal?
"Papa not joking sayang! Papa serius! Keputusan papa muktamad! Hujung minggu ni, Eryl kawin dengan lelaki terbaik pilihan papa!" Papa tidak mahu mengalah dan turut bernada tegas.
"No! Eryl takkan kawin dengan entah siapa-siapa papa kutip! Kenapa papa tiba-tiba nak kahwinkan Eryl ni? Papa dah tak sanggup nak jaga Eryl ke?" Aku berjauh hati.
"sayang papa...papa kan kena pergi luar negara nanti, lama macam dulu, dulu ada mama boleh jagakan Eryl dengan Emir, tapi sekarang mama dah takda, Abang Emir pun bukan ada dekat sini nak jagakan Eryl , dia belajar dekat Perth, mustahil dia nak balik sini 2 3 bulan untuk jagakan Eryl... Papa nak bawa Eryl sekali tak boleh, papa kerja sayang, boleh ya?" Papa bersuara lembut.
Aku menjadi diam dan termenung jauh.
"Eryl faham papa kan? Papa nak ada orang boleh tengokkan Eryl selama papa tak ada, papa nak tinggalkan Eryl dekat Mak Uda dengan Mak Ucu , tapi diorang pun sibuk, boleh ya sayang?" Papa mengusap kepalaku dengan senyuman nipis.
"Boleh harap ke lelaki yang papa nak kahwinkan Eryl tu?" Aku bertanya dengan mulut muncung.
Papa senyum .
"Papa tak pilih sembarangan orang untuk anak kesayangan papa, dia lelaki paling sesuai untuk puteri jelita kesayangan papa, Baik, sopan santun, yang penting dia ada kerjaya sendiri" papa memuji lelaki itu.
Aku mencebik.
"Mesti Eryl suka, ops pakej ganteng meletop!" Papa senyum nakal.
Aku tertawa dan perlahan-lahan mengangguk setuju saja.
"Terima kasih faham papa sayang... Papa buat semua ni untuk diri Eryl sendiri" Papa duduk disebelahku dan menarikku ke dalam pelukannya.
Aku mengangguk dan memeluk tubuh papa erat.
"Eryl sayang papa, sayang sangat"
...
Aku duduk bersimpuh bersama Mak Uda dan Mak Ucu di kiri dan kanan ku sedang memberi semangat.
Mereka menggenggam tangan ku erat.
"Eryl takutlah"
Mak Ucu gelak je.
"Alah, biasalah tu, tapi Eryl dah fahamkan semua tanggungjawab isteri?" Soal Mak Ucu.
Aku mengangguk, aku sempat ke kursus kahwin yang dijalankan di rumah papa selama seminggu oleh seseorang yang diupah papa dari pejabat agama.
Perkahwinan aku hanya didatangi oleh ahli keluarga saja, keluarga aku dan keluarga pihak lelaki. Kerana aku yang minta ini semua dirahsiakan daripada semua orang.
Aku cuba mencari siapa lelaki yang bakal aku kahwini namun langsung tidak kutemu.
Entah bagaimana rupa dia, papa kalau jumpa orang macam mana rupa pun dia akan kata kacak.
Ni , entah gigi jongang, orang tua? Eeee, sungguh aku sanggup lari sekarang jugak!
"Pengantin lelaki dah sampai, kita boleh mulakan sekarang ya?" Suara itu membuat aku yang tunduk mendongak.
Ada seorang lelaki yang sedang bersalaman dengan papa membelakangi ku.
Aku mengecilkan mata cuba melihat wajahnya.
Dari belakang... Tubuhnya agak tegap dan kemas.
Okey satu mata untuk dia.
"Daleel Elzein bin Daud Islam" Tok kadi itu menyebut nama bakal suaminya yang bakal menjadi suaminya untuk 10 saat akan datang.
Daleel Elzein, nama yang cantik.
"Ya saya" suara garaunya menyapa halwa telingaku.
"Aku nikahkan dikau dengan Eryl Belva bin Elyas Bashir mewalikan aku dengan mas kahwinnya sebanyak Seribu Dua Ratus Ringgit Malaysia tunai" Walaupun namaku disebut menjadi aneh, aku abaikan.
Telinga ku mahu mendengar jika Daleel membalas lafaz itu dengan baik mahupun tidak.
"Aku terima nikahnya Eryl Belva binti Elyas Bashir dengan mas kahwinnya sebanyak Seribu Dua Ratus Ringgit Malaysia tunai".
Sekali percubaan sahaja Daleel berjaya mengucapkannya dengan penuh tertib.
Aku terkelu , kini aku sah menjadi isterinya.
Aku menitiskan air mata, aku menjadi isteri kepada seorang lelaki pada usia masih muda dan remaja.
Mak Ucu dan Mak Uda juga turut menangis apabila satu-satunya anak dara dalam keluarga ini sudah berkahwin!
"Sah?" Tok kadi yang memerhati kemudian bertanya kepada ketiga saksinya.
Ketiga-tiga saksi kemudian mengangguk dan mengatakan sah.
"Alhamdulillah..." Tok kadi kemudian membaca doa ringkas.
Selepas selesai membaca doa, tok kadi memberikan sehelai kertas menuliskan taklik untuk dibaca oleh si suami demi menjanji akan sentiasa melindungi si isteri dari segi zahir dan batin.
Sesi pembatalan air sembahyang kini berlangsung.
"Assalamualaikum" Bisik Daleel saat mendekati padaku.
Aku yang menunduk hanya menundukkan kepala tidak mahu memandangnya.
"Wa...waalaikumsalam..." Balasku gugup sambil menghulurkan tangan untuk disarungkan pada jari manis.
Tangan Daleel memegang tanganku dengan baik, jarinya menyarungkan cincin ke jari manis ku.
Aku hanya melihat jarinya yang
Runcing dan cantik itu.
Aku mendengar beberapa orang yang disebelahku berbisik suruh salam dan cium tangan suami ku.
Aku dengan gugup mengambil tangannya yang agak besar dari tangan kecilku dan menunduk untuk menyalami dan melabuhkan kucupan diatas tangannya.
Kepalaku yang dilitupi selendang berwarna putih itu dipegang olehnya, dan aku merasa satu benda yang lembut hinggap di atas dahiku.
Kerlipan kamera tidak henti-henti merakam memori itu.
Kami kemudian saling menundukkan kepala sebelum jurukamera mengarahkan kami berdua untuk saling berpegangan tangan dan bertatapan mata.
Aku cuba melihat wajahnya.
Gulp.
Aku terkedu saat melihat wajahnya.
Dia...
Kacak! Jadi papa tak tipu!
Kulitnya tidak bergitu cerah dan tidak juga terlalu gelap.
Matanya yang tersangat indah dan warna anak matanya juga unik, hijau!
Wajahnya juga maskulin terbentuk indah!
Suami aku ke ni? Kenapa hensem sangat?!
"hey si isteri, udah la tenung suami kamu tu, cepat jumpa family dan salam" Mak Uda menegur hingga pipi ku berona merah, malu!
Daleel tersengih padaku dan mengajak ku ke arah keluarganya dengan membuat isyarat saja.
Kami berdua berjalan beriringan bersama ke arah semua ahli keluarga dan bersalam lalu berciuman pipi.
Ada yang mengusik sampai aku jadi merah.
Hey! I'm 17 years old next year okey?
psst , new born here , say hi to our new babe , happy reading with my new baby❤️
Share this novel