P.M 3

Drama Series 21705

PINGGAN yang berada di tangan Airis itu serta merta jatuh di cium lantai, sebaik sahaja dia melihat kini lelaki yang dia bergaduh semalam kini berada di restoren itu. Wanita itu menelan air liur, apabila mendengar cerita Ammar semalam entah mengapa dia berasa lelaki itu agak menakutkan.

PRANG..

Bunyi bising itu mengejutkan Kak Mila yang sedang mengambil pesanan pelanggan, wanita itu

" Hey kau ni bodoh ke? kau reti buat kerja ke tidak ni hah! " marah Kak Mila lalu menunjal kepala Airis yang sedang mengutip serpihan kaca itu.

Yang mampu Airis buat saat ini hanya diam dan menahan sabar. Dia perasan Zaid sedang memandang ke arahnya sambil menayangkan wajah ketat. Lelaki yang berada di sebelah Zaid itu turut memandang ke arahnya sambil mengukir senyuman sinis.

Airis terus bangun dari lantai sebaik sahaja selesai mengutip serpihan kaca itu lalu mengatur langkah masuk ke dalam dapur semula. Wanita itu melepaskan nafasnya yang seakan rasa tersekat itu, belakangnya itu disandarkan pada peti ais.

" Hey! yang kau berdiri dekat sini buat apa! pergilah ambik order kau buta ke tak nampak pelanggan ramai ni! " ujar Kak Mila.

Airis mengeluh perlahan, wanita itu terus mencapai menu yang berada di atas meja itu dan mengatur langkah kakinya ke arah meja makan yang sedang di duduki oleh Zaid dan Nazrin itu.

Airis hanya menundukkan wajahnya itu, menu yang kini berada di tangannya itu dihulurkan kepada Zaid. Zaid perasan akan perubahan wanita itu, berbeza sungguh dengan semalam.

" Err, nak pesan apa? " soal Airis perlahan.

Nazrin tersenyum sendiri melihat wajah Airis yang agak sedikit pucat saat ini. Zaid kini mengalihkan pandangannya itu ke arah menu yang di hulurkan oleh Airis itu.

" Makanan apa yang sedap dekat sini? " soal Zaid mesra.

Airis sedikit hairan dengan kelakuan lelaki itu , perlahan-lahan wanita itu mengangkat wajahnya itu dan di pandang Zaid yang sedang mengukir senyuman ramah kepadanya.

" Hah? err.. nasi ayam hainan dengan Tom yam.. " ujar Airis teragak-agak.

" Ohh, tapi sekarang ni kan pagi. Takkan saya nak order nasi ayam Hainan dengan Tom yam kan? awak ada nak suggest apa-apa tak? " soal Zaid lagi.

Airis tergamam sebentar, kenapa lelaki itu begitu berbeza berbanding semalam.Siap membahasakan diri dengan panggilan ' saya ' 'awak ' .

" Hah? ermm.. nasi lemak ayam berempah? makanan tu pelanggan selalu pesan " ujar Airis.

" Ohh, ermm macam sedap. Okey saya nak tu, dengan air tembikai " Zaid mengukir senyuman sehingga terlihat lesung pipitnya itu.

" Kau Naz? nak order apa. " Zaid mengerling ke arah Nazrin.

" Mi goreng dengan teh ais " ujar Nazrin pendek.

Airis mengangguk, wanita itu terus mengatur langkah kakinya meninggalkan meja makan itu dengan perasaan yang bercampur baur. Airis ingat dia datang ke sini kerana ingin menyaman dirinya. Tapi kenapa tiba-tiba dia lain?

Senyuman yang sedang mengukir di bibirnya itu perlahan-lahan mati. Wajahnya yang bengis itu di tayangkan semula, namun tiba-tiba senyuman sinis mengukir di bibirnya itu.

" Apa kau cuba buat ni? " soal Nazrin sambil memandang ke arah Zaid.

" Kau rasa? " balasnya sinis.

Setelah beberapa minit menunggu, makanan akhirnya sampai. Airis perlahan-lahan meletakkan makanan yang di pesan oleh Zaid dan Nazrin itu di atas meja.

Zaid memandang ke arah Airis yang masih lagi berdiri di meja makanannya itu.

" Ada apa? " soal Zaid sambil melihat ke arah Airis.

" Ermm.., saya..saya minta maaf soal semalam.. saya tahu saya tak patut buat macam tu.. " ujar Airis.

Zaid yang sedang mencapai sudu dan garpu itu terhenti, dia mencuba sedaya upaya menahan barannya itu. Lagi-lagi apabila mendengar wanita itu membuka cerita tentang kisah semalam.

Zaid mengangkat wajahnya itu dan memandang ke arah Airis, lelaki itu mengukir senyuman.

" It's okey, apa yang awak buat semalam tak salah pun. Semua tu salah saya, don't worry okey? it's fine.. " ujar Zaid.

" Lagipun apa yang saya buat semalam tu kan salah right? Saya tak patut cakap macam tu dengan orang tua kan? "

" Err.. tapi saya tak patut tampar Encik, tapi saya tak der niat pun nak buat macam tu. Saya minta maaf sekali lagi "

Zaid mengukir senyuman sambil mengangguk.

" Tak per, awak tak salah. lupakan, benda kecik je kan? awak kan tak sengaja. "

" Saya minta diri dulu ya, selamat menjamu selera.. " Airis meminta diri. Wanita itu terus mengatur langkah ke arah dapur semula.

Sebaik sahaja kelibat wanita itu tidak lagi kelihatan, sudu dan garpu yang sedang di pegang olehnya itu diletakkan dengan kasar.

Nazrin disebelah hanya menggeleng sahaja, malas dia ingin ambil tahu. Dia tahu apa yang berlaku tadi semua hanyalah tipu dan rancangan Zaid.

TING !

Bunyi deringan itu menandakan ada seseorang menghantar mesej, Zaid mengeluarkan telefon bimbitnya itu dan melihat nama mama yang tertera.

MAMA : Zaid malam ni datang, papa nak jumpa kamu. Ada hal penting nak cakap.

ZAID : Zaid ada kerja lah. Hari ni busy.

MAMA : Nanti papa bisinglah, kamu jangan cari masalah dengan papa boleh tak? datang!

Zaid mematikan telefon bimbitnya itu, lelaki itu mengeluh perlahan.

" Kau tahu tak aku serabut lah dengan papa tu, dia tu kan tak habis-habis cari pasal dengan aku.. " keluh Zaid.

" Yer Ker " pendek jawapan Nazrin.

Zaid berdegus geram, lelaki itu mengerling ke arah Nazrin, wajahnya tidak puas hati.

" Ke kau yang cari masalah? kau ni bukan boleh percaya sangat " tutur Nazrin mengeluh.

" Tu aku menyampah cakap dengan kau ni, pergi balik lah kau "

" Memanglah kau lebih suka cakap dengan si Anas yang kaki mengampu tu kan? kau kan memang suka orang macam tu " ujar Nazrin selamba lalu menyuakan mulutnya sesudu mi goreng itu.

" Eee, masinnya! " keluh Nazrin. Tak sedap mi goreng ni tak seperti biasa.

Zaid hanya mengabaikan sahaja kata-kata Nazrin itu, lelaki itu memang begitu.

TING !

HAKIM : Boss malam ni jadikan?

ZAID : Of Course! Lepastu aku dah dapat dia, kau buat je lah apa-apa dengan dia.

HAKIM : Hahahahh, cantek boss!

Zaid mengukir senyuman.

Nazrin yang berada di sebelah lelaki itu hairan melihat lelaki itu yang tiba-tiba sahaja tersenyum, tadi bukan main bengis muka. Lantaklah, hidup dia.. bukan hidup aku. Itulah prinsip seorang lelaki yang namanya Nazrin Shah.

TOK ! TOK ! TOK !

BUNYI ketukan pintu itu mengejutkan Datin Suriati yang sedang duduk di ruang tamu itu, sebaik sahaja pintu di buka wanita itu mengukir senyuman apabila melihat anak lelakinya itu kini berada dihadapannya.

" Siapa datang ni? kenapa ada kasut yang Zaid tak kenal? " soal Zaid.

Datin Suriati tidak menjawab pertanyaan anaknya itu, wanita itu terus memaut lengan anak lelakinya itu dan di bawa duduk ke kerusi ruang tamu. Lelaki itu hairan apabila melihat seorang wanita bersama dengan aunty Zalikha. Pasti ini perjodohan! aduh dia benci perkara ini.

Zaid terus mengatur langkah kakinya ke arah sofa, lelaki itu mengerling sekeliling. Tidak pula dia melihat Dato' Hashim. Datin Suriati kini melabuhkan duduknya bersebelahan anak lelakinya itu.

" Mana papa? kata nak jumpa " ujar Zaid.

" Hah? bila pulak. Kan mama kata nak jumpa kan Zaid dengan anak aunty Zalikha " ujar Datin Suriati.

" Ni anak aunty Zalikha baru je balik dari Melbourne tau.. Karina Amelin " ujar Datin Suriati memperkenalkan wanita itu.

Zaid mengerling ke arah wanita yang sedang mengukir senyuman ke arahnya itu, lelaki itu membalas senyuman itu. Walaupun dia tidak suka akan perjodohan ini, tapi tidak dinafikan perempuan yang berada dihadapannya saat ini cantik.

" I banyak dengar pasal you, you ex Asha kan? because Asha my friend " ujar Karina.

" Asha? siapa tu? i tak pernah dengar nama tu. Kadang-kadang orang je perasan lebih yang i ni boyfriend diorang. Sedangkan i nak berkawan je " tutur Zaid.

" Yer Ker? " Karina ingin kepastian.

" Of course.. " balasnya sambil mengukir senyuman.

" Zaid mama bawak Karina datang sini aunty Zalikha, kami sepakat nak jodohkan kamu berdua. Maybe the wedding will be this
month " ujar Datin Suriati.

" What! " lelaki itu meninggikan suara. Zaid yang sedang duduk itu kini berdiri memandang ke arah Datin Suriati.

Aunty Zalikha dan Karina saat ini terkejut melihat Zaid yang tiba-tiba meninggikan suara itu.

" Zaid Ridzwan! " ujar Datin Suriati apabila melihat sikap kurang ajar anak lelakinya itu yang meninggikan suaranya.

" No.. Zaid tak setuju, Zaid tak boleh kahwin dengan pilihan mama.. " ujar Zaid.

" Su.. i mintak diri dulu lah, it's okey if anak you tak nak kahwin dengan anak I. You ingat anak I tak laku ke? " ujar autny Zalikha sambil menarik tangan anaknya itu dan meninggalkan Zaid dan Datin Suriati di situ.

" Ika.. Karina.. ikaaa " panggil Datin Suriati. Namun keduanya terus beredar. Datin Suriati kini mengatur langkah kakinya ke arah anak lelakinya itu.

" Kenapa? kenapa Zaid tak boleh kahwin dengan Karina? " soal Datin Suriati.

Memang tidak lah dia nak berkahwin dengan pilihan mamanya itu, sudahlah pilihan mamanya itu ialah anak kepada kawannya. Jika dia berkahwin dengan wanita seperti ini kehidupan nya itu akan hancur.

" Sebab apa! tell me Zaid Ridzwan! kalau tak der sebab mama tak kira you have to married Karina full stop! "

" Tak.. Zaid tak boleh, sebab.. ermm.. Zaid dah ada seseorang dan Zaid dah janji dengan dia yang Zaid akan bawak jumpa mama.. "

" Zaid cintakan dia je maa.. " tutur Zaid sambil memandang ke arah Datin Suriati.

Datin Suriati tergelak sinis.

" Stop dengan penipuan ni Zaid, Zaid ingat mama tak kenal Zaid ke? siapa yang Zaid cinta sangat tu? "

" Nelly? Kirana? Tasha? Lydia? Qaseh or Asha? or Na.. " belum sempat Datin Suriati menghabiskan tutur katanya itu.

" Airis.. Airis Nisrina.. " nama itu meniti di bibirnya.

Datin Suriati diam sejenak, tidak pernah pula dia mendengar nama tersebut.

" Airis Nisrina? siapa dia? " soal Datin Suriati.

" Bakal isteri Zaid.. " jawab Zaid.

AIRIS perlahan-lahan mengatur langkah kakinya ke arah motorsikal yang biasa di parking. Airis meregangkan seluruh tubuhnya itu, sakit badannya kerana mengangkat stok makanan yang baru sahaja sampai.

" Aduh mengantuknya " wanita itu menguap sendiri.

Tap!

Airis terdiam sejenak dia mengalihkan pandangannya itu ke belakang, entah mengapa dia berasa seperti ada seseorang yang mengikutinya dari belakang sejak tadi.

Airis terus mengeluarkan telefon bimbitnya itu dan nama Ammar di cari, sebaik sahaja dia ingin menelefon Ammar. Seseorang dari belakang meletakkan sebilah pisau di lehernya itu.

Terkejut Airis dengan keadaan yang tidak pernah dijangka itu terjadi kepadanya, telefon bimbitnya yang berada di tangannya itu serta merta terlepas dari genggaman tangannya.

" Kau nak apa ni! " Soal Airis dengan suara tercungap-cungap. Menggigil seluruh tubuhnya saat ini , air matanya sudah bergenang pada kelopak matanya itu tunggu masa ingin jatuh sahaja.

" Aku nak kau boleh? hahahhaa.. cantik jugak kau ni kan? " ujar lelaki itu sambil mengelus lembut rambut panjang wanita itu

" Tengah buat apa tu? " suara itu mengejutkan Airis dan lelaki itu. Mereka terus mengalihkan pandangannya itu ke belakang, terkejut Hakim saat ini apabila melihat kini yang berada dihadapannya itu ialah Nazrin.

" Kenapa letak pisau dekat leher dia? takkan dah besar pun pisau nak main kan? " ujar Nazrin mendatar.

Seakan tiada perasaan sahaja.

Hakim tergamam, dia tidak tahu apakah dia harus beredar ataupun menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Zaid itu.

" Airis kan? " Nazrin memandang ke arah Airis yang wajahnya sedang ketakutan itu.

Airis mengangguk perlahan.

" Siapa yang masak mi goreng hari ni? " soal Nazrin tiba-tiba dengan nada selamba.

Dia tak nampak ke apa yang sedang terjadi saat ini?

" Hah? errr..mi goreng? " Airis tidak faham apa yang lelaki itu sampaikan.

" Yer lah tadi kan I datang kedai, kenapa mi yang you bagi dekat I tu tak sedap. Biasanya sedap, bukan you yang masak kan? " ujar Nazrin.

" Ohh, ermm.. Kak Mila yang masak. " Terketar-ketar Airis menjawab. Rasanya soalan itu tidak sesuai di tanyakan dalam keadaan tegang begini.

" Patut lah tak sedap, I ni pelanggan tetap restoren tu.. so janganlah hidang makanan yang tak sedap. Faham? "

" Ermm, faham " Airis mengangguk beberapa kali.

Nazrin mengerling dengan tajam ke arah Hakim yang masih lagi sedang meletakkan pisau di leher Airis, Hakim perlahan-lahan melepaskan Airis. Sebaik sahaja lelaki itu melepaskan Airis, kelam-kabut wanita itu berlari anak ke arah Nazrin.

Hujung baju lelaki itu di pegang. Hakim melepaskan keluhan kasar, lelaki itu terus mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan Airis dan Nazrin yang masih lagi berada di situ.

Nazrin memandang ke arah Airis yang sedang memegang hujung bajunya itu, perlahan-lahan Airis melepaskan. Wanita itu selangkah ke belakang, air matanya yang sudah membasahi pipi itu di kesat.

Nazrin terus mengeluarkan sapu tangan dari poket seluarnya itu lalu mengelap air mata wanita itu yang sudah membasahi pipinya itu.

Airis tergamam saat itu, namun wajah lelaki itu kelihatan biasa sahaja. Seperti tiada apa yang berlaku. Sebaik sahaja anak mata Nazrin tepat memandang ke arah anak mata Airis, Airis tersedar.

" Te..terima kasih.. " ujar Airis.

" Untuk apa? " soal Nazrin lalu memandang ke arah Airis. Sapu tangan itu di hulurkan kepada Airis, Airis mencapai.

" Sebab selamatkan saya, " jawab Airis.

Nazrin tersenyum kecil, lelaki itu menggeleng sendiri.

" Bila pulak I selamatkan you? perasan je
lebih " ujar Nazrin selamba.

Airis tersengih, kepalanya yang tidak gatal itu di garu beberapa kali.

" Nak pergi mana lepas ni? " soal Nazrin.

" Ermm, balik.. " balasnya.

" Ohh okey, " Nazrin terus mengatur langkah kakinya ke arah keretanya yang diparkir tidak jauh dari situ.

Nazrin menghentikan langkah kakinya. Lelaki itu memalingkan wajahnya itu ke belakang, dan memandang ke arah Airis yang masih berdiri di situ. Jika di lihat wajah wanita sedikit pucat mungkin wanita itu masih dalam ketakutan.

Nazrin mengatur langkah kakinya ke arah Airis yang masih lagi sedang berdiri itu, jacket yang sedang dipakai olehnya itu di buka dan diletakkan pada Airis.

Airis membeku tika itu berdegup-degup jantungnya saat ini apabila melihat tindakan lelaki itu. Manakala lelaki itu hanya kelihatan biasa sahaja.

" Jom lah saya hantar balik, lagipun dah malam.. " Nazrin terus mengatur langkah kakinya.

" Err.. ok " Airis membuntuti lelaki itu dari belakang. Bibirnya mengukir senyuman sendiri melihat keprihatinan lelaki itu. Walaupun lelaki itu seperti tiada perasaan dan pelik pada masa yang sama.

" HELLO macam mana dah settle ke? kejap lagi aku sampai tempat biasa " ujar Zaid lalu melabuhkan duduknya itu di sofa yang berwarna coklat itu.

" Boss, saya tak dapat perempuan tu " balas Hakim ketakutan.

Zaid yang posisinya yang sedang duduk itu terus bangun, lelaki itu melepaskan keluhan kasar. Rambutnya itu pula di raup ke belakang, sambil menyumpah seranah.

" Hey bodoh apa yang susah sangat kau nak buat kerja? benda senang pun kau tak boleh nak buat ke? " Tengking Zaid. Nasiblah dia kini berada di kondominium nya sendiri. Jika tidak pasti Datin Suriati akan dengar suaranya yang terjerit-jerit itu.

" Bukan macam tu boss, saya dah dapat tangkap perempuan tu. Tapi tiba-tiba je encik Nazrin tu muncul " ujar Hakim.

" Hah? Nazrin? dia buat dekat situ.. jap macam mana dia boleh ada dekat situ? " soal Zaid hairan.

" Saya pun tak tahu, tiba-tiba je encik Nazrin muncul. Jadi saya terpaksalah lepaskan dia. Saya minta maaf encik Zaid " ujar Hakim lagi.

Zaid terus memutuskan panggilan telefon itu, kini lelaki itu berdegus kasar.

" Nazrin? apa dia buat dekat situ? " soalnya sendiri.

NAZRIN menghentikan kereta yang di pandu olehnya itu di berhadapan dengan rumah Airis, lelaki itu memandang sekeliling yang sudah gelap itu. Lelaki itu kini mengerling ke arah Airis yang sudah tertidur di kerusi, sayu sahaja wajah wanita itu kelihatan.

Nazrin menggaru kepalanya itu dia tidak tahu bagaimana ingin menyedarkan wanita itu dari tidur. Sebaik sahaja dia ingin menyedarkan wanita itu, perlahan-lahan Airis membuka matanya itu dan dia melihat sekeliling.

" Dah sampai ke? " suaranya kedengaran serak kerana baru sahaja bangun tidur.

" Err..ermm " balas Nazrin lalu mengalihkan pandangannya itu dihadapan.

Airis merenggangkan tubuhnya itu, sambil menutup mulutnya itu yang sedang menguap. Tali pinggan yang sedang dipakai itu di buka. Kini Airis memandang ke arah Nazrin yang sedang memandang ke hadapan.

" Awak.. " panggil Airis.

Nazrin mengalihkan pandangannya itu memandang ke arah Airis.

" Ya? "

" Terima kasih, biarlah kalau awak tak der niat nak tolong saya pun.. terima kasih sebab ada tadi.. kalau awak tak der, saya tak tahu apa akan jadi dengan saya hari ni " ujar Airis sambil mengukir senyuman.

Nazrin hanya mengangguk sahaja.

" Nama awak siapa ya? saya lupa nak tanya. Awak tahu kan nama saya Airis Nisrina.. awak boleh panggil saya Airis " ujar Airis memperkenalkan namanya.

" Nazrin Shah " tuturnya.

" Nazrin Shah? ermm sedap nama tu... Okeylah saya masuk dulu. Elok-elok tau " pesan Airis.

Nazrin hanya mengangguk, Airis terus mengatur langkah kakinya turun dari kereta milik lelaki itu.

" Nazrin Shah.. " nama itu meniti di bibir wanita itu. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman sejak tadi.

BUNYI ketukan pintu itu mengejutkan Zaid yang sedang tidur di dalam bilik itu, jika ikutkan hari ini dia cuti dan tidak perlu ke pejabat. Dengan keadaan yang mengantuk itu, Zaid terus bangun dari katilnya bersama tilam yang empuk itu dan mengatur langkah kakinya ke arah pintu.

Tombol pintu itu di pulas, sebaik sahaja pintu di buka terkejut lelaki itu apabila melihat Dato' Hashim dan Nazrin itu kini berada di hadapan pintu.

" Baru bangun? tak tengok jam ke dah pukul berapa Zaid! " soal Dato Hashim.

Zaid kini mengerling ke arah Nazrin yang sedang tepat memandang ke arahnya seperti ada sesuatu yang lelaki itu katakan.

" Papa dengar Zaid nak kahwin, dengan siapa? papa kenal ke " soal Dato Hashim.

" Ermm, tak.. dia tak tinggal sini "

" Hah? tak tinggal sini? bukan orang Malaysia ke " soal Dato Hashim.

" Bukanlah, maksud Zaid dia tak tinggal dekat kawasan sini. Papa dengan mama tak kenal dia pun " jawab Zaid acuh tak acuh.

" Papa nak kamu bawak dia jumpa papa dengan mama hujung minggu ni. Kami nak kenal dia dulu, " tutur Dato' Hashim.

Zaid mengeluh.

" Dengar tak ni Zaid Ridzwan! "

" Yer lah papa " balasnya malas.

" Dah jom Nazrin, " ujar Dato' Hashim.

" Papa turun lah dulu, Naz nak cakap dengan Zaid sikit.. " ujar Nazrin sopan.

Dato' Hashim mengangguk, lelaki itu terus mengatur langkah kakinya meninggalkan Nazrin dan Zaid di situ.

" Kenapa kau? nak cakap apa " soal Zaid selamba.

" Kau nak apa dari dia? " soal Nazrin dingin.

" Dia? siapa? Airis? " sinis suara Zaid kedengaran.

" Boleh tak kau jadi matang sikit, simpan sikit perangai budak-budak kau tu " ujar Nazrin dengan suara yang mendatar.

Zaid hanya menayangkan wajah menyampah.

" Boleh tak kau jangan kacau aku? , kenapa kau nak gantikan tempat papa pulak ke suka membebel? " balas Zaid.

" Lagipun sukahati aku lah nak buat apa pun, tak der kaitan dengan kau pun kan? dan kau tak payah nak berlagak jadi abang dekat sini.. sebab aku menyampah " ujar Zaid tegas.

Nazrin kini memandang ke arah Zaid, wajahnya hanya kelihatan biasa seperti tidak terkesan dengan kata-kata Zaid itu tadi.

" Aku tak tahu sampai bila kau akan akan jadi macam ni Zaid, sampai bila? sampai bila kau nak teruskan hidup kau macam ni " Nazrin terus bangun dari kerusi sofa yang sedang dia duduk itu.

Zaid hanya diam sejenak mendengar kata-kata Nazrin itu.

" Dah lah aku balik dulu, " Nazrin terus mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan ruang tamu lelaki itu.

Sebaik sahaja Nazrin sudah beredar, Zaid melepaskan keluhan keras. Rambutnya itu pula di raup ke belakang, lelaki itu terus merebahkan badannya itu di kerusi sofa tersebut.

" Nak nasihat orang konon, kau tu kena sedar diri yang kau tu anak angkat je! pandai pulak dia nak nasihat aku " keluhnya sendiri.

" Ni lagi satu hal tak habis-habis sebut pasal kahwin, tapi kalau aku kahwin dengan pilihan mama. Habislah aku terpaksa lupakan semua ni, no! a big no ! "

Saat ini wajah Airis Nisrina itu terbayang di fikirannya itu, bibirnya mengukir senyuman yang susah untuk ditafsirkan.

" It's okey biar aku sendiri yang settle kan lagipun, bila aku kahwin dengan dia nanti of course aku akan ada banyak masa dengan dia.. "

" Aku boleh buat apa sahaja pada dia, kan? hahahahaha! dan... pada masa yang sama aku boleh rmengelak dari rancangan perkahwinan bodoh ni! " ujarnya perlahan.

" Kau nak main-main dengan aku ya perempuan? jadi biar aku mulakan.. " ujarnya sendiri sambil tertawa di hujung ayatnya.

AIRIS memerhati jaket yang diberikan oleh Nazrin itu semalam, tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman sendiri. Wanita itu menepuk kedua belah pipinya itu beberapa kali.

" Hey kau ni dah kenapa? " soalnya sendiri.

Airis merebahkan badannya itu di katil, sambil melepaskan keluhan sendiri.

" Tak payah perasan lah Airis, takkan orang kaya macam tu nak suka dekat perempuan macam aku ni " ujarnya perlahan.

" Macam mana orang macam dia tu boleh berkawan dengan orang macam Zaid Ridzwan tu? lain kot perangai diorang "

Airis menepuk mulutnya itu, baru dia sedar yang dia sedang mengumpat lelaki itu. Tapi hari tu, perbagai lelaki itu baik sahaja tidak seperti pertama kali dia bertemu dengan lelaki itu.

ZAID mengatur langkah kakinya turun dari kereta yang di pandu oleh pekerjanya iaitu Ammar. Ammar kelam-kabut turun dari kereta dan mengatur langkah kakinya ke arah pintu kereta, untuk lelaki itu keluar.

" Hey Ammar Dato' Hashim ada dekat rumah ke sekarang? " soal Zaid.

" Tak der Tuan Zaid, abang Tuan Zaid dengan Datin Suriati je ada dekat rumah " tutur Ammar.

Zaid menyampah apabila mendengar Ammar menggelarkan Nazrin itu ialah abangnya.

" Hey kau boleh stop tak panggil Nazrin tu abang aku, dia tu bukan abang kandung aku pun. " ujar Zaid dengan keras.

Ammar menunduk.

" Maaf Tuan Zaid.. " ujar Ammar.

" Lagi satu barang yang aku pesan tu mana? aku nak sekarang " ujar Zaid.

" Err.. barang? barang yang mana ya Tuan " Ammar lupa.

Zaid mengerling ke arah Ammar dengan pandangan ketat itu, lelaki itu menapak ke arah Ammar. Kepala Ammar itu di tunjal, lalu lelaki itu menyilangkan tangannya itu.

" Barang apa kau tanya aku? barang aku lah! barang yang aku suruh kau simpan tu "

Ammar mula ketakutan.

" Maaf Tuan, saya tertinggal dekat rumah saya.. saya ambik sekarang ya Tuan "

" Bodoh betul lah kau ni kan? , aku nak pukul 3 barang tu dah ada dekat rumah Datin Suriati! kalau tidak.. kau faham je lah kan? " sinis suara Zaid kedengaran.

Zaid terus mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan Ammar yang masih lagi berdiri di hadapan kereta Vellfire itu.

KRING ! KRING ! KRING !

BUNYI telefon bimbit itu mengejutkan Airis yang sedang menonton televisyen, memandangkan hari ini dia cuti jadi boleh lah dia berehat dengan menonton televisyen drama bersiri yang biasa dia lihat. Waktu begini sahajalah dia dapat menonton televisyen.

Airis melihat nama Ammar yang tertera, wanita itu terus mengangkat panggilan telefon bimbitnya itu.

" Hah nak apa? " ujar Airis melalui corong telefon itu.

" Ris kau cuti kan hari ni? "Ujar Ammar.

" Ya.. kenapa? "

" Ermm.. aku nak mintak tolong kau sikit, boleh tak kau tolong ambilkan barang dekat rumah aku... Kau cakap je dengan mak aku, nanti dia bagi barang tu "

" Barang? barang apa pulak kau ni. "

" Barang Tuan Zaid, dia mengamuk dengan aku sebab aku tertinggal barang dia "

Hampir tersedak Airis mendengar nama Zaid yang meniti di bibir Ammar itu.

" Tuan Zaid? Zaid Ridzwan ke? " Airis ingin kepastian.

" Ya lah, Zaid mana lagi! tolonglah aku Ris, mampus aku kalau lambat. Dia nak barang tu ada dekat rumah pukul 3 tapi sekarang dah pukul 2 mana sempat aku nak patah balik "

" Aku pun nak kereta nak menghadap jammed lagi, silap-silap nanti kena buang kerja aku. Tolonglah Ris.. "

Airis mengeluh.

" Aduh Ammar, aku bukannya tak nak tolong.. tapi aku takut lah nak pergi sana. Nanti kalau aku terjumpa dia macam mana " ujar Airis.

" Dia tak der lah, waktu macam ni biasanya dia dekat office.. tolonglah Ris sampai hati kau tak nak tolong aku "

" Hishh! yer lah aku on the way " ujar Airis.

" Hehehe thank you Ris, nanti aku belanja sukiya tau hahah bye! " Ammar terus memutuskan panggilan telefon itu.

Airis melepaskan keluhan.

" Macam-macam hal lah Ammar ni, nak tengok drama pun susah " Airis terus meletakkan alat kawalan tv itu di tepi dan mengatur langkah kakinya masuk ke dalam bilik.

ANAS tersedak sendiri mendengar apa yang baru sahaja di sampaikan oleh Zaid tika ini, lelaki itu yang tadi duduk kini berdiri memandang ke arah Zaid.

" Kau biar betul Zaid nak kahwin dengan perempuan tu? wey dia dah malukan kau tahu tak depan orang ramai " ujar Anas bersungguh-sungguh.

" Sebab tu lah aku nak ajar dia, aku nak dia tahu siapa Zaid Ridzwan.. dia ingat mudah-mudah je aku nak lepaskan dia "

" Memanglah, tapi takkan sampai kahwin wey? gila ke apa "

" At the same time, sebernanya aku tak nak kahwin dengan pilihan mama aku.. so kalau aku kahwin dengan perempuan bodoh tu. Senang sikit aku nak enjoy macam sekarang " tutur Zaid.

" But macam mana? kau ada plan baik ke? hahahahaha " Anas tersenyum sinis.

" Of course, just wait and see! "

" Wait and see? kau cakap pasal apa
ni Zaid? " soal Azim yang tiba-tiba sahaja muncul di hadapan pintu pejabat Zaid itu.

" Tak der apa, dah Anas pergi sambung kerja "

Anas terus bangun dan mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan pejabat yang kini ada Azim dan Zaid.

Azim mengatur langkah kakinya menghampiri Zaid yang kini sedang duduk di mejanya itu, lelaki itu kini berdiri di hadapan Zaid.

" Kau ni kan suka sangat bergaul dengan si Anas tu kan? kau tahu tak aku tak suka dia " ujar Azim.

" Tak suka dia? apa kaitan dengan aku " balas Zaid.

Azim mengeluh.

" Kau pun tahu kan Anas tu macam mana, kau tak payahlah rapat sangat dengan dia. Dia tu dah lah batu api. Perangai kerja nak mengapikan orang "

" Kau tak ingat ke kita berdua pernah gaduh, sebab Anas sahabat dunia akhirat kau tu kata aku cakap benda buruk pasal kau "

" Sedangkan perangai kau memang buruk pun, ''

Zaid mengerling ke arah Azim dengan wajah tidak puas hati.

" Dah kau bla lah Zim, aku ni sebernanya lebih suka bercakap dengan Anas berbanding kau. Dah pergi kau " ujar Zaid.

Azim hanya mengeluh, lelaki itu terus mengatur langkah kakinya beredar dari pejabat lelaki itu.

AIRIS membuka helmet yang sedang di pakai di kepalanya itu, alamat rumah yang dihantar oleh Ammar itu di lihat. Begitu peka sekali wanita itu membaca alamat rumah yang tertera di skrin telefon bimbitnya itu.

Nazrin yang berada di hadapan rumah itu hairan melihat kelibat Airis yang ada dihadapan rumahnya saat ini. Kelihatan wanita itu sedang begitu tekun membaca alamat di skrin telefon bimbitnya itu.

BUK !

Airis terkejut apabila dia merasakan dia seperti sudah terlanggar seseorang, wanita itu memalingkan wajahnya itu ke belakang. Alangkah terkejutnya saat ini apabila yang berada dihadapannya itu ialah Nazrin.

Berdegup kencang jantungnya saat ini apabila melihat lelaki itu kini berada dihadapannya dengan wajah yang biasa. Susah betul lelaki itu ingin mengukir senyuman.

" Nazrin? " soal Airis terkejut.

" You buat apa dekat sini? you kerja hantar barang ke? " soal Nazrin hairan.

" Hah? ermm tak. Saya datang sini sebab saya nak bagi barang. Awak kenal Ammar? "

" Kenal, kenapa? "

" Ni barang ni Ammar suruh hantar dekat sini, sebab ni barang Zaid " tutur Airis.

" Ohh, masuklah.. " Nazrin terus mengatur langkah kakinya ke arah rumah agam itu.

Airis mengangguk, wanita itu terus membuntuti lelaki itu dari belakang, sebaik sahaja menjejakkan kakinya di rumah itu terbuntang biji matanya melihat kawasan rumah itu yang begitu cantik dan mewah itu.

" Cantiknya rumah ni, " puji Airis.

" Ermm.. , "

Suasana kini sunyi, Airis memandang ke arah Nazrin yang kini hanya meneliti telefon bimbitnya itu sahaja. Airis terus bangun dari kerusi yang sedang dia duduki itu.

" Ermm saya balik dulu ya, "

Nazrin mengangkat wajahnya itu dan mengangguk.

" Ehh? ni siapa? " suara itu mengejutkan Airis dan Nazrin.

Airis dan Nazrin terus mengalihkan pandangannya itu memandang ke arah Datin Suriati yang kini berada dihadapannya itu.

" Assalamualaikum Datin, ermm saya cuma nak hantar barang je "

" Waalaikumussalam, oh ye ker.. barang Naz ke? " Soal Datin Suriati.

" Tak lah, barang Zaid.. "

" Ohh, kawan Zaid ke ni? "

" Ehh tak.., saya kawan Ammar.. ermm saya minta diri dulu ya Datin.. Nazrin "

" Ehh sekejap lah, duduklah dulu kamu kan kawan Ammar. Jadi kamu adalah tetamu rumah ni, duduk jap. Saya suruh Kak Zati buat air "

Ahhh masak! Ni kalau tengah bersembang Zaid balik. Habis hidupnya.

" Err.. "

Datin Suriati menarik tangannya itu dan mengajak dirinya melabuhkan duduknya itu di kerusi.

" Nama kamu siapa? " soal Datin Suriati.

" Ermm, Airis.. Airis Nisrina " tutur Airis.

" Airis Nisrina? ehh macam nama bakal isteri Zaid.. ke memang kamu "

" Hah isteri? huishh tak lah Datin.. memang tidak lah saya mungkin Airis Nisrina yang lain kot.. " Airis menggaru kepalanya yang tidak berasa gatal.

Boleh pulak tersama namanya dengan nama bakal isteri Zaid. Rupa-rupanya nak kahwin dah lelaki itu.

" Ohh ni malam ni jemputlah datang rumah ni, sebab malam ni aunty ada buat majlis sempena kepulangan anak aunty Nazrin ni " ujar Datin Suriati.

" Mama, kan Naz kata Naz tak nak. " Ujar Nazrin bersuara sekian lama diam.

" Shh!! kamu tu memang semua benda tak nak. Mama tetap nak buat, jangan banyak cakap ya Naz "

Nazrin mengeluh.

" Datang tau Airis, aunty tunggu kamu "

Airis hanya mengukir senyuman.

" Err.., insyaallah.. "

" Datang! kalau tidak aunty tanya alamat rumah kamu dekat Ammar " seloroh Datin Suriati.

Airis tersengih sendiri, ahh habislah nasib dia. Reda je lah, apa boleh buat.

TAP... TAP... TAP..

Bunyi tapak kaki yang sedang menapak itu mengejutkan Airis, pasti itu ialah Zaid. Dan seperti yang disangka itu ialah Zaid. Berkerut dahi Zaid melihat kini Airis berada di dalam rumahnya itu.

" Airis? " soal Zaid hairan.

Airis menundukkan wajahnya itu, dia sedaya upaya mengalihkan wajahnya itu tidak berpandangan mata dengan Zaid. Zaid terus mengatur langkah kakinya ke arah Airis, lelaki itu melabuhkan duduknya itu bersebelahan dengan Airis.

Semerbak bau minyak wangi sebaik sahaja lelaki itu duduk di sebelahnya, dia ni mandi minyak wangi ke apa? mesti harga minyak wangi dirinya itu sama harga dengan harga gajinya kan?

" Awak buat apa dekat sini? " soal Zaid.

" Err... hantar barang. Ermm saya balik dulu ya Datin.. Nazrin " Airis terus bangun dan menghulurkan tangannya itu dan menyalam Datin Suriati dan beredar.

Zaid tersenyum sinis sendiri.

" Mama, Naz balik dulu ya? " Nazrin terus bangun dari kerusi dan beredar meninggalkan Zaid dan Datin Suriati di situ.

" Hey Zaid tahu tak, nama perempuan tadi tu sebiji nama dia dengan bakal isteri Zaid tu. Airis Nisrina kan? " soal Datin Suriati.

Zaid mengerling ke arah Datin Suriati, bibirnya mengukir senyuman.

" Sebab memang dia " ujar Zaid.

Terkejut Datin Suriati mendengar kata-kata yang baru sahaja diucapkan oleh anak lelakinya itu.

" Hah? dia? biar betul kamu ni.. tapi kenapa tadi dia macam nak mengelak dari kamu je "

" Biasalah kami kan private relationship sikit, "

" Untunglah kamu, malam ni mama jemput Airis.. dapat kamu berdating dengan dia "

" Hah? jemput dia? serius ke "

" Ya lah "

Dan saat ini serta merta ada sesuatu yang terfikir di dalam fikirannya dan dia pasti perkara ini akan berjalan dengan lancar.

Zaid hanya mengukir senyuman. Dating? Ahh! perempuan selekeh macam tu nak ajak dating? Geli! jijik!

BAJU kurung yang berwarna putih itu disarungkan pada tubuhnya, dia tidak tahu ingin mengenakan baju apa. Semua baju yang berada di dalam almari itu hanya lah dipenuhi dengan baju t-shirt biasa.

Namun jika diikutkan, dia memang tidak mahu pergi tetapi kerana sudah di jemput.

Lagi-lagi yang jemput dia ke sana ialah Datin Suriati, takkan dia tidak pergi kan? Sebaik sahaja tiba di rumah tersebut dia dapat lihat orang ramai sudah berpusu-pusu masuk ke dalam rumah tersebut.

Jika dilihat pada tetamu yang hadir pakaian yang mereka kenakan itu amat cantik dan kelihatan mahal dan mewah. Tidak seperti dirinya yang mengenakan baju kurung yang kelihatan sedikit lusuh.

" Baik aku balik.. " sebaik sahaja lelaki itu ingin mengatur langkah kakinya. Suara seseorang dari belakang itu menghentikan langkah kakinya.

" You nak ke mana? "

Airis memalingkan wajahnya itu ke belakang dan dia melihat kini Nazrin berada di belakangnya itu. Begitu segak sekali lelaki itu kelihatan dengan mengenakan suit full hitam. Rambut yang tersisip tepi, cuma yang kurangnya wajahnya yang sentiasa ketat dan tidak pernah tersenyum itu.

" Err.. balik " balasnya.

" Kenapa? Kan mama jemput you.. mama ada dekat dalam. Jom lah I bawak " ujar Nazrin.

" Tak per lah lagipun saya rasa saya tak sesuai ada dekat sini.. "

Nazrin terus mengatur langkah kakinya ke arah Airis, lengan wanita itu di tarik. Airis tergamam sejenak, lelaki itu terus mengatur langkah kakinya sambil tangannya memegang lengan lengan Airis yang berlapik itu.

" You duduk dekat sini sekejap ya, I panggil mama sekejap " ujar Nazrin sambil menunjukkan tempat duduk buat wanita itu.

Airis mengangguk.

Airis mencapai segelas air yang terisi dengan air tembikai itu lalu di minum. Sedap! Mata wanita itu melilau memandang sekeliling, ramai betul datang! Pasti yang datang ini semuanya kaya raya.

Sedang wanita itu melilau melihat sekeliling, seseorang melabuhkan duduknya itu berhadapan dengan Airis. Terkejut teruk Airis apabila saat ini kini yang berada dihadapannya saat ini ialah Zaid.

Lelaki itu mengukir senyuman memandang ke arah Airis.

" Hai.. , saya ingat awak tak datang " ujar Zaid mesra.

" Errr.., sekejap je..saya datang " balas Airis agak tidak selesa.

" Ohh, makanlah.. dekat sini banyak makanan sedap, nak bawak balik pun boleh.. "

Airis hanya mengangguk sambil mengukir senyuman nipis.

Jika dilihat wajah Airis dihadapannya saat ini benar-benar menyakitkan hati Zaid. Benci betul lelaki itu melihat wajah wanita itu, lagi-lagi apabila melihat wanita itu tersenyum.

Ammar yang turut sama ada di situ terkejut melihat Airis turut sama ada di majlis Nazrin itu. Lagi membuatkan lelaki terkejut, melihat Aris yang sedang bersembang dengan Zaid.

Airis perasan lelaki itu sejak tadi lagi memandang ke arahnya tidak berkelip, sebuah pandangan yang dia tidak dapat tafsirkan pandangan apakah itu.

" By the way, jom ke depan sekejap "

" Err, ke depan? depan mana? " soal Airis.

" Jom.. " Zaid terus bangun dari kerusi yang sedang dia duduki itu.

Airis terus bangun dari kerusi yang sedang dia duduki itu, dan membuntuti Zaid dari belakang. Airis hairan apabila melihat Zaid yang sedang menuju ke arah pentas, namun Airis hanya akur sahaja.

Dia kalau boleh tidak mahu ada masalah dengan Zaid, jadi lebih baik dia ikut sahaja segala kata-kata lelaki itu.

Nazrin dan Datin Suriati yang berada di bawah hairan melihat Zaid dan Airis yang kini berada di atas pentas itu.

" Dah kenapa pulak Zaid tu? " soal Datin Suriati.

Nazrin berkerut, apa yang sedang cuba lelaki itu lakukan pun Nazrin tidak tahu.

" Test..test.. test, mic okey? " Zaid cuba memeriksa mikrofon yang sedang berdiri itu.

Airis yang berada di sebelahnya tidak faham apa yang sedang terjadi ketika ini.

" Hai.. selamat malam kepada semua yang hadir, terima kasih kerana telah hadir ke majlis kepulangan abang saya Nazrin Shah. "

Nazrin menyilangkan tangannya itu sambil memandang ke arah Zaid dan Airis yang berada di pentas.

" Pada hari ni saya akan membuat satu pengumuman yang sangat penting, saya harap semua dapat dengar dengan jelas "

" Pada hari ni saya Zaid Ridzwan akan melamar perempuan yang disebelah saya ini iaitu Airis Nisrina untuk menjadi isteri saya "

Zaid mengalihkan pandangannya itu memandang ke arah Airis yang kelihatan tampak begitu terkejut dengan apa yang sedang dia dengar itu.

" Hah? awak cakap apa ni? " soal Airis terkejut.

" Will you marry me Airis Nisrina? " soal Zaid sambil membuka kotak cincin yang berada dihadapannya itu.

Zaid pasti wanita itu akan menerimanya, takkan wanita itu ingin menolak dirinya dihadapan semua orang di sini.

Airis mengalihkan pandangannya itu ke bawah, dia melihat semua orang di bawah sedang memberi sorakan dan ada juga yang mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam.

Ammar yang berada di bawah itu masih terkejut, bagaimana? semua ini boleh berlaku, bagaimana Zaid boleh jatuh cinta dengan Airis?

Nazrin yang berada di bawah itu hanya mampu menggeleng sendiri, lelaki itu terus beredar meninggalkan majlis tersebut.

" Airis? awak dengar tak? " soal Zaid sambil memandang ke arah Airis dengan bibirnya yang mengukir senyuman.

" Will you marry me? " Ulangnya sekali lagi.

" No.. , " Airis terus mengatur langkah kakinya beredar meninggalkan majlis tersebut dengan pantas.

TikTok : hairahnp . Facebook : Hai Rah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience