P R O L O G

Drama Series 21705

AIRIS menghampiri Zaid yang sedang berdiri dihadapannya saat ini, air matanya yang bertakung di kelopak matanya itu ditahan agar tidak jatuh membasahi pipinya. Air matanya sudah kering untuk mengalir buat lelaki kejam itu. Zaid Ridzwan lelaki yang langsung tidak layak menjadi suaminya itu.

" Mulai hari ni.. awak dah mati dalam hidup saya, aku benci kau Zaid! " tutur Airis dengan suara bergetar.

Zaid yang berdiri dihadapannya itu mengukir senyuman sinis, lelaki itu tertawa sinis sambil menepuk kedua belah tangannya itu memandang ke arah Airis yang sedang berdiri dihadapannya itu.

" Kau dengar sini Airis , selama perkahwinan ni aku tak pernah ada perasaan sikit pun pada kau. Jijik lah.. " sinis suara Zaid kedengaran.

" Kotor.. " sambung lelaki itu lagi.

" Kau tu je yang perasan lebih, mudah sangat jatuh cinta.. bodoh! " Hamburnya.

Airis memejamkan kedua belah matanya sebentar, dia cuba menghadam segala kata-kata lelaki itu. Perlahan-lahan wanita itu membuka matanya itu. Cincin yang tersarung di jari manisnya itu di hulurkan kepada Zaid, Zaid memandang ke arah cincin yang dihulurkan Airis itu.

" Apa ni? " soalnya.

" Saya ingatkan awak dah berubah Zaid, tapi tak.. awak masih Zaid yang sama.. Zaid yang pertama kali saya jumpa dulu.. "

" Awak masih Zaid yang kejam, Zaid yang selalu sakitkan hati saya.. "

" Saya bodoh sebab percaya yang awak mampu berubah, saya..saya kecewa sangat dengan awak Zaid Ridzwan.. " tersekat-sekat suara Airis kedengaran.

Zaid yang berada di hadapan Airis saat ini, seakan-akan terkesan dengan kata-kata yang diucapkan oleh isterinya itu.

Seorang wanita yang baru sahaja keluar dari bilik tidur itu mengatur langkah kakinya ke arah Zaid yang sedang berdiri itu, lengan lelaki itu di paut perlahan sambil memandang ke arah Airis yang masih lagi berdiri di situ.

" Kenapa ni sayang? bising lah.. I nak tidur pun tak senang. Kenapa bibik you ada dekat sini? " soal perempuan simpanan Zaid itu.

" Tapi saat ini, aku rasa yang perkataan jijik? kotor? kau tahu tak ayat tu sebenarnya sesuai dengan kau. " ujar Airis apabila melihat tangan wanita itu yang sedang memegang lengan suaminya itu.

Ya Allah kuatkanlah hati wanita yang bernama Airis Nisrina...

Zaid geram, lengannya yang sedang dipegang oleh Zara itu ditepis dengan kasar lelaki itu mengatur langkah kakinya ke arah Airis. Cincin yang sedang dihulurkan oleh Airis itu di tepis dengan kasar sehingga cincin itu jatuh ke lantai.

" Kau cakap apa? kau ulang sekali lagi " kolar baju Airis itu di tarik dengan kasar.

" Kau pekak ke? ke kau dah bodoh? " Airis sudah hilang sabar.

" Aku cakap kau jijik! kotor! kau ni tak sedar diri, kau fikir kau tu bagus sangat ke? "

" Hey cermin dulu lah muka kau, jantan perasan bagus! " Jerit Airis.

Zaid semakin geram mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Airis itu, lelaki itu terus menolak Airis dengan kuat ke lantai sehingga wanita itu terhentak di dinding sehingga terduduk.

" Hey perempuan tak guna! kau tu yang sepatutnya sedar diri, menumpang rumah aku! bodoh! " hambur Zaid lagi.

Airis tertawa sinis, perlahan-lahan wanita itu bangun dari lantai yang dia jatuh itu tadi. Tipu lah jika tubuhnya itu tidak sakit akibat dihentak dengan kuat itu ke dinding yang keras itu.

" Dayus.. " ucapnya perlahan.

" Apa kau cakap! kau ulang balik! " Jeritnya.

Zara yang sedang menyaksikan itu hanya mampu mengukir senyuman melihat pergaduhan Zaid dan Airis.

" Aku cakap kau dayus!!!!!! " Jeritnya dengan kuat saat ini air matanya gugur membasahi pipinya itu. Dia tidak dapat lagi menahan air mata itu.

Kolar baju Airis itu di tarik dengan kasar.

Zaid yang sudah mengangkat tangannya itu untuk melempang wajah Airis itu terhenti apabila dia melihat air mata Airis yang mula bercucuran membasahi pipi gadis itu.

Entah mengapa dia berasa lemah tika ini apabila melihat wanita itu menangis dihadapannya.

" Tampar lah! memang itu pun yang kau selalu buat dekat aku kan? "

" Pukul lah aku! kau pukul lah aku sampai aku mati Zaid Ridzwan! pukul lah! " Jerit Airis.

Zaid dapat lihat kedua belah tangan Airis yang sedang menggigil-gigil, berkaca-kaca mata wanita itu saat ini.

Perlahan-lahan Zaid melepaskan kolar baju Airis yang digenggamnya itu, tangannya itu diturunkan.

" Hey sayang kenapa ni? kenapa you tak lempang je perempuan bodoh ni? " soal Zara tidak puas hati apabila lelaki itu berhenti.

" Berambus kau dari sini Airis, kau jangan tunjuk muka kau depan aku lagi! " Zaid terus mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan Airis yang sedang jatuh di lantai itu.

hai!!! huhh... lama Tak menulis haha.. hairah harap masih ade lagi yang sudi baca karya hairah. Rasanya dah agak lama hairah Tak buat watak hero kejam kan? so Kali ni hairah akan bawakkan watak hero yang kejam hahahaha.. so stay tuned next chapter Tau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience