Rate

Bab 3

Fantasy Series 2861

"Awak dapat agak kedudukan kuasa pertama itu?"tanya Danial kepada rakan-rakannya dengan perasaan ingin tahu.

"Hmm...Saya tidak dapat fikir sedikit pun tentang kuasa itu."keluh Dani.

"Betul tu."sahut Asmida.

Asnira hanya diam sedari tadi.Rakan-rakannya memandang Asnira dengan pelik tanpa disedarinya.

"Mengapa awak diam sahaja,Asnira?"soal Asmida.

"Err..."Asnira bersuara dengan teragak-agak.

"Err...Sebenarnya,semalam saya ada nampak seperti bayangan.Saya nampak ada sebuah gua yang luas dan gelap.Gua itu kelihatan jauhhhhh...Jauh dari sini.Gua itu juga dihuni oleh seekor naga yang dipanggil Dragona.Ada juga seorang lelaki yang sedang bercakap dengan naga itu.Mereka bercakap tentang kuasa itu.Saya sangat yakin itulah Ikram Franz."kata Asnira tergagap-gagap.

"Maaflah,Asnira.Saya rasa awak patut berehat.Kasihan awak.Awak perlukan tidur yang secuku.."

Belum sempat Asmida menghabiskan kata-katanya Asnira telah memotong percakapannya.

"Secukupnya.Asmida,awak ingat saya sedang menipu? Awak ingat saya hanya mereka-reka cerita? Kalian tidak percaya? Bukankah Profesor Lily menyuruh kita mengikut firasat hati atau bayangan yang kita nampak."soalan demi soalan daripada Asnira bagaikan peluru yang laju menghala ke arah Asmida,Danial dan Dani.

Mereka terkedu buat seketika apabila Asnira bersikap sebegitu.

"Maaflah.Saya terikut-ikut emosi."

Perasaan bersalah menyelubungi dirinya apabila melihat wajah rakan-rakannya yang berubah.Mungkin itu hanya mainan tidur.

"Saya masuk tidur dahulu.Selamat malam."ucap Asnira.Dia berlalu tanpa menoleh untuk melihat rakan-rakannya.

Asmida,Danial dan Dani terpaku.Mereka seperti dipaku di situ.

"Kasihan,Asnira."keluh Dani.Mereka menekur lantai dengan perasaan bersalah yang menggunung tinggi bak Gunung Everest.

=======================================
Keesokan harinya....

Mereka melakukan rutin biasa mereka seperti tiada apa-apa yang berlaku semalam.Selepas sarapan pagi,mereka berkumpul di bilik umum mereka.Hari itu adalah hari minggu.Jadi,mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu selagi tidak melanggar peraturan.

"Asnira."panggil Asmida,Danial dan Dani.Asnir berpaling lalu melangkah ke arah mereka.

"Kenapa?"tanya Asnira sambil tersenyum manis.

"Boleh kita bincang pasal err ...err..semalam?"tanya Danial.

Asnira mengangguk dengan teragak-agak.Mereka duduk di atas kerusi.

"Err..pasal mimpi awak itu,sa..."

"Itu bukan mimpi! Itu realiti! Bayangan yang saya nampak."bentak Asnira.

"Maaf.Baiklah.Pasal mim...bayangan awak itu,saya rasa lebih baik kita bincangkan dulu."unar Asmida tergagap-gagap.Nasib baik dia tidak terlepas menyebut 'mimpi' buat kali kedua.

"Emm...Betul cakap Asmida."kata Dani pula.Asnira hanya mengangguk tanda setuju.

"Cuba awak terangkan kepada kami dari A hingga Z."pinta Danial.

"Seperti yang saya cerita semalam.Dia boleh bercakap dengan naga itu.Saya rasa ku..."

"Maaf menyampuk.Awak ini Drageltouge?"tanya Asmida.

"Apa itu?"

"Kalian tidak tahu? Drageltouge ni orang yang boleh dan faham bahasa naga."terang Asmida.

Kemudian,semua orang memandang Asnira dengan curiga.

"Err..Saya tidak tahu tentang bal ini.Paling penting saya bukan Ikram Franz,okay."balas Asnira.

"Maaf."

"Saya rasa kuasa itu ada pada Dragona,si naga itu.Saya tidak mendesak kamu semua untuk percaya."ujar Asnira.

"Saya percaya."

"Saya pun."

Kemudian semua orang memandang Dani.Dani tersenyum lalu berkata,"Apa sahaja yang kalian percaya,saya juga percaya."

Mereka pun membuat perancangan untuk ke sana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience