Rate

Bab 1

Fantasy Series 2861

Jasmeen Fantacy...Siapalah yang tidak kenal.Tempat yang mengagumkan.Tempat yang dipenuhi dengan kuasa sihir.

Di situlah,empat orang sekawan yang tidak mempunyai orang tua mereka.Mereka hanya menumpang kasih di rumah keluarga angkat mereka.

Kisahnya bermula apabila ada seorang ahli sihir jahat cuba untuk membunuh ibu dan bapa mereka.Namun,ibu dan bapa mereka sempat menghaibkan diri.Lantas,mereka ditinggalkan di atas anak tangga rumah Uzmair Khalid dan Ummi Khalidah iaitu umi dan abi.

Hari berganti minggu,
Minggu berganti bulan,
Bulan berganti tahun,
Tahun berganti dekad.

Tiada lagi tangisan seperti dahulu.
Tiada lagi rengekan seperti dahulu.
Kini, mereka sudah menginjak remaja.

Remaja yang berani.....

=======================================
Di Amin's School of Wizardry..

Sekolah ahli sihir yang dikenali ramai.Sejak dahulu lagi nama ahli sihir yang baru lahir akan dimasukkan namanya sebagai pelajar di sekolah itu pada suatu hari nanti.Di sekolah itu, ada seorang pengetua yang berani,tegas,baik hati serta bijak mengajar di situ.Beliau sangat terkenal dalam kalangan ahli sihir sama ada kanak-kanak mahupun dewasa. Dialah Profesor Lily.

Kedengaran ketukan pintu di bilik pengetua.

"Sila masuk."

Beberapa orang murid masuk ke dalam pejabat itu.

"Jemput duduk,sayang.Baiklah.Sebelum kita mulakan,ada apa-apa yang ingin ditanya?"soal Profesor Lily.

Asmida mengangkat tangan lalu berkata,"Saya ada satu soalan.Mengapakah kami? Maksud saya...."

"Tak apa,nak. Saya faham maksud kamu."Profesor Lily terus memotong percakapan Asmida.

"Saya sudah agak kamu akan tanya soalan sebegini.Sebenarnya,keberanian yang ada pada kalian membuatkan saya yakin yang kalian dapat mencari kuasa-kuasa itu."ujar Profesor Lily sambil mengukir senyuman.
Dani mengangkat tangan lantas bertanya," Bila kami boleh mulakannya?"

"Ha! Soalan yang bagus.Bila-bila masa sahaja.Namun,kalian mesti tahu di mana kuasa itu berada."

"Boleh profesor ceritakan serba sedikit tentang kuasa itu."pinta Asnira.

"Maaf,anak-anak.Kita sambung esok .Sekarang sudah lewat malam.Esok jam lapan malam.Selamat malam."

Mereka mengucapkan terima kasih lalu beredar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience