chapter 5

Romance Series 2790

Keesokan harinya di bilik guru.

Cikgu Ayu yang merupakan guru kelas Fasha telah menerima pelbagai aduan daripada guru yang mengajar di kelas 5 Alamanda.

"Susah betul nak handle pelajar dalam kelas 5 Alamanda tu. Lagi-lagi Haikal dengan Fasha tu. Kalau masa saya je konfem ada je point diaorang nak gaduh." kata Cikgu Saptuyah.

"Hari tu ada ke patut Haikal main jeling-jeling dengan si Fasha tu. Last-last diaorang gaduh sebab main jeling-jeling .pening kepala saya kalau diaorang tiap-tiap hari macam ni. " kata Cikgu Zakwan sambil menggelengkan kepalanya.

"Macam ni lah cikgu. Saya nak minta maaf bagi pihak Haikal dan Fasha. Nanti saya akan cari jalan macam mana nak handle budak dua orang tu. " kata Cikgu Ayu.

Selepas berbincang dengan semua guru yang mengajar kelas 5 Alamanda,  Cikgu Ayu pun bergerak ke kelas 5 Alamanda kerana sekarang merupakan  waktu BM.

"Selamat lagi cikgu" ucap Azmi selaku ketua kelas dan diikuti dengan pelajar lain.

"Selamat pagi. Kamu semua boleh duduk. " kata Cikgu Ayu.

"Kenapa cikgu tengok kita macam tu sekali? " tanya Balqis dan menerima anggukan daripada kawan sekelasnya yang lain.

"Okey. Cikgu ada benda nak bagi tahu kamu semua. Hari ni cikgu nak tukarkan tempat duduk kamu semua." kata cikgu Ayu.

"Alah kenapa nak tukar tempat pulak ni cikgu? " tanya Balqis.

Cikgu hanya memandang sepi soalan yang diutarakan oleh Balqis.

"Okey Balqis kemas barang dan duduk tepi Azmi." kata cikgu Ayu.

Sekarang sampailah giliran Fasha dan kawannya.

" Fakhrul duduk sebelah Sara"

" Fahmi duduk sebelah Fariha dan

"Haikal duduk sebelah Fasha. "

"What duduk sebelah dia? Tak nak saya cikgu" bantah Haikal.

"Kau ingat aku nak sangat ke duduk sebelah kau? " kata Fasha berang.

"Dah-dah. Kalau saya cakap duduk sebelah Fasha duduk je lah. And kamu Fasha jangan nak membantah tak nak duduk sebelah Haikal tu. Kalau kamu berdua gaduh lagi, cikgu tak akan teragak-agak nak bawa kamu berdua ke bilik pengetua. " kata Cikgu Ayu panjang lebar.

Haikal dan Fasha terus duduk di tempat mereka setelah mendengar bilik pengetua di sebut.

Cikgu Ayu yang melihat hanya menahan senyum apabila Fasha dan Haikal tidak membantah apabila bilik pengetua diungkit.

Cikgu Ayu terus menyambung pembelajaran sehingga waktu rehat.

                                              ????????

Fasha keluar dari kelas dengan muka berang tanda protes dengan cadangan Cikgu Ayu yang menyuruhnya duduk di sebelah Haikal.

Fasha dan rakannya pun bergerak ke pondok berdekatan untuk makan.

"Aku bengang betullah. Ada ke patut aku disuruh duduk sekali dengan Si Haikal tu. " kata Fasha berang.

"Aku rasa cikgu nak suruh korang berbaik kot. Mana tak nya korang asyik je gaduh masa belajar. " kata Fariha menyokong Cikgu Ayu.

"Nak berbaik?  Aku rasa tak dapat kot. Mana tahu perang dunia ketiga yang tercetus nanti. Si Haikal tu mana boleh pakai sangat. " kata Fasha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience