TERMENUNG Zea mengenangkan kata-kata ibu bapanya tadi mengenai perubahannya sejak 10 tahun yang lalu. Tak sangka, sudah 10 tahun berlalu dari peristiwa yang buatkan dia berubah 360°. Memori lama itu terlayar semula dalam kotak memorinya.
10 tahun lalu.
“Hi, everyone. I'm Zea Elyna binti Dato Zamri.” Zea memperkenalkan dirinya pada seluruh kelas.
“My gosh, I’m so glad to be here learning stuff with you all. It's real nice vibin’ with you. Even though I ni anak dato, I pilih universiti local je untuk menuntut ilmu,” sambung Zea tergedik-gedik dengan hujung ayatnya yang bongkak.
Terus rakan-rakan sekelasnya memberikan riak sinis dan menyampah. Dalam kepala masing-masing boleh mengagak perangai Zea ini bagaimana.
“Papa I cakap universiti local pun not bad. Universiti local dah hasilkan banyak graduan yang bagus. Facility dan tenaga pengajar pun bagus. That's why papa hantar I ke sini. Lagipun papa tak nak berjauhan dengan I. Maklumlah, I'm the only one his daughter.”
Jeda.
“So, I hope kita boleh jadi kawan dan belajar sama-sama. But firstly…” Zea menjedakan ayat sebelum menyambung semula kata- katanya, “... untuk jadi kawan I, please make sure you alls tu bergaya sikit. I tak suka kampung-kampung ni, tak sekelas dengan I, okey. Nak-nak I ni seorang yang menjaga penampilan. Tak sesuailah kalau jalan sama-sama I dengan pakaian kampung ni. One more thing, please ya nak pergi kelas tu make sure pakai deodorant dan perfume. Ni I masuk tadi dah bau ewww. Please ya, jangan buat pencemaran udara.”
Ternganga mulut masing-masing. Makin menyampah mereka dengan kata-kata Zea yang cukup menusuk kalbu dan tidak menjaga hati dan perasaan mereka.
***
“Okey, kelas. Saya dah bahagikan awak semua kepada beberapa kumpulan. Buat tugasan yang saya bagi dalam kumpulan awak. Saya tak nak awak tukar ahli kumpulan awak sesuka hati. Kalau awak nak tukar juga, sila jumpa saya dulu dan berikan sebab kenapa awak nak tukar. Faham?” Bergema suara pensyarah itu memberikan arahan kepada pelajarnya.
Semua menjawab memahami arahan itu dengan jelas. Setelah itu, kelas pun bersurai dan tinggallah Zea bersama ahli kumpulannya saja.
“Oh my gosh, goodness. Nasib I satu group dengan y’all. Kalau tak mesti I tak selesa dengan dorang tu,” luah Zea, kelegaan.
Azlina terus mencebik dengan kata-kata Zea itu. Manakala lagi dua orang memandang hairan ke arah Zea lalu salah seorang daripada mereka terus bertanya, “Kenapa?”
“Yalah. Y’all tengok yang lain tu, fesyen entah apa-apa. Kolot. Macam y’all, bolehlah. Walaupun tak mencapai kriteria I tapi masih not bad. I boleh terima lagi,” tukas Zea, selamba tanpa menjaga hati kawan-kawannya itu.
Makin mencebik wajah Azlina, menyampah dengan apa yang keluar dari mulut ‘pick me girl’ itu. Farah yang bersuara tadi terus memalingkan wajah. Terasa dengan kata-kata Zea.
“But you…” Lantang suara Zea menyambung kata-kata seraya matanya melotot memandang wajah seorang gadis yang polos di depannya.
Gadis itu terus tertunduk malu bila direnung oleh Zea.
“You tak ada baju lain ke nak pakai? Baju kurung yang lusuh ni je ke yang you ada?”
Empat mata yang lain turut memandang dan menilik pakaian yang dipakai oleh gadis itu. Makin malu gadis itu dibuatnya bila semua mata memandangnya dengan pandangan jijik.
“Baju you pun I perasan hanya ada berapa pasang je. You memang datang sini tak bawa baju ke? Hari ni you pakai baju ni, esok lusa you pakai lagi,” sindir Zea.
“Ameerah ni memang tak bawa baju banyak pun. Maklumlah Ameerah ni anak yatim piatu, jadi dia bawa jelah apa yang ada. Tapi dia ni pandai tau. SPM dia 12 A,” beritahu Farah merupakan kawan sebilik Ameerah.
“Habis you ingat I ni bodoh ke? Mentang-mentang I ni anak dato tapi masuk universiti local, so I’m stupid. Hei, I ni dapat 7 A tau. I boleh je nak belajar dekat overseas tu tapi tak nak. Better I belajar dekat sini, dapat juga I berikan sumbangan pada kerajaan sendiri,” tukas Zea, narsisistik.
Sekali lagi Zea memandang Ameerah atas bawah. Pandangan penuh jijik.
“I ni bukan nak hina you tapi janganlah pakai baju yang sama terlalu kerap. Kita ni perempuan kena jaga penampilan. Dahlah you ni satu group dengan I. I tak nak orang cakap, ‘tengok tu group Zea. Semua elok je tapi Ameerah tu selekeh.’ My gosh, I hate that.”
Ameerah yang dari tadi tertunduk mula bersuara perlahan, “Maaf, awak. Tapi ni saja baju yang saya ada. Tapi awak jangan risau, saya basuh baju ni tiap hari.”
“Tapi betul kata Zea tu. Kita ni walaupun student kenalah jaga penampilan. Alah, sekarang banyak dah jual baju murah-murah. Cantik-cantik pula tu. Malulah nanti waktu presentation, Meerah asyik pakai baju yang sama je,” sampuk Azlina, menyokong Zea.
“Tapi apa kena mengena pakaian dengan presentation? Nanti lecture bukan tengok kita pakai baju apa, tapi dia tengok hasil kerja kita.” Farah cuba membela Ameerah.
Jari telunjuk Zea digoyangkan beberapa kali.
“No, no, no. Mestilah ada kena mengena. Bila penampilan kita cantik, orang lebih fokus dan tertarik nak dengar apa yang kita present. Orang lebih takjub dengan apa yang kita bentangkan nanti. Then paling penting, keyakinan kita pun ada. Jadi dengan semua tu, secara tak langsung kita dapat extra marks,” jelas Zea.
“Hmm… nantilah saya pergi beli baju baru,” ujar Ameerah perlahan. Wajah yang tunduk itu makin tunduk. Terasa kerdil dia berhadapan dengan Zea yang darjatnya jauh berbeza daripadanya.
“Tak payah nanti-nanti. Let's go, kita pergi sekarang,” ajak Zea sudah berura-ura ingin pergi dari situ.
Tengadah Ameerah mendengar ajakan Zea itu. Yang lain juga ikut panggung wajah memandang Zea. Terkebil-kebil mata masing-masing memandang Zea.
“Eh, tak payahlah. Saya tak ada duit lagi sekarang ni. Nanti ada duit saya pergi beli.” Lantas Ameerah menolak ajakan Zea.
“Siapa cakap guna duit you? I tahu you tak ada duit tapi I lagi tak sanggup orang mengata you nanti. So, let's go. I belanja you baju baru.”
Melopong terus mulut masing-masing. Pantas Ameerah menolak pelawaan Zea itu.
“Tak apa awak. Saya tak nak susahkan awak. Saya boleh beli sendiri.”
“Susah apanya? Pilih lepas tu bayar. Tak susah mana pun. Lagipun you tu dah jadi kawan I. I nak bila orang nampak kita, dorang akan cakap, ‘wow, tengok tu Zea and the geng. Gorgeous betul dorang.’”
Ameerah rasa serba salah. Dia tidak selesa dengan layanan Zea itu. Dia sedar akan keadaan dirinya tetapi dia tidak mahu mengambil kesempatan terhadap Zea.
“Hei, apa yang termenung lagi tu? Let's go. Driver I dah tunggu,” sergah Zea menyedarkan Ameerah.
Azlina dan Farah sudah tidak senang duduk. Azlina yang tidak mahu ketinggalan, pantas mencuba nasib bertanya bersama sengihan, “Ameerah je ke? Kami berdua?”
“Of course you too, darling. Come on. Y’all dah jadi kawan I, okey. Setakat belanja y’all tak luak pun. Jom, jom.”
Lantas Zea melangkah keluar dari bilik kelas itu. Azlina dan Farah yang sudah teruja turut bangun untuk mengikuti langkah Zea. Ameerah pula masih duduk di bangku, resah memandang dua rakannya.
“Awak…”
Terbantut langkah Azlina dan Farah mendengar panggilan Ameerah. Mereka memandang wajah runsing dan tidak selesa Ameerah itu.
“Kau tunggu apa lagi? Orang dah offer, ikut jelah,” ujar Azlina, agak kasar.
Farah terus mengangguk.
“Tapi kita seganlah. Kita baru je kenal tapi Zea dah macam ni. Tak payahlah awak. Nanti apa kata Zea.” Ameerah cuba menghalang.
Mendengus Azlina seraya matanya dijulingkan ke atas. “Aduh, minah ni. Tolak rezeki betul. Si Zea tu tak kisahlah. Time nilah kita nak gunakan Zea tu. Zea tu kawan penuh benefit. Ikutkan hati aku ni tak ingin aku berkawan dengan orang sombong dan cakap besar macam Zea tu. Tapi sebab dia dengan rela hati nak labur duit kat kita, jadi tak salah pun. Peluang yang ada jangan dilepaskan. Nilah masanya kita guna dia untuk kesenangan kita.”
“Betul tu. Aku setuju tu,” sokong Farah.
Berkerut wajah Ameerah. Jelas terpancar wajah rakan-rakannya itu ingin mengambil kesempatan terhadap Zea.
“Nilah peluang kau Meerah nak merasa hidup senang. Hidup macam orang bandar. Bukan senang kita nak ada kawan orang macam Zea tu. Bila ada peluang jangan lepaskan dan kita gunakan sebaik yang boleh,” tambah Farah lagi.
“Tak baik macam tu. Kita mana boleh buat kawan kita macam tu.”
“Hei, Meerah. Jangan jadi bodohlah. Cuba buang perangai kampung dan polos kau tu. Kau kalau kekal dengan perangai kau macam ni, kepala kau ni kena pijak. Kau sendiri dengar macam mana Zea tu hina kau tadi. Lagi kau nak bela dia?” tengking Azlina seraya memandang Ameerah dengan renungan yang tajam.
“Meerah, kau jangan buat kita kehilangan peluang keemasan ni. Kalau bukan kita jadi kawan Zea, siapa lagi? Jadi gunakan dia sebaik yang boleh. Dia tu ‘lubuk’ kita yang akan mudahkan kehidupan kita dekat sini. Jadi jangan banyak bising. Ikut je cara kita orang, pasti hidup kau senang. Hidup yang tak pernah kau rasa,” sambung Azlina menghasut Ameerah.
***
“AKU BENCI KAU!” teriak suara garau itu.
“Aku… tak pernah suka kau, malah benci. Menyampah! Menyampah dengan perangai kau! Dengan mulut longkang kau!” hambur lelaki itu sepuas hati.
“Kau tahu tak mulut kau tu busuk? Busuk macam bangkai! Kau tu patut jadi bisu lebih baik. Ingat kau kaya, kau boleh buat sesuka hati?! Paksa-paksa orang macam ni?!” sambung lelaki itu.
“Kau dengar sini, aku dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan kau. Aku pun tak nak dengar suara kau. Kau jangan bercakap depan aku! Mulai hari ni hubungan kita putus!”
Pap!
Terbutang mata Zea sedar dari mimpi ngerinya. Terus bingkas dia dari perbaringan lalu beristighfar. Diraup wajah yang lencun dengan peluh itu. Termenung dia mengingati peristiwa lama itu.
10 tahun sudah berlalu tapi peristiwa itu masih segar dalam ingatan. Dia masih ingat wajah dan kata-kata orang mengenai dirinya dulu. Sakit memang sakit, tapi dia tidak boleh salahkan orang lain kerana dia punca berlaku semua ini.
Share this novel