P.M 2

Drama Series 20887

PERLAHAN-LAHAN Zaid menuju langkah kakinya masuk ke dalam bilik yang sudah lama dia tidak menjejakkan kakinya ke dalam bilik tersebut. Lama lelaki itu memegang tombol pintu tersebut, namun dia tidak kuat untuk membuka tombol pintu tersebut. Lelaki itu menghela nafas perlahan.

" Enough Zaid.. " ujarnya perlahan.

KRING ! KRING ! KRING !

bunyi deringan telefon bimbit mematikan lamunan jauhnya itu, lelaki itu terus menyeluk poket seluarnya itu dan membawa keluar telefon bimbitnya itu dan melihat nama Azim yang tertera. Lelaki itu mengeluh perlahan, tanpa berfikir panjang lelaki itu mengangkat panggilan dari kawan baiknya itu.

" Ada apa kau call ni " ujar Zaid.

" Waalaikumussalam, aku sihat.. kau sihat? " Perli Azim.

Zaid mengeluh perlahan.

" Nak apa ni? tak payah nak loyar buruk. Aku malas nak dengar, " Zaid terus meninggalkan bilik tersebut dan menuju ke arah biliknya yang berada di tingkat atas.

" Ermmm, kau pergi Perlis kan esok? "

" Iyerr, apahal nak ganti tempat aku? "

" Ahh tak der makna nya, eleh kau.. kau mesti pergi dengan Anas tu kan.. " perli Azim kali kedua.

" Memang dengan dia kan aku selalu pergi, kalau nak ikut jom lah.. kau boleh jadi tukang angkat barang aku yang bertimbun tu " balas Zaid selamba.

" Kurang asam kau ni kan, esok aku kena pergi Perlis jugak. Ada meeting dekat sana, alang-alang nanti kita boleh gerak pergi breakfast sekali kan esok? "

" Humm, dah lah tak der benda penting pun nak call aku. Dah aku nak tidur "

" Hey kau ni.. " belum sempat Azim menghabiskan tutur katanya itu. Lelaki itu sudah memutuskan panggilan telefon.

Azim hanya mampu menggelengkan kepalanya itu, sambil mengeluh.

" Tak der kerja betul lah si Azim ni " keluhnya. Lelaki itu terus merebahkan badannya itu di katil, dan perlahan-lahan matanya yang mengantuk itu tertutup dan tanpa lelaki itu sedar dia sudah terlena.

AIRIS yang sudah siap memakai baju kerjanya itu seperti biasa terus mengatur langkah kakinya ke arah meja solek yang berdekatan dengan katilnya itu, gincu yang berwarna merah muda itu di pakai pada bibirnya itu. Bedak pula di solek tipis di wajahnya itu, bersama dengan eyeliner. Itu pun sudah cukup buat Airis.

Pagi-pagi lagi Haji Muzir dan Hajah Saleha sudah tiada, katanya pergi melawat mak Usunya yang sakit di hospital. Jadi hanya dia sahajalah yang berada di rumah, Airis terus bangun dari kerusi yang sedang dia duduki itu dan bergegas mencapai kunci motornya itu dan mencapai kasutnya.

Airis memerhatikan kasutnya itu yang sudah kelihatan lusuh dan terkoyak, namun dia tidak ada duit untuk menggantikan yang baharu jadi terpaksa sahajalah dia pakai kasut yang sudah buruk itu.

" Haish, untungnya jadi orang kaya. Kalau kasut dah terkoyak boleh beli baru.. kalau aku? Humm memang tak lah.. " keluhnya sendiri.

" Tapi tak per lah, asalkan kaki aku tak kotor pun dah cukup.. " selesai sahaja mengikat tali kasut. Wanita itu bergegas menutup pintu dan menuju ke arah motorsikalnya itu.

AIRIS terus memarkirkan motorsikalnya itu di tepi , bergegas wanita itu membuka topi keledarnya dan mengatur langkah kakinya masuk ke dalam restoren tersebut. Airis terus mencapai apron miliknya yang berada di dalam loker tersebut dan di sarungkan di tubuhnya.

Kak Mila yang sedang mengangkat pinggan-pinggan yang berada di atas meja itu, memandang ke arah Airis yang sedang membasuh pinggan itu. Kak Mila menghampiri Airis sambil memandang ke arah wanita itu dengan pandangan sinis.

" Kau ni selekeh kan? kau memang tak reti jaga penampilan eh? " ujar Kak Mila secara tiba-tiba.

" Selekeh? " Airis memandang ke arah bajunya itu.

" Ya lah, dengan kasut terkoyaknya. Gaji dapat kau buat apa? bagi jantan? " sindir Kak Mila lagi.

Airis melepaskan keluhan perlahan, sebenarnya dia memang malas ingin bertengkar dengan Kak Mila. Buang masanya sahaja.

" Biarlah terkoyak pun, kenapa? kalau koyak ada menyusahkan hidup Kak Mila ke? ke kasut saya koyak kaki kak Mila sakit? " soalnya.

" Kau ni kan mulut, suka menyakitkan hati aku kan. Kau tak reti hormat orang eh! " marah Kak Mila.

" Dah lah malas saya nak layan " ujar Airis wanita itu terus mengatur langkah kakinya keluar dari dapur sebaik sahaja dia melihat seorang mak cik yang selalu dia nampak datang ke restoren untuk membeli makanan.

Tetapi jika mak cik itu hendak membeli makanan dia akan menemui Airis, kerana biasanya jika Kak Mila nampak mak cik tersebut pasti dia akan menghalau mak cik tersebut dan tidak membenarkan mak cik tersebut makan di sini.

Katanya mak cik itu hanya membawa rugi, ya lah. Duit yang mak cik itu bawa sebenarnya tidak cukup untuk membeli nasi, jadi sebab itu lah Airis selalu belanja sahaja mak cik itu makan.

" Assalamualaikum mak cik..,selamat pagi.. mak cik nak makan apa hari ni? pagi ni banyak makanan best tauuu " ujar Airis ceria.

Mak cik itu tersenyum memandang ke arah Airis.

" Ermmm, mak cik nak nasi goreng ayam. Tapi mak cik bawak duit " ujar Mak cik tersebut sambil menghulurkan wang rm 2 ringgit.

" Ohh nasi goreng ayam, boleh.. kejap lagi Airis ambik ya.. sebab Airis kena ambik oder pelanggan lain dulu.. mak cik duduk dulu tau "

" Ni duit.. "

" Tak per Airis belanja.., mak cik duduk dulu ehh " ujar Airis apabila di melihat ada sekumpulan lelaki yang terdiri daripada 3 orang sedang meluru masuk ke dalam restoren tersebut.

" Okey, terima kasih Airis.. " Mak cik tersebut terus mengatur langkah kakinya ke arah meja makan yang berada di tidak jauh dengannya itu.

Airis terus mencapai menu yang berada di kaunter itu, dan terus mengatur langkah kakinya ke arah meja makan yang sudah di duduki oleh 3 orang lelaki itu.

" Selamat pagi Encik.., nak pesan apa ya? " Ucap Airis lalu meletakkan menu yang berada di tangannya itu di atas meja.

Zaid yang melihat tindakan itu mengangkat wajahnya itu dan di pandang ke arah Airis.

" Kau nak suruh meja ni baca ke? atau aku yang baca? " soalnya dingin.

Airis tergamam sebentar.

" Ermmm, maaf encik.. " Airis mengangkat menu tersebut lalu di hulurkan ke arah Zaid.

" Maaf apa kau! tak reti buat kerja. Tak payah kerja, berhenti! "

Airis hanya mampu meminta maaf sahaja, dia perasan pelanggan-pelanggan di kedai makan itu memandang ke arahnya itu.

" Kau ni Zaid bisinglah pagi-pagi ni, dia bukan campak menu tu dekat kau. Dah dia letak, kau ambik je lah menu tu " ujar Azim geram dengan sikap kurang sopan Zaid itu.

" Hey Azim, dah memang salah perempuan ni kan. Benda simple kot takkan tu pun tak tahu " celah Anas.

" Diam lah kau, " ujar Azim sambil memandang ke arah Anas.

Airis hanya mampu diam membisu di meja makan itu, jika di pandang wajah Zaid tika ini. Memang agak menyeramkan, wajah lelaki itu dingin sahaja tidak langsung tersenyum. Namun tidak dinafikan lelaki itu memang mempunyai rupa yang sedap di pandang.

Agak lama jugalah Airis berdiri di meja tersebut, untuk menunggu pesanan yang ingin Zaid pesan.. Namun tetap lelaki itu masih belum memesan.

" Airis, bila mak cik boleh makan? " soal Mak Cik tersebut di belakang itu.

Airis mengalihkan pandangannya itu memandang ke arah Mak cik tersebut.

" Sekejap ya Mak Cik, makanan mak cik dah siap. Kejap lagi Airis ambik dekat
kaunter ya? "

Mak cik itu hanya mengangguk.

" Hey Zaid lambat lagi ke? aku dah lapar ni " ujar Azim.

" Kau boleh sabar tak? dah lah kau bawak aku makan dekat restoran macam ni. Macam tak der kedai makan lain kau nak bawak " ujar Zaid lagi.

' berlagak betul lah dia ni, kalau kau tak nak makan dekat sini. pergilah restoran lain ' bisik hatinya perlahan.

Zaid kini mengangkat wajahnya itu dan di pandang Airis yang berada dihadapannya itu, terpana seketika apabila kini anak mata lelaki itu tepat memandang tepat ke arah anak matanya.

" Aku tak nak makan, semua makanan dekat sini tak sesuai dengan aku.. " ujarnya lalu menutup menu itu dan dicampakkan menu tersebut ke meja.

" Kau bagi aku air teh je, " ujar Zaid.

Airis mengangguk.

" Encik yang lain? " soal Airis sambil memandang ke arah Azim dan Anas.

" Ermmm saya bagi nasi goreng udang dengan air sirap 1 " ujar Azim.

Airis mengukir senyuman sambil mengangguk, kini Airis memandang ke arah Anas.

" Mi goreng dengan kopi " ujar Anas pula.

" Okey, tunggu sekejap ya.. " ujar Airis lalu mengatur langkah kakinya menuju ke arah dapur.

Setelah beberapa minit menunggu, tiba-tiba sahaja seorang lelaki duduk di sebelah Zaid. Dan kelihatan Nazrin Shah iaitu abang angkat kepada Zaid. Ibu bapa Zaid telah menjaga Nazrin sejak lelaki itu berumur 5 tahun.

" Nazrin? perghh tiba je dekat sini. Australia sebelah rumah ke? " seloroh Zaid.

" bila kau sampai sini?bukan kau balik lusa ke? " soal Zaid.

" Semalam, aku memang selalu breakfast dekat sini. Pelik pulak nampak kau " balas Nazrin.

" Aku terpaksa je, si Azim ni lah yang bawak aku datang sini. Kau pun tahu kan, yang aku bukan suka pun kedai macam ni " ujar Zaid lagi.

Nazrin hanya mengangguk sahaja, kini anak matanya teralih memandang ke arah seorang perempuan yang berada di dapur sedang menyiapkan pesanan.

" Kak Mila, tolong hantar makanan tu dekat Mak Cik Azizah.. " ujar Airis.

Kak Mila hanya mengangguk sahaja, memang tidaklah dia hendak menghantar pesanan makanan itu kepada mak cik tua itu.

Mak Cik Azizah yang sudah menunggu lama itu, perlahan-lahan bangun dari kerusi yang sedang dia duduki itu dan mengatur langkah kakinya ke arah dapur restoran tersebut dia melihat Airis sedang menyiapkan pesanan tadi.

Mak Cik Azizah melihat makanan yang di pesan olehnya itu tadi berada di kaunter, mak cik tersebut terus mencapai dulang yang berisi makanan itu dan mengatur langkah kakinya ke arah meja makannya itu tadi.

Namun tanpa mak cik Azizah sedar, dia terlanggar sesuatu di lantai dan menyebabkan dia terjatuh dan dulang yang berisi makanan itu jatuh ke arah Zaid, kerana Mak cik Azizah itu terjatuh di kawasan mejanya itu.

Air dan makanan yang berada di dulang itu telah jatuh ke baju Zaid sehingga menyebabkan baju lelaki itu basah dan kotor kerana terkena makanan tersebut.

Nazrin mengangkat wajahnya itu dan memandang ke arah Zaid, lelaki itu hanya menggeleng sahaja. Matanya masih fokus memandang ke arah telefon bimbitnya itu.

" Hey kau ni dah kenapa hah orang tua! " Tengking Zaid dengan kuat sambil berdiri dan membersihkan bajunya yang kotor itu.

Suara jeritan dan dulang yang jatuh itu mengejutkan Airis yang berada di dapur itu, kelam-kabut Airis keluar dari dapur dan mengatur langkah kakinya ke arah luar dan melihat mak cik Azizah terjatuh ke lantai dan makanan juga jatuh di cium lantai.

Mak Cik Azizah terkaku di lantai tika ini, lama wanita tua itu memandang ke arah Zaid. Tanpa sedar air matanya bergenang pada kelopak matanya, walaupun dia tidak mengenali lelaki itu entah kenapa Mak Cik Azizah merasakan yang dia amat mengenali lelaki dihadapannya itu saat ini.

Mak Cik Azizah segera bangun dari lantai dan mengatur langkah kakinya ke arah Zaid yang membersihkan bajunya itu. Mak Cik Azizah terus menggunakan tangannya itu dan membersihkan baju lelaki itu.

Tindakan dari Mak Cik Azizah itu benar-benar membuatkan Zaid naik angin, terus lelaki itu menolak Mak Cik Azizah itu ke lantai dengan kuat.

" Hey kau jangan nak sentuh baju aku lah "

Azim menolak bahu lelaki itu, kerana geram dengan tindakan kawan baiknya itu. Anas yang berada di sebelah itu hanya mampu mengukir senyuman sinis.

" Kau ni Zaid, asal kau tolak mak cik tu? kau tak reti hormat orang tua ke apa " ujar Azim.

Airis yang menyaksikan itu, terus mendapatkan Mak Cik Azizah yang sudah tersungkur akibat terjatuh di tolak oleh Zaid. Perlahan-lahan Airis membantu Mak Cik Azizah untuk bangun.

Kini Airis berdiri di hadapan Zaid, jujur dia memang benci dengan tindakan yang Zaid telah lakukan kepada Mak Cik Azizah.

" Saya minta maaf tentang apa yang berlaku, tapi saya rasa apa yang encik buat tadi agak melampau. Mak cik Azizah tak sengaja " tutur Airis memberanikan dirinya itu.

Zaid kini memandang ke arah Airis, lelaki itu menolak bahu wanita itu.

" Melampau? kisah apa aku! orang tua bodoh tu dah basahkan baju aku. Kau nak bayar ke baju aku yang dah kotor ni? " soal Zaid.

" Orang tua bodoh? sebenarnya tak guna tau, kalau kita setakat kaya je.. tapi tak kaya dengan budi bahasa " sindir Airis geram.

" Kau ingat kau siapa nak cakap macam ni dengan aku? kau tak layak lah. Aku tahu kau tak mampu pun nak bayar baju aku, tengok lah kasut kau yang koyak tu pun kau tak mampu beli "

" Apalagi nak bayar baju aku.. "

" Ya memang saya tak mampu, saya bukan nak bergaduh dengan Encik.. saya minta maaf, kalau apa yang saya cakap tadi menyakitkan hati encik.. saya minta maaf " ujar Airis malas ingin memanjangkan cerita.

" Maaf? aku tak nak dengar benda tu keluar dari mulut kau.. kau panggil orang tua tu " ujar Zaid sambil menunjuk ke arah Mak Cik Azizah yang sedang berdiri di belakang Airis.

" Kenapa nak cakap dengan dia? Encik boleh settle dengan saya. "

Nazrin yang sedang duduk itu, memandang ke arah Airis dia sendiri tidak sangka wanita itu berani menentang Zaid. Semua sedia maklum tiada siapa pun berani menentang lelaki sombong itu.

" Kau pekak ke? aku tak nak cakap dengan kau.. ke kau tak faham bahasa? "

Airis kini mengalihkan tubuhnya itu ke belakang dan memegang kedua belah tangan Mak Cik Azizah.

" Mak cik, jangan takut ya.. Airis ada dekat sini, dia nak Mak cik minta maaf je.. " ujar Airis cuba menenangkan mak cik Azizah aapabila dia dapat melihat kedua belah tangan Mak Cik Azizah menggigil.

Mak Cik Azizah mengangguk.

" Dah lah tu Zaid, kau ni macam-macam lah. Takkan dengan orang tua pun kau nak junjung ego dengan gila kuasa kau tu " ujar Azim.

" Diamlah Azim, kau memekak lah dari tadi. Kalau kau tak suka tengok, kau boleh berambus lah dari sini " ujar Zaid.

Azim berdegus kasar, kalau tidak memikirkan bahawa Zaid adalah kawannya rasanya sudah lama dia putus kawan dengan sikap perasan bagus Zaid Ridzwan ini.

" Tak kira lah orang tu ke apa? adab dia letak dekat mana? lepastu berani pulak dia nak pegang baju kau. Entah-entah tangan dia kotor, tak pasal-pasal si Zaid ni "

" Kena penyakit kulit " sambung Anas sambil memandang ke arah Mak Cik Azizah.

Airis tidak dapat menahan sabar lagi, wanita itu mengatur langkah kakinya ke arah Anas.

" Hey kau jaga sikit mulut kau eh, aku tak der masalah dengan kau tau. Jadi kau jangan nak masuk campur.. " ujar Airis sambil memandang ke arah Anas.

Zaid kini menarik lengan Airis yang sedang berdiri di hadapan Anas itu, geram betul dengan mulut Airis yang tidak berhenti menjawab kata-katanya itu.

" Hey perempuan kau ni memang tak reti diam kan! kau ingat kau siapa hah? kau jangan main gila dengan aku eh perempuan " ujar Zaid dengan kuat.

Airis menepis tangan Zaid yang sedang memegang lengannya itu, sebaik sahaja Airis ingin mengatur langkah kakinya ke arah Zaid. Lengan Airis itu di pegang oleh Mak Cik Azizah.

" Airis.. , sudah Airis.. Encik ni nak cakap dengan mak cik.. tak per " ujar Mak Cik Azizah bersuara.

Airis hanya mengeluh, wanita itu mengatur langkah kakinya ke belakang.

" Anak.. , mak cik minta maaf sangat-sangat.. mak cik tak der niat nak kotorkan baju mahal Encik.. "

Zaid tersenyum sinis, tangannya itu pula di silangkan kini lelaki itu memandang ke arah mak cik Azizah.

" Mana lah anak kau agaknya eh? ada ke patut dia biar kau ni macam orang bodoh dekat sini. ke anak kau buang kau? " sinis suara Zaid kedengaran.

" Yer lah kalau ada pun menyusahkan aje " ujar Zaid sambil tersenyum sinis.

" Baik buangkan? "

Airis di belakang sedang menahan sabar, mulut lelaki itu memang kurang ajar! sangat kurang ajar, langsung dia tidak menghormati mak cik Azizah yang tua darinya.

" Mak Cik minta maaf.. "

" Maaf eh? hurmm.. kalau kau nak aku maafkan kau. Jilat lantai ni " ujar Zaid sambil menunjukkan ke arah lantai yang kotor itu menggunakan kakinya.

Mak Cik Azizah dan Airis yang berdiri di situ tergamam dengan arahan gila lelaki itu.

" Kau cakap apa ni, kau jangan nak melampau eh! kau tak reti hormat orang ke apa " Airis bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.

" Lagi sekali kau bersuara, kau memang cari nahas dengan aku perempuan! " Tegas suara Zaid mengatakan.

Kak Mila yang berada tidak jauh dari situ hanya mampu tersenyum dan tertawa melihat Airis dan lelaki itu tika ini. Puas hatinya melihat lelaki itu memarahi Airis dan Mak Cik tersebut.

Sapu tangan yang berada di tangan Airis itu di campakkan ke tepi, kini wanita itu mengatur langkah kakinya menapak ke arah Zaid.

" Kau ingat kau cakap macam tu, aku takut? kau jangan ingat kau macam ni. Semua orang akan patuh pada kau, bawak sedar diri " Sinis Airis mengatakan.

Saat ini ego lelaki itu benar-benar tercabar, selama dia hidup ini lah kali pertama ada seseorang yang berani menentangnya. Wajahnya yang dingin itu tadi, perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman dan memandang ke arah Airis.

Perubahan secara refleks dari Zaid itu benar-benar mengejutkannya, saat ini lelaki itu mengukir senyuman memandang ke arahnya, wajahnya tidak ketat seperti tadi.

Apabila lelaki itu mengukir senyuman begitu kepadanya, hampir sahaja dia tenggelam dalam wajah tampan lelaki itu.

" Sorry, cik Airis okey? " ujar Zaid secara tiba-tiba.

Airis membatu di situ, dia hairan. Perlahan-lahan Zaid mengatur langkah kakinya menghampiri Airis yang sedang berdiri dihadapannya itu, bibirnya tidak lengkang dengan senyuman.

Perlahan-lahan lelaki itu mengangkat tangannya itu, lalu di usap perlahan pipi Airis. Tergamam Airis tika ini dengan tindakan secara tiba-tiba lelaki itu. Perlahan-lahan Zaid mendekatkan wajahnya dengan wajah Airis sambil bibirnya itu mengukir senyuman.
Dan tiba-tiba...

PANG !

Secara refleks tangan Airis melekat di pipi lelaki itu, tamparan dari Airis itu benar-benar mengejutkan Zaid tika ini. Zaid memegang pipinya yang kini terasa bahang itu. Zaid dapat lihat Anas di sebelah sudah tertawa terbahak-bahak melihat dirinya di tampar oleh seorang wanita.

Nazrin tersenyum kecil, melihat Zaid yang di tampar oleh Airis itu. Lelaki itu kembali meneliti telefon bimbitnya itu, dia langsung tidak masuk campur pergaduhan itu. Malas lah ingin menyibuk, lagipun dia memang tidak suka masuk campur hal orang.

" Padan muka " bisik Hati Azim. Kadang-kadang Zaid ni memang patut di ajar.

Pelanggan yang berada di situ turut sama tertawa melihat ke arah lelaki itu.

" Kau jangan sesuka hati nak pegang orang, kau dengar sini eh.. kau jangan ingat aku macam perempuan lain yang akan termakan dengan perangai kau "

" Aku bukan macam perempuan lain yang mudah cair dengan lelaki yang perasan bagus macam kau ni! " Airis terus mengatur langkah kakinya meninggalkan Zaid yang masih berdiri di situ.

" Sial.. " sebaik sahaja Zaid ingin mengatur langkah kakinya membuntuti wanita itu. Lengan lelaki itu di tarik oleh Azim untuk beredar segera dari kedai makan tersebut.

Airis melihat telapak tangannya saat ini, jantungnya berdegup laju. Bukan kerana dia, berdegup melihat wajah lelaki itu tetapi kerana terkejut dengan tindakannya itu sendiri. Sebenarnya dia tiada niat dan tidak sedar dengan apa yang dia lakukan tadi.

" Ahh biar je lah, siapa suruh di berani pegang
aku! " keluhnya sendiri.

" Ehem... " Bunyi itu mengejutkan Airis yang sedang mengelamun itu. Wanita itu terus mengalihkan pandangannya itu ke arah muka pintu, dia hairan melihat seorang lelaki yang dia lihat itu tadi kini berada di muka pintu.

" Awak bukan ke orang yang dengan lelaki tadi? nak apa? tak puas hati? " soal Airis sambil memandang ke arah Nazrin.

Nazrin hanya berdiri sahaja, dia langsung tidak menunjukkan reaksi wajah apa-apa. Lelaki itu menghulurkan sapu tangan yang dicampakkan oleh Airis itu tadi semasa berlawan mulut dengan Zaid itu tadi.

Airis terus mencapai sapu tangan itu yang di hulurkan oleh Nazrin itu.

" You kena ingat yang hari ni, you dah cari pasal dengan orang yang salah.." tutur Nazrin mendatar dengan wajah tidak berperasaan itu.

Airis berdegus.

Nazrin terus mengatur langkah kakinya meninggalkan Airis yang sedang berdiri di muka pintu dapur itu, dan memerhati Nazrin yang mula beredar meninggalkan restoren tersebut.

PINTU kereta itu di tutup dengan kuat, Anas yang baru masuk ke dalam kereta lelaki itu terkejut melihat tindakan Zaid itu. Zaid terus mencapai cermin yang berada di dalam laci itu lalu menilik pipinya kini yang kelihatan sedikit merah akibat tamparan wanita itu.

" Sial punya perempuan! dia ingat dia siapa berani nak sentuh aku! " jerit Zaid sambil memukul setereng keretanya itu.

" Ahh kau, yang kau tak lempang perempuan tu balik apahal.. " celah Anas.

" Hey bodoh, kau tak nampak ke ada Azim tadi? Azim tu Beria suruh aku cepat pergi dari situ. Lepastu dengan orang ramai dekat situ "

" Dengan Nazrin ada sekali, "

" Eleh Nazrin tu ada ke tak der sama je, kau pun tahu dia bukan kisah pun "

" Nanti kalau viral aku yang salah, tak guna betul lah perempuan tu " rungut Zaid kasar.

" Hahahaha, ni kot orang kata tamparan wanita kan? " Anas tertawa terbahak-bahak.

Zaid kini mengerling ke arah Anas yang sedang tertawa itu, namun tawa Anas terhenti apabila melihat Zaid yang sedang memandang ke arahnya dengan pandangan ketat.

AIRIS merebahkan badannya itu di katil, sambil melepaskan keluhan perlahan. Kejadian di restoren itu pagi tadi mulai terngiang-ngiang di kepalanya itu. Tidak tenang rasanya apabila mengingati semula kejadian itu.

" Haishh , salah ke apa aku buat tadi? salah ke aku nak pertahankan mak cik Azizah? " ujarnya sendiri.

" You kena ingat yang hari ni yang you dah cari pasal dengan orang yang salah " kata-kata lelaki itu mulai tergiang-giang pada cuping telinganya itu.

" Cari pasal apa, dia yang cari pasal! " Bebelnya sendiri.

TOK ! TOK ! TOK !

" Masuklah.. " ujar Airis lalu menyandarkan belakangnya itu di kepala katil.

Pintu yang di ketuk itu terhenti dan kemudian perlahan-lahan Haji Muzir membuka pintu bilik anak perempuannya itu.

" Lambat Ris balik hari ni banyak kerja ke? " soal Haji Muzir lalu mengatur langkah kakinya ke arah Airis.

" Ya abah, hari ni kan Ris closing sebab tu semua kerja mencuci tu Ris kena buat " jelas Airis sambil menguap.

" Ohh, Airis dah makan ke belum? ibu ada letak makanan dalam peti ais.. nanti Ris nak makan, Ris panaskan ya? "

" Okey abah.. " ujar Airis sambil mengukir senyuman

" Ermm abah... " Suara itu menghentikan langkah haji Muzir. Lelaki itu memalingkan wajahnya itu ke belakang.

" Ya? "

" Errr..., salah ke kalau kita tertampar muka orang? tapi.. kita tampar dia sebab dia dah melampau sangat " jelas Airis.

Haji Muzir tertawa kecil, lelaki itu mengatur langkah kakinya ke arah anaknya dan di labuhkan duduknya di kerusi.

" Hah abah dah agak dah mesti ade masalah ni, anak siapa pula Airis tampar ni? " soal Haji Muzir.

" Errr.. tak tahu.. Airis tak kenal dia.. abah kenal kan mak cik Azizah? dia tengking mak cik Azizah tu "

" Kenapa dia tiba-tiba je marah mak cik Azizah? takkan tiba-tiba je dia marah "

" Ermm, mak cik Azizah terjatuhkan makanan dekat baju dia.. tapi abah, mak cik Azizah Tak sengaja. Lepastu yang buat Ris geram... "

Airis menggempalkan penumbuknya saat teringat apabila teringat semula kejadian tadi.

" Dia suruh mak cik jilat lantai! pastu dia tengking Ris..mak cik Azizah " ceritanya lagi.

" Astaghfirullahalazim.. " Haji Muzir menggeleng sendiri mendengar cerita anak perempuannya itu.

" Perbuatan dia tu memang tak baik, tapi Ris Tak boleh juga lempang dia depan orang ramai.. " jelas Haji Muzir.

Airis mengeluh perlahan.

" Hurmm, yer lah " balasnya perlahan.

Haji Muzir terus mengatur langkah kakinya meninggalkan Airis. Pintu bilik itu di tutup, dia tidak mahu menganggu Airis kerana kepenatan pulang dari kerja.

" Haishh, salah ke? " soalnya perlahan.

ZAID menilik wajahnya itu di cermin, pipinya yang masih merah dan sedikit lebam itu di lihat. Boleh tahan kuat penampar yang diberikan oleh wanita itu tadi.

" Tak guna punya perempuan, berani kau tampar muka aku! " degusnya geram.

TING !

Bunyi deringan mesej dari telefon bimbitnya itu mengejutkan Zaid yang sedang menilik pipinya itu. Lelaki itu melepaskan keluhan berat, dan lelaki itu mencapai telefon bimbitnya itu dan melihat video yang di hantar oleh Anas itu.

" Video apa pulak dia ni hantar " keluhnya.

Lelaki itu mula memuat turun video tersebut setelah beberapa detik video itu akhirnya di muat turun sepenuhnya. Butang main itu di tekan, dan sebaik sahaja di tekan terkejut lelaki itu melihat wajahnya berada di dalam video itu.

Dan membuatkan dia naik darah apabila melihat video itu yang memaparkan perempuan tadi menampar wajahnya di khalayak orang ramai. Di dalam video itu lelaki itu dapat lihat ada beberapa orang di restoren itu ketawa.

ANAS : Wey video kau ni dah viral!
Dekat media sosial semua dah ada.

Sebaik sahaja membaca pesanan yang di hantar oleh Anas itu kelam-kabut Zaid membuka aplikasi yang berada di dalam telefon bimbitnya itu dan sebaik sahaja paparan utama Instagram di paparkan videonya di tampar itu muncul.

Kini lelaki itu membuka ruangan komen, panas hatinya sebaik sahaja membaca komen yang di tinggalkan oleh netizen di ruangan komen.

" Hahaha ni namanya tamparan wanita "

" Aku rasa lelaki ni mesti curang, memang patut kena penampar "

" Ehh ni bukan ke anak Dato' Hashim? dengar cerita dia ni Playboy! memang layak makan penampar "

" Aku sokong perempuan tu! ya lah perempuan mana pernah salah kan? "

" Padan muka! harap muka je elok! perangai hauk! "

" My friend ada dekat sana waktu jadi, dia kata lelaki dalam video ni kurang ajar dengan One aunty ni.. sebab tu perempuan dlm video ni marah. I sokong this girl! "

Zaid terus menutup telefon bimbitnya itu sebaik sahaja membaca kesemua komen yang ditinggalkan oleh netizen itu. Saat ini hatinya begitu panas sekali membaca kesemua komen ditinggalkan itu, dan wajah wanita itu tadi terngiang-ngiang di fikirannya itu.

" Kau memang cari pasal dengan aku! " ujarnya. Gelas kaca yang berada di atas meja itu di campak ke lantai hingga pecah berderai.

TOK ! TOK ! TOK !

BUNYI ketukan pintu itu mengejutkan Airis yang sedang duduk di ruang tamu, sudahlah dia baru sahaja pulang selepas kepenatan hari ini. Macam-macam hal yang berlaku hari ini, kelam-kabut Airis bangun dari kerusi sofa apabila ketukan pintu itu semakin kuat.

Sebaik sahaja pintu di buka Airis dapat lihat Ammar kini berada dihadapannya dengan nafas yang tercungap-cungap. Airis bingung sendiri melihat kawannya itu yang sudah seperti tinggal nyawa-nyawa ikan. Ke melebih sangat?

" Kau ni dah kenapa Mar? malam-malam datang. Aku dah lah baru balik " ujar Airis.

Ammar menarik nafas perlahan dan dihembus perlahan.

" Wey Ris kau dah buat apa hari ni? " soal Ammar panik.

" Buat apa pulak? " Balasnya hairan.

Ammar mengeluarkan telefon bimbitnya itu lalu di tunjukkan video kepada Airis yang kini sedang viral. Tontonan video itu juga hampir mencecah sejuta di semua media sosial.

" Apa dia ni? " soal Airis lalu menekan video tersebut.

Terbuntang matanya apabila melihat wajahnya dan wajah lelaki tadi terpapar di skrin telefon bimbitnya itu.

" Wey Ris kau sedar tak kau tampar siapa ni? ya allah kenapa lah kau boleh buat benda bodoh macam ni Airis? " soal Ammar sambil meraup wajahnya itu.

Airis mengeluh perlahan.

" Hey aku buat ni bukan saja-saja tau, dia ni kurang ajar kau tahu tak " jelas Airis.

" Lagipun aku tak sengaja lah, bukan sengaja pun. Aku tertampar dia "

" Tak kiralah kau tertampar ke apa, sekarang ni kau dah tampar dia. Kau tahu tak yang kau tampar ni bukan orang biasa "

" Sekali dia saman kau baru tahu, kau nak bayar pakai apa? pakai daun? " soal Ammar lagi geram.

Airis mengerling ke arah Ammar, entah kenapa dia melihat Ammar pula risau secara berlebihan. Macam dia kenal sangat lelaki di dalam video itu.

" Kau kenal sangat ke lelaki ni? "

" Mestilah aku kenal ni anak Dato' Hashim, aku ni bekerja dengan Dato' Hashim! Nama lelaki dalam video ni Zaid Ridzwan.. "

" Kau tak kenal Zaid ni macam mana, aku ni pun kalau berjumpa dengan Zaid tu nak pandang mata dia pun seram ni kau siap tampar lagi " ujar Ammar.

" Zaid Ridzwan? " Soal Airis sendiri.

" Better kau pergi minta maaf dengan dia, sebelum hidup kau sengsara.. kau tahu tak video ni dah viral habis. Baik kau cepat sebelum video ni Zaid tengok "

" Kalau dia tahu video ni tersebar, aku tak tau apa akan jadi dengan hidup kau.. lain kali nak buat sesuatu fikir " ujar Ammar lagi.

" Ehh Ammar? kenapa duduk luar marilah masuk " suara Hajah Saleha itu mengejutkan Ammar.

" Ermmm tak per lah mak cik, saya singgah sekejap aje.. okeylah Airis aku balik dulu " Ammar meminta diri.

Airis hanya mengangguk, wanita itu terus meluru masuk ke dalam rumah semula. Wanita itu memulas tombol pintu biliknya itu dan merebahkan tubuhnya itu di katil.

" Kejam? tak berperikemanusiaan? melebih je Ammar ni. Biar betul? tapi betul jugak kalau dia saman aku macam mana " soalnya sendiri.

" Zaid Ridzwan? " nama itu meniti di bibirnya itu.

" Siapa dia sebernanya? kenapa orang takut sangat dengan dia ni? " soalnya sendiri.

NOMBOR telefon itu di dail, setelah di angkat. Zaid memulakan percakapan, dia akan membuat wanita itu menyesal kerana berjumpa dengan dia hari ini.

" Hello yes boss? anything? " soal Hakim.

" Aku nak kau dapatkan perempuan dalam gambar ni, esok malam aku nak dia ada dekat tempat biasa kita " ujar Zaid.

" Baik boss, tapi hehehe payment macam mana boss? " soal Hakim.

" Kau buat kerja dulu boleh tak? payment tu nanti aku bagilah! pernah ke aku tak bagi kau payment ? " tinggi suara Zaid.

" Err.. baik boss "

Zaid mengeluh kasar, lalu mematikan telefon bimbitnya itu. Bibirnya mengukir senyuman sendiri, pipinya itu di pegang..sakit!

TING !

Bunyi deringan mesej itu mengejutkan Zaid, lelaki itu terus mencapai telefon bimbitnya itu dan melihat Hakim menghantar pesanan.

HAKIM : Nama dia Airis Nisrina Binti Muzir. Umur dia 24 tahun.

Zaid mengukir senyuman yang susah untuk ditafsirkan.

" Airis Nisrina? " nama itu meniti di bibir Zaid.

" esok adalah hari kematian kau "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience