Hari ni merupakan hari pertama aku sekolah kat sekolah baru. Aku pun tak tahu kenapa papa dan mama nak sangat aku ikut dia orng pindah sini. Entahlah aku malas nak ambil tahu sebenarnya asal ada sekolah and kawan baru yang tu aku okey.
Sekarang menunjukkan jam pukul 7:00 pagi. Menandakan yang Fasha telah lambat nak mendaftar di sekolah barunya.
"Ish mama dengan papa ni bukannya reti nak kejut kan aku tengok dah nak lambat nak gi sekolah nasib je aku nak masuk sekolah baru. "
Setelah menyiapkan diri, Fasha turun ke bawah untuk bersarapan bersama mama dan papanya. "Awal anak papa bangun hari ni? "Perli Tengku Fakhry
"Alaa maaa tengok papa tu dok perli-perli Fasha. Taulah hari ni first day Fasha sekolah kat sekolah baru" adu Fasha. "Ma nanti mama ke papa yang hantarkan Fasha gi sekolah? "
"Ofcourse lah mama yang hantarkan Fasha nak harap kan papa?? Memang taklah. Tak habis-habis dengan kerja dia tu. "
"Okeylah ma jomlah kita gerak sekarang nanti lambat pulak nak sampai sekolah dahlah banyak lagi benda nak dibuat kat sana nanti. "Kata Fasha. "Iyelah Fasha oi."
????????
Semasa dalam perjalanan ke sekolah, aku asyik tanya je kat mama macam mana keadaan sekolah tu ok ke tidak. Tapi mama asyik cakap ke yang sekolah tu okey and aku pun iyekan jelah malas nak cakap banyak.
"Fasha mama mintak maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak temankan Fasha pergi daftar. Fasha dah 17 tahun kan sayang, so sayang pergi daftar sendiri ya. Sorry sangat mama ada kerja penting pagi ni"
"Okeylah ma takpa Fasha faham. Jumpa kat rumah nanti" kata Fasha. "Take care tau sayang" ujar Tengku Farisha
"Yelah ma"
Setelah melihat kereta yang dipandu oleh Tengku Farisha keluar dari perkarangan sekolah, Fasha terus melangkah untuk pergi ke pejabat pengetua. Sedang ralit Fasha memerhati sekeliling, Fasha tidak sedar yang dia telah terlanggar seseorang.
'Aduh apasal aku boleh terlanggar orang ni??'
"Hmm sorry sebab terlanggar awak"Kata Fasha tanpa memandang orang yang telah dilanggarnya tadi [Pergh ayat] ??
"Kau ni ada mata ke tak sebenarnya?? Suka hati kau je nak main langgar-langgar orang. Mata kau tu kau letak kan mana wey kat lutut ke sampai jalan tak tengok orang kerja nak berangan je."
'Ek eleh Mamat ni aku dah minta maaf kan kat dia dia still lagi nak marah-marah memang nak kena betul la'
"Hello kan aku dah minta maaf tadi tak dengar ke?? Atau kau ni pekak?? Dah la malas aku nak layan orng macam kau ni buang masa aku je banyak lagi benda aku nak kena buat"
Haikal memandang Fasha dengan mata yang dibesarkan. Kau ingat Fasha takut ke??
'Takkan Minah ni tak tahu kut yang aku nk budak paling nakal kat sini or dia ni budak baru? '
"Woii perempuan!! Kau ni budak baru kan?? So aku nak bagi warning sikit kat kau, kalau aku jumpa lagi kat depan mata aku ni siap kau aku kerjakan kau. Kau belum tahu lagi siapa aku ni"
Fasha yang malas ingin melayan kerenah lelaki tersebut terus pergi tanpa menunggu lelaki tersebut habis bercakap.
"What dehel dia main blah macam tu je?? Takpa kau kalau aku jumpa kau siap kau aku kenakan kau cukup-cukup. "
Sedang Fasha mencari dimana terletaknya pejabat pengetua, Fasha terjumpa dengan seorang budak perempuan lalu menayakan tentang dimana terletaknya pejabat pengetua. Lalu pelajar tersebut menunjukkan dimana terletaknya bilik pengetua.
"Terima kasih dik sebab tolong akak tunjukkan pejabat pengetua ni." ujar Fasha.
"Sama-sama"
TOK TOK TOK
"Masuk" Fasha masuk ke dalam pejabat pengetua setelah di benarkan masuk.
"Assalamualaikum cikgu, saya pelajar baru"
"Waalaikumsalam. Ouh kamu Tengku Fasha binti Tengku Fakhry? "Tanya Puan Hajah Zaoyah iaitu pengetua SMK Putrajaya.
"Ye saya lah tu cikgu" "okey lepas ni kamu ikut cikgu Ayu masuk ke kelas" "Baiklah cikgu" "Ha tu pun cikgu Ayu. Okey Cikgu Ayu, this is your new student. Dia akan masuk ke kelas cikgu"
"Fasha jom ikut cikgu ke kelas kamu"
Fasha berjalan mengikuti langkah Cikgu Ayu sebelum berhenti di hadapan sebuah kelas yang tertulis 5 Alamanda. Kedengaran suara Cikgu Ayu memanggil Fasha masuk untuk memperkenalkan diri. Semasa Fasha masuk ke dalam kelas tersebut banyak mata -mata yang memandangnya tetapi dihiraukan pandangan tersebut.
"Okey Fasha perkenalkan diri kamu"
"Hai semua nama saya Tengku Fasha binti Tengku Fakhry. Saya berasal dari Kelantan dan berpindah ke Kuala Lumpur atas urusan keluarga. Kamu semua boleh panggil saya Fasha atau Sha. "
"Wuuu ada gelaran Tengku laa"
"Cantik siot Minah tu"
"Tak sangka aku akan dapat classmate yang lagi cantik daripada si Sofea tu"
"Okey semua diam. Ada pertanyaan? "Tanya Cikgu Ayu kepada para pelajarnya .
"Dah berpunya ke belum?? "Tanya salah seorng pelajar lelaki. Sejurus soalan itu diajukan kedengaran siulan yang membingitkan telinga.
"Okey dah diam dan kamu Fasha boleh duduk dekat tempat kosong sebelah Haikal tu ye. " Fasha hanya menganggukkan kepalanya sebelum mencari gerangan empunya nama.Fasha tidak sedar bahawa dia duduk bersebelahan dengan lelaki yang dilanggar oleh nya pagi tadi.
"Oh hai!! Bertemu lagi kita ya" kata Haikal dengan senyuman sinis di bibir.
'Apalah salah aku kat Mamat ni sampai cakap macam nak telan aku je. Bukannya sengaja nak langgar dia pagi tadi.Aduh kau ni Fasha baru masuk sekolah baru dah ada masalah yang datang '
"Hai nama saya Sara. So boleh kita jadi kawan? "Aku hanya mengiyakan. "Nanti waktu rehat kita rehat sama-sama eh lepas tu nanti saya tunjukkan awak kawasan sekolah ni" kata Sara. "Okey"
????????
Fasha mengikuti langkah Sara yang dari tadi menunjukkan kepadanya kawasan sekitar sekolah. "Besar jugak sekolah ni. Besar lagi dari sekolah aku dulu"
"Fasha kat sini saya.... " belum habis Sara menghabiskan percakapannya Fasha terlebih dahulu memotong "Pakai kau aku je lah eh aku tak biasa nak cakap saya awak ni hehehe"
"Iyelah Fasha. Ha aku nak bagi tahu kau ni. Kat sekolah ni semua pelajar takut kat mereka Haikal tu"
"Haikal? Haikal mana ni budak lelaki yang duduk sebelah aku tu ke? "
"Ye dia lah tu"
"Kenapa nak takut dengan dia pulak? "
"Sini aku cerita kat kau. Si Haikal tu ada geng kau tahu tak. Dia orang gelarkan nama kumpulan diaorang dengan nama The Rude Boys. Kalau kau nak tahu Haikal, Fakrul n Fahmi ni satu geng. Semua pelajar kat sekolah ni takut dekat dia orang. So aku nak kau jangan cari pasal dengan dia orang nanti macam-macam dia orang plan nak kena kan kau. Ramai budak kat sekolah ni yang pernah kena"
"Kau ingat aku takut dengan dia orang tu? Memang tak lah aku nak takut. Dia orang pbelum kenal lagi aku ni hehehe. "
'Sara cakap jangan cari masalah dengan dia orang. Tapi aku ni dah ada masalah dengan si Haikal tu. Ah lantak lah ada aku kesah'
????????
Haikal pov
"Ish aku tak puas hati lah dengan budak baru kat kelas kita tu" adu Haikal kepada Fahmi dan Fakrul yang setia mendengar.
"Dah apasal pulak kau tak puas hati dengan budak tu. Dia baru masuk kut" tanya Fahmi
"Iyelah yang tu aku tahu tapi kalau korang nak tahu pagi tadi dia pergi langgar aku. Bila aku marah dia, dia pergi marah aku balik. Tu yang aku tak puas hati. Selama ni tak pernah pun sorang perempuan yang marah aku dia orng pertama. Memang nak kena betul la"
"Dah-dah lah tu. Jom masuk kelas nanti berdiri luar baru korang tahu"
????????
Kelas
"Hai Fasha. Ingat aku lagi tak?? Orang yang kau langgar pagi tadi"
"Tak. Kau nak apa?? Aku takda masalah pun dengan kau kan? So kau tak payah nak sombong sangat"
"Aku akan pasti kan kau menyesal sebab cari masalah dengan aku"
"Kau fikir aku takut. Kau tak tahu lagi macam mana aku punya perangai. Eh kau jangan ingat aku ni lemah macam yang kau tengok ke? Memang tak lah"
Seluruh kelas terdiam melihat pergaduhan diantara aku dengan Haikal. Terdengar bisikan yang tidak menyenangkan orang yang mendengarnya.
"Aku tak sangka lah wey yang budak baru tu berani betul nak cari masalah dengan si Haikal tu"
"Tu lah. Aku pun tak sangka. Selama ni si Haikal tu mana pernah nah cari gaduh dengan budak perempuan. Ni first time aku tengok dia gaduh dengan perempuan and orang tu Fasha"
"Yang korang tengok kenapa?? Sebok je. Pergi blah duduk tempat sendiri la" jerkah Haikal dengan mata yang merah
Semua pelajar berpusu-pusu ke tempat duduk masing-masing .
"Aku bagi kau warning. Kau jangan nak berani sanbt cari masalah dengan aku. Nanti kau tahu lah aap aku akan buat kat kau"
'Kau ingat aku ni taku ke kat kau? Kau tu belum kenal lagi aku ni siapa. Kau ingat aku akan diam je ke kalau kau nak balas dendam? Memang tak lah. Aku pasti akan balas balik'
Kata Fasha tetapi hanya tersimpan di dalam hati.
????????
Kringg kringg kringg
Loceng berbunyi menandakan tamatnya sesi persekolahan pada hari itu. "Fasha esok kau free tak? " Tanya Sara.
"Iyelah aku free esok kan tak sekolah. Kenapa? "
"Esok jom outing. Kau temankan aku ngan Fariha gi Bangsar Village. Boleh ke? "
"Aku okey je. Esok kau roger aku eh. Takut aku ni lupa pulak"
"Okeylah aku balik dulu mama aku dah sampai dah tu"
To be continue
Share this novel