Fasha POV
"Urgg penat nya" kata Fasha lalu membaringkan dirinya ke katil selepas keluar bersama rakannya.
'Asal lah boleh jumpa dia orng kat situ tadi? Buat semak mata aku je. Lagi-lagi kalau tengok muka si Haikal tu. Yang Fariha dengan Sara nak sangat diaorang join sekali tadi asal? Hari tu bukan main lagi cakap jangan rapat sangat dengan diaorang. Tup tup sekarang diaorang pulak yang rapat. Hmm malas aku nak fikir pasal diaorang' kata Fasha tetapi hanya tersimpan di dalam hati.
Fasha terus bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri. Al maklumlah baru balik dari outing katakan. Selepas membersihkan diri, Fasha turun ke bawah untuk makan malam.
????????
"Ha turun pun anak dara sorang ni. Ingat tak tahu turun tadi. Dok terperap je dalam bilik" kata Tengku Farisha dengan nada yang memerli.
"La mama ni. Kan Fasha baru balik dari outing dengan kawan Sha tadi. Tu lah mandi kejap pastu baru turun. Mama masak apa hari ni? " tanya Fasha.
"Mama masak makanan kegemaran Fasha la ketam masak lemak. " ujar Tengku Farisha sambil melihat rekreasi anaknya.
"Wah Best nya dapat makan makanan kegemaran hahahaha. " ujar Fasha dengan nada gembira. Siapa je yang tak gembira kalau makan makanan kegemaran kita kan.
Tengku Fakhry hanya memerhati gelagat isteri dan anaknya dari ruang tamu.
Selesai makan malam, Fasha terus naik ke bilik untuk menyiapkan kerja rumah.
????????
Keesokkan harinya
Fasha bergegas ke sekolah kerana dia terlambat bangun akibat tidur akhir untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
Masuk sahaja ke dalam kelas, Fariha terus menerpa ke arah Fasha untuk memastikan keadaan gadis itu baik-baik sahaja. Mana tak nya mata dah macam panda dah aku tengok.
"Wey Fasha kau okey ke tak ni? Macam tak okey je aku tengok. " tanya Fariha. Dia sangat risau akan keadaan Fasha walaupun mereka baru sahaja kenal beberapa hari. Itu tidak menghalangnya untuk mengambil berat tentang Fasha.
"Aku okey je. Kau tak payah risaulah. Aku tidur akhir semalam sebab siapkan homework yang cikgu bagi semalam. " ujar Fasha.
"Okeylah kalau macam tu. Aku balik tempat aku dulu" kata Fariha.
Setelah Fariha kembali ke tempat duduknya, baru dia menyedari bahawa Sara tiada bersama mereka pada pagi itu. 'Ke mana pulak si Sara ni pergi? Dari tadi tak nampak batang hidung dia? ' kata Fasha tetapi hanya tersimpan di dalam hati.
????????
Rehat
Kring kringg
Loceng berbunyi menanda waktu rehat. Fasha dan Fariha bergerak ke kantin untuk membeli makanan. Sedang ralit memandang sekeliling, Fasha telah terlanggar seseorang.
"Aduh kau ni takda mata ke nak langgar orang? Mata kau letak kat mana eh? Lutut? " kata si lelaki
Fasha yang panas mendengar apa yang di ajukan oleh lelaki tersebut terus mendongak ke atas untuk melihat siapakah gerangan orang tersebut.
"KAU? " jerit Fasha dan Haikal serentak.
"Wey kau ni memang takda kerja lain eh? Kerja nak pergi langgar orang je. Kau letak mata kau kat mana? Lutut? Patutlah tak nampak orang lain kalau jalan. "
"Sorrylah aku bukannya sengaja nak langgar kau. Kau ingat aku ni hadap sangat ke nak berlanggar dengan kau? Aku tak hadap lah weh dengan muka macam kena tepung" kata Fasha sambil menekankan perkataan 'berlanggar'.
"Berani betul kau kan? Okey takpa. Aku nak ingatkan kau, jangan cari pasal dengan aku. Kalau kau degil jugak terpulang dengan kau. " kata Haikal dengan tegas sambil merenung ke anak mata milik Fasha.
"Kau ingat aku ni takutlah dengan kau? Memang taklah. Dah aku nak blah dari sini. Sakit mata aku tengok muka kau ni. Dahlah kat kelas aku tengok muka kau jugak kat sini pun aku tengok kau jugak. Rimas. Tauk. Tak" kata Fasha sebelum berlalu meninggalkan Haikal dan rakannya. Sempat lagi Fasha melanggar bah Haikal dengan kuat semasa dia melintasi Haikal.
"Siaplah kau perempuan. Kau nak sangat kan? Takpa aku akan buat kau tak tahan lagi sekolah kat sini nanti. Kau tunggu lah" kata Haikal di dalam hati. Haikal tekad untuk membuat Fasha tidak tahan bersekolah di situ.
????????
Bunyi loceng menyentakkan Fasha yang sedang melayan perasaan geramnya terhadap Haikal sebentar tadi. Fasha dan Fariha bergegas ke kelas kerana selepas rehat merupakan kelas cikgu Fauzi yang terkenal dengan sifat garangnya.
Setibanya di kelas, Fasha melihat ke arah mejanya yang telah dipenuhi dengan telur.
"Cantik betul meja kau kan? Dah takda mangkuk lagi ke nak letak telur tu sampai bertepek kat meja kau? " kata Haikal yang sedanb bersandar pada dinding.
"Aku tahu kau yang buat meja aku macam ni kan? Kau tak puas hati sebab aku lawab cakap kau tadi" ujar Fasha dengan geram.
Rakan sekelasnya yang lain hanya diam tanpa ada niat untuk meleraikan pergaduhan antara Fasha dan Haikal.
"Kau jangan sebarang nak main tuduh aku pulak buat telur tu kat meja kau eh. " kata Haikal dengan nada yang agak tinggi.
Cikgu Fauzi bergegas ke kelas 5 Alamanda setelah mendapat aduan daripada guru kelas 5 Balsom yang menyatakan ada pelajarnya yang bergaduh.
Setibanya di kelas.
"Semua diam. Kenapa bising-bising ni? Saya baru lambat masuk sikit korang dah buat hal. Ha kamu Haikal, kamu buat apa kat meja Fasha tu? and Fasha kenapa dengan meja kamu? " tanya Cikgu Fauzi.
"Ada orang pergi tepekkan telur kat meja saya and orang tu Haikal cikgu. " kata Fasha dengan lantang tanpa menghiraukan pandangan tajam yang diberikan oleh Haikal kepadanya.
"Kau jangan nak main tuduh je. Kan aku dah cakap bukan aku. " kata Haikal dengan bersungguh-sungguh sedangkan dalam hati dah bersorak sebab dapat kenakan si Fasha tu.
"Diam. " jerit Cikgu Haikal. Lalu kedua-dua mereka terdiam.
"Sekarang ni Haikal kamu pergi balik dekat tempat duduk kamu and kamu Fasha saya benarkan kamu bersihkan meja kamu dekat tandas sekarang. Saya tak nak kelas saya ada bau yang tidak menyenangkan. "
Fasha hanya akur dengan arahan yang diberikan oleh Cikgu Fauzi. Haikal memandang langkah Fasha keluar dari kelas dengan senyuman sinis terukir di bibir miliknya. 'Kau ingat kau boleh main-main dengan aku? '
To be continue
Vote and comment
Share this novel