Rate

Bab 2

Fantasy Series 2861

Di pejabat Profesor Lily...

"Baiklah,anak-anak.Mari kita mulakan.Seperti yang dijanjikan semalam Asnira meminta saya menceritakan serba sedikit tentang Ikmal Franz."ujar Profesor Lily.

"Kisahnya bermula ketika dia berusia lima tahun.Sejak bayi lagi dia tinggal di rumah anak yatim yang dinamakan sebagai Teratak Yatim.Namun,rumah itu telah dimusnahkan oleh dirinya sendiri.Ketika dia menginjak remaja, saya menjemput dia untuk dibawa ke sekolah ini." Profesor Lily melepas keluhan

--------------Imbas semula

"Hai,Aunty Zara.Boleh saya berjumpa dengan Ikmal Franz?"soal Profesor Lily.

"Err...Boleh sahaja.Sekarang,dia sering menganggu orang lain.Saya lihat dia seperti tidak terkawal.Jika dia bersikap sedemikian nanti, harap kamu maafkannya."kata Zara selaku penjaga Teratak Yatim.

"Tidak mengapa."

"Ikmal,kamu ingin bersekolah di Amin's School of Wizardry?"

"Sekolah apakah itu?"

"Itulah sekolah ahli sihir.Sekolah yang sesuai bagi kamu."

"Bagaimana kamu boleh terfikir sekolah itu sesuai untuk saya? Saya ahli sihir? Mungkin kamu tersilap orang."

"Ya,kamu seorang ahli sihir dan paling penting saya tak silap orang.Kamu ada rasa tak benda pelik yang sering berlaku terhadap kamu?"

"Sentiasa."

"Itulah bukti yang jelas yang menerangkan bahawa kamu ialah seorang ahli sihir."

---------------Imbas kembali tamat

"Akhirnya,setelah saya memujuknya,dia pun bersetuju untuk bersekolah di situ.Dia mudah untuk menerima pelajaran dan senang baginya untuk mempelajari serta mempraktikkan beberapa sumpahan.Oleh itu,dia adalah seorang pelajar yang sangat pintar dan tajam akalnya.Walaupun begitu,dia telah menyalahgunakan sumpahan-sumpahan itu.Tambahan pula, dia lahir daripada keturunan yang istimewa.Sejak kecil lagi,mereka dikurniakan kuasa-kuasa yang mengangumkan."Profesor berhenti sejenak.

"Jika kuasa-kuasa itu diasalahgunakan,maka mereka berkemungkinan akan menghadapi maut.Sejak dia tamat pendidikannya di sini,dia terus hilang tanpa dapat dikesan.Semasa dia hilang,dia merancang untuk menguatkan lagi kuasa dalam dirinya.Dia juga telah mempelajari beberapa Ilmu Sihir Hitam.Lagipun,keturunannya sangat mementingkan Sihir Hitam.Sejak itu,dia mencari dan cuba untuk mengumpulkan pengikut-pengikutnya.Kumpulan pengikutnya dinamakan Tentera Maut."sambung Profesor Lily.

"Maaf menyampuk.Bolehkah profesor terangkan secara terperinci tentang kuasa-kuasa itu?"tanya Danial.

"Baiklah,anak-anak.Seperti yang diketahui kalian,mereka ada 7 kuasa di mana mereka boleh menceraikan ketujuh-tujuh kuasa itu.Namun,hanya enam sahaja yang dapat diceraikan dan satu lagi tetap akan kekal di dalam badannya.Apabila ada sesiapa yang memusnahkan keenam-enam kuasa itu,keadaan dia akan menjadi lemah.Oleh itu, tidak mudah untuk menceraikan dan melakukan semua ini.Keenam-enam kuasa itu telah disorokkan atau digantikan dengan benda.Sebagai contoh,kuasa itu diletakkan di dalam loket.Saya rasa sudah cukup.Ada pertanyaan lagi?"soal Profesor Lily setelah menceritakan kesemua yang diminta.

"Kenapa Ikmal Franz terfikir untuk melakukan semua ini?"tanya Asnira.

"Hmm...Maaflah buat kali yang pertama,saya tidak dapat menjawab soalan kamu."balas Profesor Lily.

Mereka berasa sedikit kecewa dan hampa.

"Saya ada satu lagi soalan.Bagaimana kami boleh mencari kuasa-kuasa itu?"tanya Asmida setelah lama berdiam diri.

"Kalian boleh menggunakan firasat hati atau sebarang bayangan yang kalian dapat.Kalian juga boleh menggunakan Sumpahan Pemanggil iaitu Amecio."kata Profesor Lily.

Mereka mengucapkan terima kasih lalu beredar.Hari sudah pun larut malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience