Daleel yang sedang memandu sesekali menoleh ke arahku sambil tertawa.
"Angle marah Abang lagi ke?" Tanganku dia cuba pegang.
Aku melarikan tanganku dan menyilangkan ke dada.
Muka jangan cakaplah, masam habis!
Aku pandang luar tingkap je, harap je hensem tapi perangai tak hensem!
"Angle... Abang minta maaf eh..." Pujuk Daleel lembut.
Aku berdengus dan mengabaikannya.
"Angel..." Suaranya yang lembut memanggil ku lagi.
"Angel... Jangan merajuk macam ni sayang, dari semalam awak abaikan saya tau, terasa saya sebagai suami..." Tangannya mengelus bahuku.
Aku menepis dan menjauh rapat ke pintu kereta.
Daleel mengeluh.
"Angel, tak baik tau masam muka dengan suami... Berdosa tau kalau suami tak redha dengan perangai isteri dia..." Katanya membuat aku memandang dia tajam.
"Jadi pakcik nak cakap pakcik nak buat saya jadi pendosa sebab pakcik tak redha dengan perangai saya? Macam tu?!" Suaraku meninggi.
Daleel menggeleng kepala laju.
Keretanya berhenti pada lampu isyarat merah.
Terus dia berpaling memandang aku sepenuhnya.
Kedua tangannya mencapai tanganku dan pegang erat, lembut.
"Ya Allah Angel... Abang tak sanggup nak buat macam tu dekat Angel... Angel isteri Abang, baik buruk Angel tetap Abang akan terima... Abang sentiasa redha dengan Angel, ingat.., Belva little Angle Abang?" Rambut ku dia usap manja sambil senyum lembut.
Ini yang aku lemah!
Dia terlalu baik dalam berkata-kata untuk aku yang sering berkata kasar!
Dengan tatapannya yang lembut, bertambah nada suaranya juga lembut dan mengasyikkan mana tidak aku cair?!
Ah! Soft spoken!
Daleel Elzein seorang yang soft spoken!
Pin!
Bunyi hon menyentak kami berdua.
Daleel terus gelabah melepaskan tanganku dan memandu semula.
Aku lihat dia masih cuba curi pandang ke arahku.
Aku memilih untuk diam hingga tiba ke destinasi yang dituju.
...
Tubuh sasa Abang Emir aku peluk erat.
Abang Emir membalas pelukanku.
"Abang... Janganlah tinggalkan adik!!" Aku mengeratkan pelukan dan buat drama air mata sebabak depan papa dan Daleel yang hanya diam memerhati.
"Ya Allah, Ya Rabbi! Kau apahal ni dik?" Abang Emir menarikku hingga melepaskan pelukan secara paksa.
Wajahku yang sudah basah dengan air mata dia pandang bersama keluhan.
"Astaghfirullahalazim... Boleh mengucap aku dengan perangai mengada kau ni dik..." Kepala digelengkan, Air mataku dia seka menggunakan hujung jari.
Aku mencebir bibir dan menggeleng kepala kepadanya.
"Duduklah lama lagi... Kau tak sayang adik kan?" Aku menolak badan Abang Emir perlahan.
"Apanya yang tak sayang, ni aku balik tengok kau kahwin pun dah kira sayang lah ni, kalau tak memang vc jelah dari jauh" dahiku dijentik perlahan.
"Adikku sayang Intan payung papa... Alololo, kesian dia eh... Alololo" tubuhku dia tarik ke dalam pelukan semula.
Air mataku makin menjadi-jadi nak turun.
"In Shaa Allah lagi 2 , 3 bulan Abang balik semula ya? Semoga adik Abang ni jadi isteri solehah dan sentiasa dipermudahkan urusan... Belajar rajin-rajin, jangan lupa bagi Abang anak buah" sempat dia selitkan gurauan melampau.
Aku mencubit pinggangnya.
Abang Emir ketawa sambil melepaskan pelukan.
"Dah jangan nangis nangis, kau ada laki sekarang, hormat dia, faham?" Abang Emir kemudian bersuara tegas , kepalaku dia tepuk.
Aku senyum kecil dan mengangguk.
Abang Emir menghampiri Daleel dan bersalaman.
"Jaga adik aku Dal, apa-apa jadi memang kau kena penumbuk sulung aku sebagai anak sulung" Aku tengok tangan Abang Emir cengkam elok atas bahu Daleel.
Ekspresi Daleel hanya sedikit berkerut dan tersenyum.
"No hal, jaga diri baik-baik, apa-apa call aku, In Shaa Allah aku boleh tolong" balas Daleel.
Abang Emir sengih dan kemudian membuat sesi bermaafan dengan papa sebelum Abang Emir masuk ke gate.
Kami melambai dari jauh.
Daleel memeluk bahu ku dengan tenang.
Abang Emir kini menghilang dari pandangan.
"Daleel, bawak lah Eryl ni jalan-jalan dulu sebelum balik, papa ada tempat nak singgah" ujar papa.
"Nak ikut!" Aku balas.
Papa geleng bersama jari telunjuk digoyangkan depan mataku.
"Ikut suami adik, papa pergi dulu, tata!" Papa berjalan ke arah driver nya dan meninggalkan aku bersama Daleel.
Daleel senyum padaku.
Aku mencebik dan berjalan dahulu ke depan.
"Angel...wait, we walk together..." Tanganku dia capai.
Aku cuba menarik semula tanganku.
Daleel mencantumkan jari-jari ku pada jarinya.
Kini tangan ku digenggam kemas olehnya.
Jari kami bertaut mesra.
Aku hanya diam dan mula berjalan tanpa berkata lagi.
...
"Eryl Belva!!"
Aku merasa dipanggil.
Aku yang sedang menunggu Daleel yang masuk ke dalam tandas segera mencari siapa yang berani menjerit namaku dalam mall ni?
Jelas dari jauh ada dua sosok yang cukup kenal sedang berjalan ke arahku dengan muka yang ceria.
Damn!
Si paling busybody dan penyebar gosip ada di sini!
Aku segera melihat mereka berdua dan cuba beriak gembira melihat rakan sekelas ku di sini.
Betapa malangnya!
"Hai Eryl!" Tanganku mereka berdua goncang.
Excited sangat, melebih macam jumpa artis!
"Helllloooo gais" aku senyum kekok.
Aku menarik semula tanganku dengan senyum terpaksa diceriakan.
"What are you doing here? Alone? Or...." Dia melihat sekeliling dan mula mengusik ku.
"Or kau tengah dating dengan top student kita? Si Herdy tu?" Dia naikkan kening dan mengusikku.
Aku ketawa pura-pura.
"Oh please! Kenapa aku perlu date dengan mamat acah hensem tu? Baik aku single available!" Aku mengibas rambutku.
Mereka berdua mengangguk setuju, lenganku dipeluk dari kedua belah oleh Sera dan Julia.
"Bagus! Jadi kau alone la kan?" Sera tanya.
Aku teragak-agak untuk menjawab sebelum menangkap susuk tubuh Daleel yang baru keluar dari tandas itu.
Daleel memandang ku, aku segera menggeleng kepala dan menghalaunya menggunakan isyarat mata.
'pergi!' aku membuat mimik mulut, gelabah .
Daleel memandang ku dengan muka keliru.
'why?' dia membalas.
Aku hanya menunjukkan ke arah mereka berdua kepada Daleel.
Daleel kemudian mengangguk dan segera menukar arah.
"Kau pandang siapa?" Julia, si busybody mahu menoleh.
Aku segera tertawa dan mengheret mereka berdua pergi.
"Jom! Aku belanja makan!" Aku mengumpan dua manusia ini.
Mata mereka berdua seolah bercahaya.
Silau!
"On!! Jom! Marrybrown!!" Kami bertiga saling memeluk bahu masing-masing dan menuju ke arah Marrybrown didepan.
...
Aku menutup pintu rapat dan menuju ke arah sofa.
Aku merebahkan badan.
Penat!
"Angel? Baru balik?" Suara Daleel menegur.
Aku yang memejam mata hanya mengangguk.
"Ingat apa Abang pesan?" Aku merasa dia sedang duduk disebelahku.
"Yang mana?"
Daleel mengeluh.
Tangannya melingkari di pinggangku.
Aku terus membuka mata, terkejut!
"Kan Abang dah pesan... Nak pergi mana-mana bagitau Abang dulu... Kenapa Angel tak buat macam tu?" Suaranya mengendur, dia meletakkan kepala di bahuku.
Aku menjadi gugup.
Dekatnya dia!
Dia ni tak tahu rasa kekok ke?
"Sorry, Bell...Bell... Lupa, maaf Bell halau pakcik tadi..." Aku membalas dengan nada gugup.
Aku cuba melonggarkan pelukannya namun Daleel makin mengeratkan pelukan dan melentokkan kepalanya di bahuku.
"Abang maafkan, sebagai denda Angle kena biarkan Abang peluk Angel macam ni..." suaranya tenang.
Aku cuba melihatnya.
Mata coklat ku bertembung dengan mata hijaunya yang sedang menatap ku lembut.
Aku bertambah berdebar.
Adil kah buat budak sekolah macam aku rasa macam ni?
ha! apa tu senyum senyum! happy reading ❤️
Share this novel
dah baca sampai chapter 7..baru nak lock...adooy....lepas je lah...